|
pasnih buat monorel plak aa woi...tak pun lrt ker...baru bacak sket...(bacak = berlagak) |
|
|
|
|
|
|
|
hehee..nak b'lagak kat sape silver |
|
|
|
|
|
|
|
bacak kat negeri lain yg nak maju tahun 2010 gak aa hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by silverchair959 at 11-10-2006 06:20 PM
bacak kat negeri lain yg nak maju tahun 2010 gak aa hehehe
Bagus gak lawan skit negeri2 yang dekat ngan KL tu.. yang maju pasal dekat ngan KL
Walaupun aku Org N9 tapi aku keje kat Melaka, so, bangga gak la melaka maju... |
|
|
|
|
|
|
|
keris trpacak
gempak tol mlk
ahhahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lagi elok kalo die pakai duit improve public transportation laaaa... bas lah hampeh gilerr...tu lom teksi lagii ..hehehe |
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
Banda Hilir macam dah semakin maju lar....Dulu hanya ada padang dengan gerai gerai yang berhadap Selat Melaka....Kemudian, beberapa tahun kemudian, Wujud nya Mahkota Parade, Century Mahkota Hotel, Plaza Mahkota..Bulan lepas pula wujudnya Dataran Pahlawan.....Dan sekarang pula nak bina Menara in.... |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat melaka lah ni....bangga aku menjadi anak melaka......:love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Article Berita Harian semalam
MELAKA: Dengan reka bentuknya menyerupai lambang keris Taming Sari - keris legenda pahlawan Hang Tuah - Menara Tinjau berharga RM21 juta di Banda Hilir dekat sini, bakal menjadi mercu tanda baru yang diyakini mampu melonjakkan kunjungan pelancong ke negeri itu.
Dengan ketinggian 110 meter, menara tinjau berputar itu akan membolehkan pelawat, pelancong dan rakyat Melaka menikmati keindahan panorama bandar Melaka dari udara.
Menjadikan `The Super Gyro Tower 1200' sebagai model, pengunjung yang mahu menaiki menara berkenaan, akan menggunakan kabin yang boleh memuatkan 80 penumpang pada satu-satu masa dan perlu melalui perjalanan pada ketinggian 80 meter, sebelum kabin itu berputar 360 darjah, bagi membolehkan setiap pengunjung yang menaikinya menikmati panorama Bandaraya Melaka.
Masa perjalanan kabin penumpang ialah 1 minit untuk perjalanan naik dan 1 minit turun, manakala 5 minit berada di kemuncak 80 meter. Sementara harga tiket untuk menaiki menara itu pula akan ditetapkan kemudian.
`The Super Gyro Tower 1200' ada di enam lokasi setakat ini iaitu Sea World Parks San Diego, Amerika Syarikat; Six Flags Magic Mountain, Valencia, California; Carowinds (Paramount) di Charlotte, Carolina Utara; Hershey Park, Pennsylvania; Knot's Berry Farm, Anaheim, California dan di Shanghai, China.
Upacara pecah tanah projek Menara Tinjau di Banda Hilir, Melaka itu, dilakukan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, baru-baru ini dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Kumpulan Melaka Berhad (KMB) melalui konsep penswastaan akan melaksanakan pembangunan projek berkenaan, yang mana ia adalah projek kedua KMB selepas projek Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang mula beroperasi 25 September lalu.
KMB juga bekerjasama dengan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Jabatan Warisan Negara Wilayah Selatan, bagi memastikan projek berkenaan mengikut spesifikasi ditetapkan jabatan terbabit.
Projek hasil cetusan ilham Mohd Ali itu dirancang dengan teliti dan ia hanya dilaksanakan selepas hasil kajian mengesahkan pelaksanaannya tidak akan menjejaskan ekologi, pemandangan dan tidak akan mencacatkan struktur warisan serta sejarah di kawasan terbabit.
Pemilihan konsep binaan yang menyerupai keris Taming Sari pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pula diharap dapat memberi peluang kepada generasi akan datang untuk terus menghayati warisan legenda kepahlawanan Hang Tuah dan sejarah Melayu Melaka.
Mohd Ali berkata, apabila siap nanti sekurang-kurangnya 500,000 pelawat dijangka menaiki menara berkenaan setiap tahun.
Untuk kemudahan pelawat juga katanya, kerajaan negeri akan membina restoran dan gerai-gerai cenderamata di bahagian bawah menara berkenaan.
"KMB akan berusaha mendapatkan hak cipta terpelihara daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Perbadanan Harta Intelek bagi mendapatkan hak eksklusif untuk menjual barangan cenderahati menggunakan nama, logo dan gambar Menara Tinjau," katanya.
Beliau berkata, projek menara itu akan menjadi satu cabang ekonomi yang dinamik, mampu memberi pulangan menguntungkan, jika diuruskan secara bijaksana dan memberi faedah kepada rakyat serta negeri Melaka.
Mohd Ali berkata, walaupun tidak setinggi Menara Kuala Lumpur, Menara Tinjau di Melaka diyakini mampu melonjakkan angka bilangan pelancong ke negeri ini dari semasa ke semasa.
"Dengan kombinasi tiga produk baru pelancongan yang berdekatan iaitu Menara Tinjau, Dataran Pahlawan dan Sungai Melaka, ia pasti menjadi pakej pelancongan yang mampu menawarkan keuntungan kepada pelancong, di samping produk sedia ada di sekitarnya iaitu Jonker Walk, kompleks warisan sejarah dan kawasan membeli-belah," katanya.
Kerajaan negeri meletakkan sasaran menarik kedatangan lima juta pelancong sepanjang tahun ini, berbanding 4.6 juta tahun lalu; empat juta pada 2004; 3.6 juta (2003); 2.9 juta (2002); 2.5 juta (2001) dan 2.1 juta (2000). |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar2 from same article
tak sabarnye nak balik Melaka!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
network59 This user has been deleted
|
Reply #33 mr_engineer's post
|
|
|
|
|
|
|
kene btrima kasih pada
org SUK Melaka nih
behempas pulas keje
nak kasik melake maju 2010
heheh |
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
Semalam Baru Pergi The Curve Shopping Mall di Damansara...
Ini Gambar Gambar nya...
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
[ Last edited by gordonv612 at 25-10-2006 12:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|