utk semua yg sudi membaca cerita ting tong saya.. tq very much..
**************************************************************
Bait-bait kata lagu itu, walau seribu liku di depanku, akan tetap aku tempuh, dalam hatiku kau tak pernah jauh. Siapa yang ada dihati Khaleel Zachry dan tak pernah berada jauh dari pandangan jejaka itu. Tanpa Auna Aulia sedari tangannya memusing-musingkan cincin tunang yang berada di jari manisnya.
Walaupada sesiapa pun lagu itu ditujukan dia tidak peduli. Matanya dan sepasang mata yang cantik dan bercahaya milik Khaleel Zachry seakan bertemu. Redup, lembut dan mendamaikan. Kenapa tiba-tiba Auna Aulia merasakan ada air hangat yangmengalir dipipi. Kenapa dia merasakan sangat sebak. Ya, dia bersalah denganlelaki yang sedang menyanyi itu. Menghukum lelaki itu. Kesian.
Tiba-tiba kedengaran orang bertepuk tangan dan Auna Aulia seperti tersedar dari lamunan. Laguitu dah tamat. Khaleel Zachry sedang berjalan duduk di kerusinya. Dia seperti balik semula kepada dunia nyata. Cepat-cepat dia mengesat airmata yang mengalirdi pipi. Dia tidak mahu sesiapa yang perasan. Terdengar siulan di merata-rata.Kelihatan juga ada yang bangun untuk memberikan perhormatan.
Auna Aulia bangkit dari tempat duduknya. Dia ingin berjalan di tepi pantai. Menenangkan jiwa. Mencari damai dihati. Banyak perkara yang begitu menyesakkan dada. Pada abang Aamir dia maklumkan. Abang Aamir nak teman. Tapi dia tak nak dia nak bersendirian. Sedang dia berjalan menyusuri pantai dia terasa seperti ada yang mengikutnya dari belakang.
“Terus jalan, tak payah tengok” kata suara itu. Auna Terkejut bila mendengar suara itu. Milik Khaleel Zachry.
“Kenapa awak ikut saya”
“tak elok awak jalan seorang..”
“tak payah risau. Dari sini kat boleh nampak orang kat sana.” Jawab Auna Aulia merujuk kepada kumpulan mereka tadi.
“Orang yang berdarah manis ni senang nak tarik apa-apa datang mendekat..”jawab KhaleelZachry.
Auna Aulia buat muka bosan. Lagi-lagi cerita ni. Dia nak dengar dari mulut lelaki nikata maafkan diri. tapi lain pulak yang mamat ni cakap. bosan.
“Awak suka dia ke?” tanya Khaleel Zachry lagi.
“entah..kan dah tanya tadi petang” jawab Auna Aulia polos.
“Kenapa entah..” Khaleel Zachry masih di belakang dengan jarak lebih kurang 10 langkah kebelakang dari Auna Aulia. Jadi untuk mereka harus menjerit sedikit untuk bercakap.
“Tak ada jawapan. Saya akan sayang dia dan terima dia seadanya” jawab Auna Auliayakin.
“Tapi awak tak pernah jumpa dia..”
“tak apa lah.. orang dulu-dulu pun kawin tak pernah kenal antara satu sama lain.Kenal masa lepas akad nikah tu lah baru kenal. Apa salahnya saya jadi macam orang dulu-dulu”
“Awak rela dengan pilihan family awak?” provoke Khaleel Zachry lagi.
“Saya rela dan saya redha. Restu keluarga saya di hadapan saya. Saya tak perlukanbenda lain. Hanya restu mereka. Lagipun saya tahu mereka akan pilih yang terbaik untuk saya..”
“Baguslah.Kalau awak cakap macam tu. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan mereka. Tak nak jemput saya ke?” tanya Khaleel Zachry lagi.
“perlu ke awak ada? Lagipun majlis ni hanya keluarga terdekat jerk.. segan saya..”jawab Auna Aulia.
“Terpulang pada awak. Awak jemput saya datang. Kalau awak tak jemput pun saya tetap akan datang..” jawab Khaleel Zachry.
“Tak malu sungguh..” jawab Auna Aulia tergelak.
“Saya nak ucapkan selamat pengatin baru dekat awak. Saya nak jadi orang yangpertama.. saya betul-betul maksudkannya.”
“Terima kasih. Doakan untuk saya.”
“Yaa..baik.. kita dah jauh ni saya rasa elok kita patah balik.” Kata Khaeel Zachry.
“betullah.. jomlah..” ajak Auna Aulia.
“kita kekalkan jarak kita macam ni ya.. awak depan saya belakang.” Kata KhaleelZachry.
Entah kenapa Auna Aulia rasa bahagia dengan layanan itu. Dia rasa selamat. Rasa dilindungi. Tapi cepat-cepat dia matikan rasa yang hendak berkutik tu. Diab akal menjadi isteri kepada orang. Tidak harus dia biarkan apa-apa jua rasa wujud dalam diri dia pada orang lain. Hatinya hanya untuk suami yang bakal dia nikahi sedikit masa lagi. Keluhan lagi terkeluar dari mulut dia.
"tak baik mengeluh. seprti awak tidak mensyukuri nikmat yang ALLAH beri pada awak.." tegur Khaleel Zachry.
Andai dia mengerti apa yang dia rasa kan bagus. bisik Auna dalam hati..
Mereka berjalan ke tempat tadi, kelihatan abang-abangnya sedang menanti. Setelah bercakap lebih kurang mereka berjalan balik ke bilik. Masing-masing mendiamkan diri. Sampai dipintu bilik mereka terus masuk kebilik masing-masing.
“Apa yang Auna bualkan dengan Khaleel tadi?” tanya Zahra.
Auna Aulia terkejut. “Tak ada apa. Dia wish selamat pengantin baru dekat Auna. Macam mana dia tahu Auna pergi pantai ekk?”
“Dia tanya abang Aakif tadi lepas tu minta izin nak cakap dengan Auna dari abang.Abang cakap okey then dia pergilah..” jawab Syafiqah.
“Tapi tak kan wish jer kot.. tak ada cakap apa-apa?” tanya Zahra sekali lagi. Macampelik lah pulak.
“Mana ada. Tu aja. Dia tanya confirm ke nak kawin dengan mamat tu. Sedangkan Auna takpernah tengok rupa bentuk mamat tu.. tak takut ke?” jelas Auna Auliabersungguh.
“tujerk..” tanya Syafiqah terkejut.
Auna Aulia pelik. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? “ iyer.. eh..eh.. tanya ni macam ada apa-apa yang Auna tak tahu jerk..”
“Tak ada apa-apalah.. saja tanya..” jawab Syafiqah kalut dan buat-buat sibuk kemasbeg.
“ermm akak masuk mandi dulu lah.. panas..” kata Zahra seperti melarikan diri.
Auna Aulia pelik melihat etlatah masing-masing. Macam ada rahsia jerk. Tapi dia malas nak perah otak nak berfikir. Sampai masa dia akan tahu juga. Tak payah pening-pening. Terus dia berbaring di atas katil yang empuk. Meregangkan segala urat saraf. Fuhh leganya.
Besok dah balik Kuala Lumpur. Isnin kerja. Mama dah suruh apply cuti awal. Rasanya dia malas nak ikut. Biar lah dia berada di luar rumah. Menghabiskan hari-hari bujang dia sendiri. Lagi dua hari dia nak kawin baru dia cuti. Tapi mama dah pesan bermula dari hari Isnin ni kemana-mana hatta pergi tempat kerja pun akan di ambil oleh keluarga. Mama tak kasi dia bersendirian. Mama cakap kemana punmesti berteman.
“weii..pergi mandi Auna jangan tidur dulu,” tegur Syafiqah.
“eemm..”jawab Auna tetap melelapkan matanya. Dia inginkan menghayati bunyi ombak. Entahbila dia dapat bersenang lenang begini. Dia sebenarnya takut untuk menempuhi gerbang perkahwinan. Tambahan pula dengan orang yang tidak dia kenal. Takpernah tengok rupa. Kata orang terlajak perahu terlajak kata buruk padahnya.Dia harus redha dengan ketentuannya.
Akhirnyadia tertidur. Jam 3.30 pagi Auna Aulia tersedar. Bangun solat isyak dan tertidur balik dengan telekung-telekung sekali dia bawak naik katil. Dia tersedar bila ada orang mengejutkannya.
Selepas itu dia masih bermalas malas dalam bilik. Begitu juga dengan Zahrah dan Syafiqa masing-masing bermalas-malasan. Tepat jam 9.00 pagi mereka turun sarapan. Jam sebelas mereka mula check out.
Mereka berkumpul di hadapan lobby Avillion Port Dickson. Abang Aamir parking kerata Satria Neo kak Zahrah berdekatan dengan lobby hotel. Motor dia juga dah ada kat depan. Tinggal nak bawa saja lagi. Ni lah mungkin konvoi terakhir dia yang berstatus single. Kalau suami dia tak minat motor besar macam mana yaa..bosannya hidup. Tawakal saja lah. huhuhuuuu. Sebelas setengah pagi merekabergerak pulang ke kuala lumpur.
Masih sama seperti masa datang, Khaleel Zachry di belakangnya. Lelaki itu banyak mendiamkan diri. tak banyak cakap. Hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. Auna Aulia sayu.. dia tak tahu kenapa.
*****************************
sorry lambat update bz sikit.. enjoy..
Last edited by mrsT on 8-7-2013 08:52 AM
|