|
mnm77 posted on 26-5-2014 08:28 AM
Ye rawatan untuk penyakit, dan rawatan itu dari untuk penyakit jenis GANGGUAN Syaitan yang menyeba ... Ye rawatan untuk penyakit, dan rawatan itu dari untuk penyakit jenis GANGGUAN Syaitan yang menyebabkan 'gila'. Tuan masih tak membuktikan apa-apa melainkan hanya penafian tuan semata-mata untuk kata gila yang bukan disebabkan gangguan Syaitan. Ada bukti dan hujjah dari ahli ilmu?
Jadi ko beranggapan nabi memang mengamalkan manzil la untuk keselamatan dari gangguan syaitan jin??? ish ish ish.... kesian nabi dinilai sebegitu sekali oleh umatnya.
Aku kesian kat ko lah, sebab ko masih gagal untuk terima hakikat yang MANZIL tu ayat-ayat Allah yang merupakan KALAM ALLAH. Yakin dengan kebenaran Kalam Allah tu menunjukkan yakin pada Allah.
Kalau tuan nak jadi orang yang tak percaya kebenaran Kalam Allah, maka tuan lah yang menunjukkan tak ikhlas! Tuan hanya mempertahankan zasst yang tuan ada-adakan! Yang bukan amalan Nabi, yang bukan perintah dari Allah. Ini tak ikhlas! Syaitan berkuasa untuk sesatkan orang yang tak ikhlas.
Nabi ikhlas, sudah tentu Syaitan tak berkluasa atas Nabi!
Maknanya nabi pun bukan orang yg ikhlaslah ye, sampai syaitan pun boleh mangacau baginda, lalu kene baca manzil atau muawazatain untuk menghalang gangguan itu.
Putar alam lah tuan ni! Di sini saya pertahankan Nabi.
1. Nabi orang yang IKHLAS, dan Syaitan tak berkuasa pun atas Nabi.
2. Dalam hadith 'manzil' tu bukan isu Syaitan ganngu Nabi. Isunya Syaitan ganggu pesakit. Tapi saya nak jelaskan juga bahawa Syaitan boleh ganggu Nabi, akan tetapi Syaitan TAK BERKUASA atas Nabi. Dalam hadith, Syaitan jenis Ifrit pernah ganggu Nabi ketika Nabi bersolat. Dalam Al-Quran, diberitakan Syaitan ganggu Nabi Ayyub. Dalam Al-Quran, diberitakan Syaitan hasut Nabi Adam. Dalam Al-Quran, diberitakan Syaitan pernah ganggu Nabi Ibrahim. Apakah tuan nak kata Nabi-Nabi tak ikhlas hanya sebab pernah diganggu Syaitan? Takkan macam tu sekali pehamanan tuan? Inna lillahi wa inna ilaihi Raji'oon!
3. Nabi merawat pesakit yang 'gila' akibat gangguan Syaitan, dan Nabi bacakan Al-Muawwizatain (terkandung dalam manzil). Dari Sunnah, Al-Mu'awwizatain dibacakan samada untuk diri sendiri, boleh juga dibacakan pada orang lain. Dalam hadith manzil, Al-Mu'awwizatai yang dibacakan adalah untuk mohon perlindungan Allah bagi pesakit YANG KENA GANGGUAN.
Tuan dah lupa kah? Sampai buat tuduhan-tuduhan sangat menyeleweng?
Jangan fitnah nabi ye.
Saya mempertahankan Nabi, bukan fitnah. Sebaliknya tuan yang tidak mahu memahami sambil membuat andaian saya tuduh Nabi tak ikhlas dengan amalan manzil. Tuan hanya buat SANGKAAN, dan saya tetap mempertahankan Nabi dari fitnah yang tuan lemparkan! Tuan, Yg nabi rawat guna manzil tu 'penyakit gila' nya ke, atau nabi cuma halau atau buang penyebab penyakit tu??? Jadi tuan yakin sangatlah setan kalah dengan manzil tu???? setan memang tak boleh dengar manzil?????
Katalah tuan kene sakit barah yg tak melibatkan setan, kalau nak rawat guna muawazatain, boleh tak?
Tuan memang yakin sangat nabi mengamalkan manzil untuk mengelak gangguan syaitan kan????
Dan bila tuan kata Nabi orang yg ikhlas, dan syaitan tak bisa mengalahkan, mengapa nabi kene amalkan manzil pulak???? dan kenapa tuan masih kata syaitan boleh ganggu nabi??? hanya sebab ifrit tu kacau masa nabi solat lalu nabi perlu baca manzil????
Berbalik pada hadis manzil, kan dah jelas, nabi baca untuk rawat penyakit gila, bukan halau gangguan jin.
Muawazatin tu memang setan tak boleh baca kan???? terbakar
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 26-5-2014 11:16 AM
Tuan, Yg nabi rawat guna manzil tu 'penyakit gila' nya ke, atau nabi cuma halau atau buang penyebab penyakit tu??? Jadi tuan yakin sangatlah setan kalah dengan manzil tu???? setan memang tak boleh dengar manzil?????
Tuan, manzil tu bukan macam zaastt, JANGAN bandingkan dan samakan macam tu, yang mana dalam kepercayaan zasst tuan konon boleh bunuh dan kalahkan segala setan. Selagi tuan membanding macam tu, selagi itu tuan membelenggu diri tuan dalam alam mistik zzasstt tuan, dan susah untuk faham yang manzil itu doa MOHON PERLINDUNGAN ALLAH.
Apabila Allah beri perlindungan, SAYA YAKIN ALLAH yang KALAHKAN Syaitan. Tak timbul isu setan kalah dengan manzil, tak boleh dengar manzil dan lain-lain apabila MOHON TERUS DARI ALLAH. Bila Allah beri perlindungan, tiada siapa yang boleh kalahkan Allah. Manzil bukan tangkal, bukan juga seperti zasst pada pemahaman tuan. Manzil itu terdiri dari ayat-ayat Allah, KALAM ALLAH. Yang penting, tawajjuh pada Allah dan dengan tawajjuh pada Allah tentulah yakin akan KEBENARAN Kalam Allah sendiri.
Kalam Allah adalah Benar!
Katalah tuan kene sakit barah yg tak melibatkan setan, kalau nak rawat guna muawazatain, boleh tak?
Boleh. Al-Muawwizatain merupakan permohonan perlindungan Allah. Samada diketahui ada unsur Sihir dan gangguan Syaitan, atau tidak diketahui ada unsur gangguan Syaitan, MOHON PADA ALLAH bukan satu kesalahan, malah dianjurkan.
Suatu ketika Nabi pernah disihir dan dengan izin Allah sihir itu memberi kesan, yang menjadikan Nabi runsing yang bukan kebiasaan. Kemudian Allah turunkan Al-Mu'awwizatain yang disampaikan melalui malaikat kepada Nabi, maka Nabi pun sembuh dengan izin Allah.
Sunnah baca sendiri Al-Mu'awwizatain....
Juga Sunnah dibacakan pada orang lain....
Bila Nabi sendiri sakit (seperti demam), isteri Nabi bacakan Al-Mu'awwizatain pada Nabi.
Tuan memang yakin sangat nabi mengamalkan manzil untuk mengelak gangguan syaitan kan????
Saya yakin dengan kebenaran Kalam Allah, dan saya yakin melalui Sunnah Nabi ada kejayaan.
Saya yakin ALLAH yang Maha Kuasa, Kalam Allah itu benar.
Dan saya yakin Nabi merupakan orang yang SANGAT YAKIN pada KEBENARAN Kalam Allah.
Dan bila tuan kata Nabi orang yg ikhlas, dan syaitan tak bisa mengalahkan, mengapa nabi kene amalkan manzil pulak????
1. Saya tak sebut pun Nabi kena amalkan manzil untuk kalahkan Syaitan. Tak timbul isu wajib, yang dijelaskan berkali-kali. Tak perlu diulang sampai berjuta kali, tapi macam biasa tuan SUKA TUDUH BERKALI-KALI sambil tak mahu lihat penjelasan yang diberi.
2. Nabi merupakan manusia yang FAHAM Al-Quran.
3. JANGAN BANDINGKAN manzil dengan amalan zasstt tu! TAK SAMA! Manzil itu untuk mohon perlindungan Allah, dan merupakan salah satu cara ISTI'AZAH. Perintah Isti'azah ada dalam Al-Quran. Manzil bukannya satu-satunya cara isti'azah. Dah banyak kali saya sebut, tapi masih tuan tuduh kononnya macam saya kata wajib pula amalan manzil tu, lalu pertikai Nabi kena baca manzil pula. Isi wajib, kena baca ni TAK TIMBUL pun!
dan kenapa tuan masih kata syaitan boleh ganggu nabi??? hanya sebab ifrit tu kacau masa nabi solat lalu nabi perlu baca manzil????
1. Tuan sudah salah faham pasal gangguan Ifrit. Saya sebut pasal Ifrit tu sebab tuan buat kesimpulan yang SALAH, konon asal saja ada gangguan Syaitan, bermakna tak ikhlas. Ini kesimpulan yang SALAH dan BATIL. Untuk tuan memahaminya, saya beri contoh Nabi pun pernah diganggu Syaitan (Ifrit), bila Nabi diganggu adakah itu bermakna Nabi tak ikhlas? Tidak sama sekali! Yang ikhlas pun boleh diganggu Syaitan, cuma Syaitan tak ada kuasa pada yang ikhlas. Itu penjelasan saya untuk membetulkan kesimpulan tuan yang dah salah. Tak lebih dari itu.
2. Tak timbul isu wajib (perlu) baca manzil, sedangkan manzil itu salah satu cara ISTI'AZAH. Ada beberapa cara isti'azah, yang dari Sunnah dan yang sampai pada pengetahuan kita. Antaranya: Ta'awwuz, Al-Muawwizatain, Manzil, Doa perlindungan, dan mana-mana cara isti'azah yang disebut dalam hadith yang sahih.
Berbalik pada hadis manzil, kan dah jelas, nabi baca untuk rawat penyakit gila, bukan halau gangguan jin.
Saya dah ULANG berkali-kali manzil tu untuk MOHON PERLINDUNGAN ALLAH. Samada Allah nak halau, nak bunuh, nak bakar, nak lenyapkan gangguan tu, semua itu atas Kehendak-Nya. Tuan masih gagal faham lalu masih lagi tuduhan akibat tidak dapat memahami penjelasan saya yang berkali-kali bahawa manzil itu sebagai DOA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH, sebagai salah satu cara ISTI'AZAH.
Tuan belum jelaskan makna LAMAM, AL-JUNUN, AL-MASS. Selagi tuan tak jelaskan, bahawa setiap yang gila tu semuanya BUKAN dari gangguan Syaitan, bermakna tuan hanya buat sangkaan dari terjemahan 'gila'. Berbalik pada hadith manzil, Nabi baca manzil untuk rawat 'gila' yang disebabkan gangguan Syaitan. Insya-Allah saya akan lampirkan hujjah saya bahawa penyakit gila ada juga yang disebabkan oleh gangguan Syaitan.
Jika tuan masih membantah, saya harap tuan bawa hujjah tuan dengan membawa kesaksian Ulama dan ahli ilmu yang tuan percaya untuk menguatkan hujjah tuan. Itu cara yang lebih hampir pada kebenaran. Cara sangkaan tuan tanpa sokongan ahli ilmu merupakan cara yang sangat lemah dan TERTOLAK sama sekali.
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 03:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni gelas.dalam bilik msyrat pecah meletup tiba2. Tiada orang yg dok dkt gelas tu. Mereka yg bermesyuarat trkejut. Minggu depannya member makan dalam bilik tu. Panjang pula doa makannya. Mungkin dia baca manzil utk elak gangguan syaitan.di bilik mesyuarat ti atau utk elak disantau..
--member baca manzil utk? sila jawab sendiri..kalau dlm keadaan tiada gelas pecah, rajin ka dia nak baca manzil?-+- |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas kah aku baca manzil utk membesarkan allah..atau sbb takut pada hamba (jin syaitan iblis laknatullah) |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Penyakit Gila ada yang disebabkan oleh Gangguan/Kerasukan Syaitan
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ
Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata, telah menceritakan kepadaku 'Atha bin Abu Rabah, dia berkata, Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku, mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita dari penduduk syurga? Jawabku, bahkan (sudah tentu). Dia (Ibni Abbas) berkata inilah wanita berkulit hitam, dia pernah menemui Nabi SAW seraya berkata, Sesungguhnya aku menderita diserang penyakit gila dan (auratku) sering tersingkap, maka berdoalah kepada Allah untukku. Baginda bersabda, jika engkau berkenan, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau berkenan pula aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu. Dia (wanita itu) berkata, baiklah aku akan bersabar. Wanita itu berkata lagi, namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap. Maka baginda mendoakan untuknya.
(Sahih Bukhari)
Riwayat di atas juga terdapat dalam Sahih Muslim. Wanita yang dimaksudkan itu ialah Ummu Zufar, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dari 'Atha.
Ketika menjelaskan hadith di atas, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani berkata (dalam Fath-ul Bari Syarah Sahih Bukhari), bahawa dari kisah yang sama di atas, wanita itu juga berkata:
"Aku takut si jahat itu menelanjangiku"
(Riwayat Al-Bazzar dari jalan yang lain dari Ibni Abbas)
Al-Hafiz menjelaskan bahawa gila (seperti sawan) yang dialami oleh wanita tersebut adalah disebabkan oleh KERASUKAN JIN, bukannya sawan kebiasaan (epilepsi). Si jahat (al-khabith) adalah Syaitan.
Komen saya:
Perkataan صرع secara literal bermakna sawan/epilepsi/sejenis gila. Maka dari segi bahasa, أُصْرَعُ secara literalnya bermakna diserang sawan/epilepsi/sejenis gila. Namun penyakit yang dideritai oleh Ummu Zufar itu dijelaskan berpunca dari dari gangguan Kerasukan Jin, bukannya sawan yang kebiasaan (epilepsi). Ini berdasarkan hujjah wanita itu berkata: "Aku takut si jahat itu menelanjangiku"
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 02:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋَﻤْﺮُﻭ ﺑْﻦُ ﻣَﺮْﺯُﻭﻕٍ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﺷُﻌْﺒَﺔُ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮِﻭ ﺑْﻦِ ﻣُﺮَّﺓَ ﻋَﻦْ ﻋَﺎﺻِﻢٍ ﺍﻟْﻌَﻨَﺰِﻱِّ ﻋَﻦْ ﺍﺑْﻦِ ﺟُﺒَﻴْﺮِ ﺑْﻦِ ﻣُﻂْﻌِﻢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻬِﺄَﻧَّﻪُ ﺭَﺃَﻯ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﺻَﻠَﺎﺓً ﻗَﺎﻝَ ﻋَﻤْﺮٌﻭ ﻻَ ﺃَﺩْﺭِﻱ ﺃَﻱَّ ﺻَﻠَﺎﺓٍ ﻫِﻲَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴﻼً ﺛَﻠَﺎﺛًﺎ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺸَّﻴْﻂَﺎﻥِ ﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺨِﻪِ ﻭَﻧَﻔْﺜِﻪِ ﻭَﻫَﻤْﺰِهِ ﻘَﺎﻝَ ﻧَﻔْﺜُﻪُ ﺍﻟﺸِّﻌْﺮُ ﻭَﻧَﻔْﺨُﻪُ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﻭَﻫَﻤْﺰُﻩُ ﺍﻟْﻤُﻮﺗَﺔُ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻣُﺴَﺪَّﺩٌ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦُ ﻣِﺴْﻌَﺮٍ ﻋَﻦْ ﻣِﺴْﻌَﺮٍ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮِﻭ ﺑْﻦِ ﻣُﺮَّﺓَ ﻋَﻦْ ﺭَﺟُﻞٍ ﻋَﻦْ ﻧَﺎﻓِﻊِ ﺑْﻦِ ﺟُﺒَﻴْﺮٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻪِ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺘَّﻂَﻮُّﻉِ ﺫَﻛَﺮَ ﻧَﺤْﻮَﻩُ
Dari 'Amru bin Murrah dari 'Asim Al 'Anazi dari Ibnu Jubair bin Mut'im dari ayahnya bahawa dia melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. 'Amru mengatakan, aku tidak tahu solat apa yang sedang dikerjakan oleh baginda. Baginda mengucapkan ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴﻼً (Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, dan Maha suci Allah pada pagi hari dan petang hari) -sebanyak tiga kali-, ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺸَّﻴْﻂَﺎﻥِ ﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺨِﻪِ ﻭَﻧَﻔْﺜِﻪِ ﻭَﻫَﻤْﺰهِ (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan, dari nafkh-nya, nafth-nya serta hamzi-nya." Berkata (perawi): nafth-nya adalah syairnya, nafkh-nya adalah kesombongannya sedangkan hamzi-nya adalah kegilaan (al-mautatu).
(HR Abu Dawud)
Dari riwayat Al-Hakim, disahihkan oleh Az-Zahabi, ada disebut bahawa Nabi SAW berdoa:
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari Syaitan yang terkutuk, dari penyakit gila yang ditimbulkannya, dari tiupannya dan dari syairnya. Nabi SAW bersabda: Hamazihi (gila yang ditimbulkannya) ialah Al-Mautatu (kerasukan), nafathihi (hembusannya) ialah syair dan nafakhihi (tipuannya) ialah kesombongan.
(Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tarmizi, Nasai, dari hadith Abu Said Al-Khudri)
Al-Mautatu ialah sejenis penyakit gila dan kerasukan yang menimpa manusia, seperti orang tidur dan mabuk, jika telah sedar maka kembali akalnya (Lisanul Arab)
Hafiz Ibn Kathir berkata: Hamazuhu ialah al-mautatu yakni cekikan yang berupa kerasukan (Al-Bidayah wa Nihayah)
Abdul Karim Naufan berkata: hadith ini membuktikan adanya penyakit GILA KERASUKAN yang ditimbulkan oleh JIN pada manusia, kerana di dalam hadith ini Rasulullah SAW berlindung dari al hamaz, sedangkan erti al-hamaz ialah al-mautatu yakni penyakit GILA yang menimpa seseorang atau kerasukan, kerana keadaan orang yang kerasukan itu sampai ke tingkat seperti orang mati menahan rasa sakitnya.
('Azlam-ul Jinni fi Dhau'il Kitab wa As-Sunnah)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 03:10 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 11:57 AM
Baru2 ni gelas.dalam bilik msyrat pecah meletup tiba2. Tiada orang yg dok dkt gelas tu. Mereka yg be ... Baru2 ni gelas.dalam bilik msyrat pecah meletup tiba2. Tiada orang yg dok dkt gelas tu. Mereka yg bermesyuarat trkejut. Minggu depannya member makan dalam bilik tu. Panjang pula doa makannya. Mungkin dia baca manzil utk elak gangguan syaitan.di bilik mesyuarat ti atau utk elak disantau..
--member baca manzil utk? sila jawab sendiri..kalau dlm keadaan tiada gelas pecah, rajin ka dia nak baca manzil?-+-
Apa beza nabi s.a.w. yg baca manzil dgn member yg baca?
Sapa yg kata kalo gelas pecah je setan, kalo gelas pecah je santau...nabi s.a.w. ka member kata?
- musykil ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
manzil tak wujud masa zaman nabi... |
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 03:15 PM
manzil tak wujud masa zaman nabi...
Sila baca dari awal, ada hadith berkaitan ayat-ayat manzil.
|
|
|
|
|
|
|
|
----kerana keadaan orang yang kerasukan itu sampai ke tingkat seperti orang mati menahan rasa sakitnya.
('Azlam-ul Jinni fi Dhau'il Kitab wa As-Sunnah)---
selalu orang yang kena rasuk dia tak sedar apa yg dia buat..bila dah sedar dia rasa penat ..tak pernah lagi dengar orang kena rasuk mengaku tadi dia rasa macam nak mati..tak pernah dgr lagi laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
nama manzil tu siapa yang beri? |
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 03:21 PM
----kerana keadaan orang yang kerasukan itu sampai ke tingkat seperti orang mati menahan rasa sakitnya.
('Azlam-ul Jinni fi Dhau'il Kitab wa As-Sunnah)---
selalu orang yang kena rasuk dia tak sedar apa yg dia buat..bila dah sedar dia rasa penat ..tak pernah lagi dengar orang kena rasuk mengaku tadi dia rasa macam nak mati..tak pernah dgr lagi laaa...
Jangan risau jika saudara tak pernah dengar. Bukan bermakna apa-apa yang saudara tak pernah dengar, semua tu tak betul belaka.
Penjelasan Ulama tentang istilah AL-MAUTATU merujuk kepada kegilaan yang disebabkan oleh kerasukan.
Datangnya istilah al-mautatu itu dari perkataan sakit yang sangat, sakit yang 'maut' sehingga tidak sedar diri. Ini bukan bermakna asal saja berlaku kerasukan mesti rasa sakit teramat sangat, akan tetapi istilah itu menunjukkan kerasukan itu seperti 'kegilaan' yang tak sedar diri.
*** sedara terjah masuk thread ni macam sedara pulak yang aktif berbincang dalam thread ni.... silakan....
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 03:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 03:26 PM
nama manzil tu siapa yang beri?
Kenapa pertikai nama 'manzil'? Bukannya diwiridkan 'manzil' 'manzil' 'manzil' pun?
Kalau tak mahu sebut 'manzil', boleh sebut kumpulan 75 ayat-ayat tertentu, pada tempat tertentu dalam Al-Quran. Ataupun tulis semua ayat tu setiap kali nak rujuk kepada ayat-ayat yang tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 11:59 AM
Ikhlas kah aku baca manzil utk membesarkan allah..atau sbb takut pada hamba (jin syaitan iblis lakna ... Ikhlas kah aku baca manzil utk membesarkan allah..atau sbb takut pada hamba (jin syaitan iblis laknatullah)
Takut tu takut yg mcm mana?
- ada jgk jenis takut nk sampaikan yg benar, kantoi plk nnt.
Ikhlas kpd toghut bole x?
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 27-5-2014 03:15 PM
manzil tak wujud masa zaman nabi...
Zaman nabi s.a.w. ada gelas pecah x?
|
|
|
|
|
|
|
|
---boleh sebut kumpulan 75 ayat-ayat tertentu, pada tempat tertentu dalam Al-Quran. Ataupun tulis semua ayat tu setiap kali nak rujuk kepada ayat-ayat yang tersebut.---
kenapa nabi baca ayat tertentu tersebut? ada penerangannya tak? kenapa kita ikut baca ayat tertentu tersebut? adakah kita ikut sekadar taklid? nabi baca kepada orang itu dalam keadaan nabi faham..si pesakit pada waktu itu kalau jenis gila sekejap-sekejap seperti diceritakan di atas ni, maka pada waktu itu dia faham...kita pula baca dalam keadaan hafal..yg mendengar lagi lah tak faham..menjiwai sudah tentulah lah tidak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|