Hukum mengerjakan umrah adalah sama dengan hukum mengerjakanhaji iaitu wajib sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkuasa atau berupaya melakukannya.Dalil wajib umrah ialah seperti pada firman Allah s.w.t. : وَٲَﺗِﻤُّّّﻮا◌اﻟْﺤَﺞَّوَاﻟْﻌُﻤْﺮَةَ◌ﻟِﻠﻪِ Maksudnya: Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah keranaAllah. (Al-Baqarah: 196). Daripada hadis, dalil wajib umrah ialah hadis riwayat ad-Dailami: Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: “Telah bersabdaRasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekalisahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan manasatu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).” Bagi kebanyakan orang, mereka melakukan ibadat umrah ketikamereka menunaikan haji bagi menjimatkan perbelanjaan dan juga masa. Namun, padaketika ini, kerajaan Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah daripada sesebuahnegara ialah sebanyak 0.1 peratus sahaja daripada bilangan penduduk negaratersebut. Oleh yang demikian, bakal jemaah haji Malaysia misalnya, selepasmendaftar, terpaksa menunggu sehingga 10 tahun baru boleh menunaikan farduhaji. Oleh yang demikian ramai yang mengambil keputusan melakukan ibadah umrahterlebih dahulu. Perlulah diingat bagi yang mengerjakan umrah buat pertamakalinya, maka umrah itu ialah umrah wajib. Umrah-umrah lain yang dilakukanselepas itu ialah umrah sunat, hatta umrah yang mengiringi ibadah haji. Oleh yangdemikian, umrah yang pertama kali tersebut perlulah dilakukan dengan sebaikmungkin dengan melakukan manasik umrah sebagaimana yang dilakukan olehRasulullah s.a.w. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah,kadang-kadang kita dapati ramai orang pergi melakukan umrah sunat beberapa kalitetapi masih tidak menunaikan ibadah haji. Umrah pertama wajib, umrah kedua,ketiga, keempat dan seterusnya adalah sunat. Haji pertama kali adalah wajib.Maka perkara ini perlulah diperbetulkan
|