CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 25-5-2010 08:43 AM | Show all posts
aaaaminnn...ye la...mudah2an Alah permudah kan kita semua utk kesana lagi......mmg lain benar perasaan, hati & jiwa bila kita dah ke sana.....dan menjejakkan kaki di tanah haram...
bro baru 1 bulan 3 hari..cuba fikir kami yg dh setahun tak pi nie..camner

fuuh..susah nak cit ...
HUSSAINTAHIR Post at 24-5-2010 17:29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 08:46 AM | Show all posts
aaaaaaaminnnnn thanks kak jelly....moga Allah jua permudahkan dan makbulkan segala baik kak jelly & keluarga
Salam, InsyaAllah semoga Allah makbulkan impian baik rzman.
jellybee Post at 24-5-2010 22:12
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 11:06 AM | Show all posts
Baru lepas kursus umrah dengan ust. Daud che Ngah sabtu lepas kt Andaludsia..Ist time jumpa ustaz..tak sangka dia kelakar jugak ya...dan makin2 tak sabar nak menjejakkan kaki kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 2039# HUSSAINTAHIR

selalunyerr travel agency kami booked dkt fayroz shatta hotel tapi kdg2 pihak hotel di sane yg main tukor last minute dekat hotel lain...so for dis umrah kitorng trus booked jawharat fayroz since bln 4 hari tue
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:14 PM | Show all posts
Reply 2038# HUSSAINTAHIR

salam  hussaintahir...
ne bkn my 1st trip 4 umrah...alhamdullilah,koz every year insyaallah akn dtg ke sane buat umrah...
yup..working with travel agency since balik umrah bln 4 hari tue
insyaallah cuti sekolah bln 6 ne,datang 4 umrah n bawak jemaah lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:17 PM | Show all posts
Reply 2043# dhiyazafira

slm...
my friend pun ikut pakej andalusia now..sekarang die berade d makkah until dis friday...
die amek pakej yg umrah+ziarah ke mesir since last 15/5 hari tue n dis saturday die da balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2010 12:58 PM | Show all posts
Salam semua

BEBERAPA KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH SEBAHAGIAN DARIPADA JEMAAH HAJIP

Pertama : Beberapa kesalahan Di Dalam Ihram

Melalui Miqat tanpa berniat ihram dari Miqat tersebut, seperti berniat ihram di Jeddah atau di tempat lain yang telah melepasi Miqat tersebut. Perbuatan ini manyalahi perintah Rasulullah s.a.w. yang menyuruh setiap jemaah haji agar berniat ihram dari Miqat yang dilaluinya.

Orang-orang yang telah melepasi Miqat hendaklah kembali ke Miqatnya dan berihram dari miqat tersebut jika dapat di lakukan demikian. Sekiranya tidak dapat dilakukan demikian, wajib ke atasnya membayar fidyah dengan menyembelih haiwan korban di Makkah dan memberikan semua daging tersebut kepada orang-orang fakir. Hukuman ini adalah merangkumi semua jemaah haji yang datang sama ada melalui udara, darat atau laut.

Sekiranya ia tidak melalui salah satu daripada lima Miqat yang telah ditentukan, ia boleh berihram dari tempat yang sejajar kedudukannya dengan Miqat pertama yang dilaluinya.

Kedua  :Beberapa Kesalahan Di dalam Melakukan Tawaf

1.  Memulakan tawaf sebelum Hararul Aswad sedangkan tawaf wajib dimulakan dari Hajar Aswad.

2.  Tawaf di dalam Hijir Kaabah. Tawaf tersebut tidak dikira mengelilingi Kaabah sebaliknya mengelilingi sebahagian dari Kaabah sahaja. Oleh itu, terbatallah pusingan tawaf yang dilakukan didalam Hijir.

3.  Raml (berjalan cepat) pada semua tujuh pusingan sedangkan raml itu hanya dilakukan pada tiga pusingan pertama ketika tawaf Qudum sahaja.

4.  Bertolak-tolak  untuk mengucup Hajar Aswad dan kadangkala pukul-memukul atau caci-mencaci. Perbuatan ini tidak dibenarkan kerana ia menyakiti sesama muslim. Perbn memaki dan memukul antara sesama muslim tauatanpa hak adalah perbuatan yang dilarang oleh agama.
     Tidak mengucup Hajar Aswad sebenarnya tidak membatalkan tawaf dan tawaf tetap dinilai sah walaupun tanpa mengucupnya. Oleh itu, adalah memadai dengan sekadar memberikan isyarat (mengangkat tangan) dan bertakbir ketika berada sejajar dengan Hajar Aswad walaupun dari jauh.

5.  Mengusap-usap Hajar Aswad dengan niat untuk memperolehi barakah dari batu tersebut. Perbuatan ini adalah bid'ah dan tidak mempunyai asas di dalam syariat Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam hal ini adalah dengan menyentuh dan menciumnya dengan niat beribadah kepada Allah s.w.t.

6.  Menyentuh seluruh sudut Kaabah bahkan kadangkala menyentuh dan mengusap seluruh dindingnya. Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyentuh bahagian-bahagian Kaabah kecuali Hajar Aswad dan Rukun Yamani sahaja.

7.  Menentukan doa khusus untuk setiap pusingan tawaf. Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bertakbir setiap kali melalui Hajar Aswad dan membaca di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad doa berikut..Maksudnya:

"Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari azab neraka".

8.  Meninggikan suara ketika melakukan tawaf seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada jemaah haji atau para mutawwif kerana perbuatan tersebut boleh menggu orang yang sedang melakukan tawaf.

9.  Bertolak-tolak untuk melakukan solat berhampiran Maqam Ibrahim. Perbuatan tersebut adalah menyalahi sunnah di samping mengganggu orang sedang melakukan tawaf. Adalah memadai dengan melakukan solat sunat tawaf dua rakaat ditempat lain di dalam Masjidil Haram.

Ketiga : beberapa kesalahan Di dalam Melakukan Sa'ie

1.  Terdapat sebahagian daripada jemaah haji ketika naik ke atas Bukit Safa dan Marwah. Mereka menghadap ke arah Kaabah dan mengangkat tangan ketika membaca doa seolah-olah mereka bertakbir untuk solat. Sunnah di dalam hal ini adalah mengangkat kedua belah tangan seperti keadaan berdoa sahaja.

2.  Berjalan cepat ketika ber sa'ie di antara Safa dan Marwah pada setiap pusingan sedangkan menurut sunnah, berjalan cepat itu hanya dilakukan di antara dua tanda hijau sahaja.

Keempat : beberapa Kesalahan di Arafah

1.  Terdapat sebahagian daripada jemaah haji yang berwuquf di luar kawasan Arafah dan menetap di tempat tersebut sehingga matahari terbenam. Selepas itu, mereka berangkat ke Musdalifah tanpa berwuquf (didalam kawasan) Arafah. Ini adalah stu kesalahan besar yang mengakibatkan mereka tidak mendapat haji kerana sesungguhnya haji itu adalah wuquf di Arafah. Oleh itu, mereka wajib berada di dalam kawasan Arafah.

Hendaklah jemaah haji mengambil berat tentang hal ini. Sekirnya terdapat kesulitan, hendaklah mereka memasuki Arafah sebelum terbenam matahari dan menetap di sana sehingga matahari terbenam. Adalah memadai bagi mereka masuk ke Arafah pada waktu malam khususnya pada malam Hari Raya Korban.

2.  Terdapat sebahagian daripada mereka yang meninggalkan Arafah sebelum terbenam matahari. Perbuatan ini tidak dibenarkan kerana Rasulullah s.a.w. berwukuf di Arafah sehingga matahari terbenam dengan sempurna.

3.  Bertolak-tolak untuk naik ke atas bukit Arafah hingga sampai ke puncaknya yang boleh menimbulkan banyak mudarat (bahaya). Sebenarnya seluruh padang Arafah adalah tempat wuquf dan naik ke atas bukit Arafah tidak disyariatkan apatah lagi bersolat diatasnya.

4.  Terdapat sebahagian daripada jemaah haji yang menghadap ke arah bukit Arafah ketika berdoa sedangkan menurut sunnah, berdoa adalah dengan menghadap kiblat.

5.  Ada sebahagian daripada jemaah haji yang membuat busut-busut pasir dan batu kerikil pada hari Arafah di tempat-tempat tertentu. Perbuatan ini tidak mempunyai asas dalam syariat Islam.

Kelima : Beberapa Kesalahan Di Mudzalifah

Sebahagian daripada jemaah haji sibuk dengan mengutip batu sebelum melaksanakan solat Maghrib dan Isya' apabila tiba di Mudzalifah. Hal ini disebabkan mereka berkayakinan bahawa batu-batu mesti dikutip di Mudzalifah.

Sebenarnya adalah dibolehkan mengutip batu-batu tersebut dari semua tempat di tanah haram. Telah datang daripada Rasulullah s.a.w. keterangan yang menyatakan bahawa baginda tidak pernah meminta dikutipkan batu-batu untuk melontar Jamrah Aqabah di Mudsalifah tetapi dikutipkan untuk baginda batu-batu tersebut ketika baginda meninggalkan Mudzalifah pada waktu pagi setelah memasuki Mina. Begita juga batu-batu yang lain. baginda mengutipnya di Mina. Ada juga di kalangan mereka yang mencuci batu-batu tersebut dengan air, Perbuatan ini juga tidak disyariatkan.

Keenam : Beberapa Kesalahn Ketika Melontar Jamrah

1.  Ada sebahagian daripada jemaah haji yang beranggapan bahawa melontar jamrah adalah melontar syaitan sehingga mereka melontar jamrah itu dengan penuh rasa marah yang disertai dengan caci-maki dan kata-kata keji. Melontar jamrah itu sebenarnya disyariatkan untuk mengingati Allah s.w.t. semata-mata.

2.  Sebahagian daripada mereka melontar jamrah dengan batu besar, selipar atau kayu. Perbuatan tersebut adalah ghuluw(melampau-lampau) dalam agama dan tidak diambil kira di dalam amalan melontar. Batu-batu yang disyariatkan untuk melontar adalah batu-batu kecil sebesar najis kambing.

3.  Tolak menolak dan puku memukul berhampiran jamrah untuk melontar sedangkan yang disyariatkan adalah melontar dengan tenang dan berhati-hati serta berusaha sedaya mungkin untuk tidak menyakiti orang lain.

4.  Melontar batu-batu jamrah sekaligus. Menurut pendapat para ulama, lontaran seperti itu dihitung hanya sekali lontaran dan yang disyariatkan dan adalah melontar batu tersebut satu persatu sambil mengucapkan takbir pada setiap lontaran.

5.  Mewakilkan orang lain untuk melontar dengan alasan untuk menghindari kesulitan dan kesesakan sedangkan ia sendiri mampu melaksanakanya. Mewakilkan orang lain untuk melontar hanya boleh dilakukan jika tiada kemampuan seperti sakit dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:59 PM | Show all posts
Ketujuh : Beberapa Kesalah Di dalam Melakukan Tawaf Wada'

1.  Sebahagian daripada jemaah haji meninggalkan Mina pada hari nafar (tanggal 12 atau 13 Zulhijjah) sebelum melontar jamrah dan terus melakukan tawaf wada'. Kemudian, mereka kembali semula ke Mina untuk melontar jamrah dan setelah itu mereka terus pulang ke negara masing-masing. Perbuatan tersebut menyebabkan amalam terakhir mereka adalah melontar jamrah, bukan tawaf di Baitullah sedangkan Nabi s.a.w. bersabda...Maksudnya...

  "Janganlah sesorang meninggalkan Makkah sehingga amalah terakhirnya adalah tawaf di Baitullah"

Maka tawaf Wada' wajib dilakukan setelah selesai semua amalan haji dan ia dilaksanakan beberapa saat sebelum bertolak. Janganlah memetap kembali di Makkah setelah melakukan tawaf Wada' kecuali hanya untuk menyelesaikan sedikit urusan (yang penting).

2.  Setelah melakukan tawaf Wada' sebahagian daripada jemaah haji keluar dari Masjidil Haram secara berundur sembil menghadapkan wajah ke arah Kaabah. Mereka menyangka bahawa perbuatan itu merupakan tanda penghormatan terhadap Kaabah. Perbuatan tersebut adalah bid'ah yang tidak ada asas di dalam agama.

3.  Sebahagian daripada mereka pula setelah melakukan tawaf wada' dan tiba di puntu Masjidil Haram berpaling manghadap Kaabah dan membaca pelbagai doa seolah-olah mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Kaabah. Perbuatan ini juga adalah bid'ah dan tidak disyariatkan.

Kelapan : Beberapa Kesalahan Ketika Menziarahi Masjid Nabawi

1.  Mengusap-ngusap dinding dan pagar besi ketika menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. dan mengikat tali-tali atau seumpamanya pada jendela-jendela untuk mendapatkan barakah. Keberkahan hanya terdapat di dalam perbuatan-perbuatan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t dan rasulNya, bukannya di dalam perbuatan bid'ah.

2.  Pergi ke gua-gua di Bukit Uhud seperti pergi ke Gua Hira' dan Gua Thur di Makkah. Mereka mengikatkan potongan-potongan kain di tempat-tempat tersebut dan membaca pelbagai doa yang tidak diizinkan oleh Allah serta bersusah-payah untuk melakukan perbuatan tersebut. Semua perbuatan ini adalah bid'ah dan tidak ada asasnya dalam syariat Islam yang suci ini.

3.  Ziarah ke beberapa tempat yang dianggap sebagai tanda peninggalan Rasulullah s.a.w., perigi khatam atau perigi Uthman dan mengambil pasir dari tempat-tempat ini dengan mengharapkan barakah.

4.  Memohon kepada orang-orang yang telah mati ketika menziarahi perkuburan Baqi' dan Shuhada' serta melemparkan wang ke tanah perkuburan ini demi mendekatkan diri dan mengharapkan barakah dari penghuninya. Perbuatan ini adalah stu kesalahan besar, bahkan termasuk perbuatan syirik yang besar menurut pendapat para ulama' yang berdasarkan Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya ibadah itu hanya ditujukan kepada Allah semata-mata dan tidak boleh dialihkan tujuan beribadah kepada selain daripada Allah s.w.t seperti berdoa, menyembelih korban, bernazar dan ibadah-ibadah yang lain. Firman Allah taala : bermaksud...

"Dan mereka tidak diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam mendirikan agama". Dan firmannya

  "Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah. Maka, janganlah kamu menyembah seseorang yang lain di samping Allah".


Kita memohon kepada Allah semoga Dia memperbaiki keaadaan umat Islan dan memberi mereka kefahaman agama serta melindungi kita dan seluruh umat Islam daripada fitnah yang menyesatkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengabulkan doa hambaNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 01:52 PM | Show all posts
WSALAM

aah kalau masuk june..penuhlah KLCC...sunway...pavilion..depa kan suka nak tabur duit kt ...
HUSSAINTAHIR Post at 24-5-2010 17:30


Salam Husain..
Teringat Mak Cik..
Ada kawan Husband dari Indonesia nak datang bercuti kat Malaysia..
So dia suruh cari Hotel utk dia..
Terkejut dia..kenapa ramai sangat org Arab..
Bila nak pi breakfast kat Hotel tu berlambak org Arab..
Seolah olah macam Perkampungan Arab..
Dia cakap di Indonesia jarang nampak orang Arab datang bercuti walaupun Negara Indonesia tu Negara Islam..
Malaysia juga yg menjadi pilihan..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 06:59 PM | Show all posts
Salam.

CARA-CARA MENZIARAHI MASJID NABI S.A.W.

1.   Anda disunatkan untuk pergi ke Madinah pada sebarang waktu dengan niat menziarahi Masjid Nabawi dan bersolat di dalamnya. Hal ini kerana, bersolat di Masjid Nabawi lebih baik daripada seribu kali soalt di masjid lain kecuali Masjidil Haram.

2.   Ziarah ke Masjid Nabawi ini tiada sebarang hubungan dengan ibadah haji. Oleh itu tidak perlu berihram atau membaca talbiah.

3.   Setibanya anda di Masjid Nabawi, masuklah ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan. Bacalah Bismillahirrahmannirrahim dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Mohonlah kepada Allah agar dibukakan kepada anda pintu-pintu rahmatNya dan bacalah : Maksudnya...

"Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung dan wajahNya yang Maha Mulia serta kekuasaanNya yang Maha Qadim dari golongan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, bukakanlah bagiku segala pintu rahmatMu".

Doa ini juga dianjurkan untuk dibaca ketika memasuki masjid yang lain.

4.   Setelah memasuki Masjid Nabawi, bersegeralah melakukan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Adalah lebih afdhal jika solat ini dilakukan di Raudhah. Sekiranya hal itu tidak dapat dilakukan, maka bersolatlah ditempat lain di dalam masjid.

5.   Setelah itu, pergi ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berdirilah di hadapannya dengan menghadap ke arah maqam baginda. Kemudian, ucapkan dengan sopan dan suara yang perlahan : Maksudnya:

"Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi Muhammad s.a.w. berserta rahmat Allah dan barakahnya".

Setelah itu berselawatlah ke atas baginda sebanyak-banyaknya. Anda juga boleh membaca doa berikut, Maksudnya :

"Ya Allah kurniakanlah kepada baginda kedudukan yang tinggi serta kemuliaan dan bangkitkan baginda di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya. Ya Allah limpahkan kepada baginda daripada umatnya sebaik-baik pahala".

Kemudian, bergeraklah sedikit ke sebelah kanan agar dapat berada di hadapan Mazam Abu Bakar r.a. Ucapkanlah salam kepadanya dan berdoalah untuknya dengan memohon keampunan dan rahmat serta redha daripada Allah Ta'ala.

Kemudian, bergeraklah sedikit lagi ke sebelah kanan supaya anda dapat berada di hadapan Maqam Umar r.a. Ucapkanlah salam dan berdoalah untuknya supaya dikurniakan keampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah.

6.   Disunatkan untuk menziarahi Masjid Quba dalam keadaan berwudhu' lakukanlah solat di dalamnya, kerana Nabi s.a.w melakukan sedemikian dan menganjurkanya.

7.   Anda juga disunatkan untuk menziarahi tanah perkuburan Baqi'. Terdapat di dalamnya Maqam Uthman r.a. Demikian juga anda disunatkan menziarahi para syuhada' Uhud. Di antara mereka ialah Hamzah r.a. dan ucapkanlah salam serta berdoalah untuk mereka kerana Nabi s.a.w. pernah menziarahi dan mendoakan mereka serta mengajar para sahabat baginda doa ziara : Maksudnya :

"Salam sejahtera dilimpahkan kepada kamu sekelian, wahai penghuni kubur yang mukmin dan muslim. Kami juga Insya'Allah akan menyusul kamu sekelian, semoga Allah Ta'ala memberikan keselamatan kepada kita semua", (Hadis riwayat Muslim).

Di Madinah, tiada masjid atau tempat yang disunatkan untuk diziarahi selain daripada Masjid Nabawi dan tempat-tempat yang disebutkan tadi. Oleh itu janganlah menyusahkan diri anda untuk melakukan sesuatu yang tiada pahala, sebaliknya boleh menyebabkan anda berdosa.

Allahlah yang Maha Memberi Taufiq.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 08:58 PM | Show all posts
thanx jellybee 4 da info..boleh mnmbahkn lagi knowledge
mane kak freshoren??
da lame menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:14 PM | Show all posts
thanx jellybee 4 da info..boleh mnmbahkn lagi knowledge
mane kak freshoren??
da lame menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:24 PM | Show all posts
thanx jellybee 4 da info..boleh mnmbahkn lagi knowledge
mane kak freshoren??
da lame menghilang: ...
whoelse_i Post at 25-5-2010 20:58



    masukkkk!

assalamualaikum..

dik..yg pasal visa tuh kan..akak juz nk bagitau,hubby punye lom approved lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:24 PM | Show all posts
@ aziefa

kak azie..saya di kanchong darat..dekat dah tu..moh kita gathering kat banting je.Pantai morib ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:30 PM | Show all posts
hua nak gathering ye kak
best3...
sekarang urusan visa susah sikit kak..insyaallah kak dapat punye nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:32 PM | Show all posts
hua nak gathering ye kak
best3...
sekarang urusan visa susah sikit kak..insyaallah kak dapat pun ...
whoelse_i Post at 25-5-2010 21:30



    tuh la tuh..sape suh taknak bawak akak kan?
lagipun kali ni depa macam ade byk prob..kursus pon belum lagi ni.minggu depan dah nak pegi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 10:58 PM | Show all posts
Reply 2056# freshoren
la ye ke kak kursus umrh pon blum lgik??
xpela..nnti insyaallah dpt visa tue....
kite da plankn nk g same2 insyaallah next year..xpe kali ne bia whoelse n husband akk "tingglkn" akk jap....
just joking...






p/s:maap la lmbt reply...intenet superb lembaps
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 08:23 AM | Show all posts
Malaysia masih aman untuk pelancong.....sebab tu ramai bangsa asing disini..khususnya arab
Salam Husain..
Teringat Mak Cik..
Ada kawan Husband dari Indonesia nak datang bercuti kat Mala ...
aziefa Post at 25-5-2010 13:52
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 08:34 AM | Show all posts
Reply 2028# whoelse_i


assalamualaikum...

alhamdulillah, tumpang gembira utk whoelse..
urusan visa dh selesai.. skrg ni just buat persiapan utk berangkat je...

blh la bergathering dgn nektu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 08:43 AM | Show all posts
Reply  freshoren
la ye ke kak kursus umrh pon blum lgik??
xpela..nnti insyaallah dpt visa  ...
whoelse_i Post at 25-5-2010 22:58



    maaf lmbt reply

aah..kursus pon depa lom buat lagi.
hari ni ust.akan konfem pasal visa..
adehh! akak bzbody mcm la akak ni pegi kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.118010 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list