CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 21-4-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 19-4-2019 07:34 AM
Semalam acik lalu kat hiway nampak kampung tempat acap ilang
Ehhh tered ni bukan fc dah tutup k ...

Belum runtuh sebab FC belum bawa gergaji utk gergaji tiang rumah TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noninah replied at 16-4-2019 09:32 PM
U keep updating nti kalo ada dengar apa2 psl sar org kg plak ehhhh

Okay will do...till today mmg tak ada apa2 cerita lagi...I kena risik dgn my bff...yg pastinyer my bff dan adik beradik mmg tak naik bukit batu putih sebb mmg family tak bagi sama sekali...my bff tak pernah tanya kenapa...dia menurut perintah shj...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 21-4-2019 07:25 PM
Hehehe...minat tgk burung yek...

Suka tengok tp x sanggup dah panjat pokok @ masuk hutan kecil nak skodeng. Time gagah dulu boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts


Ni akak tercame across semalam.

Kehilangan pelari denai Gopeng Ultra yang hilang masih diselubungi misteri. Pelbagai usaha oleh pasukan Bomba dan Penyelamat termasuk beberapa orang penduduk kampung, ahli keluarga dan juga ahli perubatan Islam telah mencurahkan segala tenaga bagi membantu misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap.

Terbaru, menerusi Harian Metro, penemuan serpihan tulang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu, Gopeng telah dijumpai oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian Acap kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Memang betul penduduk ada menemui satu tulang panjang seakan tulang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang enam ke lapan inci (15 sentimeter ke 20 sentimeter) di dalam Gua Kandu, kesemua tulang itu sudah diambil untuk dianalisis.

Hanya tulang itu sahaja ditemui dan kita tidak menemui tengkorak atau rangka lain di lokasi itu, setakat ini kita belum boleh mengesahkan apa-apa.
Datuk Razarudin Husain selaku Ketua Polis Perak berkata serpihan tulang itu telah dibawa untuk ujian patologi kimia oleh pihak forensik untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya.enMemang betul penduduk ada menemui satu tulang panjang seakan tulang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang enam ke lapan inci (15 sentimeter ke 20 sentimeter) di dalam Gua Kandu, kesemua tulang itu sudah diambil untuk dianalisis.

Dia turut berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan selepas ianya disahkan tulang manusia bagi memadankannya dengan Mohammad Ashraf dan ahli keluarga nya.

Selain itu, dia turut berkata bahawa penemuan tulang itu adalah tulang lama dan pihak forensik tidak menemui sebarang tulang lain di lokasi berkenaan.

#HarianMetro
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita TV3 td dah sah kan DNA tulang tu x sama dgn DNA ibu acap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Intermission sekejap ye dari berita2 hangat yang melanda Malaysia.

Sambil kita ber-open house, jangan lupa ada keluarga yang masih mencari-cari ahli keluarga yang tersayang yang hilang.

Masuk hari ni dah 2 bulan, 16 hari Acap hilang. 2 hari yang lalu polis dah sahkan yang tulang lama yang dijumpai berdekatan Gua Kandu tempoh hari bukan tulang Acap.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574118/bukan-serpihan-tulang-acap/amp

Abang Acap iaitu Denny Lang masih giat mencari Acap dia Gopeng based on update IG dia 14 jam yang lalu.

Sama2 lah kita doakan agar ada jawapan yang menanti keluarga Acap ini sooner or later.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa update terbaru ya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk gaya mmg xde terus dah ni. Mana yg konon2 boleh lwn guna ilmu batin tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang acap xkeje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:45 PM | Show all posts
Edited by trunks at 3-7-2019 02:46 PM

update 1 july 2019

FB abgasraf

Pencarian Diteruskan. Misi Dibantu Oleh 2perawat Dari Ipoh Dan Selangor. Cuaca Redup Dan Baik.

Marking Spot Berhampiran Trek. Kawasan Yg Tidak Dijangka.
#Acap 3Bulan 8hari
Please Subscribe For More Latest Authentic Info
Please Subscribe For More Latest Authentic Info
@ Perak



pendapat peribadi saya.. saya sangat kagum dengan
ikatan kasih sayang adik beradik asraf dan abang dia ni
juga keluarga dia
kasih sayang tiada batasan.semuga satu hari nanti
ada berita gembira untuk keluarga ini
Amin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:00 PM | Show all posts
MISI PENCARIAN ACAP HARI KEDUA KAMI DISANA (23/6/2019)..
sumber  
Ossasuke Hikaru

abang ni sukarelawan kot

Terbongkar individu yang sedang menguji ilmu hitam dan cuba utk menyihir kami team SAR.. Hari kedua adalah hari pencarian dgn mengikut kaedah JASMANI DAN ROHANI.. Mcm sains dan alam ghaib laa lebih kurang mcm tu laa..
9.15 am - Semua orang sedang sibuk bersiap utk mendaki Bukit Batu Putih dgn diketuai oleh Tok Sheikh..

10:15 am - kami team 1 sudah mula mendaki manakala team 2 menyusuri jalan lain utk dikembangkan beberapa kawasan..
Alhamdulillah keindahan di Bukit Batu Putih membuatkan hati aku tertawan.. Aku rasa inilah kenangan manis aku.. Semuanya kelihatan indah..
Dan akhirnya sampai kami dipuncak yg pertama.. Kami berehat dan sambil menikmati keindahan yg Allah ciptakan.. Sungguh kenangan manis.. Dalam duk sibuk ambil gambar, gambar yg aku berdiri diatas batu tu mmg aku rasa sedikit perubahan..
Masa nie aku pening dan loya tekak.. Aku fikir mungkin normal kot tapi xsangka pulak masa tu dah ada 'sesuatu' yg cuba mendekati kami.. Yakni ilmu yg xberapa elok..

Kemudian, kami bergerak ke satu tempat lagi puncak yg kedua.. Sekali lagi aku terpukau dengan keindahan alam.. Dan masa nie juga Tok Singa cuba membuat sedikit upacara dgn bacaan2 Al-Quran utk memohon petunjuk melalui kebatinan..
Masa tu aku duk belakang Tok Singa sambil bergambar.. Dan dalam masa yg sama Tok Singa tengah LIVE FB, utk tnjuk pada semua org ttg apa yg terjadi.. Masa nie jugak Tok Singa ada bgtau yang ADA ORANG TUJU2 bermaksud ADA ORANG HANTAR SIHIR NIE..
Aku xdengar pown sbb sibuk bergambar.. Dan sihir itu berjaya dipatahkan oleh Tok Singa.. Bermakna adakah ada manusia yg berkompromi dgn Jin utk menghalang acap ditemui..?? Allahualam.. Dan ada jugak yg datang semata2 utk test Power Ilmu Hitam.. Semoga sipelaku kembali bertaubat..


Dan akhirnya kami turun dari Bukit Batu Putih dgn perasaan sedikit hampa akibat misi pencarian kami DIBATALKAN AKIBAT GANGGUAN DARI ORANG LAIN.. Sedih.. Sampailah di arena, aku terlihat seorang dripd kami cepat2 pulang dgn tubuh berpeluh mcm duduk dlm sauna.. Dia cakap kena balik sebab ada emergency.. Jd aku abaikan jer laa.. Dia nie dri mula lagi aku xsenang atau selesa dgn dia..
Lepas tu kami semua berehat dan pulang lah si rakan nie.. Tengah syok bersembang, Tok Singa panggil aku utk berkongsikan pengalaman hal semalam.. Baru jer cerita TIBA2 ada belalang hinggap kat tubuh aku..


Aku xder laa rasa paper sbb igt binatang biasa jer.. Tapi Tok Singa cepat2 bagtau aku 'jangan sentuh'.. Ini pelesit.. Mata dia berwarna merah dan dihantar dari ORANG.. Satu badan bulu roma aku berdiri..

Lepas Tok Singa ambil dan bacakan Ayatul Kursi, dan berpesan jika kau binatang biasa pergilah dan jauhi laa kami.. Kemudian dilepaskan sambil diperhatikan dari aku yg dah kebingungan.. Tiba2 pelesit tu tadi terjatuh seperti dah xbermaya utk terbang.. Sekali lagi Tok Singa berpesan, jika kau binatang biasa pergilah menjauhi kami.. Tapi pelesit masih disitu..


Terus dibunuh demi keselamatan rakan2 kami yang lain.. Dan Tok Singa cepat2 memberi bantuan dengan bacaan ayat Al-Quran utk aku dijauhi anasir2 jahat.. Masa sedang dirawat, aku nampak gambaran 'orang tu' tetapi diabaikan takut itu mainan Jin.. Dan bila aku tutup mata semuanya berwarna MERAH TERANG walaupown kat situ keadaan mendung.. Mungkin perawat islam tau apa maksudnya.. Aku moral dah down gila..
Tetapi cuba kuatkan semangat demi anak dan isteri.. Dalam tengah Tok Singa cuba merawat aku, tiba2 api menyambar dgn besarnya di atas dapur yang ketika itu Mak Anjang sedang memasak.. Mmg marah bebenor si hitam tu.. Sbb tu laa masa live Tok Singa ada perempuan menjerit kes tu laa..


Lepas cuba berkongsi apa yg berlaku dan berehat di arena, aku ajak wife utk berkemas pulang ke Terengganu.. tengah nak ambil wudhuk aku nampak gambaran seseorang Lagi dengan kehadiran MATA yang misteri Sedang perhatikan aku.. Takut tapi aku kuatkan semangat kerana Allah..


Bila dah selesai solat, kepala tiba2 pening dan rasa nak muntah.. Terus aku berjumpa dgn Tok Singa utk sekali lagi dirawat dan dipagar.. Tu ada gambar yg aku sedang dirawat.. Nampakkan masa tu aku rase mcm down sikit.. Alhamdulillah tubuh dah rasa sihat sikit lepas tu.. Dan teruskan perjalanan pulang ke Terengganu..
Sekarang yg menjadi persoalan aku..


1. Adakah ada manusia yg cuba berkompromi dengan Jin utk menghalang dia ditemui..?? Kenapa..??
2. Kenapa ada manusia yang datang semata2 utk melakukan upacara penarikkan..??
3. Ilmu hitam adalah perkara yang dilarang utk dituntut.. Jd kenapa kau beragama islam masih menuntut benda kotor macam tu..??
4. Kenapa perlu sihir rakan sendiri..??
5. kenapa kedatangan beberapa pihak sekadar utk menguji kekuatan ilmu hitam..?? Dan bukan utk fokus pencarian rakan kita yg masih hilang..??


Patutlah selama ini usaha pencarian melalui rohani sentiasa terbantut.. Sebab ada kerjasama antara jin dan manusia.. Jangan tanya aku adakah ada jalan penyelesaian sebab benda susah nak cakap sbb mengaitkan alam lain yg 100% xder bukti utk ditunjukkan..
Hidup atau mati jangan tanya aku.. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya.. Kami semua adalah hamba yang kerdil.. Aku rasa semua persoalan yg sntiasa korang tanya dah terjawab dlm cerita ini..
Dan aku MAAFKAN SI PENYIHIR TU.. Semoga bertaubatlah selagi pintu Allah dibukakan seluas2nya.. Amin..






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 04:25 PM | Show all posts
misteri yang masih belum terungkai....mana la acap ni hilang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 04:26 PM | Show all posts
hanya Allah yang mengetahui rahsia sekalian alam...semoga dipermudahkan urusan keluarga acap, amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Any latest info...

Kagum sungguh dgn abg acap si denny...never give up
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:50 AM | Show all posts
Edited by trunks at 9-7-2019 01:53 AM
Epal40 replied at 3-7-2019 05:25 PM
Any latest info...

Kagum sungguh dgn abg acap si denny...never give up

ada juga update kat youtube
Jul 4, 2019

Tidak dapat dinafikan telah pelbagai usaha dilakukan bagi misi pencarian pelari denai Gopeng Ultra yang ‘hilang’ tempoh hari. Sebelum ini pasukan Bomba dan Penyelamat termasuk beberapa orang penduduk kampung dan ahli keluarga datang ke lokasi kejadian bagi membantu misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan.Menerusi Facebook, Pangiran Nur Satria Aduka kongsi pengalamannya sebagai ‘perawat’ ketika menjejak kaki ke lokasi bagi membantu mencari mangsa.



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 02:39 AM | Show all posts
Edited by trunks at 15-7-2019 02:40 AM

update 4 jam yang lepas

Jumaat
Seperti Biasa Melakukan Rondaan Malam
Berbincang Tentang Spot Marking hujan renyai

Sabtu
Mengiringi Perawat Ke Kawasan Yg Ditanda.
Kesan2 pokok tumbang yg baru
Angin Yg Tiba2 menderu kuat 'mungkin krn kawasan berbukit'. Kelibat bayang berlari team tidak berganjak tetap fokus pada pencarian Acap sahaja.

Ahad
Kembali semula ke comand based
Ke Kawasan Gua. Kawasan tinggal yg lama. Kesan2 tapak kaki "mungkin harimau akar"
* kami disapa oleh seekor tupai (kuning keemasan seluruh tubuh dan muka) . Dia menoleh kiri dan kanan kesemua ahli unit SAR dan berlalu pergi dgn pantas. Off record
Misi mingguan selesai





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.289171 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list