mamajiah posted on 4-8-2012 02:27 PM
best2..smbg cepat2...lain dari yg lain...
Harris duduk bersendirian di pangkin tepian kolam ikan koi yang berada di halaman banglo keluarganya itu. Kolam itu yang diterangi dek cahaya dari lampu-lampu malap yang telah di pasang di dasarnya mencantikkan lagi lanskap halaman pada waktu malam. Harris hanya memerhatikan gerak gemalai ikan-ikan kesayangan ayahnya itu. Puas dia memandang ke dasar kolam, dia mendongak pula ke langit memerhatikan cahaya bintang-bintang yang bergemerlapan. Sedang dia leka sebegitu, Nadia menghampiri dan duduk disebelahnya.
“Apa yang abang fikir?” tanya Nadia memecah suasana.
“Hmfhhh….takde pape.” Harris sedikit mengeluh.
Mereka berdua senyap. Nadia juga turutmendongak ke langit. Jari telunjuknya diunjukkan ke langit mengira-ngira jumlah bintang-bintang yang bekerlipan. Harris melihat perbuatan Nadia yang dirasakannya sia-sia itu.
“Hmfhh…kenapa perempuan selalu buat mende-mende yang bodoh?” soal Harris dengan berwajah bosan memandang semula ke langit.
“Haa?!”soal Nadia semula tercengang dengan soalan abangnya itu. Dia memandang Harris. Matanya bulat menantikan jawapan.
Namun Harris tidak kelihatan mahu memberikan penjelasan akan soalannya tadi. Kelihatannya berlengah-lengah hendak bercakap.
“Abang ni tengah marah ke?” Nadia inginkan kepastian.
Rambut Harris yang lurus dan jatuh ke dahi ditiup-tiupnya ke atas seperti yang Zulaikha selalu lakukan. Harris menoleh kepada adiknya dan tersenyum. Tangannya diangkat lalu digosok berulang kali kepala adiknya itu.
“Abang tak marah adik abang nilahhhh.” Harris sedar adiknya itu terasa hati.
“Ohh…geram jelah eh? Geram kat Ika? Kak Shaq?” Nadia mulai cuba menyerkap jarang.
“Geram kat Pakcik Harun hujung kampung tu haaaa. Geram kat Kak Shaq tulah.” Harris menjawab secara sarkastik.
“Yelahh…sebab dia tulah… wan datang amik Ika tinggal kat sana. Kena rotan lagi.”keluh Nadia sambil memuncungkan bibirnya.
Nadia menyambung lagi, “Agaknya Ika tengah buat apa lah sekarang?”.
“Hmfhh….dia tengah meniarap atas katil….sambil menulis atas buku tebal dia tu…pastu tertido.”Jawab Harris spontan dengan tersenyum sambil termenung melihat air pancuran dikolam seolah-olah sedang membayangkan sesuatu di otaknya. Dia meniup-niup lagi rambut di dahinya ke atas.
“Mana abang tau?” Nadia curiga. Dia sambung lagi, “Skang Nadia lah jadi adik bongsu abang..kan?” Harris tersenyum dan bangkit sambil menggosok-gosok lagi kepala Nadia,
“You always be only my little sister!”
Didalam benaknya Harris memikirkan..Zulaikha tidak pernah dianggap seperti adiknya. Zulaikha adalah di dalam kategori yang lain.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Di waktu yang sama di kediaman Puteri Sofea….
“Achoooh!!!” Zulaikha terbersin ketika sedang menulis jurnalnya di atas katil.
Dia menggosok-gosok hidungnya dan menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. Dia melihat semula ke atas baris tulisan terakhirnya tadi.
“Alaaaahhh!..Habbis!Chkhh!”.
Perkataan terakhir yang sedang ditulisnya sesaat sebelum dia terbersin tadi adalah nama Harris. Namun tulisan nama Harris yang masih belum lengkap itu habis terherot disebabkan bersin tadi.
"Padan muka!" dia berkata kepada perkataan 'Harris' itu.
DIa hanya melihat sahaja nama seketika sebelum membetulkan semula nama Harris.
Dia memainkan hujung batang pen yang berada ditangannya ke bibir yang separuh ternganga itu berulang kali sambil membayangkan kembali peristiwa kucupan Harris di pelipisnya malam semalam. DI mana ketika itu dia cepat-cepat memejamkan mata tatkala Harris selesai membaca buku catatannya. Kini dia menggeleng-gelengkan kepalanya cuba melupakan perkara itu dan menyembamkan muka ke bantal.
Zulaikha mengangkat kembali mukanya yang kemerahan. Rambut di bahagian hadapannya menutup mata. Dia meniup-niup rambutnya ke atas.
“Uhhhhh! Apasal dia buat camtuuuuu?!” Zulaikha bertanya sendirian sambil matanya dikecilkan melihat nama Harris di coretannya.
Sedang dia mengelamun sambil mengusap-ngusap pelipisnya, tiba-tiba....
“TOK!TOK! TOK!” bunyi pintu biliknya diketuk dari luar.
Tersedar dari lamunan, dia cepat-cepat menutupbukunya sebelum dia bangkit dari katil dan melangkah menuju pintu bilik. Laludibukanya. Muka Amir menjengah di celah pintu.
“Kenapa?” Zulaikha bertanya.
Amir menggaru-garu belakang kepalanya.
“Err…Ika dah tido ke?” Tanya Amir tersengih-sengih.
“Nak tido dah tadi. Amir la kacau.” Jawab Zulaikha. “Eh..baru pukul 9 dah nak tido?” Amir cuba memanjangkan perbualan di depan pintubilik itu. “Mengantuklah.” Zulaikha malas nak melayan Amir. “Takdelah…Amir just nak cakap…best rasanya Ika ada kat umah ni. Rasa lain je.” Amir tersengih-sengih.
“Hmmmhh….simpan dulu rasa lain tu untuk esok jelah eh? Ika ngantuk sangat dah ni. Goodnight.”Zulaikha tegas menamatkan perbualan lantas masuk ke bilik dan menutup pintu meninggalkan Amir yang masih terpinga-pinga.
Niat di hati Amir ingin bersembang lama denganZulaikha memandangkan ini pertama kali Zulaikha tidur di rumah keluarganya danitu membuatkan dia terasa bersemangat.
Last edited by kambeng_masam on 6-11-2012 09:10 AM
|