CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tanabe2287

Liverpool FC ~ tim bakal relegate sizen nehhh...

 Close [Copy link]
Post time 20-8-2009 08:42 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 08:53 AM | Show all posts
ermm.. liverpool 4th place lani.. dimanakan setan merah? tempat ke 10? tuhlaa.. lawan team barli..penalty pun x masuk.. gi praktis ngan abe G..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 09:34 AM | Show all posts
Burnley kejutkan MU, Liverpool tundukkan Stoke.

LONDON: Burnley meraikan kejayaan bersejarah pertama di tempat sendiri dalam masa 33 tahun apabila menumpaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United 1-0, di Stadium Turf Moor, awal pagi tadi.

Robbie Blake menjadi wira Burnley apabila menjaringkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-19.

United bangkit dan hampir menyamai kedudukan menerusi Michael Carrick tetapi sepakan penaltinya diselamatkan Brian Jensen sebelum permainan separuh masa pertama tamat.

United menggandakan asakan pada separuh masa kedua dengan beberapa kali Jensen menyelamatkan gawangnya.

Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool yang tewas pada perlawanan pembukaan kepada Tottenham Hotspur, menang bergaya ke atas Stoke City, 4-0 dengan menyaksikan Fernando Torres melakukan jaringan awal.

Tottenham pula muncul pendahulu liga apabila menundukkan Hull City 5-1 dengan penyerang England, Jermain Defoe melakukan jaringan hatrik.

"Kami berpeluang melakukan jaringan dan kami sepatutnya menang.

"Namun Burnley mencipta kemenangan dalam masa 10 minit pertama permainan. Mereka bermain baik," kata pengurus United, Alex Ferguson. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 09:36 AM | Show all posts
REDS AGREE DEAL FOR KYRGIAKOS.


Jimmy Rice at Anfield 19 August 2009.  

Liverpool today agreed a deal with AEK Athens for centre-back Sotirios Kyrgiakos, subject to a medical.  
The 30-year-old Greek international will arrive at Melwood for a medical examination before the weekend.
  
Rafa Benitez told Liverpoolfc.tv: "We have nearly done the deal subject to a medical. He is a player with experience who can hopefully help us in defence.
  
"He has experience in British football and Rangers. After that with Frankfurt and the national team. He's a good player in the air, strong and aggressive. We were looking for a player with experience.
  
"He will have the medical this week, it has to be before the weekend."
  
On how the signing would impact on young centre-backs such as Martin Kelly and Daniel Ayala, Benitez added: "The young players know they need experience and so to learn alongside people with this experience is better."
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 09:36 AM | Show all posts
siapa lah plak kyrgiakos ni..
ingat kan beli penyerang nak back up tores..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 09:41 AM | Show all posts
Benitez sedia berbincang dengan Mascherano.

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafa Benitez mengakui dia perlu bertemu Javier Mascherano untuk membincangkan tentang masa depan pemain tengah Argentina itu di Anfield.

Mascherano amat berminat untuk menyertai Barcelona pada pasaran perpindahan yang bakal ditutup tidak lama lagi selepas juara Eropah itu berjumpa Liverpool untuk membeli ketua pasukan Argentina itu.

Benitez memberi bayangan bahawa penyerang Barcelona yang juga rakan senegara Mascherano, Lionel Messi adalah orang yang berusaha keras untuk memujuk rakannya itu berpindah ke Nou Camp.

Bagaimanapun boss Liverpool itu enggan menerima tawaran terbaru ini kerana dia sudahpun kehilangan Xabi Alonso kepada Real Madrid.

Ketika ini terdapat spekulasi bahawa Liverpool menawarkan penyambungan kontrak kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk mengekalkannya di Anfield.

"Kami ada berbincang dengan Mascherano sebelum ini. Dia tahu, kami perlu mengadakan perbincangan sekali lagi dan bercakap tentang masa depannya.

"Sekarang kami mungkin akan menjadi kawan, jadi kami akan bercakap mengenai perkara ini secara peribadi,'' kata Benitez kepada akhbar Sky Sports News.

Apa pun, Benitez memberi bayangan bahawa dia mungkin memasuki pasaran perpindahan pemain sebelum ia ditutup pada 31 Ogos ini.

Dengan tonggak pertahanan seperti Daniel Agger tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu akibat kecederaan, begitu juga pertahanan tengah, Jamie Carragher dan Martin Skrtel, Benitez memerlukan pemain untuk menjaga benteng.

Tonggak pertahanan Bilbao, Fernando Amorebieta sebelum ini dilaporkan berada di senarai teratasnya.

"Saya akan cuba mengintai pasaran dan pemain mana yang sesuai, sebagai langkah berjaga-jaga.

"Anda tidak tahu bila anda akan menghadapi masalah kecederaan dan bila anda terpaksa membawa masuk pemain baru. Ia juga bergantung kepada posisi pemain itu.

"Kami masih bekerjasama dengan bahagian pencari bakat dan tengok apa hasilnya,'' katanya lagi.

Boss Reds itu mungkin perlu menjual pemain sebelum membeli yang baru, namun laporan mengatakan bahawa pemilik kelab, George Gillett dan Tom Hicks enggan memberikan dana untuk pembelian pemain baru.

Benitez ditanya beberapa kali pada sidang akhbar semalam mengenai masalah kewangan yang dihadapi kelab, bagaimanapun tegasnya: "Saya tidak mahu berbincang tentang wang.

"Saya juga tidak mahu membincangkan tentang bajet perpindahan tetapi bahagian pencari bakat kami masih bekerja keras untuk mencari pemain yang sesuai.''

Liverpool memulakan kempen Liga Perdana England dengan kekalahan 2-1 kepada Tottenham Hotspur, Ahad lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2009 09:50 AM | Show all posts
ngan stoke city boleh laaa... cube try ngan burnley tgk
cmf_conan Post at 20-8-2009 08:28


Burnley champion tahun ni?
Mungkin....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 10:34 AM | Show all posts

Goals from Johnson and Torres sent the Reds on the way to victory
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 10:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 11:17 AM | Show all posts
disebabkan liverpool berada di tangga ke 4 liga.. so thread ni diupkan mengikut kelayakannye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:00 PM | Show all posts
highlite game semlm...

http://www.youtube.com/watch?v=Z8LF-IrLKVE
iweed Post at 20-8-2009 10:42


Fuh, build up untuk gol memang superb. {:2_70:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:50 PM | Show all posts
rugi lah tak tengok game ni mlm td..
malam ni ada ulangan kat astro tak ni?
ada siapa2 tahu??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 03:19 PM | Show all posts
kalo dah astro namanya.. sure la ade ulangan..

tapi game burnley xde ulangan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 04:11 PM | Show all posts
kalo dah astro namanya.. sure la ade ulangan..

tapi game burnley xde ulangan kot..
hardeyboyz Post at 20-8-2009 15:19


Tengok tokei Astro suka atau benci le. Kalau tetiap hari ada ulangan tu, faham - faham je la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 07:09 PM | Show all posts
:@:@ tuan umah plis tukar tajuk..

dh naik no 4 :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 10:21 PM | Show all posts
lama siot aku tak masuk sini...dh x kenal org dh aku nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 12:37 AM | Show all posts
Korg klau cipta tajuk mmg klakka vavi la, berguling aku gelak tgk tajuk thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 08:16 AM | Show all posts
Benitez nafi mahu tinggalkan Anfield.




'Saya 100 peratus komited kepada Liverpool'

LIVERPOOL: Rafael Benitez menyatakan komitmen 100 peratusnya kepada Liverpool selepas timbul khabar angin dia akan meninggalkan Anfield.

Benitez, yang pasukannya melakarkan kemenangan mudah 4-0 ke atas Stoke di Anfield, kelmarin, bercakap selepas timbul dakwaan di Merseyside mengatakan jurulatih berbangsa Sepanyol itu mahu meletakkan jawatan disebabkan kurang mendapat suntikan kewangan daripada pemilik kelab itu dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett.

“Saya 100 peratus komited kepada kelab ini,” kata Benitez. “Saya dimaklumkan mengenai khabar angin itu sebelum perlawanan. Mungkin ia sesuatu yang boleh berlaku di sini tetapi saya akan kekal di sini kerana peminat, kakitangan dan juga pemain.”

Selepas menyaksikan pasukannya melakarkan kemenangan pertama mereka musim ini, Benitez berkata dia diambang menandatangani pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos dari AEK Athens untuk 2 juta pound (RM16.8 juta).

Bekas pemain Rangers itu akan menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh 24 jam berikutnya dengan harapan akan menyertai kelab itu bagi perlawanan Isnin ini di tempat sendiri menentang Aston Villa.

“Kami sudah hampir mengesahkan perjanjian,” kata Benitez.

Kehadiran Kyrgiakos akan meringankan krisis pertahanan yang menyebabkan Benitez kehilangan khidmat dua tonggak akibat kecederaan, Daniel Agger (belakang) dan Martin Skrtel (rahang). - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 12:05 PM | Show all posts
Burnley kejutkan MU, Liverpool tundukkan Stoke.

LONDON: Burnley meraikan kejayaan bersejarah pertama di tempat sendiri dalam masa 33 tahun apabila menumpaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris ...
along3746 Post at 20-8-2009 09:34



takoot lahh dgn tim burnley nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 12:06 PM | Show all posts
alaaa...lwn stok siti boleh lahh...
cuba lwn burnley tengokkkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.085845 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list