|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
near completion 19 mei 2010
![](http://farm5.static.flickr.com/4027/4626477323_35894fbe86_o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
wow superb..april 2010
it is amazing
![](http://farm5.static.flickr.com/4044/4542249299_b1a2cf6c50_o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
alangkah bertuahnya makcik-makcik nie
![](http://farm5.static.flickr.com/4057/4542242387_b96dbacd67_o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 25-5-2010 02:28
HT,
thanks for sharring this photo..mau menitis air mata & meronta2 hati nak kesini lagi....beribad ...
rzman_07 Post at 24-5-2010 11:41 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
bro baru 1 bulan 3 hari..cuba fikir kami yg dh setahun tak pi nie..camner
fuuh..susah nak citer....rindu bangat....kalau ku mampu terbang...saat ini jugak aku terbang hahaha...(dalam erti kata lain mampu secara ekonomi)
semoga ALLAH SWT menjemput kita semua ke rumahNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Husain..
Betul tu..
Hari tu Mak cik baca PDKM..
Dia cerita memang Mekah tgh panas ...
aziefa Post at 24-5-2010 11:16 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
WSALAM
aah kalau masuk june..penuhlah KLCC...sunway...pavilion..depa kan suka nak tabur duit kt negara kita..
kita plak suka kt sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam hussain
2006#
Posted at 24-5-2010 10:06 | View this author's posts
Makkah yang kita ...
jellybee Post at 24-5-2010 12:44 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
so ramailah jemaah kita jadi glamour skjap dgn ray ban and so on... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ungu_violet191
uv........dah kuar fatwa......tak payah bertaklid dah......
amik wuduk ...
Mas916 Post at 24-5-2010 08:05 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
ooo..dh keluar fatwa ya,terima ksh..sbb hr tu ms berkursus ustz tu trgkan di galakkan ambil ikut mazhab maliki,tp x dak pula dia trgkan kaifiatnya 2..info kat atas ni sy ambil dr laman web Uni Sains Islam Msia.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semue..![](static/image/smiley/default/smile.gif)
alhamdullilah da dapt visa untuk semua jemaah..bersyukur sgt3..
akn bertolak 5/6 until 19/6..insyaallah...
cuace dekt sane pun panas..tapi insyaallah n hope boleh buat sumenyerr seperti biase![](static/image/smiley/default/smile.gif)
da xsabar rasenyerr nak jejak kn lagi kaki ke sane... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2028# whoelse_i
wah whoelse,
lebih kurang je date kita pegi.
nenek pi 7hb, balik 19hb |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2029# nenektua
aah la nenektue![](static/image/smiley/default/smile.gif)
lebih kurang je...d madinah n makkah dduk hotel mane ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2030# whoelse_i
tak berapa sure la whoelse pasal hotel tu.
sebab everything mmg mak dan bapak yang uruskan.
nanti nenek check balik ek.
wholse duk mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2031# nenektua
insyaallah if xde pertukaran
d madinah:jawharat fayroz hotel
d makkah:jawharat bustan or rawabi bustan hotel..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semue..
alhamdullilah da dapt visa untuk semua jemaah..bersyukur sgt3..
akn bertolak 5/6 u ...
whoelse_i Post at 24-5-2010 20:25 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam whoelse, bestnyer dah nak pegi lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kak jelly, itu le..bila dok ingat kat sana mmg meronta hati rasa nak bawak anak2 & isteri kesa ...
rzman_07 Post at 24-5-2010 13:02 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam, InsyaAllah semoga Allah makbulkan impian baik rzman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2033# jellybee
alhamdullilah jellybee....
kali ini insyaallah ge dgn bos n bawa jemaah....
da xsbar rasenyerr da![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Semua,
CARA MELAKUKAN HAJI
1. Sekiranya anda melakukan Haji Ifrad atau Qiran, anda hendaklah berihram dari miqat yang anda lalui. Jika anda tinggal di dalam kawasan miqat maka berniatlah mengikut jenis haji yang anda ingin lakukan dari tempat tersebut.
Sekiranya anda ingin melakukan haji Tamattu' maka berihramlah untuk menunaikan umrah dari miqat yang anda lalui. Kemudian, anda hendaklah berihram untuk menunaikan haji pada hari Tarwiyah iaitu pada hari kelapan Zulhijjah dari tempat tingal anda. Sekiranya tidak menyusahkan, mandilah dan pakailah wangi-wangian terlebih dahulu. Kemudian pakailah pakaian ihram dan berniatlah dengan membaca : (LABAIKALLAH HAJ)
Bermaksud :
"Ku menyahut seruanMu untuk melaksanakan haji"
"Ku sambut seruanMu ya Illahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, Ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu"
2. Setelah itu, keluarlah menuju ke Mina dan lakukan solat Zohor, Asar dan Maghrib, Isya' dan Subuh di sana secara qasar iaitu solat yang empat rakaat (zohor, Asar dan Isyak) dijadikan dua rakaat pada waktunya tanpa dijama'.
3. Apabila matahari telah terbit pada hari kesembilan Zulhijjah (keesokan harinya), berangkatlah menuju ke Arafah dengan tenang dan hindarilah daripada menyakiti para jemaah haji. Tunaikan solat Zohor dan Asar di Arafah secara qasar dan jama' taqdim iaitu dengan sekali azan dan dua kali igamat.
Pastikan anda benar-benar yakin bahawa anda telah berada di dalam kawasan Arafah. Banyakkanlah berzikir dan berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Ketahuilah bahawa seluruh padang Arafah adalah tempat wukuf dan anda hendaklah berada di sana sehingga terbenam matahari.
4. Apabila matahari telah terbenam, berangkatlah menuju ke Muzdalifah dengan tenang sambil bertalbiyah dan hindari perbuatan mengganggu sesama muslim. Apabila anda tiba di Muzdalifah, lakukanlah solat Maghrib dan Isya' secara jama' dan qasar. Anda hendaklah menetap di sana sehingga anda selesai melakukan solat Suboh.
Setelah itu, perbanyakkanlah berzikir dan berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkat kedua belah tangan sehingga hari mulai terang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
5. Berangkatlah sebelum matahari terbit menuju ke Mina sambil bertalbiyah. Bagi mereka yang diberi keuzuran (kelonggaran) seperti kaum wanita dan golongan yang lemah, mereka dibenarkan berangkat menuju ke Mina pada malam tersebut selepas tengah malam. Kutiplah batu-batu kecil di Muzdalifah untuk melontar jamrah Aqabah sebanyak tujuh biji sahaja. Batu-batu yang lain boleh dikutip di Mina, begitu juga tujuh biji batu yang akan anda gunakan untuk melontar jamrah Aqabah pada Hari Raya, boleh dikutip di Mina.
6. Apabila anda telah tiba di Mina lakukanlah perkara-perkara berikut :
i). Melontar jamrah Aqabah, iaitu jamrah yang terdekat dengan Makkah, menggunakan tujuh biji batu kecil secara berturut-turut sambil bertakbir pada setiap lontaran.
ii). Sekiranya anda diwajibkan menyembelih haiwan korban, tunaikanlah kewajipan tersebut dan makanlah sebahagian daripada dagingnya serta berikan sebahagian yang lain kepada fakir miskin.
iii).Bercukur atau memendekkan rambut. Bercukur adalah lebih afdhal (utama). Manakala bagi wanita pula, cukuplah dengan menggunting rambutnya sekadar panjang ruas jari. Jika perkara ini dilakukan secara tertib, maka ia adalah lebih afdhal (utama). Namun begitu tidak menjadi masalah jika anda mendahulukan di antara satu dengan yang lain.
Apabila anda telah selesai melontar, bercukur atau bergunting maka anda telah melaksanakan Tahallul Awal. Seterusnya anda boleh memakai pakaian biasa dan melakukan perkara-perkara yang sebelumnya menjadi larangan di dalam ihram kecuali hubungan suami isteri.
7. Setelah itu, berangkatlah menuju ke Makkah dan lakukan tawaf Ifadhah. Kemudian, lakukan sa'ie jika anda melakukan haji Tamattu'. Jika anda melakukan haji Qiran atau Ifrad dan anda telah melakukan sa'ie selepas tawaf Qudum, maka anda tidak perlu mengerjakan sa'ie lagi selepas tawaf haji (Ifadhah). Setelah melakukan demikian maka halal bagi anda semua larangan di dalam ihram termasuk hubungan suami isteri.
Tawaf Ifadhah dan sa'ie boleh dilewatkan perlaksanaannya selepas hari-hari Mina.
8. Setelah melakukan tawaf Ifadhah dan sa'ie pada hari Nahar (hari kesepuluh) kembalilah ke Mina. Bermalamlah di sana pada malam hari Tasyriq iaitu malam 11,12, dan 13. Sekiranya anda ingin segera keluar dari Mina maka anda dibolehkan keluar pada hari yang kedua belas.
9. Lontarlah ketiga-tiga jamrah selama anda menetap sama ada dua atau tiga hari di Mina setelah matahari tergelincir. Anda hendaklah melontar Jamrah Ula (pertama) iaitu jamrah yang paling jauh dari Makkah, kemudian Jamrah Wustha (tengah) dan seterusnya Jamrah Aqabah. Setiap jamrah dilontar dengn tujuh biji batu kecil secara berturut-turut sambil bertakbir pada setiap lontaran. Setelah anda selesai melontar Jamrah Ula (pertama) dan Jamrah Wustha (tengah), anda hendaklah berdiri seketika dengan menghadap kiblat dan berdoa sambil mengangkat kedua belah tangan mengikut hajat dan kemahuan anda. Perkara ini tidak perlu diulangi pada Jamrah Aqabah (kerana perkara ini tidak dilakukan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Sekiranya anda ingin menetap selama dua hari sahaja di Mina (Nawaf Awwal), anda hendaklah meninggalkan Mina sebelum matahari terbenam pada hari yang kedua tersebut. Sekiranya matahari telah terbenam sebelum anda keluar dari kawasan Mina, anda dikehendaki bermalam lagi pada malam yang ketiga dan melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ketiga tersebut. Sekiranya anda bermalam pada malam ketiga, maka ia adalah lebih afdhal (utama).
Orang yang sakit atau yang lemah boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melontar jamrah. Bagi mereka yang mewakili orang lain hendaklah melontar untuk dirinya sendiri terlebih dahulu, kemudian melontar untuk orang yang diwakilinya di jamrah yang sama.
10. Apabila anda hendak pulang ke kampung halaman setelah selesai melakukan ibadah haji, lakukanlah Tawaf Wada'. Tiada rukhsah (keringanan) untuk meninggalkan Tawaf Wada' kecuali bagi wanita yang sedang haid dan yang baru melahirkan anak (nifas). |
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DI DALAM IHRAM
Orang yang sedang berihram untuk haji dan umrah diwajibkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Melaksanakan perkara yang diwajibkan oleh Allah kepadanya, seperti solat pada waktunya secara berjama'ah.
2. Menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah seperti Rafath (mengeluarkan kata-kata lucah, bercumbu mesra dan berhubungan dengan isteri) Fusuq (melanggar perintah agama) dan Jidal (berbantah-bantahan).
3. Menghindari ucapan atau perbuatan yang mengganggu dan menyakiti sesama muslim.
MENJAUHI LARANGAN-LARANGAN SEMASA BERIHRAM IAITU
i). Mencabut rambut atau memotong kuku. Sekiranya ia gugur atau tercabut dengan sendiri tiada sebarang denda dikenakan.
ii). Menggunakan wangi-wangian pada badan, pakaian, makanan dan minuman. Sekiranya wangian yang digunakan sebelum berihram masih kekal, maka tiada masalah dalam hal ini.
iii). Membunuh dan menghalau haiwan buruan atau membantu orang yang memburu ketika di dalam ihram.
iv). Meminang wanita atau melangsungkan akad nikah sama ada untuk dirinya atau orang lain. Begitu juga tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan isteri atau ka di dalam menyentuhnya dengan syahwat ketika di dalam berihram.
Larangan-larangan di atas adalah untuk lelaki dan wanita.
TERDAPAT LARANGAN-LARANGAN YANG KHUSUS UNTUK LELAKI ANTARANYA
I). Memakai sebarang penutup kepala. Namun begitu, jika menggunakan payung, berteduh di bawah atap kenderaan atau membawa barang-barang di atas kepala adalah tidak menjadi kesalahan.
2). Memakai baju dan seumpamanya yang menutup seluruh badan atau sebahagiannya seperti jubah, serban, seluar atau kasut kecuali dalam hal ketiadaan kain ihram, maka dibolehkan memakai seluar atau ketiadaaan selipar, maka di benarkan memakai kasut.
Manakala bagi wanita pula diharmkan memakai sarung tangan dan menutup mukanya denga kain atau kerudung ketika berihram. Jika wajahnya terdedah kepada kaum lelaki yan gbukan mahram, wajib baginya menutup muka dengan kerudung atau seumpamanya seperti dalam keadaan tidak berihram.
Apabila seseorang yang sedang berihram memakai pakaian yang berjahit, menutup kepalanya, memakai wangi-wangian, mencabut rambutnya atau memotong kukunya sama ada kerana lupa atau jahil, maka tidak dikenakan fidyah (denda). Wajib ke atasnya menghentikan segala perbuatan tersebut apabila ia teringat atau mengetahui hukumnya.
Bagi yang sedang berihram, dibolehkan memakai selipar, cinci, cermin mata, alat pendengar (earphone), jam tangan, tali punggang biasa atau tali pinggang bersaku untuk menyimpan wang dan dokumen-dokumen penting.
Dibenarkan juga bagi yang sedang berihram untuk menukar pakaian ihram atau membasuhnya dan dibenarkan jug untuk mandi atau membasuh kepala. Sekiranya terdapat rambut yang gugur dengan tidak segaja ketika sedang membasuh kepala, maka tiada sebarang denda dikenakan. Begitu juga jika terluka. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semue..
alhamdullilah da dapt visa untuk semua jemaah..bersyukur sgt3..
akn bertolak 5/6 u ...
whoelse_i Post at 24-5-2010 20:25 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Alhamdulillah syukur pada ALLAH...tenanglah sket bile dh dpt visa...antara benda2 yg boleh mengugat ketenangan ialah visa..bcoz dia dh jadi masalah yg lumrah kalau jemaah tak dpt fly ....
my advice prepare for the worst...
it is hot season..
prepare with some essential medication, cream and so on...i think a lot of tips you can get from senior kt sini
whoelse kerja ngan travel agency ke?
if this is your first trip...i wish you have a good experience...may ALLAH grant you with umrah maqbulah..and saie masykura...
and have a save journey...
"It is a spritual journey, everything is between you and ALLAH..." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nenektua
insyaallah if xde pertukaran
d madinah:jawharat fayroz hotel
d makkah:jawhara ...
whoelse_i Post at 24-5-2010 21:47 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
welcome to the group
haha hotel ghawharat fayroz...
sapa pernah stay:
1. hussain
2. ayahjoe
3. makcik aziefa..am i right?
lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2027# ungu_violet191
uv.....kalau x salah saya ...kalau wuduk cara iman maliki.....
kita basuh kepala sedikit ja..derang basuh 1 kepala....
kalau suami isteri - kena 2-2 amik wuduk cara iman maliki....
kalau salah sorang amik yg berlainan.,,.bile tersentuh batal....
wallahhu'alam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|