Originally posted by isyarina at 15-5-2008 11:19 AM
menanti kasih sambil berlagu
ayu terserlah wajah si dara
terima kasih sudi menunggu
Alhamdulillah khabar gembira..
hai mas.... :flower:
suara merdu dan bergema
pakai pula kebaya berenda
menunggu anda sudah lama
rasa gembira dpt bertemu anda
*hi sya:flower:
makan ubat sebab sakit teruk
ada sebungkus ubat dlm raga
buruk bukan sebarang buruk
buruk..tapi memang ada harga
http://sl.glitter-graphics.net/pub/751/751989tb8kx8b8c0.gifhttp://sl.gli ...
Bagaimana cara hendak kulerai
Bagaimana hendak kutuliskan
walaupun harga tak ternilai
apakan daya tidak dihiraukan
Originally posted by iDputera at 15-5-2008 11:12 PM
anak cina mengayuh perahu
perahu dikayuh arah ke hulu
apa kah ubat hati yang rindu
tolong kabarkan agar ku tahu.....
'......
tengah malam rasa syahdu
rasa penat berkayuh perahu
hati ini selalu merindu
namun dia tak prnah ambil tahu
Originally posted by iDputera at 15-5-2008 11:11 PM
manis sekali ciku Melaka
dijual orang bersama hempedu
wajah terbayang di ruang mata
senyum melirik menusuk kalbu......
masih ada rasa sayang
sayang mama pada papa
siang malam asyik terbayang
dan di hati tetap tak lupa