xiemean posted on 2-9-2012 05:02 PM
Setting kat msg samada nak pakai apple id xpun no fon..kalo no fon tu setau aku kena +6 kat depan ...
udah..tp list pguna iphone lak nk tau kt ne eh hehe sori byk tny..lg satu iphone ni xde media player ek cam kter slalu dgr fon kt fon2 biasa..nk kn download software ke cmne eh...
Apple TV merupakan salah satu produk Apple yang menggunakan iOS sebagai sistem pengoperasiannya. Secara amnya, ia merupakan sebuah peralatan media hiburan bagi tujuan menonton movie kegemaran, mendengar lagu-lagu pilihan dan memaparkan skrin daripada peranti-i mahupun Mac yang menggunakan sistem pengoprasian Mountain Lion. Sebelum ini, Apple TV masih tidak begitu popular di Malaysia memandangkan iTunes Malaysia tidak menawarkan media-media untuk dimuat turun. Walau bagaimanapun, pada bulan Jun 2012, Apple telah menawarkan perkhidmatan ini kepada iTunes Malaysia dan ini membuatkan Apple TV menjadi suatu peralatan yang harus dimiliki oleh peminat tegar Apple di Malaysia. Ia dijual di ke semua store Apple Malaysia dengan harga serendah RM349. Entri ini secara ringkas akan menerangkan fungsi dan kegunaan Apple TV yang terbaru iaitu Apple TV 3 atau juga dikenali sebagai Apple TV 1080p.
Spesifikasi
Tinggi: 23 mm
Lebar: 98 mm
Ketebalan: 98 mm
Berat: 0.27 kg
Processor: Cip Apple 1 teras A5
Port: HDMI, optical audio, 10/100Base-T ethernet, built-in IR receiver, Micro USB
Sokongan Wireless: Wi-Fi (802.11a/b/g/n)
Sokongan Video: vH.264 video dan boleh menyokong sehingga ke 1080p, 30 frames per second, High atau Main Profile level 4.0 atau kurang, Baseline profile level 3.0 atau kurang dengan AAC-LC audio sehingga ke 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio dalam fail format .m4v, .mp4 dan .mov. Video MPEG-4 sehingga 2.5 Mbps, 640×480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile dengan AAC-LC audio sehingga 160 Kbps, 48kHz, stereo audio dalam fail format .m4v, .mp4 dan .mov. Video Motion JPEG (M-JPEG) sehingga 35 Mbps, 1280×720 pixels, 30 frames per second, audio dalam ulaw, PCM stereo audio dalam fail format .avi.
Sokongan Audio: HE-AAC (V1), AAC (16 – 320 Kbps), protected AAC (yang dibeli dari iTunes Store), MP3 (16 – 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3 dan 4), Apple Lossless, AIFF dan WAV; Dolby Digital 5.1 surround sound pass-through.
Sokongan Gambar: JPEG, GIF, TIFF
Barangan yang terdapat di dalam kotak Apple TV:
Apple TV
Apple Remote
Kabel Kuasa
Manual
Video di bawah menunjukkan proses unboxing / nyahkotak bagi Apple TV ini.
Dalam kesibukan manusia moden menjalani kehidupan masa kini, kesedaran terhadap kesihatan masih tidak dilupakan. Seiringan dengan ini pelbagai aplikasi yang memberi penekanan kepada aspek kesihatan telah dibangunkan oleh para pembangun aplikasi mobile phone untuk digunakan oleh pengguna. Salah satu aplikasi tersebut adalah Nike+ Running. Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua peranti iOS dan android yang mempunyai GPS terbina di dalamnya. Bacaan seperti jumlah larian, jarak, masa, peta, jumlah kalori dan bacaan terbaik pengguna dicatatkan oleh aplikasi ini. Bacaan ini kemudiannya boleh dikongsikan pada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Path.
Bagi memulakan larian, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar akaun di Nike+. Seterusnya di bahagian Settings, sebaiknya pengguna memasukkan maklumat seperti berat badan dan ketinggian serta menukar unit bacaan samada dalam unit metrik (S.I) mahupun English. Begitu juga penyambungan ke akaun sosial pengguna.
Settings yang perlu dimasukkan
Larian boleh dimulakan dengan pemilihan samada ingin melakukan aktiviti Indoor (threadmill) ataupun Outdoor. Lagu dari playlist peranti boleh dimainkan dan pengguna boleh melihat bacaan larian di skrin peranti. Pengguna juga boleh set untuk pemberitahuan suara apabila sesuatu jarak/masa tercapai. Sebagai contoh, setiap 1km, terdapat pemberitahuan tentang jarak, masa danpace larian pengguna.