CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 15-6-2010 03:05 PM | Show all posts
hahaha..kan betulnya zulaikha gi carik stering kete.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 04:53 PM | Show all posts
crite bru...best2...
tuan umah jgn lupa smbg ek.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 12:53 AM | Show all posts
Reply 179# cmf_honeysweet


    jap ekk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 12:53 AM | Show all posts
Reply 180# iwimz


    boleh jer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 12:54 AM | Show all posts
Reply 182# ADRIANAQISTINA


    thanks Adrianaqistina...muahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 01:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 17-6-2010 12:19

Episod 23

Bila aku celikkan mata, aku dah ada dalam bilik. Aku halakan pandangan aku ke atas, kipas tengah berputar. Kat mana ni? Macam bilik aku jer? Aku toleh kanan, ada sebuah tingkap dengan langsir berwarna biru bercorak abstrak menghiasinya. Memang bilik aku. Lepas itu aku toleh kiri pula. Argh!! Hampir sahaja aku menjerit bila melihat Daniel dan Sarah sedang enak menongkat dagu di birai katil betul-betul menghadap muka aku sambil tersenyum-senyum memerhatikan aku. Astaghafirullahalazim!

Macamana pula budak dua orang ni boleh ada kat apartment aku ni? Perlahan-lahan aku cuba bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil. Badan masih terasa lemah dan tak berdaya. Segera Daniel dan Sarah beralih lalu duduk kat sofa kecil yang memang sengaja aku letakkan dalam bilik aku. Seketika kemudian, baru aku perasan baju aku sudah bertukar ke baju tidur. Tudung pun sudah tidak membaluti kepala dan rambut aku. Aku tak ingat pun bila aku buat semua tu. Apa dah jadi semalam ekkk?

“Macamana Daniel dan Sarah boleh ada kat sini?” Aku pandang mereka berdua. Budak-budak tu cuma tergelak-gelak kecil, sambil menutup mulut masing-masing. Apahal pula ni?
“Auntie Zulaikha tak sihat ekk?”
“Err…”
“Semalam uncle Hafizz dukung auntie macam dukung baby…” Bulat mata aku mendengar kata-kata Daniel.  
“Auntie tidur cam sleeping beauty…..” Sambung Sarah pula.
“Erk?”

Kenapa aku tak ingat semua itu? Aku cuba mengingati peristiwa yang berlaku semalam. Semalam Hafizz datang jemput aku kat Kelana Jaya. Lepas itu dia bawa aku pergi makan dekat Restoran Ayam Penyek Ria yang terletak kat Sunway Mentari Business Park. Restoran itu letaknya dalam barisan rumah kedai menghadap jalan utama Sunway dan berhadapan dengan Sunway Pyramid. Malangnya, restoran tu buka sampai pukul 10 malam jer. Bila kami sampai, dah tutup dah pun. Terpaksalah makan kat mana-mana gerai yang buka 24 jam sebab aku dah tak larat nak pergi mana-mana. Yelah, pakaian dah basah tambahan pula perut tengah kosong.

Lepas jer habis makan, sebenarnya aku makan tak banyak pun tak macam selalu. Entah kenapa perut terasa penuh walaupun aku baru makan sedikit. Senak mulai terasa kat bahagian atas perut berhampiran dengan ulu hati. Terasa mencucuk-cucuk bisanya. Aku dah lama tak kena sakit macam gini. Aku menelan air liur beberapa kali, mual. Mula-mula tak sakit sangat tapi bila aku mula bergerak jer aku dah tak tahan. Lemah sungguh kaki aku mengatur langkah menuju ke kawasan parking. Satu, satu. Perlahan yang amat hingga membuatkan Hafizz naik hairan.

“Kenapa ni?” Pantas dia memapah aku bila aku rasa macam tak mampu nak berdiri.
“Pedih. Tak tahan.” Jawabku tertahan-tahan.  

Ketika menghampiri kereta dia segera mematikan sistem penggera, lalu membuka pintu kereta untuk aku. Kemudian dia membantu aku agar duduk dengan selesa sebelum dia sendiri masuk ke dalam melalui pintu sebelah pemandu. Dia memandang aku dengan wajah gusar.

“Okey ker?” Aku sekadar mengangguk. Air mata mengalir perlahan. Sakitnya mak aih. Hafizz merendahkan tempat duduk aku.
“Baring. Rest sekejap. Ada bawa ubat tak?”
“Tak. Dah lama tak kena sakit ni.” Aku memejamkan mata sambil menahan pedih.
“Nak pergi klinik tak?” Aku menggelengkan kepala.
“Kat rumah ada ubat tak?” Aku mengangguk. Dia kemudian mencapai tali pinggang keledar dan memakaikannya untuk aku. Sesudah itu, dengan pantas Hafizz menghidupkan enjin kereta dan memecut pergi sederas yang mungkin. Aku yang berada disisi senyap tak berkutik dan beberapa minit kemudian terus terlelap tak sedarkan diri. Sampai takat itu jer ingatan aku. Hmm…..

Apa yang Zulaikha tidak tahu. Semalam, setibanya mereka di tempat meletak kenderaan SD Apartment. Hafizz mengejutkan Zulaikha. Selepas beberapa kali mencuba dan tiada respon dari Zulaikha, Hafizz jadi resah. Segera dia keluar dari kereta menguncinya dan bergegas ke pintu lif. Dia berniat ingin meminta bantuan dari jiran Zulaikha, Kak Anis. Hafizz menekan loceng pintu apartment Kak Anis. Zulaikha ditinggalkan sementara dalam kereta.

“Kak Anis, boleh tolong tak?” Wajah Hafizz kelihatan haru biru ketika Kak Anis muncul di sebalik pintu.
“Saya tak tahu lah samada Zulaikha dah pengsan atau tidur mati.” Terkejut Kak Anis mendengarnya.
“Kau dah buat apa?” Cuak aje soalan Kak Anis.
“Tak ada buat apa-apa. Ika cuma mengadu pedih kat ulu hati.”
“Gastrik kut?”
“Entahlah, kak.” Balas Hafizz. Tiba-tiba Daniel dan Sarah menyusup keluar dari belakang Kak Anis. Hai, dah hampir nak tengah malam, budak-budak ni belum tidur lagi?
“Jom, kita turun bawah. Kamu bawa Zulaikha, biar akak bukakan pintu apartment dia.”
“Daniel dan Sarah tunggu kat sini.” Kak Anis berkata sambil memandang anak-anaknya.   
“Nak ikutlah mama.” Daniel bersuara.
“Bolehlah mama, yer?” Pinta Sarah dengan nada memujuk.
“Okeylah. Pegang tangan Sarah.” Kak Anis mengalah. Takkan nak tinggalkan mereka berdua tanpa pengawasan. Lainlah kalau suaminya ada, malangnya suaminya kena bekerja malam ni. Shift malam dan cuma akan tamat pukul 6 pagi nanti.  

Sampai kat bawah, Hafizz mematikan penggera kereta sebelum membuka pintu dan menyerahkan beg tangan Zulaikha pada Kak Anis. Hafizz kemudiannya menanggalkan tali pinggang keledar pada Zulaikha sebelum mengendong Zulaikha dipangkuannya. Mak aih! Berat juga si Zulaikha ni. Kak Anis dan anak-anaknya cuma memerhatikan.

“Jom.” Kak Anis membawa Daniel dan Sarah ke pintu lif sebelum menekan punat yang disediakan manakala Hafizz yang memangku Zulaikha mengikut dari belakang. Beberapa kali Hafizz kelihatan membetulkan pangkuan. Tak larat ker? Zulaikha tu nampak jer kurus tapi berat boleh tahan juga.

Setibanya mereka di hadapan apartment Zulaikha, tanpa berlengah Kak Anis mengeluarkan kunci dan membuka pintu. Daniel dan Sarah masuk dahulu diikuti oleh Kak Anis, kemudian Hafizz dan Zulaikha.

“Nak letak kat mana, kak?”
“Kat bilik tidur ler kut.” Kat mana lagi? Kalut jer si Hafizz ni. Kak Anis bergegas ke bilik utama lalu memasang lampu. Hafizz menurut sahaja langkah Kak Anis dan dengan berhati-hati dia membaringkan Zulaikha diatas katil. Daniel dan Sarah masih jadi pemerhati yang setia.

“Daniel, Sarah kamu tunggu kat luar. Duduk kat sofa tu senyap-senyap. Kamu sekali Hafizz.” Kak Anis kemudian menutup pintu dan mula menggantikan pakaian Zulaikha. Bila Kak Anis keluar jer dari bilik, Hafizz yang masih resah segera bangun dari duduk.

“Rasanya si Ika tu okey, cuma lemah sedikit. Tak larat kut.”
“Kak, saya dah panggilkan doktor, dia dalam perjalanan.”
“Kamu balik lah, biar akak yang tunggu.”
”Tak apa kak, saya pun nak tunggu.”

Sebentar kemudian loceng pintu berbunyi, doktor yang ditunggu sudah tiba. Seorang wanita bersama seorang lelaki melangkah masuk. Nampak macam sama baya. Lingkungan umur Hafizz kut atau lebih tua.

“Kenalkan ini Doktor Fikri, dan ini isterinya Doktor Faizah.” Hafizz memperkenalkan mereka berdua kepada Kak Anis.
“She’s in the room.” Beritahu Hafizz pada Doktor Faizah. Kak Anis segera membawa Doktor Faizah ke bilik yang dimaksudkan.
“So, she is the one.” Doktor Fikri menepuk bahu Hafizz. Hafizz mengukir senyum. Kemudian masing-masing melabuhkan punggung ke atas sofa. Hafizz duduk sekali dengan Daniel dan Sarah manakala Doktor Fikri duduk bertentangan dengan mereka.
“Uncle, Auntie Zulaikha sakit ker?” Sarah buka mulut sambil memandang Hafizz.
“Yes, dear.” Balas Hafizz sambil menggosok perlahan kepala Sarah.

Tak lama kemudian, Kak Anis keluar dari bilik bersama-sama dengan Doktor Faizah.

“Radang perut or gastritis.” Doktor Faizah berkata sebaik saja tiba di ruang tamu. Seolah-olah faham yang Hafizz ingin tahu.
“Critical?” Tanya Hafizz.
“No, not to that extend but it can become ulser if not treated early.”
“Dia mengadu pedih kat ulu hati lah Izah.” Ujar Hafizz.
“Okey, sakit pada ulu hati boleh disebabkan oleh dua perkara, satu, masalah refluks asid (aliran songsang asid perut ke esofagus, GERD) atau dua, jangkitan Hepatitis (radang hati). In her case, it’s because of GERD.” Mereka yang mendengar sekadar mengangguk.
“So, this is the prescribe medicine to be taken. You can go to any pharmacy to buy this.” Doktor Faizah menyerahkan sehelai kertas yang tertulis preskripsi ubat-ubatan yang perlu diberikan kepada Zulaikha.
“Most important, jangan makan ubat ketika perut kosong dan patuhi jadual pengambilan ubat. Makan ubat ketika perut kosong atau dos berlebihan boleh memberi kesan pada dinding perut,” Pesannya.
“Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.” Doktor Fikri yang sedari tadi senyap menambah.
“So, don’t worry.  Make sure she control her diet, then it should be okey.” Sambung Doktor Faizah lagi.
“I think we should get going dear, it’s getting late already.” Ujar Doktor Fikri pada isterinya.
Daniel dan Sarah masing-masing dah terlentok kat sofa. Mengantuk sangat agaknya.  

Kak Anis dan Hafizz menghantar hingga ke pintu.
“Thanks Doktor.” Kak Anis berterima kasih.
“Thanks Izah, Fikri. Sorry ganggu you all malam-malam.”
“Don’t mention.” Balas Doktor Fikri sebelum mereka berlalu pergi.
“Kamu pun baliklah Hafizz. Biar akak tidur sini dan temankan Ika. Esok ajelah kamu datang jenguk dia.” Beritahu Kak Anis. Hafizz sekadar mengangguk.
“Kalau ada apa-apa, nanti akak call Hafizz ekk.” Pesan Hafizz.
“Hafizz balik berehat dulu. Akak akan pastikan Ika tu tak ada apa-apa.” Balas Kak Anis semula.


Ting Tong! Loceng pintu berbunyi. Pintu dibuka dan kedengaran suara orang berbalas-balas salam.

Tak lama kemudian, pintu bilik dibuka. Kak Anis yang menjengah. Daniel dan Sarah sudah berlari keluar menuju ruang tamu.

“Dah bangun ker?” Aku tersenyum.
“Okey tak?” Aku mengangguk.
“Hafizz ada kat luar. Sejak Subuh dok call handphone Ika. Setiap sejam. Jenuh akak menjawabnya.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2010 01:10 AM | Show all posts
Reply 178# babyanah


sebilah payung


baby, sekaki payung...
bilah tuk pisau,parang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:15 AM | Show all posts
betul-betul lurus lah si ika ni...
carik streng betul..
hafiz ko terus terang jer..
xyah koner baring..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 08:05 AM | Show all posts
nak lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:11 AM | Show all posts
Reply 185# babyanah


    welcome...muahhh 2...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:19 AM | Show all posts
best
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:22 AM | Show all posts
sket je ker... huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 12:20 PM | Show all posts
Reply 187# mijot


    ahahaha....betullah mijot....patut ar rasa semacam jer bila baca....thanks mijot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 12:24 PM | Show all posts
Reply 188# mijot


sebenarnya masa mula2 apiz minta stereng tu...xde hidden meaning pun....
tp since speku kata mcm tu...kiter tukar cket jln citer....
ekekeke.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 12:32 PM | Show all posts
Reply  mijot


sebenarnya masa mula2 apiz minta stereng tu...xde hidden meaning pun....
tp sin ...
babyanah Post at 17-6-2010 12:24




    plak dah.. lambat lagi laa n3 nya ye...
    babyanah chaiyok3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 12:56 AM | Show all posts
Episod 24

“Are you feeling much better today?” Aku mengangguk malu-malu apatah lagi bila teringatkan cerita Daniel dan Sarah tadi. Masih memikirkan bagaimana keadaan aku semasa berada dalam pangkuan Hafizz……Argh! Malu… malu…rasa macam nak sorokkan muka bila pandang wajah Hafizz. Walaupun masa kejadian itu aku tidak sedarkan diri, tapi perasaan segan masih tetap ingin hadir bila membayangkannya. Blushing ker aku? Hmm….harap-harap Hafizz tak perasan, kalau ia dia perasan pun biarlah dia fikir ianya disebabkan oleh keadaan aku yang kurang sihat.

Yang Hafizz ni pun, pagi-pagi lagi dah bertandang ke rumah aku. Aku belum pun mandi lagi. Bila Kak Anis bagitahu yang Hafizz ada kat luar, aku cuma sempat gosok gigi dan basuh muka jer. Mesti serabai gila. Maklumlah muka orang yang baru bangun tidur. Orang yang memandang  mesti tak berselera, itupun kalau-kalau ada yang sudi menyakitkan mata mereka.

Kak Anis pura-pura sibuk kat dapur. Menyiapkan sarapan pagi katanya walhal dia dah siap masak pun pagi tadi. Saja ler tu, nak bagi peluang kami bersembang. Daniel dan Sarah yang tadi bergayut dengan Hafizz sudah ke meja makan. Hendak menjamu selera. Bau Mee Hoon Goreng menusuk deria. Kat rumah aku itu jer lah yang ada yang boleh dimasak untuk sarapan pagi. Kadang-kadang Kak Anis ada gak sekali sekala bekalkan sarapan untuk aku bila tiba hujung-hujung minggu. Favourite Kak Anis, Mee Hoon Goreng Singapore. Putih jer tanpa kicap tapi sedapnya tak ingat.  

Sebentar kemudian Kak Anis muncul dari dapur sambil membawa beberapa biji cawan dan satu teko air yang diletakkan di atas dulang. Di letakkannya di atas meja makan. Rupa-rupanya Kak Anis menyediakan air teh sekali. Kemudian Kak Anis mengagih-agihkan Mee Hoon Goreng yang diisikan dalam mangkuk besar ke dalam pinggan Daniel dan Sarah yang setia menanti. Kak Anis dah jadi macam tuan rumah. Ehehehe… Terima kasih Kak Anis. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

“Ika, ajaklah Hafizz tu makan sekali.” Tiba-tiba Kak Anis menggamit aku.
“Jom…” Aku baru nak buka mulut, Hafizz tanpa segan silu sudah terlebih dahulu ke meja makan. Aku ingatkan dia dah tak sabar nak mentekedarah, rupa-rupanya dia bergerak dahulu kerana ingin menarik kerusi untuk aku. Terharu aku dibuatnya. Macamlah aku ni sakit sangat. Lepas tu dia ambilkan mee hoon untuk aku pula. Ei!
“Takpe, takpe aku boleh ambil sendiri lah…” Aku cuba menolak. Dia menepis tangan aku yang cuba hendak merampas senduk dari tangannya. Aku kembali merebutnya semula. Tiba-tiba…
\”Degil!” Pap! Hafizz pukul lengan aku.
“Kau duduk diam-diam, biar aku buat untuk kau.” Daniel dan Sarah tergelak-gelak kelucuan. Akhirnya aku mengalah. Aku tak sukalah kena layan lebih-lebih macam ni. Aku bukannya tuan puteri.
“Lepas ni, jangan lupa makan ubat.” Katanya selepas meletakkan sepinggan penuh Mee Hoon Goreng hasil air tangan Kak Anis di hadapan aku.
“Tak nak suapkan aku ker?” Perli aku.
“Boleh jer, kalau kau tak kisah.”
“Huh!” Cepat jer aku capai garpu dan mula menyuap. Dia tersenyum. Kak Anis turut sama tersenyum.

Selesai jer sesi sarapan pagi, sesi bersembang pula berjalan kat ruang tamu. Kak Anis masih menyibukkan diri kat dapur. Daniel dan Sarah sedang berebut remote Astro. Jangan melarat sampai menangis-nangis, sudah. Tak larat aku nak memujuk sorang-sorang.

“Sorry…” Ni apahal pula ni?  
“Sorry?” Aku bertanya semula.
“Sebab aku kau jadi begini.” Sambung Hafizz menyapu bersih wajah aku.  
“Tak faham…” Aku menggelengkan kepala.
“Kalau kau tak menyusahkan diri mencari hadiah aku sampai tak makan, tak delah jadi macam ni, kan?” Katanya lagi. Sampai ke situ fikirannya.  
“Tak adalah. Bila masa pula aku kata aku menyusahkan diri sendiri.” Balas aku pula. Tak nak dia rasa bersalah. Tak sepatutnya dia rasa bersalah sebab dia tak paksa aku pun. Aku yang dengan rela hati hendak memenuhi impiannya untuk mendapatkan hadiah tersebut.  
“Memanglah kau tak kata macam itu tapi situasinya bukan ker begitu?”
“Lain kali kalau nak buat apa-apapun, pastikan perut itu tak kosong.” Dia menambah.
“So, tak nak hadiah ler? Boleh lah aku escape?”  Aku tersengih. Dia sekadar tersenyum.

“Anyway, what’s with the steering? Apasal tak minta hadiah lain jer? Yang senang nak cari.” Dia tergelak besar. Lawak ker soalan aku tu?
“Sebab stereng yang tu special.”
“Banyaklah kau punya special.”
“Ahahaha…”
“Kalau ia pun nak stereng, banyak stereng lain. Boleh tak minta yang memang ada kat kedai. Ini nak yang limited edition ‘bagai.’” Aku membebel. Setelah gelaknya reda, dia berkata.
“Stereng yang aku nak tu macam kau.” Ek! Ada pula aku disamakan dengan stereng kereta? Merepek jer si Hafizz ni.   
“Susah nak cari, susah nak dapat. Limited edition ler katakan. By the way, bila kita dah suka sesuatu, macamana payahnya kita nak dapat kita tetap nak cuba sedaya upaya. Tak gitu?” Apa punya alasan lah yang dia bagi ni? Ada logik ker?
“So, nak juga ker hadiah tu?” Si Hafizz sudah menepuk dahi dan ketawa semula bila mendengar pertanyaan aku. Apa kena dengan si Hafizz ni, dah kena sampuk ker? Apa-apalah.

“Anyway, thanks sebab hantar aku balik dan panggilkan doktor untuk aku.” Ikhlas aku mengucapkan.
“Kiranya aku ni macam kau punya saviour of soul lah yer?” Dia bertanya sambil angkat kening.
“Berangan!” Jawabku sambil menjuihkan bibir.
“Tapi, rasa-rasa aku kan?” dia berhenti seketika sebelum meneruskan ayat yang berikut.
“Aku yang patut berterima kasih pada kau.” Sengaja ditekankan suaranya sedikit.
“Maksudnya?” Aku mengerutkan dahi. Dia tersenyum simpul sambil tangannya menggayakan sesuatu. Ala-ala mendodoikan bayi. Seketika kemudian, kerutan aku kian menghilang dan aku terjerit. Daniel dan Sarah yang sedang leka menonton televisyen segera menoleh.
“Sengal!” Kataku lantas membaling bantal kusyen ke arahnya. Muka aku dah merah padam, walaupun aku tak nampak muka aku sendiri tapi aku boleh rasa bahangnya. Ingatkan dia tak akan mengungkit kisah itu. Hai! Kalau aku ada kuasa magik, nak aje aku hilangkan diri dari situ dalam masa sesaat. Poop! Hilang dan kemudian muncul di tempat lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 01:49 AM | Show all posts
Reply 194# babyanah


oooo...sebetulnya begitu yer...
si siapa tah speku sampai ktorg pun terpercaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 01:53 AM | Show all posts
Reply 196# babyanah


agak2nya bila lah si hafiz tu nak berterus terang...
jgn kasi hint pd ika yg blur tu...
lambat dianalisis oleh ika ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 09:26 AM | Show all posts
huhuhu...best best...
sambung cepat2 yek!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 10:16 AM | Show all posts
bilalah ika nak perasan apiz tu yg pinang dio
makin best citer ni
kalau ade n3 lg byk lg best
hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069011 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list