|
BINCANG HAL PEKERJA tempatan [merged demimasa,Hiven,saatcham]
[Copy link]
|
|
Originally posted by faisyah at 21-4-2009 14:07 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
murah sgt tu....kens tambah lg 500...
kalau income sebulan rm30k memang takde masalah nak bayar gaji mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang nih ramai yang sangup kerja apa sahaja asalkan dapat duit untuk bayar sewa rumah, topup handset ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 21-4-2009 15:48 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sekarang nih ramai yang sangup kerja apa sahaja asalkan dapat duit untuk bayar sewa rumah, topup handset ......
lepas ekonomi dah ok, nanti diaorg cabut lari cari keje yang lebih elok...
yang menanggung seksa nyer majikan...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aku_komeng at 21-4-2009 15:45 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
itu lah persoalan yang aku nak timbulkan...
ada ke rakyat tempatan yang nak...???
kedai dobi kena running 7 hari seminggu...
pastu kena open 9pg - 9 mlm...
mana ada org tempatan nak gaji offer banyak tu.. susah nak carik...
selalunya gaji indon pun elle bayar rm700 sebulan. kerja dari kul 8am-5pm
cuti 1 setengah hari setiap minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkerja nih ..... boleh sakit jiwa kita dibuatnya dan boleh rugi besar ...
1) Ambilah seorang yang rajin tetapi amat taat dan tiada niat nak jadi kaya. Duit kedai tidak masuk poket sendiri. Cukup bahaya ambil seorang yang ada angan2 nak jadi kaya kerana orang ini akan tikam kita suatu hari nanti.
2) Ambil seorang yang bisa berkerja tanpa perlu disuruh dan tanpa perlu dikawal. Jangan ambil orang yang seperti pahat dengan tukul.
3) Ambil orang yang tak pernah sakit, tak suka cuti, buat kedai/office seperti rumah sendiri (yakni bukan sibuk balik awal sahaja).
4. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..setakat hari ni..akak yg keje ngan ann..ada 3 ciri yg wonbin sebut tu..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elle_gogo at 21-4-2009 18:36 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
mana ada org tempatan nak gaji offer banyak tu.. susah nak carik...
selalunya gaji indon pun elle bayar rm700 sebulan. kerja dari kul 8am-5pm
cuti 1 setengah hari setiap minggu.
pekerja aku skang ni indon...
diaorg jelah yang mampu ikut syarat2 aku.............
dulu aku dah puas tampal iklan cari pekerja tempatan............
ada seorang tempatan keje ngan aku...baru abis spm...aku pesan kat dia, kalau dapat offer sambung belajar, bagitau aku awal2 supaya aku boleh cari orang untuk ganti dia...satu hari, dia tak datang, aku kol tak angkat, aku sms pun tak balas, baju banyak nak iron, isteri aku masa tu tengah mabuk ngandung, so takde sape yang nak iron, aku larat nak basuh baju je...pastu bila dah petang, baru dia sms aku, dia kata yang dia dah dapat offer dan nak berenti serta-merta...
terima kasih banyak2 orang tempatan...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baiknya anda test dahulu selama satu bulan sebelum terus confirm ambil berkerja.
Semasa tempoh percubaan kalau nak lari pun, lari lah. gaji just bayar half, selepas confirm next month baru full. Hanya yang serius akan stay. Yang main2 akan cabut awal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Anda kena pasang CCTV dan tampal banyak2 notis/reminder di dalam office:
- Sila Jimatkan elektrik.
- Nombor Telefon Balai Polis: 03- 2289 xxxx
- Sila awasi pelanggan terutama budak nakal. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni 2 pekerja aku yg lelaki, mmg ok ssangat...taat dan amat memahami..lagipun diorang dah buat mcm hak dia sendiri...rosak jer, terus baiki..jaga kedai, mcm kedai dia..org trg panggil 'reti baser'
tapi, yg big problem, 2 pekerja perempuan ni...dgn malas, tak bertanggungjawab...geram aku...
sekali suruh..1/2 kali buat
payah2...nasib baik nak berenti dah...dan 2 pekerja perempuan yg dulu nak masuk balik...lega2 |
|
|
|
|
|
|
|
org nepal lagi ensem.![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syamen at 18-4-2009 08:59 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
memang betul indon pengotor.. Ada satu kedai nasi lemak kat kelab cinta saya..selalu gak singgah mkn kat situ ..sebelum ni tgk pekerja dia byk org tempatan ..pastu sekarang dah jadi sarang indon ...
bab ni mmg tak dinafikan. sepjg pengalaman i ambil maid 6 org, cuma 2 org je yg betul2 bersih. yang lain2 tu buat keje ala kadar...cuci cawan pun berbau sabun.![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan ????
Tajuk di atas ini saya letakkan tanda soal di hujungnya supaya kita bertanya diri kita sebagai usahawan, Adakah pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan ?
Pekerja adalah aset terpenting dalam sesebuah perniagaan hanya jika pekerja ini pekerja yang komited dan diletakan di tempat yang betul.
Jika pekerja bagus, diletakan di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti.
Jika pekerja tak bagus, sudah tentu ini juga liabiliti.
Jika pekerja tak bagus, diletakan pula di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti berganda.
Jadi kita perlukan pekerja yang bagus dan diletakan di tempat yang betul. Ini 'aset paling berharga' yang dimaksudkan sebelum ini.
Setiap perniagaan, mempunyai cara menilai pekerja yang berlainan. Proses ini akan memakan masa.
Biasanya, sewaktu mengambil pekerja baru, kita akan memberi tempoh percubaan untuk 3 bulan dan lihat bagaimana pekerja ini bekerja, berkomunikasi, menepati masa, menerima kritikan dan sebagainya.
Jika anda rasa pekerja ini bagus. Tawarkan pekerjaan.
Jika anda menilainya tidak bagus. Tamatkan perkhidmatannya pada waktu ini juga. Ini adalah waktu terbaik untuk menamatkan perkhidmatan pekerja. Ini untuk kebaikan kita dan kebaikan pekerja itu sendiri.
Membuang pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan perniagaan kita adalah tidak baik untuk perniagaan kecuali dalam keadaan terdesak.
Kita ambil contoh Sobri seorang mekanik. Katakan dia telah bekerja dengan syarikat "Ah Chong Motosikal". Dia sudah bekerja di syarikat ini selama 5 tahun. Jika hari ini Sobri ditamatkan perkhidmatannya. Mari kita lihat situasi Ah Chong sekarang...
Ah Chong rugi wang, masa dan tenaga yang telah dicurahkan untuk melatih Sobri dalam tempoh 5 tahun ini. Segala kemahiran yang ada pada Sobri bukan lagi milik Ah Chong sekarang. Ah Chong rugi.
Ah Chong perlu mengambil pekerja baru. Pekerja baru ini perlu dilabur dengan masa, wang dan tenaga untuk diajar dan dimahirkan. Ah Chong rugi.
Sobri mungkin akan bekerja dengan syarikat pesaing Ah Chong. Secara langsung, apa-apa ilmu yang ada pada Sobri mengenai rahsia perniagaan Ah Chong akan terdedah. Ah Chong rugi.
Kesimpulan = Ah Chong rugi.
Adalah bagus jika kita dapat menilai samada pekerja ini bagus dan tidak bagus sejak dari awal lagi. Kita wajib menilai pekerja ini dalam tempoh 3 bulan pertama tersebut.
Mengendalikan pekerja adalah seperti seorang bapa mendidik anak kecil.
Jika pekerjaan di buat dengan baik. Berikan pujian.
Cabaran bekerja dihadapi bersama. Sentiasa berikan sokongan dan dorongan.
Jika ada kesalahan. Beri teguran dan nasihat dengan baik. Faham kelemahan dan kelebihan pekerja anda. (Tidak ada manusia yang sempurna)
Letakan sedikit jurang antara anda dan pekerja.
Kesemua perkara di atas akan menghasilkan pekerja yang :-
mengambil lebih banyak inisiatif.
sayang dan taat kepada syarikat.
berani mengambil risiko.
menghasilkan hasil yang lumayan untuk perniagaan.
menghormati anda.
Pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan bukan saja bergantung kepada pekerja tersebut tetapi juga bergantung anda sebagai usahawan yang mengendalikan mereka.
Terima kasih.
Salam Perniagaan
Shahabudeen Jalil
25 May 2009
Kuala Lumpur
Dipetik dari
http://www.shahabudeenjalil.com/ ... nting-sesebuah.html |
|
|
|
|
|
|
|
senang cerita kerja suami isteri lebih afdhal,dr ambil pekerja tak amanah
saya sejak dulu sampai skrg bekerja 2 org jek |
|
|
|
|
|
|
|
Catatan dan info menarik
Tuna tak pandai nak uruskan orang lain
info ini sememangnya dapat memberikan serba sedikit idea dan panduan utk memperbaiki kuliti kerja dan khidmat yg kami sediakan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sale kedai aku capai target, aku bagi bonus harian kat pekerja aku... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun bagi duit makan lunch untuk pekerja aku kalau dia buat sales bagus ataupun buat kerja banyak jika barang baru sampai..
selain tu.. kadang2 aku akan buat kenduri pizza hut ataupun kfc.. diorang happy giler..
semua kedai2 sebelah dipanggil untuk makan. Kos untuk nie takde la mahal. Paling tinggi pun RM 100. Tapi dpt bagi motivasi kpd pekerja. diorang akan cerita hal ini selalu. he he he.
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Hiven's post
byk nya ko bukak thread. kenapa tak letak semua posting blog ko dalam satu thread..kenapa perlu setiap kali ko update posting blog ko...ko buka thread baru. anyway,aku tau tujuan ko...tapi ..just be reasonable skit. ini dah masuk kategori advertisement dah ni sebab ada adress blog,kalo xde adress blog still acceptable. nak harap moderator nak tegor..dorg xtegor punya.
tapi kalo moderator xtegor maksudnya boleh la kot. so,pas ni setiap kali aku buat posting baru kat blog aku...aku bukak satu thread baru kat sini. so that korg xkan lupakan blog dan bisnes aku. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
blog aku bukan ada barangan untuk di jual.
ok.. kalau mod tegur, aku terima dan tak akan letak apa2 lagi kat sini.
kalau setakat JFK nie.. aku tak layan sgt la.. minta maaf. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|