Sekarang ni saya rasa conman lagi byk akal nak menipu. Sbb mmg dgn peraturan visa baru ni yg lagi ketat mcm2 alasan TA buleh beri. Paling kesian kalo bakal jemaah ni org2 kg yg jenis percaya je. Mereka pikir bab mekah tanah suci ni x org berani menipu...isk.....air zamzam pon baru baru ni ada kes kata palsu....wallahualam...
banyak yg saya dah baca kat sini..jenuh juga nak study info2 berguna..terima kasih banyak2 untuk semua..
sabtu ni 6.7.2013.. insya Allah saya akan berangkat menunaikan umrah dan ziarah dengan TA Andalusia..
asalnya akan turun ke cairo dulu.. tapi siang tadi dorang call mungkin terpaksa dibatalkan trip ke cairo tu
sebab tengah bergolak sekarang..
msaadhamid posted on 3-7-2013 05:46 PM
Hmm. Kawan-kawan saya masih tidak dapat ke tanah suci lagi dengan TA Arlief ni. Gambar di bawah ...
Saya pun tak faham Tuan Haji. Ada yang lepas pegi, ada yang sangkut, macamana tu? Bagi kami anak beranak, umrah itu urusan Allah SWT. kalau Allah mengkehendaki kita ke rumahNya, Inshaa Allah dengan apa cara sekalipun. Saya amat bersimpati dengan yang tak dapat pergi dan tidak pula dapat pulangan duit.
Apa2 pun sekiranya nak selamat, gunakan TA yang established, spt Andalusia, Triways, Rahyar, Fayroz, KRS, dsbnya, bukan promosi tapi melalui pengalaman kawan2 dan sendiri.
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik, meluluskan atau memberi kuasa kepada mana-mana pertubuhan atau organisasi untuk menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434 Hijrah.
TH dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang mahukan kepastian mengenai tawaran menjadi Sukarelawan Musim Haji 1434H anjuran sebuah pertubuhan yang beralamat di Kota Damansara di sini.
“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjelaskan bahawa TH tidak pernah terlibat, melantik, meluluskan atau memberi kuasa kepada mana-mana pertubuhan atau organisasi untuk menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434 Hijrah atau mana-mana program seumpamanya.
“Siasatan awal TH dan maklumat orang awam mendapati pertubuhan berkenaan mempromosi program tersebut melalui taklimat yang dijalankan di tempat-tempat terpilih di seluruh negara yang turut diuar-uarkan di Facebook,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, TH telah menghubungi pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk pengesahan dan TH dimaklumkan tiada visa dikeluarkan kepada Misi Sukarelawan Musim Haji 1434 Hijrah dari Malaysia.
Kata kenyataan itu, salah seorang peserta yang hadir di dalam taklimat misi palsu tersebut mendedahkan misi itu kononnya bertujuan memberi bantuan kepada jemaah haji yang berada di bawah kelolaan TH.
Taklimat yang disampaikan oleh pertubuhan tersebut turut didakwa meminta peserta yang berminat supaya mendaftar dan membuat bayaran sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan berkenaan untuk menyertai misi tersebut.
Jelas kenyataan itu, TH merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menguruskan jemaah haji Malaysia dan mempunyai ramai petugas terlatih dan berpengalaman untuk tujuan itu.
Mereka terdiri daripada anggota-anggota TH, pembimbing ibadah haji yang dilantik oleh TH serta petugas perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan.
“Ketika musim haji hanya petugas-petugas ini sahaja yang dibenarkan dan diberi kuasa untuk mengendalikan urusan jemaah haji di bawah pengelolaan dan seliaan TH.
Justeru TH sekali lagi menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan atau perhubungan dengan mana-mana pihak yang menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434H.
Malah TH tidak pernah membenarkan pihak berkenaan atau mana-mana pihak ketiga menggunakan nama Tabung Haji bagi tujuan aktiviti berkenaan.
Sehubungan itu TH menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan program seumpama itu yang ditawarkan oleh mana-mana individu, pertubuhan, syarikat atau organisasi.
“Orang ramai turut dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki terdapat unsur-unsur yang mencurigakan terhadap program atau aktiviti yang dianjurkan,” kata kenyataan itu.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan TH di talian 03-6207 1919. – mynewshub.my
wrm2046 posted on 4-7-2013 02:29 PM
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik, meluluskan atau memberi kuasa kepa ...
Taklimat yang disampaikan oleh pertubuhan tersebut turut didakwa meminta peserta yang berminat supaya mendaftar dan membuat bayaran sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan berkenaan untuk menyertai misi tersebut.
Assalamu'alaikum wbt
Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Sekarang ini TERLALU RAMAI PENYANGAK (termasuklah TA Kelentong) cuba memancing orang ramai dengan berbagai-bagai umpan atas nama UMRAH dan HAJI.
Pagi tadi saya terbaca sebuah blog yang cuba memancing orang ramai dengan UMRAH PERCUMA. Malas naik taip banyak kali. Cerita lanjut ada kat sini.
mesmerize posted on 6-7-2013 10:45 PM
saya nak tanya para ilmuwan kat sini, adakah malaikat dan jin melakukan ibadah umrah juga?
Salam
Dalam surah Az-Zariyat ayat 56, Allah berfiman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu
Pada ayat di atas Allah menyebut jin dan manusia bersama-sama, ditugaskan untuk melakukan pengabdian (ibadah) kepadaNya. Ini bermakna manusia dan jin adalah pihak yang terkena taklif untuk beribadah kepada Allah. Oleh kerana manusia dinyatakan menjadi mukallaf maka jin juga tentulah mukallaf . Jika manusia diwajibkan melakukan haji dan umrah maka jin juga diwajibkan melakukan haji dan umrah.
Malaikat? Wallahu aklam. Yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW diturunkan kepada manusia dan jin sahaja.
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!(al-Jin:1)
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (AL-Jin:2)
alhamdulillah...selamat dah berangkat dan pulang ke Maalaysia....
berangkat 19/6 dan tiba di KLIA semula 2/7 lepas...maka nya dah seminggu...umrah dan ziarah kali ni bersama adik lelaki dan ibu je....tp ketua rombongan telah diamanahkan kepada adik...hehehehehe....pergi plak dengan TA fevret ibuku iaitu Andalusia trip MH...Andalusia memacan trip diorang ada MH, D7, AK, WY, TK dlll.....
kami bertolak terus ke Mekah selepas tiba di Jeddah...berihram siap dari KLIA....
umrah boleh buat 3 kali dengan bimbingan mutawif (mmg ada dlm pakej)...tambah sekali buat sendiri tp mintak mutawif adjustkan van ke tana'eim...patut boleh buat umrah masa lepas ziarah ke hudaibiyah...tp kebanyakan jemaah lelaki nak simpan tenaga untuk malam tu memanjat jabal nur ke gua hira'....untuk bulan jun julai ni siang na lebih panjang dari malam.....
dapat duk di Mekah 8 malam.....dan baki nya di Madinah sebelum balik ke jeddah dan KL.....
Mekah dari puncak Jabal Nur
kalau tak silap subuh terakhir sebelum bertolak ke Madinah...tp bertolak ke Madinah lepas zohor...
Ahlan Wa Sahlan.
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua Forumer Muslim sekalian.
Betul kata Tuan Haji, rindu tanah suci bila melihat gambar2 yang dipostkan. Beruntung lah mereka2 yang dipilih Allah SWT dapat berkunjung kesana untuk umrah musim Ramadan ini dan musim haji yang akan menyusul kemudian.
Salam... saya pon baru balik last week guna TA Al-Fajr Travel 20/06 - 2/7 2013
untuk cadangan, ape yang saya perhatikan.. kalau nk pilih TA nie sila pilih
1. Tabung Haji Travel
2. Andalusia
3. Tiram travel
dieorg nie mcm tak well organize lah... TA saya pergi nie bukan xbagus... Cume agak menyusahkan org lain sebab die lantik jemaah yg nk pergi sebagai ketua rombong alasan org yang sepatutnya pergi visa xlulus.. bila g TA cakap ade org yang ikot... sampai kat sana sume org dok tnya jemaah yg dilantik jadi ketua rombongan sedangkan die xtaw ape2.
Lagi 1 kes air Zam Zam, xnaik Kapal terbang... tunggu punya tunggu dekat luggage air xkuar... sebab kapal terbang dah isi penuh minyak air zam zam xleh angkut. TA ckp nnt leh amik air zam zam dekat TA lah. Tapi sampai hari nie xdpt2 lagi air Zam Zam. Im not complaining... but bagi pendapat supaya org lain x terkene mcm saya.
yang peliknyer TA nie selalu jek buat rombongan tapi kenapa die x improve quality die....
Saya harap lah pada TA kat luar sana permudahkan urusan org lain insyaAllah Allah permudahkan urusan anda. Amin.
Salam... saya pon baru balik last week guna TA Al-Fajr Travel 20/06 - 2/7 2013
untuk cadangan, ape yang saya perhatikan.. kalau nk pilih TA nie sila pilih
1. Tabung Haji Travel
2. Andalusia
3. Tiram travel
dieorg nie mcm tak well organize lah... TA saya pergi nie bukan xbagus... Cume agak menyusahkan org lain sebab die lantik jemaah yg nk pergi sebagai ketua rombong alasan org yang sepatutnya pergi visa xlulus.. bila g TA cakap ade org yang ikot... sampai kat sana sume org dok tnya jemaah yg dilantik jadi ketua rombongan sedangkan die xtaw ape2.
Lagi 1 kes air Zam Zam, xnaik Kapal terbang... tunggu punya tunggu dekat luggage air xkuar... sebab kapal terbang dah isi penuh minyak air zam zam xleh angkut. TA ckp nnt leh amik air zam zam dekat TA lah. Tapi sampai hari nie xdpt2 lagi air Zam Zam. Im not complaining... but bagi pendapat supaya org lain x terkene mcm saya.
yang peliknyer TA nie selalu jek buat rombongan tapi kenapa die x improve quality die....
Saya harap lah pada TA kat luar sana permudahkan urusan org lain insyaAllah Allah permudahkan urusan anda. Amin.
msaadhamid posted on 9-7-2013 09:00 AM
Alhamdulillah, puan dapat beribadah di haramain. Rindu pulak dengan haramain ni bila tengok gambar ...
alamak tuan...
saya bukan puan...hehehehee...just call me Azhar....
kalau tak silap hari tu adik gi bayar kata nya RM5890...amik dengan Andalusia Travel Tours...
amik penerbangan MAS....14h12m.....memang amik pakej duk mekah n madinah je....
di mekah duk hotel tharawat monsia (580m) dr pintu king aziz....di madinah plak duk kat mubarak silver (200m)
azharfcsit posted on 10-7-2013 09:40 AM
alamak tuan...
saya bukan puan...hehehehee...just call me Azhar....
duk hotel tharawat monsia (580m) dr pintu king aziz....di madinah plak duk kat mubarak silver (200m)
TN AZHAR .... ni hotel yg sama (MEKAH/MADINAH) masa umrah sy pd Mei 2012 tahun lepas, sbb guna ANDALUSIA
yg best pekerja hotel (KAMARUDIN NAMANYA ) di THARAWAT MONSIA ni friendly sngt, smpai sama2 lepak dlm bilik Last edited by TUKANGKEBUN on 11-7-2013 03:00 PM
azharfcsit posted on 10-7-2013 09:40 AM
alamak tuan...
saya bukan puan...hehehehee...just call me Azhar....
Ha ha ha ... sorry, sorry . Kat forum ni ramai yang pompuan.
Kalau naik MAS memang bagus dan lebih selesa daripada Saudi Air.
TA Andalusia pun memang bagus (aha...saya tidak ada saham kat sinun, yer) .
Bayar lebih sikit tak apa sebab tak perlu risau dikelentong oleh TA yang tidak bertanggung jawab.
Dengar khabar, untuk umrah tahun 2014, mereka cuba dapatkan hotel yang lebih dekat daripada sekarang.