terima kasih awak
mendoakan kebahagian kita
kadang kala awak
apa yang kita suka
tidak semua kita miliki
itulah awak
takdir penentu segalanya
kita hanya
berserah dan doa...
awak
kita kurang senang sekarang
keadaan dunia yang semakin panas
perigi dan parit semua kering
sungai telah mula mengalir lesu
apakah kita lupa
waktu kita didunia semakin pendek
entah esok lusa kita tak tahu
tetapi awak
tandanya sudah menampakkan diri....
semalam diriku merinduimu
mungkin seguris rindu yang datang menyinggah dihatiku
tetapi hari ini seguris rindu itu menjadi rasa
yang semakin hari semakin kuat dan mendalam dijiwaku
rindu yang takkan pernah hilang dari jiwaku
awak
layakkah kita punya rasa rindu
layakkah kita khabarkan rindu
pada kisah yang lalu
layakkah kita mengulang skrip sama
dengan citarasa yang bahagia
atau perlukah kita buang kisah itu
dan mencipta lembaran baru....
awak mereka reka
karang kita sekarang
dalam rindu sudah terhimpun dendam
lahirnya kalimahMu lantaran kalam
ada mutiara dlm lokan
hingga habis nafas yang ada
walau penat tiada mengeluh ..
bahkan menyelimuti menyeluroh ..
awak
cuaca semakin panas
tunggu malam
bahangnya masih terasa
hujan pun tidak mahu turun
tidak seperti dulu awak
entah
kita tidak dapat bayangkan
apa yang akan terjadi
kehidupan kita seterusnya....
Awak,
panas terik kering kontang,
Hujan banjir banyak yang hilang,
Kuasa tuhan sangat terbilang,
Ujian buat hamba tersayang.
Jangan kita berasa malang,
Akan takdir yang tidak terhalang,
Bila matahari mula menghilang,
Hujan datang kita berenang
bila sampai waktu kita tiba
tak jua awak temukan bahagia…
pilih lah jalan yg lebih indah untuk awak.
kerana kita bukan lah yg sempurna
dan jangan pernah awak bersedih kerananya...
awakkk
jadilah sang mentari
mampu menghangat setelah mendung menbasahi hati
membara jiwa yang dibebani duka
melimpahi cahaya seluruh maya tanpa jemu
menjadikan semua ternanti nanti kehadiranmu
awak
masihkah ada bayang awak
masihkah ada kenangan awak
kita selalu menanti awak disini
andai saja waktu berputar kembali
kan kita ucap
kita masih menginginkan awak..
Post time 14-8-2016 11:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iDputera replied at 13-8-2016 08:10 PM
awak
masihkah ada bayang awak
masihkah ada kenangan awak
Awak
Kita saban hari berteleku di jendela rindu
Dihalaman kenangan
Mengamit ingatan awak
Supaya bertandang di sisi..
Kita masih setia menanti..
Di sini....
awak..
mungkin kerana senyum awak
saat kita terkejut
mungkin kerana mata awak
saat dunia ingin tahu apa yang kita rasa
mungkin saat awak sedih
ada kita mengukir kata
kita hanya mampu hadir
bersama bicara awak disini...
awak..
kita senantiasa menemani hari semalam
penuh ceria dan bicara
bersama awak disini
juga awak lain yang rajin singgah
membuat kita tahu erti hidup sebenarnya...