Originally posted by isyarina at 15-5-2008 10:58 AM
padi huma di tengah bendang
beli kuini dari si nyonya
sudah lama tidak bertandang
orang disini apa khabarnya.....
hari minggu tak kemana-mana
ingat tadi sempat dok berehat
orang di sini lama menunggu isyarina
semua yang ada di sini sihat-sihat
Originally posted by iDputera at 15-5-2008 11:11 PM
manis sekali ciku Melaka
dijual orang bersama hempedu
wajah terbayang di ruang mata
senyum melirik menusuk kalbu......
jemur baju di panas terik baju kebaya milik Anis wajah rupawan dn menarik senyumannya pula mmg manis
Originally posted by iDputera at 15-5-2008 11:12 PM
anak cina mengayuh perahu
perahu dikayuh arah ke hulu
apa kah ubat hati yang rindu
tolong kabarkan agar ku tahu.....
'......
selendang sutera dan baldu
dihadiahkan pada tetamu
jika hati dah terlalu rindu
cepat berjanji & kita BERtemu
Originally posted by iDputera at 15-5-2008 11:31 PM
siang ku tunggu malam ku nanti
mengharap bulan jatuh ke riba
kalau kasih sudah termeterai
semailah ia sehingga bahagia.....
'hi dinda mas.......
lengan sarat dgn gelang
beli seurat utk Cik Siti
kasih sayang tiada penghalang
bahagia kita hingga akhir nanti
*