CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

diskusi artikel : Perihal Humanisme dan Pluralisme #UPDATES forum bicara addin

[Copy link]
Post time 9-9-2013 09:26 AM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 09:13 AM
benang ni macam ke laut jer
drp humanisme pluralisme lencong plak ke classical liberalism.. ppeergg ...

Macam ? Bukan macam...dah memang titanic tenggelam ke dasar lautan bersama spongebob  and the the gang daaaa......

Dah TT sendiri flip flop.........what do you expect?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 09:37 AM | Show all posts
crankshaft posted on 9-9-2013 09:26 AM
Macam ? Bukan macam...dah memang titanic tenggelam ke dasar lautan bersama spongebob  and the the  ...

hidup sekularisme!!

ehhh sori.. sekularisme plakkk
. ini benang humanisme dan pluralisme..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:41 AM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 09:37 AM
hidup sekularisme!!

ehhh sori.. sekularisme plakkk

Nko buat TT bontot berair tau.......

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:03 AM | Show all posts
crankshaft posted on 9-9-2013 09:41 AM
Nko buat TT bontot berair tau.......

btw since dah ada yg tulis tang classical liberalisme eloklak kita bincang juga
ia membincang tang hubungan individu dgn negara dan bagi falsfah ini kebebasan individu itu lebih utama banding kuasa negara
kebebasan milik individu dan tak boleh dirampas oleh negara
kuasa negara adalah kuasa yg diberi oleh individu2 ini/rakyat secara kolektif... dan hendaklah minimal saja sekadar cukup untuk memastikan kebebasan individu tidak diinjak2

lebih kurang gitulah ikut kepahaman saya..

oh ya... bukankah adanya agama yg pelbagai itu suatu ketentuan tuhan yg tuhan sendiri akui... macam juga kenaikan harga barang adalah ketentuanNya juga... hehe


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 03:50 PM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 10:03 AM
btw since dah ada yg tulis tang classical liberalisme eloklak kita bincang juga
ia membincang tan ...

KetentuanNya tu betul, tp kalo ketetapanNya dh masuk falsafah lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 08:10 PM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 09:13 AM
benang ni macam ke laut jer
drp humanisme pluralisme lencong plak ke classical liberalism.. ppeergg ...

bukankah beraksiologi juga adalah sebahagian daripada falsafah?

lagi satu

i guess ilmuwan dan cendekia Islam seperti Al Farabi pun mempunyai persepsi yang berbeza dalam mendefinisikan falsafah dan taraf ahli falsafah dan juga para nabi - mai tang ni Imam Al Ghazali Tak bersetuju , sebab asimiliasi falsafag greek turut memcampuri kerangka pemikiran ahli falsafah Islam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2013 08:13 PM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 09:13 AM
benang ni macam ke laut jer
drp humanisme pluralisme lencong plak ke classical liberalism.. ppeergg ...

u rasa mungkin disebabkan oleh asas ilmu falsafah  itu sendiri yang asasnya mmg goyah

i mean falsafah mai tang surface okaylah but then bila datang kepada soal pembikinan alam semesta , kosmologi ( yess? right ) dan metafizik dah mula  i guess merapu sikit dah sebab  yelah kalau menelusuri  naratif greek  semua dewa dewa bagai ada dinyatakan ...

so well u know... ada beza falsafah Islam dan yg lain ...

tang perletakkan yg HAQ itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 08:14 PM | Show all posts
crankshaft posted on 9-9-2013 09:26 AM
Macam ? Bukan macam...dah memang titanic tenggelam ke dasar lautan bersama spongebob  and the the  ...

and you ? hmm? merapu sini sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2013 08:17 PM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 10:03 AM
btw since dah ada yg tulis tang classical liberalisme eloklak kita bincang juga
ia membincang tan ...

Allah berfirman tang adanya kaum yg pelbagai  untuk kita belajar antara satu sama lain bukan agama yg pelbagai tu ALLAH iktiraf , itulah gunanya Nabi dan Rasul dan rAsul untyk menyampaikan risalah tauhid


secularisme can never be a part of Islam in actual sense...sebab Islam tidak begitu

isk isk isk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 08:29 PM | Show all posts
petola posted on 9-9-2013 09:37 AM
hidup sekularisme!!

ehhh sori.. sekularisme plakkk

I gather you have read the works or have read the works of  Dr Farid Esack?

takkan bersetuju dengan FArid Esack pulak ? isk isk


he is hmm pluralist , dan mengalami pengalaman yg agak  u know...dan menulis ttg pluralisme agama ...yg ada pengalaman tertindas mereka ni mmg bermasalah dan menggagaskan kerangka pemikiran baru kononnya ini yg ideal

cheh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:45 AM | Show all posts
Falsafah keinsanan tanpa ketuhanan? Siapa Tuhan?
Bila terbit lambakan ideologi x bertuhan baru le boleh jd globalisasi.
Plural nation dlm satu kapal le tu...tp nk ke mana?
- mustahil ke akhirat majunya ye tak?

p/s: Nk berenang ke pulau pn bkn ikut kedalaman dasar lautan, tp keupayaan merentas permukaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 11:41 AM | Show all posts
Kaitkan dengan   PEMIKIRAN LIBERALISME - HUMANISME DAN SIAPA  yg menyokong pemikiran aliran Irshad Manji

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT



Ancaman besar

ASAKAN mahu menjadikan Malaysia negara sekular dan menghakis kedudukan Islam, semakin membimbangkan.

Terbaharu, Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) menerusi proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia, menuntut banyak perkara untuk dirungkai.

Proses tersebut yang memasuki pusingan kedua di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva pada 24 Oktober ini, akan menjadi medan untuk menekan kita.

Antaranya Malaysia didesak menandatangani beberapa perkara kritikal. Ia merangkumi soal kebebasan beragama terutama memudahkan murtad; menerima pakai acuan Barat dalam soal hak sama rata kaum dan agama; serta mengiktiraf amalan seks songsang, gejala liwat dan kahwin sejenis.

Awang sangat terganggu kerana tuntutan COMANGO merupakan ancaman terbesar kepada kedaulatan kita. Terima kasih kepada Gabungan NGO Islam kerana membangkitkan isu tersebut menjelang sesi UPR minggu depan.

Semoga delegasi NGO Islam yang menyertai sesi itu akan mempertahankan habis-habisan kepentingan Islam negara ini.

Dalam pada itu, ada pihak dan NGO tertentu di tanah air ini turut berperanan menghasut COMANGO. Mereka memberikan persepsi yang salah dan hujah-hujah serong yang bercanggah dengan perlembagaan, realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia.

Ternyata kita ada musuh dalam negara yang menangguk di air keruh atas kelemahan umat Islam akibat berpecah atas ideologi politik.

Golongan tersebut ternyata agresif dan licik menarik campur tangan asing untuk menjadikan Malaysia sekular. Awang berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera termasuk mendedahkan identiti para pengkhianat ini.

Jangan tunggu nasi menjadi bubur.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... LAMAT#ixzz2hfFSW4w8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 11:42 AM | Show all posts
persoalan saya : siapa di belakang NGO yg mendokong secularisme humanisme ini ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 12:01 PM | Show all posts
Human future without Islam? - Azril Mohd Amin




August 16, 2013
Latest Update: August 16, 2013 11:16 pm       

Since time immemorial, the enemies of Islam have systematically conspired to destroy every single freely-elected democratic government that has arisen in Muslim countries. It is difficult to see how destruction of the earlier freely-elected Islamic government in Egypt does not fit this same pattern.

Egypt had been dependent on The United States for import of food supplies for many years, a foreign aid that used to be reviewed yearly. As a strategy of control, in recent years, that food aid has become subject to a weekly review by the US Congress. Therefore, Egyptian governments, elected or not, can do nothing to anger the Americans without fear of starving their people.

In all these conspiracies against Muslim democracy, civilian killings have raised out-of-control by any lawful or legal process. The same is now true in Syria and Egypt, both of whom hardly qualify for continuing membership in the Organization of Islamic Conference (OIC), and they should be expelled to protect whatever "good name" of Islam is left in the world community.




And this will not be much, due to the blatant hypocrisy of the Americans who continue to preach "democracy" while destroying Muslim countries’ democratic forms at the same time.

One is reminded of George Orwell's classic forecast of the future, "1984", in which the government used "doublethink" and "doublespeak" to be free to perpetrate actions diametrically opposite from those reported to the people.

With "doublespeak", governments name themselves democracies which are not, such as many former communist countries and Muslim countries such as Indonesia or many Arab countries.

One is also reminded of the Quraysh tribe of the time of Prophet Muhammad (may Allah’s blessings and peace be upon him), who used all the power of their business dominance, including fear of their idols and statues, to attempt to induce the people to turn against Islam in those early days.

Most forms of the "Ahli Kitab" other than Muslims (Christians and Jews) who were founded as monotheists have been systematically corrupted by various forms of the one sin which Allah SWT will never forgive - "syirik".

Most (but not all) Jews have raised the State of Israel to be the prerequisite worship of the Jewish people, and the Christians (with the exception of the Unitarians) continue to bow down to statues, crosses, stained-glass window depictions, and the so-called "Son of God", which doctrine was decided, not by Revelation or prophetic teaching, but rather by an electoral vote of 60% among Priests in 324 AD at the Council of Nicea, nothing to do with any known teaching of Prophet Isa (a.s).

So Islam remains the only hope for a truly monotheist future for the human race, the only acceptable evolutionary conclusion to the vast sweep of prophetic religions over known human history. And, as argued by Mehdi Hassan in the recent Oxford Union’s “Islam is A Peaceful Religion” debate, it only takes one apple to spoil the barrel.

Therefore, the 0.001% of Muslims who practise or condone terrorism is destroying the good name of Islam everywhere. Our failing is our total failure to self-police our own hypocrites and heretics, now including the un-elected leaders of Syria and Egypt.

We must correct this deficiency immediately, to re-establish our reputation as a people - supposedly "the best of people" - who are maturely capable of regulating our own behaviour and Satanic tendencies. And may Allah help us all! - August 16, 2013.

* Azril Mohd Amin is vice-president, Muslim Lawyers’ Association of Malaysia.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 12:03 PM | Show all posts
Tegas pertahan kedaulatan Islam



Oleh AZRIL MOHD AMIN

MEREKA yang mengikuti perkembangan proses Sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), pasti pernah membaca berita yang dilaporkan beberapa media Barat mengenai tindakan Israel menarik diri seketika dari proses UPR pada bulan Januari 2013 yang lalu.

Israel telah mendakwa wujud sikap double standard dan berat sebelah, yang menyebabkan proses tersebut "dieksploitasi" kumpulan-kumpulan seperti Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan NGO-NGO tertentu yang menekan dan mensasarkan rekod buruk hak asasi manusia Israel, khususnya berkaitan penganiayaan dan kezaliman mereka terhadap masyarakat awam Palestin.

Namun yang lebih memeranjatkan ialah sikap pegawai PBB dan NGO bersekutu yang tidak dapat menyembunyikan rasa cemas mereka terhadap tindakan Israel tersebut. Menurut Anne Herzberg, penasihat undang-undang NGO Monitor sebuah NGO yang memantau proses UPR tersebut, 'tindakan Israel menarik diri dari UPR menzahirkan realiti reformasi Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dan akan memaksa PBB melaksanakan reformasi sebenar yang telah lama tertangguh."

UPR diwujudkan sebagai mekanisme semakan empat tahun sekali ke atas rekod hak asasi manusia setiap negara anggota PBB. Mekanisme ini telah dimulakan pada tahun 2007 sebagai sebahagian daripada inisiatif "reformasi" HRC, untuk membetul mempolitik anti-Israel dan sikap pilih kasih yang melanda rangka kerja hak asasi manusia PBB.

Walau bagaimanapun, pembaharuan tersebut dianggap gagal, dan resolusi terhadap Israel di UNHRC telah jauh mengatasi yang dikeluarkan terhadap negara-negara lain, dengan lima dari sembilan resolusi sesi khas mensasarkan salah laku hak asasi manusia di Israel. HRC mengekalkan Perkara Agenda Tujuh, yang mengakibatkan Israel menjadi satu-satunya negara yang disasarkan pada setiap sesi. Di samping itu, seperti mekanisme hak asasi manusia PBB yang lain, Israel mendakwa UPR sering menjadi medan pemerintahan diktator meraikan kecemerlangan rekod hak asasi manusia mereka sementara Israel dan negara demokrasi yang lain ditekan.

Menurut Herzberg, NGO termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International, telah bekerja bersama-sama dengan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk mengeksploitasi UNHRC dikhususkan kepada Israel. Herzberg melaporkan bahawa kumpulan-kumpulan lobi ini telah bekerjasama mewujudkan empat misi 'pencarian fakta yang berasingan', termasuk Laporan Goldstone (Goldstone Report) pada n15 September 2009 yang masyhur dalam mendedahkan kekejaman Israel. NGO-NGO didakwa mengekalkan isu Israel di dalam agenda, manakala rejim kejam yang lain secara amnya diabaikan.

Menurut NGO Monitor, Israel menghentikan semua hubungan dengan UNHRC berikutan sesi 2012 pada bulan Mac, apabila HRC memulakan satu lagi misi pencarian fakta terhadap Israel melalui usaha lobi sengit oleh beberapa NGO yang dibiayai oleh Eropah seperti Al Haq dan Badil. Kumpulan-kumpulan ini berharap inisiatif yang dilakukan akan meletakkan asas untuk kempen baru tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Malaysia seharusnya mengambil iktibar dari situasi sebegini. Semenjak kali pertama Malaysia menjalani proses UPR pada tahun 2009, terdapat usaha-usaha melobi oleh NGO-NGO hak asasi manusia sekular untuk menuntut hak-hak yang tidak munasabah dan bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Negara, sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan-tuntutan tersebut termasuklah hak untuk kebebasan mutlak dalam beragama (termasuk hak untuk murtad), hak-hak LGBT dan kebebasan bersuara tanpa had.

Diteladani

Jika pengunduran Israel dari proses UPR tersebut telah memberikan kesan signifikan terhadap usaha reformasi PBB, maka Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat sepatutnya memaparkan sikap yang lebih matang, bertanggungjawab dan dapat diteladani di peringkat UNHRC apabila menjalani sesi UPR pada 24 Oktober 2013 kelak. Pada hakikatnya, komitmen Malaysia terhadap proses UPR ini terserlah apabila Malaysia telah pun mula mengorak langkah memastikan wujud pematuhan dan pertimbangan terhadap beberapa syor-syor yang dikemukakan semasa sesi pertama UPR. Walaubagaimanapun, untuk pusingan kedua tahun ini, Malaysia tidak boleh tunduk terhadap tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan melanggar kedudukan Islam sebagai agama negara.

Posisi Malaysia ini sebenarnya selari dengan Perisytiharan dan Pelan Tindakan Vienna 1993 yang memberikan penekanan terhadap realiti agama, budaya dan sejarah sesuatu negara di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan hak asasi manusia. Begitu juga, apabila Malaysia menarik diri bersama-sama negara-negara OIC dari Sesi Forum Hak-Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identiti) PBB pada bulan Februari 2012. Tindakan tersebut memberikan penegasan bahawa prinsip-prinsip hak asasi manusia tidak boleh dilaksanakan secara mutlak tanpa mengambil kira realiti agama, budaya dan sejarah sesuatu negara.

Secara konsisten Malaysia harus proaktif menawarkan contoh teladan yang baik kepada sesi UPR tersebut, khususnya mengenai interaksi positif Islam dan hak asasi manusia yang berjalan di dalam negara. Walaupun wujud beberapa masalah pelaksanaan, secara umumnya Malaysia telah berjaya menjadikan Islam sebagai formula penyelesaian terhadap beberapa isu hak asasi manusia. Malah, sistem undang-undang sivil dan syariah yang berjalan seiring di Malaysia telah terbukti menyelesaikan beberapa konflik utama, walaupun wujud usaha memburuk-burukkan sistem tersebut oleh NGO-NGO hak asasi manusia yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Islam memainkan peranan lebih dari sekadar agama rasmi di negara ini.

Seringkali yang dimomokkan adalah sistem pentadbiran undang-undang Islam di negara ini adalah ketinggalan, tidak progresif dan menzalimi kaum wanita. Ternyata label stereotaip sebegini menyerlahkan kedangkalan serta kefahaman pemikiran para pelobi-pelobi daripada kalangan NGO-NGO sekular yang tidak selesa dengan kemampuan undang-undang Syariah menawarkan formula penyelesaian yang mesra fitrah manusia. Mereka lebih memilih untuk menerima tafsiran dan sumber berita media Barat dari melihat sendiri realiti kejayaan perlaksanaan kedua-dua sistem yang berjalan seiring dan senantiasa diperbaiki melalui perancangan transformatif Kerajaan Pusat.

Pendekatan Malaysia perlulah lebih artikulatif dan bersandarkan kejelasan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara. Malah, sumpah Yang DiPertuan Agong di dalam Jadual Keempat (Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan) juga menegaskan bahawa usaha memelihara kesucian Islam pada setiap masa ini terletak pada mereka yang memegang amanah kerajaan yang memerintah. Perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dinafikan golongan yang ghairah memperjuangkan ideologi hak asasi manusia di mana-mana peringkat.

Seperti yang digambarkan sikap Israel sendiri, platform UPR ini sebenarnya merupakan sesi yang berkesan untuk menangani isu pencabulan hak asasi manusia manusia yang mempunyai asas keabsahan (legitimacy) seperti pembunuhan masyarakat awam Palestin. Sesi tersebut sebaliknya tidak boleh dijadikan alat untuk memanipulasi dan mengagung-agungkan stereotaip golongan sekular Barat terhadap hak asasi manusia masyarakat Islam. Apabila Malaysia berjaya menzahirkan contoh yang baik terhadap pematuhan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang munasabah serta tidak berkompromi di dalam hal-hal yang melibatkan kedaulatan akidah dan syariah, maka platform UPR boleh mencontohi dan menjunjung tindakan Malaysia. Ini dilakukan dengan menunjukkan kepada dunia bahawa interaksi di antara hak asasi manusia dan prinsip-prinsip keagamaan itu sebenarnya boleh wujud dengan syarat kedua-duanya mengiktiraf tuntutan-tuntutan hak asasi manusia yang absah dan menghormati keluhuran pendirian beragama sesebuah negara, khususnya yang jelas dan konsisten seperti Malaysia, yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuannya sebagai sumber undang-undang tertinggi negara.

l AZRIL MOHD AMIN adalah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) merangkap Ketua Delegasi Muslim UPR (Pertubuhan-Pertubuhan Muslim di dalam Proses Semakan Berkala

Sejagat - UPR) ke Geneva, Switzerland.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Islam#ixzz2hfKjPp2v
© Utusan Melayu (M) Bhd



NOTA KAKI - sebab itu perlunya NGO Islam bersatu dalam satu pertubuhan dan jgn hina sangat ye mereka ini sebab ini  yg depa juangkan. Last edited by mbhcsf on 14-10-2013 12:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 12:07 PM | Show all posts
nah, dah dapat lihat 12 inci ke depan pada yg buta sejarah , politik dan hanya melihat surface structure sahaja???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 12:10 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
(Al-Maaidah 5:3)

صدق الله العظيم

menurut para Ulama' , ayat ini turun pada hari Arafah.

masa ayat ni turun , bangsa yahudi kata
"kalaulah ayat ini turun pada bangsa yahudi , dia org akan jadikan hari itu hari raya (kebesaran) utk mereka (yahudi)

Wallahu'alam. Last edited by mr_evergreen on 14-10-2013 12:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelmarin isu ini 'berakhir' dengan mahkamah mmutuskan akhbar itu jgn guna kalimah itu but saya percaya...cabaran masih wujud di comango.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ke Comango tu 17 ngo ....saya berdoa agar dipanjangkan pertolongan kepada mereka. Amin, ya Rabb....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada yg butakan mata akan isu ini dan kelihatan salakan mereka yg hanya melihat ini dlm sudut politik...kelihatan di mana mana, kan? Isu pokok tak sentuh tapiisu fitnah yg tak relevan...kelihatan juga yg struggle melihat jauh ke hadapan dlm isu ini...di mana mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069607 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list