|
[Tempatan]
LPT2 ragut 2 lagi nyawa malam tadi ,dah jadi 'kubur' 73 orang
[Copy link]
|
|
asik salahkan hanto je... hantoo pon boring... |
|
|
|
|
|
|
|
muraicomey replied at 20-10-2015 06:49 AM
Lpt ni memang keras dan berhantu dik..ayat kasi panas akak2 cepat sentap kalau sebut hantu..akak sya ...
Bagus jugak idea sis rai..mungkin boleh meletup macam polis evo..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Update la tajuk.... terkini dah 85 org... |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 19-10-2015 11:46 PM
jrg nk ambil tahu sgt hal2 politaik negara ni. tapi betulker pembinaan lpt2 ni dari hasil minyak ter ...
plus akan ambil alih.... start tahun dpn ke gitu klau tak silap.... rnr pun kosong lg byk menda blum setel |
|
|
|
|
|
|
|
hakak lebih 5 thn dik lalu highway sban-pd...InsyaAllah hakak xpenah kena lg saman...lpt2 jua...
|
|
|
|
|
|
|
|
dikk..kete hakak bwk 120kmj pun dh mcm siput dikk...
|
|
|
|
|
|
|
|
HULU TERENGGANU 19 Okt. – Kemalangan maut di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga meragut 85 nyawa dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur-unsur paranormal atau mistik.
Menurut sumber, fenomena itu dipercayai wujud berdasarkan beberapa laporan daripada mangsa kemalangan kepada pihak polis.
Difahamkan, dalam aduan itu, ada mangsa mendakwa ternampak objek seperti lembaga sebelum berlaku kemalangan.
Malah turut difahamkan, aduan yang dibuat mangsa telah direkod oleh pihak polis.
Dalam pada itu, kira-kira 300 orang termasuk para pelajar sekolah pondok dan Sekolah Menengah Imtiaz menunaikan solat maghrib dan solat hajat diketuai Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd. Aziz di pekarangan Plaza Tol Ajil di sini malam ini bagi melindungi para pengguna daripada ditimpa musibah dan gangguan makhluk halus.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib; ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan Penolong Pengarah Kanan Lembaga Le­buhraya Malaysia (LLM) Wilayah Timur, Ahmad Iskandar Abdul Kadir.
Sebelum itu, Menteri Besar telah diberi taklimat mengenai punca sebenar kadar nahas jalan raya di LPT2 termasuk kejadian yang mengorbankan enam sekeluarga di Kilometer 258.8 dekat Jabor pada 15 Oktober lalu.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Ahmad Razif berkata, hasil daripada taklimat dan siasatan pihak-pihak berkenaan merumuskan kebanyakan kemalangan berpunca daripada kecuaian pengguna iaitu sebanyak 70 peratus.
Menurutnya, ia disusuli faktor persekitaran 14 peratus termasuk masalah permukaan beralun serta sembilan peratus lagi adalah faktor kenderaan.
“Daripada kajian, kemalangan berlaku di jalan lurus dengan keadaan jalan dan cuaca baik. Kita percaya pemandu memandu laju dengan kelajuan melebihi 120 km sejam,” ujarnya.
Justeru katanya, beberapa langkah drastik akan diambil bagi mengurangkan kadar nahas di LPT2 termasuk menempatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang turut dilengkapi peralatan bantuan di lokasi yang sering berlaku kemalangan.
“Kita juga telah meminta kerjasama pihak polis untuk menggandakan operasi perangkap had laju di sepanjang LPT2,” katanya.
Selain itu, Ahmad Razif berkata, beliau juga meminta pihak LLM memasang papan-papan tanda amaran di lokasi tertentu sebagai panduan dan peringatan kepada pengguna di lebuh raya itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.UxWwSOc5.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 20-10-2015 10:12 AM
dikk..kete hakak bwk 120kmj pun dh mcm siput dikk...
Cc berapa cik lurve.... |
|
|
|
|
|
|
|
2.4 je...tp lpas ni bwk 120kmj jah...gerun lak tgk ramai yg meninggal...
|
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 20-10-2015 11:11 AM
2.4 je...tp lpas ni bwk 120kmj jah...gerun lak tgk ramai yg meninggal...
Besar tu....patutla tak.terasa....tp.kereta macam cik lurve punya stabil.....berbanding cc kecik nak bawak.lebih 140km/j.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg xterasa noor2...sedar2 dh tertekan smpi 160kmj...bukan la sepjg masa 160kmj tu...ada masa slow..ada masa laju la...hakak bkn pprt sgt pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 20-10-2015 11:16 AM
mmg xterasa noor2...sedar2 dh tertekan smpi 160kmj...bukan la sepjg masa 160kmj tu...ada masa slow ...
Yer ai percaya..... |
|
|
|
|
|
|
|
masa nk bukak highway ni tak angkut makhluk2 tu pegi hantar rumah2 macai cybertrooper ka?..hantar la gi umah dorg...
mcm kolej kat tmpt hakak ni jenuh la angkut bagai...tp ada gak yg degil xmo pindah....
|
|
|
|
|
|
|
|
apa cerita torres? apa yang keras?
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 19-10-2015 12:41 AM
Tmpt tu keras, sbb tu ex-mb trganu mat said lambat bukak lpt2 ni, org terengganu byk tau cerite, mcm ...
yup lpt2 mmg keras.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut pengalaman aku sendiri dalam bab bersihkan hutan/pokok besar untuk tujuan pembangunan ni,memang ada kawasan-kawasan tertentu yang keras. aku terlibat dalam satu projek di Terengganu pada tahun 2011/2012 dulu, selepas membersihkan & membuang pokok besar disitu, drebar case/jentolak itu mengadu sakit kepala yg teruk , dia memegang kepalanya dengan kuat, tak tahan lagi dia ambil kain & ikat , aku tengok sampai terkeluar air mata dia menahan sakit,sampai tahap meraung juga. lalu aku pun suruh pekerja lain hantarkan drebar terbabit ke hospital , setelah diperiksa, discan dan sebagainya ,doktor memberitahu tidak mengesan sebarang penyakit pada badan drebar ini,tekanan darah semuanya normal, lalu doktor memberitahu 'ini bukan penyakit hospital,cubalah pakcik cari mana2 ustaz yg berkebolehan sebagai sebagai ikhtiar untuk mengubati penyakit ini' |
|
|
|
|
|
|
|
Raizel replied at 20-10-2015 01:31 AM
Esok ai nak suruh somi ai baca tarbiyah hangpa semua. Bawa macam pelesit 180km/j. Bukan sekali hampi ...
180km/j?....bawak merc ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
wei ckp pasal hantu2 makhluk halus ni ada forummer suruh sembah batu caves jah... |
|
|
|
|
|
|
|
bawak laju pas tu salahkan hantu... |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg bwk 180kmj...tercabar ai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|