|
RIANZ PARADISE VOL. 57- VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA DI RADIO2
[Copy link]
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 20-1-2009 10:29 PM
nite azie... take care
tumpang ct.... nite2 azie :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue_elle at 20-1-2009 10:34 PM
tumpang ct.... nite2 azie :kiss:
tumpang k.EL lak.....nite azie :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sikit lagi....
Beberapa ketika telingaku terdengar lagi bunyi tapak kaki yg deras semakin dekat, ada suara bbrp org sedang bercakap, beberapa lelaki dan perempuan. Terdengar ke telingaku salah seorg darinya menyebut nama suamiku. Aku terus menumpukan perhatian.
"Yes, very serious doktor, I would say yes. A kind of virus infection, that's what we suspect. She is still inconcious due to the medication. Yes, she is, she is stabil for now. We have to do it tonight itself otherwise it will affect your wife" Lama pula lelaki itu berdiam hanya menyebut, yes doktor berkali-kali. Dengan siapa dia bercakap, mungkinkan Azam? Tp mengapa aku langsung tak mendengar suara Azam? Akhirnya terdengar lagi suara itu.
"No, I am so sorry, not moving, no heart beat what so ever since your wife admitted. It could be earlier, from the sample that we examined this morning. No doctor. It is not possible. We can't wait for you that long. What time will you arrive? Oh no, we have to do immediately?" diam lagi lelaki itu.
"Yes, yes we have faxed to yr office in Kuching, pls fax it back asap. Yes we know, we are doing the best as we can, pray hard" suara2 itu bercakap sesama sendiri. Mungkinkah itu panggilan telefon kpd Azam, kalau tdk takkan lah lelaki itu berkata your wife kpd org itu.
Kalau org itu Azam bermakna dia belum pulang. Takkan tak ada penerbangan utknya pulang dgn segera, helicopter dan sebagainya, setahu aku ATM boleh membuat penerbangan ehsan jika diperlukan. Apakah yg berlaku?
Tak berapa lama selepas itu terasa katilku mula ditolak tak tahu ke mana. Terdengar dihujung2 telinga suara emak .
"Ijah, ingat Allah anakku" esakan emak makin kuat. Di telingaku dibisikkan kalimah suci, Dua kalimah syahadat. Entah beberapa kali. "Mengucap Ijah, ingat Allah, ikut mak, jgn leka" selalunya org buat begitu bila org itu berada di hujung nafas atau dgn kata lain nak menghembuskan nyawa terakhir, takkan aku yg sakit beginipun nak mati. Tak sempatpun aku berfikir lama aku sudah tdk mendengar apa2 pun lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 20-1-2009 10:45 PM
sambung sikit lagi....
Beberapa ketika telingaku terdengar lagi bunyi tapak kaki yg deras semakin dekat, ada suara bbrp org sedang bercakap, beberapa lelaki dan perempuan. Terdengar ke telinga ...
sedihnya kak
i'm speechless |
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan Yasin perlahan menyelinap ke hujung telingaku. Itu suara emak mertuaku. Sayup-sayup suara itu bagaikan terlalu sayu. Hatiku tersentuh, aku sendiri sering membacanya, begitu juga Azam sejak kebelakangan ini, bukan sahaja surah Yassin tp juga surah-surah lain. Seketika ada sentuhan perlahan di pipi dan dahi, emak membisikkan lagi, mengajarku mengucap. Aku mengikut saja berkali2 beserta maknanya.
Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
"Ijah, bukalah mata nak, tgk mak ni, mak ada di sini, nanti Azam sampailah. Tadi dia dah sampai K.Lumpur, sekejap lagi sampailah tu. Ijah kena sihat ya, kesian Azam, nanti dia tentu tak sabar2 nak jumpa isteri dia. Dia tentu nak tengok Ijah sedar" Pelik kata2 emak, aku tak sedar? Tp mengapa aku boleh mendengar suara mak?
Rasa sakit perutku kian hilang, cuma mataku masih berat, tubuhku tak dpt bergerak, beratnya terasa bagaikan terikat di katil. Menggerakkan jari sekalipun aku tak terdaya. Segalanya sunyi dan aku bagaikan terapung-apung di angkasa. Anakku semakin senyap, mungkin dia juga seperti ku letih dan sakit. Seperti mana kata Azam, kalau aku menangis anakku juga akan menangis, kalau aku lapar, dia pun turut lapar, mungkinkah kini aku sedang bermimpi, jadi bermakna anakku sedang terlena agaknya. Kesian anakku apa yg telah doktor tadi lakukan hingga dia lena agak lama. Di dalam perut ibu telah berjumpa doktor!
Terasa ingin meraba2 perutku mencari gerakan anakku tp tgnku tersangat berat sehingga tak terangkat lagi. Bacaan Yasin masih lagi kedengaran di hujung telingaku. Adakah kerana aku semakin tenat? Ya Allah, aku belum mati, masih hidup, masih bernafas, aku cuma letih, aku ingin berehat sebentar sahaja. Aku tak boleh mati lagi, suamiku memerlukan aku, siapa yg akan menjaganya, anak kecilku juga akan mati jika kau ambil nyawaku, dia masih di sini di dalam rahimku juga menunggu ayahnya pulang.
Tekakku menjadi terlalu dahaga dan begitu lapar pula. Kesihannya kpd anakku, kalau aku lapar tentu dia juga serupa. "Anak mama diam dulu ya, nanti ayah balik kita makan sama-sama, sekejap aja lagi?" Aku pujuk anakku dgn kasih sayang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|