CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {1}TERKINI: 4 sekawan yg ilang semasa cuti maut dek kereta tenggelam post 65!

[Copy link]
Post time 17-2-2016 04:11 PM | Show all posts
Edited by kucen_miang at 17-2-2016 04:14 PM
becir replied at 17-2-2016 03:14 PM
Mamat tu katanya convert to another religion kan?

Masa bapak dia meninggal, mak dia cakap samp ...

yang ni ke?




DR. OTHMAN Puteh (kanan) dan anaknya Hizairi membaca  naskhah cerpen pada Malam Puisi Utusan.


ARKIB : 08/09/2004

Kehilangan pensyarah, pramugara terus jadi misteri
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Misteri kehilangan pensyarah Universiti Putra Malaysia  (UPM) Hizairi Othman sejak 15 Mac 2001 dan ketua pramugara Penerbangan Malaysia  (MAS), Mohd. Hazlan Taib sebulan lalu, terus menimbulkan persoalan pihak  berkuasa.
Sehingga kini polis masih belum mengetahui punca atau motif kehilangan dua  lelaki berkenaan.
Lebih menimbulkan persoalan ialah apabila polis menahan tiga lelaki semalam  dan menemui semula kereta Proton Waja bernombor WJM 2371 milik Mohd. Hazlan yang  dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, penemuan kereta tersebut masih gagal membongkar misteri  kehilangan Mohd. Hazlan.
Siasatan polis daripada tiga yang ditahan itu mendapati ada orang lain yang  telah menyerahkan kunci kereta milik Mohd. Hazlan kepada mereka.
Pihak berkuasa seolah-olah menemui jalan buntu dengan misteri kehilangan  kedua-dua lelaki itu dan siasatan setakat ini belum menampakkan  penyelesaian.
Sehubungan, polis masih belum menutup kes kehilangan dua orang berkenaan dan  ia dianggap sebagai satu kes amat mencabar.
Hizairi, penulis dan merupakan anak sulung sasterawan ternama, Allahyarham  Dr. Othman Puteh, hilang ketika berusia 31 iaitu pada tahun 2001.
Tiada sesiapa tahu apa sebenar yang berlaku ke atas diri Hizairi hingga kini  walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai kehilangannya.
Jurucakap polis ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, usaha  mengesan Hizairi dan Mohd. Hazlan dilakukan mengikut semua prosedur mencari  orang hilang.
Bagaimanapun katanya, sehingga sekarang tidak ada sebarang petunjuk yang  boleh membawa kepada penemuan mereka.
Dalam kes Hizairi, polis berkata, pihaknya berasa hairan kenapa penulis muda  seperti beliau boleh menghilangkan diri sekian lama.
``Namun begitu, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Ada banyak kes  orang hilang lain gagal dikesan sehingga bertahun-tahun,'' katanya.
Setelah kehilangan Hizairi dilaporkan, polis beberapa minggu kemudian menemui  kereta Citreon miliknya di kawasan Kelab Golf Saujana Impian dekat Kajang.
Namun tiada sebarang petunjuk kukuh dapat digunakan untuk mengesan  Hizairi.
Sebelum ini, ibu Hizairi, Timah Baba berkata, beliau amat terharu kerana anak  sulungnya itu tidak muncul-muncul walaupun pada hari pengkebumian bapanya  Allahyarham Othman.
Othman meninggal dunia pada 19 Oktober 2003 akibat serangan jantung.
Katanya, Hizairi anak sulung daripada lima beradik itu langsung tidak  menghubungi keluarganya sejak menghilangkan diri dari rumah.
``Saya masih percaya beliau masih hidup,'' katanya.
Dalam pada itu, polis masih meneruskan usaha mengesan Mohd. Hazlan walaupun  dalam keadaan samar-samar.
Menurut jurucakap polis, pihaknya sedang menggandakan usaha menjejaki ketua  pramugara itu termasuk mendapatkan keterangan daripada pelbagai pihak.
``Kita sedang mengumpul maklumat sebanyak mungkin bagi membantu siasatan dan  menjejak mangsa,'' katanya








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hizairi anak Dr. Othman yg hilang tu dulu lecturer di UPM kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:18 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 17-2-2016 02:21 PM
Kalau tk kena impact boleh buka. Tunggu air masuk sampai hampir penuh. Ambil nafas dlm2 pastu buka ...

bagus info u ni...

utk org2 yang macam saya yang zero kalau jadi benda2 macam ni....

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:24 PM | Show all posts
yayangmama replied at 17-2-2016 04:18 PM
bagus info u ni...

utk org2 yang macam saya yang zero kalau jadi benda2 macam ni....

yang penting jangan panik..

selalunya bila kejadian tenggelam ni..panik akan berlaku..bila panik berlaku banyak gunakan oksigen...sebab tu cepat lemas..


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih betul tgk gambar2 bdak2 tu...ada tiang besi melintang dlm kereta...tktaulah guna utl trik kereta ke atau mmg terbabit eksiden...mayat pun dh kembung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:33 PM | Show all posts

Yup..dia ni la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar.ini la route yg duk idam2 nak road trippin dgn adik. Damai la di sn, adik2.innalillah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:43 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 17-2-2016 03:00 PM
Masa tu xtau depa ni pi mana.yela..satgi aku dilit komen tu.takziahlah...

lenkali nk komen jangan celupar sgt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 04:49 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiuun ...


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ryshaNur replied at 17-2-2016 04:43 PM
lenkali nk komen jangan celupar sgt

Komen aku x celupar lnsg pon.betul ape aku ckp.nk keluar bgtaulah mak pak.ni x..bgtau pi mana pon x.so fair enough lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:58 PM | Show all posts
salam takziah kepada keluarga2 mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:59 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-2-2016 03:59 PM
tu la aku rasa adik aku bw laju sbb kt highway kan...so bila dia terbabas masuk longkang tu jd bad ...

sedihnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:03 PM | Show all posts
innalillah.......

al-fatehah buat empat sekawan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:04 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 17-2-2016 02:21 PM
Kalau tk kena impact boleh buka. Tunggu air masuk sampai hampir penuh. Ambil nafas dlm2 pastu buka ...

very good info..thank u!
cuma kalau kita dah cedera masa terbabas tu..tu yg gagal escape tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:14 PM | Show all posts
Edited by cocokerunch at 17-2-2016 05:15 PM

I penah tgk satu drama kat channel hallmark dulu..kisah benar yg dijadikan drama. kisah dia pasal anak lelaki dia ni hilang lepas kuar umah, kuar umah sorang & baru dpt lesen kete. carik punya carik dah beberapa hari tak jumpa..Polis nak stop operari menyelamat budak ni sbb takde lgsung tanda2 kete eksiden ke apa...  Mak budak ni tak setuju, sbb instinct dia yakin anaknya masih selamat.. I nangis tgk drama ni. Lastly mmg jumpa anak dia dah nyawa2 ikan, kete dia jatuh gaung mmg jauh ke dalam la.. mujur mak budak ni berkeras nak carik gak naik helikopter. I nangis masa part mak dia jumpa anak dia, mak dia peluk anak dia sbb anak dia kata "mom..mom..It's cold.." very touching moment
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 17-2-2016 04:42 PM
Allahuakbar.ini la route yg duk idam2 nak road trippin dgn adik. Damai la di sn, adik2.innalillah.

Route ni memang agak bahaya pada waktu malam especially area jemaluang. Kalau drive siang insyaAllah takde apa2. Meols pernah buat roadtrippin jb-mersing-endau-k. Terengganu. Balik pulak ikut kuantan-temerloh- kl-jb. Meols rasa mereka mungkin terbabas samada ngantuk atau ada binatang melintas n nak elak. Mungkin sudah ajal kereta terbabas sehingga ke dlm sungai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 05:32 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 17-2-2016 01:10 PM
hizairi othmandia hensem and baik sangat
mak dia tunggu dia balik sampai meninggal

Ada kemungkinan dia dibunuh ala-ala Sosilawati Lawiya? Byk mangsa dibunuh sebelum Sosilawati and the geng dibunuh. Mereka hilang begitu sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:42 PM | Show all posts
jln jemaluang tu ke??
bru je citer dgn staff td..

dlu..pnah gi outstation nak ke mersing.. 1st time pegi, follow GPS je..
serammm kot laluan ni.. belit2 juga kn?
staff ckp, kalo malam, xde makna nk berani lalu jln sorg2 kt situ..
silap2 bole nmpk gajah or kerbau pendek lalu...

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:55 PM | Show all posts
Hmmmm budak budak muda tolong hati hati bawak kereta ya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:02 PM | Show all posts

aku penah baca novel othman puteh ni, kebanyakan novel dia best2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.086811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list