CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahyue

Erra Fazira dah berhijab

[Copy link]
Post time 18-6-2015 10:08 AM | Show all posts
Erra ni mmg tgh hangat bercinta ngan Shahir kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 10:33 AM | Show all posts
Leeen82 replied at 18-6-2015 10:08 AM
Erra ni mmg tgh hangat bercinta ngan Shahir kan...

tu la nak baca jugak apa shahir komen tu haha..jilake punya beritaharian skang dah kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 10:37 AM | Show all posts
aq pun xbeli suratkhabar.. nk taw gak pasal erra n shahir tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 10:44 AM | Show all posts
ummi aida mmg manis je muka dia.. suke tgk dua sekawan nie.. makcik-makcik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 10:47 AM | Show all posts
ad_hoc79 replied at 18-6-2015 10:37 AM
aq pun xbeli suratkhabar.. nk taw gak pasal erra n shahir tu

Erra Fazira balas reaksi Shahir
KUALA LUMPUR: "Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat," demikian reaksi pantas Erra Fazira mengenai cakap-cakap bahawa kedua-dua mereka didakwa menjalin hubungan. Pendedahan Shahir Zawawi, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia ke-8 (AF-8) dalam BH Plus hari ini mengesahkan dia dan Erra rapat, sekali gus mengesahkan gosip yang pernah bertebaran sebelum ini mengenai hubungan antara mereka. Malah ia juga secara langsung memberi penunjuk bahawa 'jejaka misteri' yang pernah dimaksudkan Erra sejak November tahun lalu adalah Shahir.

""Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat.. tapi cukuplah setakat itu dulu. Tidak ada apa apa perkembangan yang nak diceritakan pun," kata Erra ringkas. Jika selama ini, Erra sahaja yang menjadi buruan teman media untuk dikorek siapakah gerangan lelaki yang dikenalinya itu dan Shahir pula dilihat berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan. Lalu pendedahan Shahir itu yang biarpun cukup ringkas menyatakan mereka sebenarnya rapat atau dalam erti kata lain sedang mengenali antara satu sama lain. Cuma Shahir dilihat tidak mahu terlalu galak bercerita mengenai hubungan mereka. Tetapi jelas Shahir sebenarnya sudah melakukan yang terbaik dengan memainkan peranannya sebagai lelaki apatah selama ini di pihak Erra sahaja yang menjadi tumpuan.

Erra sebelum ini membuat pendedahan terbuka dirinya sedang mengenali seseorang sebagai usaha menghentikan pelbagai gosip keterlaluan yang menyerang ibu tunggal itu termasuk dikaitkan dengan golongan VIP dan ahli politik. Malah gambaran daripada mulut Erra mengenai jejaka itu yang masih bujang dan jarang berjumpa mula menimbulkan teka-teki. Ironinya sejak Mei tahun lalu lagi, sudah kedengaran cerita mereka kerap berhubungan di telefon bimbit dan ada yang pernah nampak mereka sedang makan pizza bersama. Artikel itu dikeluarkan di ruangan Jeling Kak Pora bertarikh 25 Mei 2004. Namun cerita itu lenyap seketika apabila Erra pernah menyatakan mereka hanya kawan sesama artis. Shahir sendiri pula tak menafikan yang mereka pernah bertemu tetapi pertemuan itu semua atas urusan kerja. Ketika keputusan Erra bertudung baru-baru ini juga, timbul cerita yang Shahir juga antara yang mendorong beliau membulatkan keputusan penghijrahan itu. Mengukuhkan lagi andaian bahawa lelaki yang dimaksudkan ibu kepada Engku Aleesya itu ialah Shahir apabila Erra pernah menyebut lelaki berkenaan mempunyai ciri lelaki idamannya kerana memiliki ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat. Shahir memang dilihat mempunyai ciri yang dimaksudkan itu.


PENDEDAHAN Shahir (kanan) dalam BH Plus hari ini tidak menafikan rapat dengan Erra.


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis pun tak mo pakai naelofar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 11:11 AM | Show all posts
So hari tu kata mak Shahir xrestu RCW sbb tua sangat, so skrg Erra ni bkn ke baya2 RCW jugak. Taste Shahir mmg wanita berusia yang hot kot. Tak disangkal lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:53 AM | Show all posts
ShAHhIR NI mmG tAStE dI bERuMUR KoT...
sEMogA bERbAHaGIA:AH hENDdAKnYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 12:02 PM | Show all posts
tapibukanaku replied at 18-6-2015 10:47 AM
Erra Fazira balas reaksi Shahir
KUALA LUMPUR: "Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat, ...

handsome shahir dalam gambar ni, erra pun nampak muda. boleh lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 12:09 PM | Show all posts
cantik betul erra ni..features muka dia terletak and rare..susah nak cari melayu muka dia nih...

tapi pakai tudung macam macik2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 01:21 PM | Show all posts
cantik akak erra
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:14 PM | Show all posts
tapibukanaku replied at 18-6-2015 10:47 AM
Erra Fazira balas reaksi Shahir
KUALA LUMPUR: "Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat, ...

ala.... ni kenyataan erra. yang aku bagi link tu kenyataan Shahir. tapi kat BHPlus

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 08:03 PM | Show all posts
ye2 la ko shahir...baya adik aku je budak ni...klu hbs blaja kt uia dlu kn jd jugak engineer cabuk ke hape...ni klu nk menanggung si erra ko igt murah2 kos ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 09:17 AM | Show all posts
Ni dari BH Plus

Shahir jawab hubungan dengan Erra         
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]


KUALA LUMPUR: Di saat Erra Fazira mengakui sedang mengenali seseorang selepas bergelar ibu tunggal Februari tahun lalu, pelbagai gosip bertebaran mengaitkannya golongan VIP, orang kenamaan dan ahli politik. Erra membuat pengakuan itu sekitar November tahun lalu.
      Malah gambaran Erra bahawa jejaka itu masih bujang dan jarang berjumpa mula menimbulkan teka-teki siapa identiti jejaka yang menambat hatinya itu.

     Shahir Zawawi antara yang menjadi sebutan, malah beberapa siri cerita yang bertebaran mula menguatkan bahawa bagaikan ada sesuatu antara Erra dan Shahir.  
     "Ya, kami rapat," demikian kata Shahir ringkas dan enggan mengulas lanjut cerita selebihnya sekali gus cuba mengalih tumpuan untuk penulis terus mengorek status sebenar hubungan mereka.
      Jawapan itu biarpun pendek kepada BH Plus, ia sedikit sebanyak menjelaskan bagai ada kebenaran mengenai cerita yang pernah bertebaran selama ini cuma masing-masing memilih untuk tidak terburu-buru atau menggembar-gemburkan hubungan baik yang terjalin.
      Ironinya sejak Mei tahun lalu lagi, sudah kedengaran cerita  mereka kerap berhubungan di telefon bimbit dan ada yang pernah nampak mereka sedang makan pizza bersama.
     Namun cerita itu lenyap seketika apabila Erra pernah menyatakan mereka hanya kawan sesama artis.
    Shahir sendiri pula tak menafikan yang mereka pernah bertemu tetapi pertemuan itu semua atas urusan kerja.  
     Ketika keputusan Erra bertudung baru-baru ini juga, timbul cerita yang Shahir juga antara yang mendorong beliau membulatkan keputusan penghijrahan itu.


SHAHIR atau Ahmad Shahir Zawawi, 23. - Foto Khairunisah Lokman


   Mengukuhkan lagi andaian bahawa lelaki yang dimaksudkan ibu kepada Engku Aleesya itu ialah Shahir apabila Erra pernah menyebut lelaki berkenaan mempunyai ciri lelaki idamannya kerana memiliki ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat.
    Shahir memang dilihat mempunyai ciri yang dimaksudkan itu.
    Ketika Erra lebih banyak menjadi buruan dan tumpuan untuk terus diasak mengenai siapakah sebenarnya lelaki yang dimaksudkan, Shahir pula lebih banyak berdiam diri kerana berada di kampung halamannya di Perak.
     Bagaimanapun selepas sekian lama 'menghilang', usaha menjejaki Shahir berjaya dilakukan BH Plus pagi semalam.
     Lama menyepi dari dunia seni malahan dilihat kerjaya seninya yang tenggelam timbul di ibu kota dek memberi tumpuan perniagaan di kampung halaman di Perak, bintang kelahiran Akademi Fantasia itu akhirnya membuka mulut memberikan sedikit pencerahan mengenai hubungannya dengan Erra.
      Terlanjur berkomunikasi dengannya di aplikasi WeChat, Shahir turut ditanya mengenai penghijrahan Erra dengan membuat keputusan untuk bertudung yang dikaitkan dengan dirinya.
      Akui Shahir, dia mengakui ada mendengar mengenai hal terbabit.


ERRA Fazira ketika mengayakan busana Rizman Ruzaini. - Foto Ihsan Rizam Ruzaini

    "Eh, tak adalah. Dia bertudung bukan sebab pengaruh saya. Dia sudah lama pasang niat. Itu keputusan mutlaknya dan saya gembira dengan apa yang dilakukannya itu. Alhamdulillah, perubahan itu bagus untuknya," kata Shahir.
     Mengenai kerjaya seni, Shahir sebenarnya memasang niat untuk kembali memeriahkan persada seni.
    "Siapa tahu mungkin selepas raya nanti saya akan buat 'come back'. Tapi semuanya masih dalam perancangan. Cuma pada masa yang sama saya terikat dengan komitmen perniagaan di kampung. Jadi saya tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran," katanya.
    Sempat diaju persoalan perniagaan apa yang diusahakan, Shahir masih terus berahsia.
   "Adalah perniagaan kecil kecilan yang saya usahakan," kata penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu.
     Erra Fazira mula bertudung sejak malam nisfu Syaaban lalu. Erra sebelum ini pernah dua kali berkahwin. Hanya perkahwinan keduanya dengan Engku Emran dikurniakan anak bernama Engku Aleesya.  Erra berpisah dengan Emran pada Februari tahun lalu. Mereka berkahwin pada 25 Oktober 2007.


SHAHIR dan Zizan ketika di Terengganu.

Trivia Shahir


  • Mengimbau kembali rentetan perjalanan kerjaya seni Shahir, dia mula menyerlah selepas memenangi pertandingan Akademi Fantasia musim kelapan.  Selain menyanyi, Shahir juga pernah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Malah dia pernah dinobatkan sebagai Artis Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011.
  • Pernah membintangi filem Karak di samping pelakon Kilafairy dan Shera Aiyob dan telefilem Cerciter Cinta di samping pelakon Rozita Che Wan.
  • Kerjaya seninya dilihat tenggelam timbul biarpun diakui mempunyai pakej lengkap bergelar anak seni.
  • Pernah menghilangkan diri selama setahun lebih di arena seni hiburan tempatan, Shahir membuat kemunculan semula di acara Ceria Futsal Mangga/Masgenuine 2013 berlangsung di Sports Planet Ampang pada 5 Oktober 2013.
  • Sepanjang tempoh `kehilangan' itu, Shahir mengakui berat badannya pernah mencecah 79 kilogram. Tidak hairan jika perkara itu terjadi kerana kebarangkalian dia  bertambah berat badan boleh berlaku kerana memilih untuk tinggal di kampung halamannya di Kampar, Perak.
    Tetapi selepas aktif bersukan dan mengawal pemakanan, Shahir berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam tempoh seminggu.  
  • Ironinya, pelbagai spekulasi timbul dia menghilangkan diri dari dunia seni kira-kira setahun setengah yang lalu. Kebanyakannya berkisar kepada rajuk penyanyi lelaki ini apabila pelbagai kontroversi dikaitkan dengan dirinya. Daripada cerita kononnya dia tidak lagi diberikan perhatian oleh syarikat pengurusan, sikap Shahir sendiri yang kurang berdisiplin, dirinya terkena buatan orang, membabitkan diri dengan kumpulan keagamaan sehingga cerita dia membawa diri kerana kecewa apabila cintanya dengan pelakon, Rozita Che Wan, tidak kesampaian, semua tersebar apabila dia menghilangkan diri daripada dunia glamor.
  • Tapi Shahir menjawab, dia memilih untuk mengutamakan keluarga pada waktu berkenaan, selain menjalankan perniagaan di kampung halamannya, Perak. Begitupun, jejaka ini enggan mendedahkan jenis perniagaan diusahakannya.
  • Selepas membuat kemunculan kembali, Shahir hilang pula lagi sekali selepas  juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul Sany mengambil alih tempatnya untuk mendendangkan lagu Dia Yang Kau Pilih pada separuh akhir Muzik-Muzik 2014.




  









Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 12:32 PM | Show all posts
Iols tasty sgt dgn Shahir ni
Baru 23 heols? Ingatkan dah 28
EF umo brp? 41 kan?
So jarak umo beza 18 tahun
Kapel paling jauh jarak usia setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 19-6-2015 12:32 PM
Iols tasty sgt dgn Shahir ni
Baru 23 heols? Ingatkan dah 28
EF umo brp? 41 kan?

Mcm salah jer bh letak umur shahir.. seingat aku dlu mase die join af umo dah 24 ker 25.. xkanla dah bertahun2 berlalu umur pandai menurun plak hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 12:57 PM | Show all posts
agknye dlu mak shahir xbekenan ngan che ta sbb 24jam nekap tebal kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 01:56 PM | Show all posts
fry_paranoid replied at 19-6-2015 12:56 PM
Mcm salah jer bh letak umur shahir.. seingat aku dlu mase die join af umo dah 24 ker 25.. xkanla d ...

Gigih aku check biodata Shahir
Lahir tahun 1988 mamat tu, so 27 lah this year
EF 41 kan
So 15 tahun lah jarak usia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 02:36 PM | Show all posts
shahir ni bukan setakat suka cari org tua...
nak yang cantik je
dan berduit...

aptb

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by junjai at 19-6-2015 03:06 PM

TT @ahyue or mod ..edit ler  tajuk tu bg seiring dgn pkembangan terkini ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.197113 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list