CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] Barisan Kabinet 2013

[Copy link]
Post time 16-5-2013 08:59 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 15-5-2013 07:38 PM
Yehhhhhhh...KJ dilantik jadi menteri...

hukk alohh!!...
antara sebab ko suke KJ jadik menteri? hmmmmm......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 09:00 AM | Show all posts
hari ni ada sessi memuji dan memuja barisan kabinet dlm akhbar perdana

skrip sama yg di ulang setiap kali kabinet di bentuk

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:02 AM | Show all posts
Pemimpin Hindraf diangkat Timb Menteri , bukti kaum India diiiktiraf !
on Wednesday, May 15, 2013

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low antara kalangan profesional yang dilantik sebagai menteri penuh.

Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama enam lagi yang lain sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.
Enam lagi menteri di JPM ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Idris Jala, Datuk Seri Joseph Kurup, Nancy Shukri dan Joseph Entulu Anak Belaun.

Sementara itu, seorang aktivis masyarakat India, P. Waythamoorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM bersama-sama Datuk Razali Ibrahim yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:03 AM | Show all posts
Latest Update! Senarai Kabinet Pakatan Rakyat

Menteri Jalan Raya - Nuar Berahim
Menteri LGBT - Ambabiga
Menteri Fatwa - Nik Ajis
Menteri Sama Rata - Lim Kit Siang
Menteri Saman Menyaman - Karpal Singh
Menteri Anak Beranak - Nurul Izzah
Menteri Buah Jambu - Rafizi
Menteri Demonstrasi - Che'gu Bard
Menteri Luar Singapura - Tian Chuak
Menteri Wanita - Mat Sabu
Menteri Pertanian - husam kambing
Menteri Hal ehwal spenda - stopa ali
Menteri suara2 veteran - esah janji manismu
Menteri lawak : bob lokman vs Leman vs Pak Kadiaq
Menteri Aiskrim - Assmin
Menteri Perhotelan - Din Puduraya
Menteri Rainbow - guang eng
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:07 AM | Show all posts
kredit to Harakahdaily/-
Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar
KUALA LUMPUR: “Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar.”

Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.

Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini  bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.

“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.

“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.

Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.

“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.

Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.

"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.

“Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka?

"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam,” terang sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”

“Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.

"Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total.

"Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:07 AM | Show all posts
Gagal rampas Selangor, tiada wakil Umno negeri dalam kabinet baru !!
on Thursday, May 16, 2013

Pembentukan kabinet Persekutuan pada kali ini bagi tempoh 2013-2018, untuk pertama kali, wakil  Umno daripada negeri terkaya Selangor, tidak dilantik.

Ayam tambatan negeri Selongar, Datuk Noh Omar, tidak dilantik semula pada barisan kabinet yang disifatkan Najib sebagai kabinet berimbang.

Nor Omar yang menganggotai kabinet pada musim lalu, digugurkan walaupun menang di Parlimen Tanjung Karang dengan majoriti yang meningkat.

Kekalahan teruk Umno/BN pada PRU-13 lalu di Selangor, merupakan mungkin salah satu faktor mengapa wakil daripada Umno dari negeri itu diketepikan dalam barisan kabinet pada musim ini.

Kabinet Najib pada kali ini, memperlihatkan bagaimana wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatan-jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Seramai 11 wakil rakyat daripada dua negeri itu dilantik sebagai Menteri Penuh, manakala seorang diawakili oleh seorang senator.

HINDRAF yg tak menang apa2 kerusi pun jd ahli kabinet....ni kira lg HINAAAA drpd pengkhianat negara ni...haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2013 09:10 AM | Show all posts
suka KJ
suka KJ
suka KJ
suka KJ
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:28 AM | Show all posts
perjuangan kaum india diiktiraf najib apabila wakil Hindraf dilantik...

mcm mana pula dgn perjuangang kaum melayu...mana wakil perkasa, pekida sume?najib tak iktiraf perjuangnan kaum melayu ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 09:30 AM | Show all posts
mulayu dah majoriti dalam kabinet, tak perlu perjuangkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:30 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 16-5-2013 09:00 AM
hari ni ada sessi memuji dan memuja barisan kabinet dlm akhbar perdana

skrip sama yg di ulang se ...

biasa lah abe jess

setiap tahun camtu je lah skrip nya...kat office ni pun para bos pepagi da berkumpul sesama depa dok komplen itu ini pasal kabinet baru
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:38 AM | Show all posts
KJ........................
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:39 AM | Show all posts
aku bila baca nama nazri aziz, aku mst teringat gambar anak bujang dia berpesta sana sini. pasal muka diorang hampir sama, so aku cam terbayang2.

menteri kerja raya daripada PBB. bagus, harap dapat usahakan sesuatu utk rakan-rakan di Sabah Sarawak

Suka gak Datuk Jailani jadi Timb. menteri komunikasi pasal tak silap, dia ni dulu commission member SKMM.

KJ.. oh need i say more... smoga DSAI takleh bahan beliau lagi dengan pertanyaan "You sapa? Menteri ke?" hehe.. suka bila tengok muka segaris KJ takde perasaan bila DSAI provoke cam tu Last edited by tipuware on 16-5-2013 09:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:55 AM | Show all posts
bbalik posted on 16-5-2013 07:41 AM
sapaie bedal masih kukuh...

harus la heols kukuh....kang zahida botok niang rapik nk mkn ape?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:55 AM | Show all posts
Lantik la sapa pon....
Yang pembangkang pasti cari sebab kenapa tak okay...bla bla bla..
Yang menyokong pasti cari sebab kenapa okay..bla bla bla

Mana ada kabinet baru yang dpt puaskan hati semua kannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:56 AM | Show all posts
Menteri dan timbalan menteri bukan dari BN
Datuk Idris Jala (Sarawak, kekal)
Datuk Paul Low (Presiden Transparency International-Malaysia, baru)
Datuk Abdul Wahid Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, baru)
P Waythamoorthy (Hindraf, timbalan menteri)

Menteri yang digugurkan:
(Tidak termasuk MCA dan calon-calon yang kalah atau tidak bertanding PRU13)
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Noh Omar
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, tidak bertanding

Komposisi jantina:
Dua menteri wanita daripada 35 jawatan menteri dan empat timbalan menteri wanita daripada 26 timbalan menteri. Secara keseluruhan, enam wanita daripada 61 jawatan. Dalam kabinet lalu yang diumumkan pada Jun 2010, terdapat juga dua menteri wanita dan tiga timbalan menteri wanita.

Malaysia Timur dan Semenanjung komposisi:
Menteri:
Malaysia Timur: 13 (Sarawak 8, Sabah 5) - (6 dalam kabinet lepas, Sabah 4; Sarawak 2)
Semenanjung: 22 - (25 dalam kabinet lalu)
Jumlah: 35 - (31 dalam kabinet lalu)

Timbalan menteri:
Malaysia Timur: 8 (Sabah 4; Sarawak 4)
Semenanjung: 18
Jumlah: 26

Bilangan teramai menteri dari Sabah dan Sarawak:
1) Datuk Joseph Kurup (Sabah / PBRS) - Jabatan Perdana Menteri
2) Datuk Joseph Entulu (Sarawak / PRS) - Jabatan Perdana Menteri
3) Nancy Shukry (Sarawak / PBB) - Jabatan Perdana Menteri
4) Datuk Idris Jala (Sarawak / Senator) - Jabatan Perdana Menteri
5) Datuk Anifah Aman (Sabah / Umno) - Luar Negeri
6) Datuk Fadilah Yusof (Sarawak / PBB) - Kerja Raya
7) Datuk Richard Riot (Sarawak / SUPP) - Sumber Manusia
8) Datuk Ewon Ebin (Sabah / Upko) - Sains, Teknologi dan Inovasi
9) Datuk Maximus Ongkili (Sarawak / PBS) - Tenaga, Air dan Teknologi Hijau
10) Datuk Douglas Uggah (Sarawak / PBB) - Perusahaan Perladangan dan Komoditi
11) Datuk Rohani Karim (Sarawak / PBB) - Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
12) Datuk Shafie Apdal (Sabah / Umno) - Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
13) Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah / Umno) - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar

Pecahan menteri ikut parti:
Umno: 21 (sama seperti kabinet lalu)
PBB: 4 (1)
MIC: 2 (2)
PBS: 1 (1)
PBRS: 1 (0)
PRS: 1 (0)
Upko: 1 (1)
SUPP: 1 (1)
Bukan-BN: 4 (1)
Jumlah: 35 (31)

Pecahan timbalan menteri ikut parti:
Umno: 17
MIC: 2
PBB: 3
PRS: 1
Hindraf (NGO): 1
PBS: 1
PPP: 1
Jumlah: 26

Wakil Cina dan India:
Cina: 2 (1 menteri dan 1 timbalan menteri 1; kurang berbanding 6 menteri dan 10 timbalan menteri dalam kabinet lalu)
India: 6 (2 menteri dan 4 timbalan menteri; sama seperti dalam kabinet lalu)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:06 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 16-5-2013 09:03 AM
Latest Update! Senarai Kabinet Pakatan Rakyat

Menteri Jalan Raya - Nuar Berahim

meh kita sama2 gelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 10:07 AM | Show all posts
ColbyRaikkonen posted on 16-5-2013 09:55 AM
Lantik la sapa pon....
Yang pembangkang pasti cari sebab kenapa tak okay...bla bla bla..
Yang meny ...

suk lusa, meh kita gelakkan EXCO SELANGOR lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:09 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 15-5-2013 07:44 PM
Org Melayu Selangor spt Noh Omar tak jadi Menteri....yeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhh...

sian Noh Omar
patutnya bos dia bijan tu kena buang diri dia dulu as PM failed! as pengerusi BN Selangor pun failed! tp apa nk kata..  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:14 AM | Show all posts
creep_bite posted on 16-5-2013 09:07 AM
Gagal rampas Selangor, tiada wakil Umno negeri dalam kabinet baru !!
on Thursday, May 16, 2013

...

kan bijan Pengerusi BN selangor. apsal dia tak buang diri dia gakkk
lg sekali... sian NOh Omar jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:15 AM | Show all posts
hishamuddin anak pakcik hussein jadi menteri pertahanan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.678322 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list