CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 27-5-2008 02:59 PM | Show all posts
ada sekali tu masa tgh jalan kaki nak gi masjidil haram..ni kat mekah...masa tu dah nak dekat solat asar.semua family rina jln di dpn..rina jer sorang2 jln slow2...tetiba ada budak melintas tepi rina...pastu budak perempuan tu dtg kat rina.dalam umur 5 tahun..dia pakai gaun putih yg comot..dia nangis tepi rina..tarik2 teleking rina....ummi ummi..dia mintak 1 riyal..maraung meraung...kebetulan masa tu rina tak bawa duit..sbb rina pakai baju yg tak ada poket.rinapun dah rasa nk nangis...sbb .rina tak dapat bagi dia 1 riyal...sampai harini rina rasa kesal sgt...masa time nak gi mabrib rina cari budak tu tapi dah tak ada..hari hari rina cari..tapi budak tu dah tak muncul lg dah..1st time org panggil rina ummi...rasa mcm ibu pulak...naluri keibuan ...masa nk blk pun rina cari...sedih sgt..smp sekarang ni dok ingat ...kesal sgt...lps tu setiap kali pegi masjid,mesti rina bawa duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #1982 rinafarha1709's post

kurang2 terubat rindu rin pada arwah2 bile terserempak dgn org yg mirip rupa mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:08 PM | Show all posts

Reply #1983 rinafarha1709's post

Sebenarnya  Rina ni pun pangkat anak juga. Macam manalah ibu nak berhenti dari menyampuk di sini  rina kerana perkara atau  pengalaman dan perasaan yang rina lalui   berlaku  juga kepada ibu.

Macam perasaan terkilan dan ralat yang dialami oleh rina kerana tak dapat memberi 1 riyal kepada anak kecil yang meraung-raung meminta dari rina.  Ibu juga mengalami perasaan  begitu hingga ke hari ini rina kerana  tak  dapat membantu seorang  jemaah wanita yang sesat semasa di Masjidil Haram yang  tak tau nak  pulang ke hotel semasa ibu  mengerjakan haji tahun 1992 yang lalu.  Semasa itu ibu sedang berjalan menuju ke dataran kaabah untuk melakukan tawaf rukun.  Beberapa orang jemaah brunei di situ  memberitahu dan menunjukkan kepada  ibu yang ketika itu bersama kakak ipar  seorang jemaah malaysia keletihan dan macam hilang punca sedang bersandar di salah sebatang tiang di dalam masjid itu.  Ibu menghampiri wanita itu dan memberitahunya supaya menunggu ibu  selesai tawaf dahulu sebelum ibu membawanya keluar  untuk mencari  hotel penginapannya.  Selesai tawaf ibu terus menuju ke tempat berkenaan, tapi malangnya wanita itu telah tiada lagi di situ.  Timbul perasaan ralat dan terkilan yang amat sangat ketika itu kerana  sepatutnya ibu membantu wanita itu terlebih dahulu sebelum  mengerjakan tawaf.  Tetapi hasrat ingin menyelesaikan ibadah terlebih dahulu menyebabkan ibu terlepas peluang membantu wanita itu  mencari jalan pulang. Perasaan ralat itu masih terasa hingga kini rina.

Berkenaan peristiwa berjumpa wajah  seiras orang yang telah meninggal dunia pula, ibu juga mengalami peristiwa sebegitu.  Sewaktu  mengerjakan umrah bersama  keluarga suatu masa dahulu, sebelum berangkat ke Makkah ibu telah menyimpan hasrat  untuk meminta abang sulong ibu mengerjakan satu umrah untuk arwah ayah.   Suatu malam, ketika  kami  menaiki kenderaan untuk bermiqat di Tanaim, ibu terkejut kerana dalam suasana malam, ibu melihat rupa pemandu kereta yang ibu naiki itu saling tak tumpah rupa arwah ayah ibu yang dah lama meninggal dunia, seolah-olah  mengingatkan ibu  tentang hasrat ibu semasa di tanah air lagi. Subhanallah....

Selepas itu terus ibu beritahu tentang hasrat ibu itu kepada abang ibu yang turut sama mengerjakan umrah ketika itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #1981 Rosputih's post



Kelakarnya dengar cerita Kak Ros ni..he..he..

Tak pellah...dari merayau tak menentu biarlah duduk rumah main PC.
Kak Ros nak tau tak suami kita siap sound dkt anak saya..
"Mama tu dah nak jadi Bill Gate..tapi Bill Gate tu kaya tapi Mama kamu tu tak de gaji.
duit pun minta kat suami"..
Cakap kat anak sindir isteri"
Tapi baik pulak takut isteri terasa dia sambung lagi..
"Tak pelah dari merayau window shopping baik duduk kat rumah..biar pon duduk depan PC"
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:27 PM | Show all posts

Reply #1986 aziefa's post

ibu dgn kak zie ..korang mmg kelakor la petang2 ni.. Nak balik ujan lebat ni, skali dgn kilat, guruh... jawapnya baiklah hanni lepak dulu kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:37 PM | Show all posts

Reply #1986 aziefa's post

Memang kelakarlah kita ni aziefa.  Kalau kat rumah bila naik tingkat atas, suami tanya juga buat apa di atas tu.  Sebenarnya check bilik anak yang mana pcnya free kerana anak-anak sekarang ni semuanya ada di rumah.  Tapi masalahnya anak-anak masing-masing kakii mengadap pc juga.  Kadang-kadang siap beritahu  anak,  ibu nak guna sekejap,  hanya kerana  nak jengah thread ni je. ada cerita-cerita terbaru ke?   Kelakarkan .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #1988 Rosputih's post

Kak Ros kita serupa..kita serupa
Anak duduk kat Asrama cuti sekolah ni terpaksalah kena minta tumpang sesekali..
Anak siap merajuk..nanti dia balik asrama Mama gunalah sepenuhnye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:44 PM | Show all posts

Reply #1987 Hanni's post

Betul cakap hanni, ibu dah siap dengan handbag di atas meja nak balik dah.  Bila tinjau dari tkt 28 pejabat ibu ni, Masya Allah gelapnya langit, serba salah nak balik atau tunggu dulu, takut terperangkap dalam jam, lalu terus  sambung cerita di sini lagi.  Ibu rasa seronok membaca coretan pengalaman kamu semua.  Sambunglah lagi cerita ye.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 07:23 PM | Show all posts

Reply #1978 IDB's post

Rasanya ikut POTO Travel..naik qatar airways dia singgah kat Doha..dapatlah round kat lota Doha..
Sekarang ni kan banyak pakej umrah disekalikan dgn lawatan ke Syria,Jordan,Dubai..
Kita dulu dah nak pergi South Afrika tapi last minit cancell...beg dah naik kapalterbang dah..
Terpaksa keluarkan beg...flight jadi delay 1 jam..
Dengar cerita kawan South Afrika pun best ..cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 08:07 PM | Show all posts
Nak cerita pengalaman kita pergi Umrah ikut rombonga Sultan Selangor Tahun 2002.
Tuanku khabarnya last pi umrah masa umur dia 16 or 19 tahun.
Tuanku ni kalau pi umrah memang ikut peraturan..bila nak masuk siap berhenti tengok buku.
Agaknya baca doa masuk masjid...
Suka tengok Tuanku bila pakai Jubah putih..then pakai selipar aje..he..he..
Bila masuk dlm masjidil Haram..sibuklah pengiring mengikut termasuk suami..
Sibuk duduk di belakang Tuanku..takut org dok langkah or penyek kepala Tuanku..
Boleh cepat cepat tepis..walaupun mungkin Tuanku tak kisah..
Tuanku ni pulak bila nampak ada tempat kosong ...terus aje bangun nak duduk ke depan..
Lintang pukanglah org yg mengiringnya nak kedepan..masalahnya kadang tak de tempat kosong lagi...pening juga pengring pengiringnya..
Berpeluang dapat masuk kat Raudah...
Rombongan Tuanku dpt Jemputan pi Raudah pukul 11 malam.
Masa tu masjid Nabawi memang ditutup selepas solat Isyakk
Rasanya sekarang buka 24 jam ..betul ye..
Pukull 10 dah kena kumpul kat Lobi..siapa yg nak ikut..
Kita pukul 9.30 dah tercongok kat Lobi..
Orang lelaki berpeluanglah masuk Raudah sampai ke depan,,mimbar rasululah..
Tapi kita org perempuan cuma dapat sampai 1 tiang putih aje..
Jadi berpeluanglah buat pertama kalinya solat kat Mimbar Rasulullah..
Lapang aje..30 org rombongan aje masa tu..
Bila dapat tu bukan main lama kita sujud..elok nak habis beri salam Tuanku dok ada duduk bersimpuh menunggu nak solat...apa lagi.."Ampunkan patik.."
Tuanku senyum aje...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:15 PM | Show all posts

Reply #1992 aziefa's post

Bertuahnya aziefa.  Rezeki dan nikmat  kurniaan  Allah  yang diberikan kepada hamba-hambaNya   yang tak dapat dijualbeli serta  dinilai dengan wang ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:55 PM | Show all posts
Haji baru ni Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan, permaisuri & bonda ada...
Buat tawaf, saie, dikelilingi askar... senang dan selesa, takde tolak menolak walaupun ramai orang...
Dato' Siti & Datuk Seri K pun buat tawaf dikepung body guard... juga senang dan selesa...
Tapi yang paling ustaz paling respect sekali geng cuci masjid... pegang tali merah je semua orang ketepi... tak payah askar pun...

PS kak aziefa & kak ros buat lawak... ustaz pun nak tumpang buat lawak jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:58 PM | Show all posts

Reply #1956 rinafarha1709's post

kadang2 tu hinggap jugak atas org... tapi kalau halau di terbang laa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:04 PM | Show all posts
flames nyer experience lak.. masa duk tawaf.. tiba2 ada satu couple middle east nie yg berumur laa jugak mai peluk2 senyum2 kat flames.. yg wife dia laa.. tu asyik renung jer muka flames..flames mcm tergamam.. x berkata.. tenung jer muka dorang balik.. coz masa tu tgh berzikir...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:07 PM | Show all posts

Reply #1991 aziefa's post

Afrika tu di Cameroon...tak tahu-lah macam mana tempatnya..hati kurang minat nak pegi tapi apa 'kan daya..kalau suruh pegi Umrah, rasanya bila-bila masa pun nak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #1997 IDB's post

Kalau nak tengok gambar pi Syriia pi kat bawah.
Kat mana pun pergi sekali cukuplah.
Tapi pi Mekah...tak jemu jemu sentiasa terpanggil nak pergi.
Insyallah Ramadan ni nak pi..
http://forum3.cari.com.my/viewth ... age%3D1#pid23255262
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 27-5-2008 05:08 PM
Sebenarnya  Rina ni pun pangkat anak juga. Macam manalah ibu nak berhenti dari menyampuk di sini  rina kerana perkara atau  pengalaman dan perasaan yang rina lalui   berlaku  juga kepada ibu.

...



ibu...apa yg kita alami seakan samakan...rasa kekesalan yg amat sgt..sama seperti apa yg ibu alami...kita hendak menolong org tp tak dapat..wlpn kita tahu..kita mampu menolong mereka.....mmg rasa ralat sgt..selepas itu ibupun tak jumpa lagi dgn wanita itu sampai ibu pulang ke malaysia ?sama mcm rina..tak jumpa lagi budak tu sampai pulang ke malaysia...

seperti yg rina lalui...rina pastu mesti ibu dpt melepaskan rindu terhadap ayah ibu setelah bertemu dgn lelaki yg wajah mirip ayah ibu,,,,sama mcm rina...wlpn jumpa mereka seketika,tp rasa puas....

atas izin ustaz..ini rina paste apa yg ustaz terangkan

Perkara ini memang biasa. Ada banyak pendapat tentang perkara ini.
Pertamanya: Di sana tempat semua umat islam berkumpul dan mungkin pelanduk 2 serupa. Seseorang itu mempunyai 7 kemabr di dunia ini dan mungkin itu adalah kembar mereka
Keduanya: Malaikat turun dan menyerupai manusia dan telah menyerupai saudara mara kak rina dan diketemukan kepada kak rina untk melepaskan rindu.
Ketiga: Allah telah mengizinkan roh2 ke Baitullah dan menemukan kepada saudara mara. Tapi ini kurang sahih kena tiada hadis menyatakan demikian. Cumanya pada malam Jumaat roh2 akan menziarah keluarga masing2 dan pada hari jumaat, roh2 akan duduk di pusara masing2 menunggu keluarga ziarah mereka. Tapi mungkin dgn izin Allah, mungkin roh2 ini juga ziarah keluarga hingga ke tanah haram? Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 27-5-2008 05:13 PM
http://forum6.cari.com.my/images/smilies/lol.gif
http://forum6.cari.com.my/images/smilies/lol.gif
Kelakarnya dengar cerita Kak Ros ni..he..he..
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/pc.gif ...


kelakarlah suami akak...hehe..betul ckp suami akak....
dari window shopping baik masuk thread umrah..lagi berfaedahkan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 27-5-2008 09:55 PM
Haji baru ni Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan, permaisuri & bonda ada...
Buat tawaf, saie, dikelilingi askar... senang dan selesa, takde tolak menolak walaupun ramai orang...
Dato' Siti & Datu ...


ustaz..bodyguard mereka tu org arab atau mereka bawa dari malaysia?
bertuahnya kalau dpt jadi vip mcm mereka.....
kira semua vipseluruh dunia klu masa  tawaf..mereka dikelilingi askar ke???
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 27-5-2008 05:37 PM
Memang kelakarlah kita ni aziefa.  Kalau kat rumah bila naik tingkat atas, suami tanya juga buat apa di atas tu.  Sebenarnya check bilik anak yang mana pcnya free kerana anak-anak sekarang ni sem ...


rinapun...klu sehari tak masuk thread umrah..rina rasa tak selesa..bila masuk sini..rasa seronok sgt baca posting2 ibu,kak aziefa,ustaz,flames,hanni,idb...dan semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.616330 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list