CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

[Merged] New Honda JAZZ 2008/2009

[Copy link]
Post time 27-8-2008 01:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 01:22 AM | Show all posts
ptg tadi aku p tgk kat showroom ...ajak bini aku.. nak tgk dia minat ke tak.. (takut gak..alih2 minat karang..botak gue hehe)..

dia kata..jazz dia lagi cun dr yg baru ni....so what can i say.. mmg btol pon..nampak x justify la nak trade in jazz dia utk amik yg baru ning...

interior lebih kurang sama jer..except dashbod..steering with paddleshift (tapi bini aku lagi suka paddleshift lancer gt hehehe)...

so kesimpulan... bagi pendapat aku n bini aku.. x perlu trade in jazz lama utk yg baru ni..

tp bg sesapa yg blom ada jazz.. aku cadang go 4 hi-spec..beza rege dlm 5k jer..tp byk beza.. paddleshift.. skirting..spoiler.. 16" rims.. etc...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:34 AM | Show all posts
ramai nk beli yg 2008 punye nih..amcam korang trade in yg jazz lame kt aku..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 04:02 PM | Show all posts

Balas #185 Kezman\ catat

aku dah repair liaooo...
cepat apa ko nak citer pasal keter jazz ni man?!?..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 08:56 AM | Show all posts

Reply #183 woh_getoh's post

seat blkg dia smart..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2008 08:01 AM | Show all posts
Serba baru

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN






MODEL kompak hatchback ini disifatkan sebagai sebuah model global buat pengeluar kereta berpengaruh dari Jepun, Honda.

Dikenali sebagai Honda Fit di pasaran Jepun dan menemui khalayak pada 2001, penerimaan Honda Fit atau dipanggil Honda Jazz di kebanyakan pasaran luar Jepun nyata memberansangkan dengan jumlah jualan mencecah 2.3 juta di 115 buah negara.

Setelah mengalami beberapa sesi facelift dan penambahan pilihan warna segar, Honda Jazz kini tampil dengan generasi kedua, bersama 1001 keistimewaan yang membuatkannya menjadi sebuah model lebih premium.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co. Ltd., Fumihiko Ike menyatakan model baru ini tidak dibangunkan sebagai satu evolusi mudah.

Sebaliknya, Jazz dibina dengan matlamat mencipta satu nilai yang melebihi ekpektasi pengguna dari aspek reka bentuk serta prestasi yang digabungkan bersama teknologi keselamatan dan mesra alam terkini.

Para pengguna pasti akan berpuas hati dengan segala perubahan yang ada pada Honda Jazz ini. Ia bukan sekadar menerima pembaharuan dari segi bentuk luaran dan dalaman, malah aspek teknikalnya turut diberi perhatian.

Dimensi Jazz telah dilebarkan bagi memberi tahap keselesaan penumpang yang maksimum di dalam kabin. Tidak terhad dengan itu, ruang kargonya membolehkan Jazz menjadi peneraju di dalam kelasnya.

Berbeza dengan model Jazz sebelum ini yang hadir dengan dua varian enjin iaitu i-DSi dan VTEC, model terbaru tampil menerusi satu pilihan enjin sahaja, i-VTEC serba baru.

Enjin i-VTEC ini menawarkan lengkok kuasa dan tork yang lebih baik berbanding enjin i-DSI dan VTEC, di samping menjimatkan penggunaan bahan api.

Berdasarkan ujian kecekapan penggunaan minyak di Jepun, Jazz dikatakan mampu mencatat kadar 24 kilometer bagi setiap liter petrol di dalam tangkinya.

Setelah kaji selidik dibuat di seluruh dunia, Honda juga membuat keputusan untuk menggantikan transmisi CVT kepada gear automatik lima kelajuan. Ini bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty terutamanya di lebuh raya.

Bagi pasaran Malaysia, hanya transmisi automatik lima kelajuan ditawarkan. Sementara untuk pasaran Jepun, Honda masih mengekalkan penggunaan gear CVT dan mengaplikasikan gear jenis AMT bagi pengguna di Eropah.

Lebih menarik lagi, Jazz menjadi model pertama dalam segmennya yang menawarkan transmisi sebegitu, selain aplikasi stereng teleskopik. Kelebihan ini membolehkan pemandu mengubah suai kedudukan stereng sama ada ke hadapan, belakang, bawah atau atas mengikut keselesaan.

Ketika ditanya mengenai harga Jazz yang dilihat sedikit mahal berbanding model sebelumnya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto menyatakan agak sukar bagi pihaknya untuk mengekalkan harga rendah seperti model Jazz sedia ada.

"Harga Jazz ini mungkin mahal sedikit, tetapi jika dinilai dari segi penjimatan minyak, keselesaan dan praktikaliti, ia sebenarnya satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Lagipun ini adalah model hatchback premium.

"ihak Honda juga tidak bercadang untuk menjadikan Jazz sebagai model CKD (dipasang tempatan), memandangkan kilang sedia ada hanya bertanggungjawab memasang model-model seperti City, Accord, Civic dan CR-V dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 35,000 unit setahun," kata Fujimoto.

Buat pertama kalinya juga, pelancaran Honda Jazz disempurnakan dalam satu majlis pertunjukan fesyen penuh glamor. Konsep ini dipilih sebagai menepati falsafah, gaya dan imej Jazz yang baru.

Majlis tersebut mengetengahkan rekaan pereka fesyen muda dan juru gaya tempatan seperti Melinda Looi, Jonathan Cheng, Khoon Hooi dan Cris Yong.

Honda Malaysia mensasarkan jualan Jazz yang dibawa masuk dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand ini sebanyak 200 unit sebulan atau 2,400 unit bagi tempoh tahun pertama pelancarannya.

Ditawarkan menerusi empat warna menarik iaitu putih, hitam perak dan biru, anda boleh memilih antara dua gred, Jazz S atau Jazz V. Bezanya, Jazz V dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan termasuklah paddle shifter dan cruise control.

Anda boleh memiliki Jazz pada harga RM104,800 seunit (Jazz S) dan RM109,800 (Jazz V) dengan insurans.

Kepada mereka yang mahukan kelainan, anda boleh mendapatkan set aksesori Modulo tulen pada harga pakej RM3,000. Ia meliputi spoiler belakang, pedal aloi, rim aloi bersaiz 16 inci dan lampu kabus.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan set navigasi GPS dan kerusi keselamatan kanak-kanak pada harga berbeza.




wowzieeeee tak sabaq aku nak tukar jazz baru nih... best ada cruise control.. kalu balik johor kat highway guna cruise control ajer...   
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by Kezman at 20-8-2008 07:49 PM
aku tgk Jazz lama lagi lawa la dari ni..tp mungkin sebab aku pakai yg lame kot..korg rase yg mane lg cun??


betoi tu..
cam vios gakk.. yg lama lagi berdarah idung dari yg baru ala dugung tuhh.. hihihihii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 12:48 PM | Show all posts
penggunaan petroleum mcm mana
jimat tak yg baru ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 07:59 PM | Show all posts
yg bru sepaptutnya..sepatunya la lebih jimat...hee
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:36 PM | Show all posts

best giler bleh letak basikal kat belakang... hmy3:



aku mmg teringin sgt nak letak basikal kat belakang sementara menunggu servis keta aku siap..


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:43 PM | Show all posts

Reply #192 freekey's post

apalakk... tunggu servis keter gi laa pekena teh tarik wunnekk ngan roti banjerr

yg ko naik basikal gi mana? buat whelly wikang ke prek?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 30-8-2008 11:43 PM
apalakk... tunggu servis keter gi laa pekena teh tarik wunnekk ngan roti banjerr

yg ko naik basikal gi mana? buat whelly wikang ke prek?  

whelly wikang tu apa??

takda arr.. actually nak sambung tido kat rumah kakak aku.. rmh dia dekat sket dgn tpt servis tu..


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 10:46 PM | Show all posts
preekey, myvi xleh letak beskal ker?Jazz lama pn da leh letakla beskal blkg dier..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 02:14 AM | Show all posts
jazz lama lg cun... jazz baru x cun... cm viva plak aku tgk........ hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 02:16 AM | Show all posts

Balas #196 macabrester\ catat

alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 07:12 AM | Show all posts
jazz lama cun, jazz baru ni mcm innova jek
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:51 AM | Show all posts
btol2.. ramai yg bersependapat ngan korang..  phisically yg lama better looks.. tapi yg baru ni in term of technology better gak.. ntah.. bagi aku aku ske yg lama gak hehehhe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:54 AM | Show all posts
TC 9566 - Jazz baru pertama kat Ghanu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 10:03 AM | Show all posts
nik..TC tu aku rasa test drive unit kan.. warne biru cerah tu kang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047881 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list