CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hird

Solat Istikharah (merge threads)

[Copy link]
Post time 9-9-2009 10:06 AM | Show all posts
buat solat istikharah, tapi Allah masih xberi apa-apa bentuk petunjuk, mungkinkah solat itu x sempurna? hingga pada satu tahap tanya pada diri sendiri, kenapa ya tak makbul lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 10:44 AM | Show all posts
Kdg2 petunjuk dah jelas....... cuma manusia je yg buta hati tak nampak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:50 AM | Show all posts
Kdg2 petunjuk dah jelas....... cuma manusia je yg buta hati tak nampak....
mjla Post at 9-9-2009 10:44


mungkin...
namun sukar untuk dijelaskan kerana hanya diri sendiri yang mengalami..
atau pun takut untuk terima kenyataan yang telah Allah tentukan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 03:15 AM | Show all posts
assalam semua,
aku ada soalan pasal doa lepas solat istikharah...
Allaahumma inni astakheeruka bi ilmika wa-astaqdiruka biqudratika wa-as'aluka min fadhlika al-azeem. Fa innaka taqdiru walaa aqdiru. Wa ta'lamu walaa a'alamu wa anta allaamul ghuyoob. Allaahumma in kunta ta'lamu anna haazal-amr khayrun liy fiy deeniy wa-ma'aashiy wa-aaqibati amriy, fa'qdruhu liy wa-yassirhu  liy thumma baarik liy fihi. Wa in-kunta ta'lamu anna haazal amr sharrun liy fiy deeniy wa-ma'aashiy wa-'aaqibati amriy. Fa asrifh anni wa-srif 'anhu. Wa aqdur liy al khayr hayth kaana thumma a-rdhiniy bihi

doa Rasulullah ni wajib dilafazkan ke atau leh guna doa dalam bahasa sendiri lepas solat istikharah??minta maaf ye sbb saya konfius pasal doa lepas solat istikharah ni(1st time nak solat istikharah).
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:27 AM | Show all posts
assalam semua,
aku ada soalan pasal doa lepas solat istikharah...
Allaahumma inni astakheeruka bi ilmika wa-astaqdiruka biqudratika wa-as'aluka min fadhlika al-azeem. Fa innaka taqdiru walaa aqdiru. ...
R3X Post at 10-1-2010 03:15


aku selama ni doa istikharah cakap bahasa melayu jer.  sebab aku boleh faham.
tapi rasanya, kalau bahasa arab dan faham maksudnya lebih cantik sebab doa tu Nabi s.a.w. yang ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 12:49 PM | Show all posts
saya dalam keadaan keliru..

kini saya di lamar oleh seseorg lelaki yg memenuhi krateria dlm
islam.. Yg mana latar belakang nyer punyer :
1- Keturunan yg baik
2- Beragama/beriman
3- Berpelajaran
4- Berharta
5- Mempunyai rupa

Tp dlm masa yg sama sy sudah puyer teman, tp agama nye agak kurang.. Tiadalah
mempunyai semua krateria di atas.

Lantas saya melakukan istiqarah setiap mlm..dgn dada yg lapang... tp hingga kini saya tida bermimpi apa2, jauh skali mempunyai gerak hati ke mana2 arah...

Jiwa saya kosong..... Mungkin solat saya itu, belum cukup sempurna...

Sahingga kini saya buntu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2010 02:20 PM | Show all posts
saya dalam keadaan keliru..

kini saya di lamar oleh seseorg lelaki yg memenuhi krateria dlm
islam.. Yg mana latar belakang nyer punyer :
1- Keturunan yg baik
2- Beragama/beriman
3- Berpelajaran ...
maisara_tipu Post at 10-1-2010 12:49


belum ada keputusan?....  mungkin sebenarnya itulah keputusannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:51 PM | Show all posts
aku selama ni doa istikharah cakap bahasa melayu jer.  sebab aku boleh faham.
tapi rasanya, kalau bahasa arab dan faham maksudnya lebih cantik sebab doa tu Nabi s.a.w. yang ajar.
ibnur Post at 10-1-2010 07:27

ooo...baru faham..
it's just RECOMMENDED je kan?
thanks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 03:10 PM | Show all posts
belum ada keputusan?....  mungkin sebenarnya itulah keputusannya.
ibnur Post at 10-1-2010 14:20


maksud saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 05:21 PM | Show all posts
maksud saudara?

Lantas saya melakukan istiqarah setiap mlm..dgn dada yg lapang... tp hingga kini saya tida bermimpi apa2, jauh skali mempunyai gerak hati ke mana2 arah...

Jiwa saya kosong..... Mungkin solat saya itu, belum cukup sempurna...
maisara_tipu Post at 10-1-2010 15:10


pertama sekali, solat istikharah bukan untuk tunggu mimpi-mimpi.
Kemungkinan awak tiada buat keputusan lagi tu lah keputusannya.  Takkan tak faham.  kalau awak tak faham, apa kepuitusan awak nak terima budak A atau budak B....  TIADA.  maka = itulah istikharahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 12:17 PM | Show all posts
pertama sekali, solat istikharah bukan untuk tunggu mimpi-mimpi.
Kemungkinan awak tiada buat keputusan lagi tu lah keputusannya.  Takkan tak faham.  kalau awak tak faham, apa kepuitusan awak nak  ...
ibnur Post at 10-1-2010 17:21

maksud nye di sini, saya tidak perlu memilih di antara kedua2 nya?

Tp terbaca satu artikel di mana ada menyebut, Jikalu kita di datangi (pinang) oleh seseorg yg mempunyai latarbelakang baik..beriman.. Harus kita menerima nya"

:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:13 PM | Show all posts
maksud nye di sini, saya tidak perlu memilih di antara kedua2 nya?

Tp terbaca satu artikel di mana ada menyebut, Jikalu kita di datangi (pinang) oleh seseorg yg mempunyai latarbelakang baik..beri ...
maisara_tipu Post at 11-1-2010 12:17


saya rasa awak sedang menanti jawapan orang A atau orang B.  Hanya dua pilihan ini sahaja.

Awak dah pun beristikharah dan awak rasa masih tak ada jawapan.  Mungkin dua-dua tu bukan jawapannya.  kalau awak dah tak ada jawapan, maka, tak payah lah buat jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:12 PM | Show all posts
mcm mana klu ada org lain smbhyg istikharah 3kali n terjaga di tengah malam mimpikan kita sedangkan tujuan nya adalah membuat pilihan orang lain....

sya buat solat hajat n istikharah beberapa kali sebelum sya tahu ada org lain buat istikharah mimpikan sya..

n semakin hari hati sya beratkan dia walaupun sya sebenarnya dah tunang.....

sgt rumit....ya Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 02:11 PM | Show all posts
kini saya di lamar oleh seseorg lelaki yg memenuhi krateria dlm
islam.. Yg mana latar belakang nyer punyer :
1- Keturunan yg baik
2- Beragama/beriman
3- Berpelajaran
4- Berharta
5- Mempunyai rupa

Tp dlm masa yg sama sy sudah puyer teman, tp agama nye agak kurang.. Tiadalah
mempunyai semua krateria di atas.


Dalam hal ini, berpeganglah pada agama, seperti mana Nabi sudah berpesan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by darkcloud at 10-2-2011 14:34

aku harap info yg aku beri dapat tolong kawan2 sedikit sebanyak..

sebab aku pernah solat istikharah hanya sekali dah dapat mimpi (yg jelas nyata).. alhamdulillah..

kemudian second session aku solat sampai 3 malam berturut2 istikharah kemudian aku terdengar bunyi suara...

tapi ada jugak aku buat solat istikharah yg tak dapat apa2..

cara2 yg aku buat ni aku dapat dari satu buku lama.. dah ilang dah buku tu;
ada sama sikit mcm tips Ustaz Harun Din suruh buat..

1) pada siang hari solat 5 waktu jgn ditinggalkan.. jgn tinggalkan satu waktu pun..kerjakan solat dgn baik

2) solat Istikharah lakukan 2 rakaat mcm biasa Surah pun seperti biasa.. dilakukan pada sebelum waktu tidur korang sebaik2nya.. lepas solat Isyak pun boleh

3) tahap paling penting memulakan solat;  sewaktu angkat takbir Allahuakbar tu, tetapkan hati ditengah2, jgn bias, serahkan bulat2 semuanya kepada Allah, dan keputusan hanya kepada Allah kerana Dia sahaja yg Maha Mengetahui.. Dia yg Menjadikan Sesuatu itu berlaku dan Dia sahaja yg menjadikan yg Terbaik. Ini Penting.

4)  sewaktu sujud yg terakhir sebelum tahiyat akhir.. aku baca 40kali "Subhanakha Lailmalana Illama Allamtana Innakhaantal AllimulHakim".. 40kali tau aku baca! lenguh jugak tu..

5) Selesai solat cam biasa baca lah Doa yg Istkharah seperti yg dah dibagi orang lain  kat atas tu.. sambil berdoa tetapkan hati hanya petunjuk Allah yg kita minta..semoga itu yg terbaik.

6) Selesai solat aku terus tido.. tak buat apa2 lagi.. baca doa ayat Kursi lah supaya syaitan tak ganggu tidur kita.. tido dgn wudhuk lagi baik dan pakaian yg bersih lagi menutup aurat ikut lelaki dan perempuan... semoga Malaikat rahmat nak datang pun tak malu2 nak jumpa kita..hehe

7) Lastly tido jelah cam biasa.. jika bermimpi biasanya mimpi yg baik adalah ditengah malam.. bukan mimpi yg dah nak dekat2 Subuh

8) Jika dapat mimpi.. itu merupakan rahmat dan kurnia Allah yg paling direct.. malah yg paling baik.. maka bersyukurlah..

9) org kata jika kita tak ikut mimpi kita setelah solat Istikharah.. musibah akan menimpa kita.. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:40 AM | Show all posts
ada sedikit soalan untuk solat istikharah ea.

Saya belum pernah untuk melakukan solat ini,tak sangka ada jumpa thread begini.Cuma saya sedikit kekeliruan,oleh kerana banyak sangat thread merged.

Bole tak beri penjelasan untuk solat istikarah terbaik?Niat,doa dan sebagainya.Harap rakan-rakan boleh tunjukkan saya jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 04:49 PM | Show all posts
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan ulangi lah solat istikharah dan membaca doanya
walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut
Selepas itu bertawakkal kepada Allah pilihlah salah satu daripadanya ambillah yang mana arah hati lebih cenderung setelah berdoa
Jangan menimbulkan lagi keraguan yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 06:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 8-11-2011 18:46

petunjuk yg kita dpt tu melalui ketetapan hati atau pn keadaan sekeliling?
sbb kdg2 petunjuk melalui ketetapan hati tak sama dgn keadaan sekeliling

sy ada kenal dgn seseorang ini dan sy ada buat solat istikharah sama ada nak tahu dia yg terbaik utk sy atau pun tidak. lepas buat solat tu sy tak tahu kenapa hati saya yakin yg dia adalah jodoh saya tapi keadaan sekeliling berlaku disebaliknya.

sebulan lebih sy buat istikharah. boleh dikatakan mcm2 petunjuk sy dpt, petunjuk yg mengatakan dia ada jodoh sy ada, petunjuk yg mengatakan dia bukan jodoh sy pun ada, sampai sy pun dah tak tahu mana 1 petunjuk yg sebenarnya2.

sampai sekarang sy masih buat solat istikharah, dan sekarang ni sy dah tak rasa apa2 pun. cuma redha dgn ketentuanNYA.
pendapat anda semua??
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 03:56 AM | Show all posts
Aku selalu solat sunat, semua jenis, yang aku faham, solat itu supaya kita faham nikmat Allah. Aku tidak tau masa depan. Situasi sering kali berubah, duduk dibumi Allah nyata tidak nampak benda ghaib. Skrg tengah usaha untuk hafal Quran sangat susah tapi seronok. Tidak terikat dengan hal Dunia yang membuatkan manusia berduka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:30 AM | Show all posts
aku pernah bt istikarah. petunjuk tu xdpt dlm mimpi tapi dpt di alam yg nyata. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.116504 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list