|
Dato' Sudirman Hj. Arshad D.I.M.P., A.M.N., J.M.N., A.M.P.
[Copy link]
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 29-4-2006 10:00 AM
lagu ONE DAY IN YOUR LIFE tu memula dgr memang klaka sorer sudir...sgt klasik pd pendengaran aku...
Takde ker MP3 nyer??!! Share ler kat cni!:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
ey...lagu sudir mmg takley lawan dia nyanyi...in my heart aluwaiz..4eva.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by leon_mclaren78 at 29-4-2006 09:40 PM
Takde ker MP3 nyer??!! Share ler kat cni!:tq:
beli jer album MEMORI SENTIMENTAL HITS tu...ada lagu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by stjrian at 24-4-2006 11:05 AM
kau ada beli ke? ok tak lagu2 dia?
aku beli...satu ori dan satu lagi aku beli yg cetak rompak sebab yg cet-rom tu ada lagu SETELAH KAU TIADA...susah nak cari lagu tu...:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
takde sape ke nak buat buku biografi sudirman nih?
dalam tahun lepas penah kuar pape citer 2 peminat cina sudirman yg sgt2 fanatik (ayat zaman skang,hehe) dgn sudirman...diorg siap buat biografi sudirman, tp personal punye buku la..pastu diorg kata diorg rasa pelik sbb ape takde sape nak buat buku sudirman, kumpul lagu2 dia, pencapaian, detik2 akhir hidup dia, etc..
kalo ada buku biografi sudirman, aku mmg akan beli...
setakat ni bg artis, cuma ada buku biografi p.ramlee, banyak lak tuh...rasanya semua aku dah khatam kat library... |
|
|
|
|
|
|
|
iscol...kalau tak silap
kak bam (bekas wartawan urtv) tu dlm proses nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #188 Duta lover's post
berapa kurun daaaa proses dia...
sudirman dah berapa lama meninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 1-5-2006 12:15 PM
takde sape ke nak buat buku biografi sudirman nih?
dalam tahun lepas penah kuar pape citer 2 peminat cina sudirman yg sgt2 fanatik (ayat zaman skang,hehe) dgn sudirman...diorg siap buat biografi s ...
memang patut dibuat BIOGRAFI tu...:setuju:... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa tak salah kalo kita share2 MP3 abg Sudir kat sini sbb boleh dikatakan lagu2 dia dah jadi "rare" utk dicari. Aku bukan tak penah gi cari CD dier, tapi mmg takde jual kat kedai muzik. Last2 dpt beli karaoke dier yg video klipnyer ntah sapa2 ntah...
Lagipun kalo dpt share2 MP3 dier, mmg besar ertinya kpd peminat2 dia yg tahu menghargai hasil kerja beliau. Orangnya pun dah tak ada... siapa lagi nak menghidupkan "harta2" peninggalan arwah kalau tak kita peminat2 dia? Kalau tidak, harap pihak EMI dpt terbitkan lagi koleksi2 lagu arwah bersama2 klip videonya yg ori. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 1-5-2006 08:13 PM
berapa kurun daaaa proses dia...
sudirman dah berapa lama meninggal...
hehehehhe
mana ku tauk |
|
|
|
|
|
|
|
i love almost all sudirman's songs
ada simpan lagi kaset2 dia (masa dulu kaset aje)
and still elok - boleh dengar kat kereta..
he's my all time favie singer..
lagu nilai cintamu best -- dia nyanyi for his ex wife Kay -
lagu yang i suka sekali -- merisik khabar and ayah dan ibu..best aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 5-5-2006 02:00 PM
i love almost all sudirman's songs
ada simpan lagi kaset2 dia (masa dulu kaset aje)
and still elok - boleh dengar kat kereta..
he's my all time favie singer..
lagu nilai cintamu best -- di ...
Lagu2 tu semua bleh donlot MP3 nyer... check kat page blakang2, ye! |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: `Kami dulu pernah makan sepinggan'
Oleh Ramli MS
Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya. Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang saya kenali... seorang insan amat istimewa
揂SSALAMUALAIKUM...
Minggu ini terdetik di hati saya untuk bercakap mengenai seorang insan yang saya kenali dan sungguh istimewa sebagai seorang penyanyi pada kaca mata saya. Namun, beliau sudah lama pergi meninggalkan kita. Tapi, dia seorang penyanyi yang saya kagumi.
Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya. Allahyarham Sudirman Haji Arshad (gambar) yang saya kenali... amat istimewa.
Cara Sudirman menggunakan dirinya, sungguh lain dari penyanyi yang pernah saya jumpa sebelum ini.
Saya mengiktiraf hasil kerja Sudirman setanding artis antarabangsa. Saya mula mengenali Sudirman pada era 1970-an di Singapura. Pada masa itu, saya masih bermain gitar bass ketika penghasilan album beliau.
Antara lagu yang masih saya ingat ialah Balik Kampung dan Basikal Tua. Pembikinan lagu itu dibuat di Mc'Donald House Studio, milik EMI Music di Singapura. Sebahagian lagu yang dinyanyikan penyanyi dulu-dulu, semuanya menjalani rakaman di studio berkenaan.
Dari situlah saya mengenali Sudirman. Kami pernah makan sepinggan. Tahap beliau bekerja, dia seorang yang amat bijak.
Beliau bekerjasama dengan produser. Dia bukan seorang penyanyi yang patuh apabila diarah oleh penerbit. Dia seorang yang suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik.
Cara Sudirman berkerja sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada penyanyi sedia ada. Saya belum lagi berjumpa dengan penyanyi yang tahap bekerja mereka setaraf Sudirman, melainkan penyanyi dari seberang.
Seperkara lagi, Sudirman memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Tajuwid jiwa beliau mampu menyamai makna lirik atau syair-syair yang di nyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Lihat saja konsert gergasi Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dulu, begitu meninggalkan kesan pada jiwa kita.
Hal yang sama berlaku apabila Sudirman mendapat undangan mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London, seterusnya memenangi pertandingan Salem Music Awards yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Sudirman seorang yang serius. Dia tidak suka membuang masa ketika di dalam studio rakaman. Dia lebih suka duduk berbincang mengenai perkembangan dunia seninya. Dia tak suka bercakap kosong. Dia bijak, setiap kali dia bercakap, sebenarnya dia belajar.
Dia ingin mengambil tahu mengenai apa yang dia tak tahu.
Sampai satu ketika, saya pernah memenangi trofi Gubahan Muzik Terbaik untuk lagu-lagu yang pernah beliau nyanyikan.
Sayangnya dia sudah pergi.
Pengalaman terakhir saya bekerja dengan Sudirman ialah di Studio King. Pakej dalaman yang ada pada diri Sudirman untuk dibandingkan dengan penyanyi lain, saya belum berjumpa lagi. Pada kesempatan ini juga, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Sudirman. Amin.
Sampai di sini saja dulu, kita bertemu lagi minggu hadapan, insya-Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
artikel2 berkaitan sudirman
aku amik ni dr paper utusan...sekitar februari tiap2 tahun mesti ada artikel psl sudirman....artikel2 ni la antaranye...
Atai mengenang 10 tahun pemergian 'Cokman' - Derita jiwa Sudirman - 24/02/2002
ALANGKAH sukarnya untuk mewajahkan hakikat hidup seorang seniman dengan kanta yang jujur dan tulus. Ketika artikel ini ditulis, minda kami telah bejat. Apatah lagi apabila dihadapkan dengan realiti perjalanan hidup seniman kebanggaan negara, Sudirman Haji Arshad.
Tanpa sedar, telah sedekad Allahyarham Sudirman atau Sudir berhijrah ke alam barzah. Saban tahun selepas pemergiannya, penganjuran majlis, keraian dan pelancaran pelbagai pakej nostalgia bagaikan sebuah retorika seni sedangkan sebahagian yang lain hanya menjadi pengeksploit atas nama survival kapitalis seni.
Secara jujur, layar hidup seorang seniman yang jujur tidak wajar dikupasbicarakan. Lantaran banyak ranjau pahit yang ditempuh ketika menuju ke puncak sedangkan yang terpamer di kaca mata masyarakat ialah keceriaan yang memukau.
Pemergian Sudir pada hari Sabtu 22 Februari 1992 sebenarnya membawa bersama seluruh kegembiraan dan keceriaan hidup mereka yang akrab dengan arwah. Lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga Allahyarham.
Justeru, pertemuan Mingguan dengan Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Datuk Zainudin pada pagi Rabu lalu di Coffee Bean, Bangsar membuka kembali susur galur hidup dan perjuangan Sudirman.
Barangkali tidak semua pembaca tahu siapa Atai dalam hidup Sudirman. Yang mengenali dan akrab pula barangkali sudah mula melupakan budak lelaki kecil yang manja, keletah dan begitu disayangi oleh allahyarham.
Atai masih seperti dahulu. Dia tenang, petah dan murah dengan senyuman seperti juga bapa saudaranya Sudir. Dulu, ke mana sahaja ada Sudir, di situ ada kelibat wajah manja yang saling tidak tumpah seperti Cokman, iaitu panggilan manja Atai kepada bapa saudaranya.
``Saya begitu rapat dan manja dengan Cokman. Malah Cokman menganggap saya seperti anaknya sendiri.
``Sehinggakan Cokman pernah menyuruh saya memberitahu rakan-rakan peguamnya yang bertanyakan siapakah saya: `Katakan sahaja awak anak Cokman','' Atai memulakan perbualan.
Pemergian Penghibur No. 1 Asia itu berlaku ketika usia Atai baru mencecah 18 tahun. Sarat kesedihan yang ditanggung oleh Atai di penghujung usia remaja itu dipendam sedekad lamanya.
Tidak sedikit rasa terkilan bersarang di dada anak muda ini apabila melihat nama Sudir gah dijaja dan dijulang.
Persoalannya, belum pernah sekalipun naluri Cokman dan manifestasi seni yang diperjuangkannya disingkap secara tulus - tanpa perlu bertopengkan acara yang bakal memberikan keuntungan kepada kapitalis seni tanah air.
Kini Atai sudah berusia 28 tahun, matang dan berwibawa. Dia sekarang sudah bergelar sarjana lulusan University of Rhode Island, Amerika Syarikat.
Seandainya masyarakat tahu gejolak jiwa pemuda ini, pasti mereka bersama berdiri di belakangnya untuk mengangkat perjuangan anak seni bernama Sudir.
Banyak benar koleksi pengalaman yang dikongsi dengan Atai mengenai Sudir sepanjang lebih dua jam perbualan dengan Mingguan.
Tidak ramai yang tahu betapa kasih sayang dan rasa hormat ahli masyarakat - hatta orang yang menjadi perompak sekalipun - begitu tebal terhadap Allahyarham Sudir.
``Pernah suatu ketika saya dan Cokman berjalan bergandingan sambil mencuci mata di pasar malam Bangsar. Tiba-tiba muncul seorang perompak dengan pisau terhunus diacukan ke pinggang Cokman.
``Saya sudah kaget. Cokman tetap tenang. Saya masih ingat perompak itu menggesa diserahkan dompet atau wang kepadanya jika kami sayangkan nyawa. Tiba-tiba Cokman menoleh ke belakang memandang ke arah perompak tersebut.
``Sebaik sahaja perompak itu terlihat wajah Cokman, dia terperanjat. Perompak itu lantas memohon maaf dan terus lari,'' cerita Atai.
Ketika ditanya mengenai kerinduannya kepada Allahyarham Sudir, Atai merenung jauh. Sambil menghela nafas panjang dia berkata, ``belum ada satu hari yang berlalu tanpa saya mengenanginya.''
Sepanjang 10 tahun pemergian Sudir, masyarakat tidak pernah tahu betapa setiap kali Syawal menjelma, setiap kali itulah juga Atai dan keluarganya menyeka air mata.
``Kami sekeluarga tidak boleh mendengar alunan suara Cokman mendendangkan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf,'' kata Atai dalam suara yang bergetar.
Bahkan sebak yang mereka tanggung tidak berakhir di situ sahaja. Mana mungkin Hari Kebangsaan negara tidak diserikan oleh alunan lagu Tanggal 31 nyanyian Sudir.
Kesengsaraan dan kehibaan sudah menjadi sebahagian daripada rencam hidup Atai sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mereka tidak mungkin mampu lari daripada alunan suara Allahyarham Sudir yang jiwanya sudah berakar dan bernafas di seluruh kehidupan peminat seni tanah air.
Masyarakat Malaysia sudah terlalu akrab dengan Sudir. Mereka yang pernah hidup sezaman atau dewasa dengan lagu-lagu Sudir amat mengagumi dan menyayangi seniman tulen berjiwa besar ini.
Namun, lumrah seorang seniman yang tulen - berjuang atas nama kecintaan kepada seni semata-mata, lazimnya akan terkorban jiwa, perasaan dan peribadi. Allahyarham Sudir tidak terkecuali.
Namun seluruh kekecewaan itu hanya ditanggung oleh Sudir sendirian.
``Selepas kegagalan rumah tangga Cokman bersama Aunty Kay (Kamariah), Cokman banyak menyendiri di biliknya yang suram dan kelam,'' Atai mengimbas kenangan itu.
Seluruh kegelisahan hidup yang ditanggung oleh Allahyarham Sudirman, kata Atai, tidak sekalipun pernah ditunjukkannya kepada keluarga.
Kata Atai, sebaik keluar dari kamarnya itu, Cokman pantas menjadi periang, lucu dan penuh dengan jenaka.
Demikianlah Atai yang menyimpan seribu cerita perjalanan hidup seorang seniman legenda.
Pada detik-detik akhir wawancara, Atai tidak mampu membendung keharuannya.
``Pada peringkat awal pemergian Cokman, kami sekeluarga sentiasa diselubungi kesedihan kerana arwah terlalu istimewa buat kami.
``Cokman pergi membawa seluruh kebahagiaan hidup kami sekeluarga,'' ujar Atai perlahan.
Dia berikrar tidak akan melupakan amanat terakhir Sudir kepadanya agar tidak sekali-kali meneruskan kehidupan sebagai artis.
``Arwah berpesan kepada saya agar bekerja keras dan melakukan sesuatu untuk agama, bangsa dan negara. Paling utama, janganlah mengikut jejak Cokman sebagai anak seni. Kata Cokman, hidup anak seni penuh dengan pancaroba.''
Dalam nada sedih, Atai mencurahkan isi hatinya: ``Sepuluh tahun berlalu tetapi saya masih terlalu merindui dia.'' |
|
|
|
|
|
|
|
Sudirman namanya terus subur - 22/2/2002
Hari ini, genap lapan tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru, setelah tujuh bulan terlantar sakit di kediaman kakaknya, Datin Rudiah di Bangsar, Kuala Lumpur.
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan artis yang mencatat legenda dunia seni tanah air selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah digelar Penghibur Nombor Satu Asia.
Allahyarham Sudirman disemadikan di tanah perkuburan Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Namun demikian, nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan itu terus subur di hati para peminat kerana lagu-lagunya yang mengandungi mesej kemanusiaan sekali gus amat dekat dengan masyarakat.
Selepas meninggalkan Warnada Rekod dengan lagu popularnya Teriring Doa dan menerusi lebih 15 buah albumnya yang dirakamkan dengan EMI Rekod pula, ternyata kebanyakan lagunya mudah meresap ke jiwa pendengar kerana Sudirman menghayati sepenuhnya ketika setiap kali rakaman dilakukan.
Contohnya, dengarkan saja lagu-lagu nyanyiannya yang menusuk kalbu dengan lirik penuh erti pada judul Aku Penghiburmu, Orang Kampung, Perasaan, Abadi, Anak Muda, Basikal Tua, Anak Desa, Salam Terakhir dan banyak lagi.
''Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya,'' kata-kata Allahyarham yang pernah diucapkannya.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S. Atan, Manan Ngah, Osman Ghani dan Kassim Masdor, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya.
Sudirman anak kelahiran Temerloh pada 25 Mei 1956 itu berkelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1980.
Bagaimanapun, Allahyarham meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya, selain turut berjinak-jinak dengan dunia perniagaan berikutan muncul di pasaran air minuman ringan dalam tin jenama Sudi iaitu ringkasan Sudirman Usaha Dagang Industri pada tahun 1990.
Karier Sudirman sebagai penyanyi bermula apabila dia muncul sebagai Juara Bintang RTM 1976 peringkat kebangsaan menerusi pertandingan akhirnya di Melaka dengan menyanyikan lagu Seruling Bambu dan Big Spender In The Cabaret.
Kemuncak kejayaan Sudirman sebagai penghibur ialah berikutan terpilihnya dia sebagai Penghibur Nombor Satu Asia mengalahkan kesemua artis popular serantau, termasuk Anita Sarawak dan Leslie Cheung pada satu pertandingan nyanyian Salem Music Award di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.
Sudirman yang meninggal dunia pada usia sekitar 36 tahun ketika masyarakat dan negara masih dahagakan baktinya, lantaran dia merupakan artis istimewa menerusi penonjolan bakat utama sebagai penghibur, pelukis dan penulis.
Sewaktu hayatnya, Sudirman mempunyai ruangan tetap sebagai pelukis karikatur menerusi ruangan Teringat-ingat di dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu.
Dalam bidang penulisan, Sudirman pernah menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana, Tun Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.
Sudirman juga pernah berlakon di dalam filem muzikal drama berjudul Kami arahan pengkritik filem Patrick Yeoh keluaran Indra Film sekitar tahun 1980-an.
Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi produser dan pengarahnya.
Sebagai pengubat rindu kepada para peminat Sudirman, EMI kini mengeluarkan CD Nilai Cintamu.
Bersempena mengingati usia kematiannya itu juga, pihak EMI mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham di No: 16 Lorong Taban 1, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur, malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudirman yang tetap dirindui - 22/02/2004
Oleh BAHYAH MAHMOOD
TARIKH 22 Februari adalah pemergiannya. Kini 22 Februari 2004, diam tak diam sudah 12 tahun penghibur kesayangan ramai Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.
Tahun demi tahun, pemergiannya tetap dikenang oleh ribuan peminatnya. Bahkan Sudirman sentiasa di hati insan-insan yang menyayanginya.
``Sedihnya sampai sekarang tak hilang-hilang,'' begitulah kata sedih pilu yang sering diucapkan oleh kakak-kakak dan abang-abang yang ditinggalkan. Merekalah yang menjaganya siang dan malam. Malah yang turut merasakan penderitaan yang ditanggung selama tujuh bulan terlantar sakit.
Sudirman yang periang, ligat dan lincah di pentas menyanyi. Beramah mesra dan keletah senda guraunya. Tetapi di kala itu Sudirman sudah tidak boleh bersuara lagi, membisu seribu bahasa. Cuma sesekali air matanya berlinang seolah-olah menyatakan penderitaannya yang tak tertanggung.
Seorang penghibur ternama (Penghibur Nombor 1 Asia), juga penghibur rakyat yang disayang dan disanjung tiba-tiba terkurung di sebuah kamar sepi, tanpa kata-kata, tanpa suara, tak ubah seperti kanak-kanak dewasa, matanya sentiasa memandang ke bumbung, pandangan yang kosong, tanpa sebarang erti.
Tak siapa yang tahu keadaannya. Tak siapa yang melihatnya selain abang-abang dan kakak-kakaknya. Andai siapa saja yang dapat menemuinya ketika itu, bukan sahaja menangis bahkan meraung dan meratap sepuas-puasnya. Saya menyaksikan sendiri keadaan Sudirman. Saya juga kehilangan kata-kata cuma air mata yang menceritakan gejolak di jiwa.
Penderitaan Sudirman umpama bait-bait lagunya Terasing dan Salam Terakhir (lagu Manan Ngah, lirik Habsah Hassan).
Tersekat nafasku
Kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Pemergian ku ini tak dirancang
usah ditanya mengapa aku
mengucap salam terakhir
demi sebuah kenyataan
yang amat menyakitkan
aku tidak berdaya
hanya berserah pada-Nya
Begitulah keadaan Sudirman. Lemah dan tidak berdaya. Hanya berserah kepada Allah yang Maha Berkuasa. Keadaannya tak ubah seperti nyanyian yang dilagukannya.
Salam Terakhir mempunyai makna yang mendalam,'' kata Doktor Roslan, abang Sudirman.
``Setelah dia pergi, barulah kami sedar dan menghayati seni kata lagu itu, penuh bermakna. Seolah-olah dia memberitahu bahawa dia akan pergi.
``Rasa tak sanggup saya mendengar nyanyiannya. Sedih rasa hati. Semua kasetnya tersimpan dengan baik,'' ujar Dr. Roslan.
``Barang-barangnya yang ada di rumah saya, selalu mengingatkan saya kepadanya. Terasa rindu apabila melihat baju Melayunya tergantung. Kalau nak suruh anak-anak saya memakainya, akhirnya nanti buruk dan lusuh. Biarlah tergantung begitu, sebagai pengubat rindu,'' ujar Haji Basir seorang lagi abang Sudirman,
``Apabila terdengar nyanyiannya, lagilah teringatkan dia. Dia memang kelakar. Ada ke saya ini digelarnya ``hero Cina''. Diman memang penghibur dalam keluarga. Memang tak boleh lupa,'' kata Haji Basir yang tidak lupa selalu mendoakan arwah adik kesayangannya itu.
``Masa saya asyik membeli-belah baju raya untuk anak-anak di pusat membeli-belah, tiba-tiba terdengar lagu joget Diman berduet dengan Zaleha Hamid. Terus hati jadi sebak hingga menitis air mata. Tak jadi nak beli baju raya kerana teringatkan dia,'' kata kakak allahyarham, Roaini Haji Arshad seorang jururawat.
``Apabila mendengar nyanyiannya, terasa macam dia ada lagi. Terbayang-bayang semasa dia sakit. Hari-hari saya menangis melihat penderitaannya. Memang sedih. Sedihnya sampai sekarang tak hilang-hilang,'' demikian kata Roaini.
Seorang lagi kakak Sudirman, Datin Hajah Rudiah (emak Atai) pula apabila masak nasi lemak mesti teringatkan Sudirman.
``Diman suka makan nasi lemak. Lauknya tak cukup dengan sambal tumis sahaja. Mesti dia suruh saya rebus telur. Telur rebus mesti ada.
``Kami semua apabila dah berkumpul adik-beradik, pasti teringatkan dia, masa itulah terasa rindu sangat kerana dia sahaja yang tak ada.
``Di rumah, kadangkala saya terjenguk-jenguk teksi yang berlalu di depan rumah, teringat dia datang selalu menaiki teksi,'' ujar Rudiah yang menjaga adik kesayangannya di rumahnya di Bangsar.
Saya sendiri merasa kehilangan Sudirman. Sebelum Sudirman jatuh sakit teruk pada pertengahan tahun 1991, dia ada melayangkan secebis nota yang berbunyi:
``Maaf, saya sudah tidak dapat melukis untuk ruangan teringat-ingat URTV kerana tak terbuat lagi.''
Sama sekali saya tidak memahami kata-kata yang penuh makna itu. Pada fikiran saya, Sudirman terlalu sibuk agaknya!
Alangkah sedihnya saya sendiri tidak tahu bahawa kala itu, Sudirman sudah tidak boleh melukis dan menulis lagi. Tangannya lemah. Dia sakit.
Saya cuba menelefonnya, gagal. Saban hari saya mencarinya, tapi hampa. Sehinggalah mendengar berita yang mengejutkan, Sudirman dikejarkan ke hospital.
Sudirman selalu mengatakan, ``Hubungilah saya kalau ada hal mustahak, tengah malam ke, subuh ke, saya tak kisah.''
Sebagai wartawan, saya memang selalu berhubung terus dengan Sudirman. Terus terang saya katakan padanya, saya kurang gemar berurusan melalui pengurusnya sebagai orang tengah. Saya nak bercakap sendiri dengan Sudirman, tak mahu pakai pengurus.
Sememangnya saya risau sungguh dengan kehilangan Sudirman. Di mana agaknya orang sembunyikan dia? Hati saya terus tertanya-tanya. Apa sakitnya? Bagaimanakah keadaannya?
Sejak saat itu di ruang Syhhh... BAM, saban minggu saya meratap dan merayu kehilangan Sudirman, juga atas desakan peminat-peminatnya yang juga kerisauan. Di mana Sudirman, di mana dia?
Tiba-tiba saya teringatkan kata-katanya:
``Kak Bahyah boleh tak kalau saya membeli tanah kubur di London misalnya?''
Saya tidak terkejut, malah mentertawakannya: ``Mengarutlah!'' jawab saya.
Selamba saja katanya: ``Ini kan angan-angan saya saja. Saya fikir kalau Tuhan nak ambil nyawa saya nanti, biarlah saya mati di London. Kerana saya tak mahu peminat-peminat saya bersedih dan menangis kerana kematian saya, seperti kematian P. Ramlee semua orang menangis, menjadikan Kuala Lumpur banjir air mata peminat-peminat.''
Memang saya tahu Sudirman begitu menyayangi peminat-peminatnya. Walau secarik surat peminat, pasti mendapat balasan. Tidak dihampakan.
Sudirman sentiasa mahu peminat-peminat melihat dia sentiasa riang menyanyi dan menghibur. Sudirman pasti berpesan sejak awal lagi kepada kakak-kakak dan abang-abangnya, sekiranya dia sakit, dia tidak mahu sesiapa pun datang menziarahinya. Kerana orang sakit pasti lemah dan tidak ceria.
``Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia,'' begitu penjelasan Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Mujurlah saya meratap merayu di kolum Syhhh... BAM hinggakan hancur luluh hati Dr. Roslan membacanya saban minggu di akhbar Mingguan Malaysia, lantas menelefon Rudiah supaya mengizinkan saya menziarahi Sudirman.
Rudiah meminta izin daripada Sudirman sendiri yang ketika itu sudah tidak boleh bercakap, tapi faham apabila ditanya.
Kata Rudiah, Sudirman mengangguk dan berlinangan air matanya ketika itu. Mungkin dia tahu Bahyah Mahmood tetap sayangkan dia.
Berdebarnya hati saya semasa melangkah masuk ke rumah Rudiah, menaiki tangga dan dibawa ke bilik yang dihuni oleh Sudirman. Memang sungguh memeranjatkan. Seluruh anggota saya jadi lemah, terpaku dan terpukau menatap Sudir yang lemah, pendiam dan membisu.
Sudirman bukan lagi Sudirman yang sebenarnya. Bagaikan Sudirman jelmaan yang tidak tahu apa-apa, tak ubah seperti budak yang tidak tahu berkata-kata. Namun air matanya berlinang. Hingga saat ini saya masih lagi terpandang-pandang dan teringat-ingat.
Sekali-sekala apabila mendengar selingan nyanyian di TV terasa sebak yang amat sangat, terasa dia masih hidup, membuatkan saya bercakap sendirian.
Buku surah Yasin Sudirman berwarna kuning, terungkap kata-kata: ``Bagi mengingati Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Februari 1992 bersamaan 18 Syaaban 1412. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, al-Fatihah. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada keluarga Allahyarham.''
Buku surah Yasin Sudirman sentiasa berada di dalam beg telekung saya. Setiap malam Jumaat buku Yasin Sudirman inilah yang saya tatap dan membacanya di surau Al-Huda, Taman Keramat. Biarpun macam-macam buku Yasin yang dihadiahkan, namun buku Yasin Sudirman sudah melekat di hati saya sebagai pengubat rindu kepada adik tersayang.
Mewakili adik-beradiknya seramai tujuh orang, Dr. Roslan berharap sangat royalti hasil jualan kaset, CD dan sebagainya keluaran EMI dapat digunakan sebaik-baiknya untuk kebajikan berupa biasiswa untuk pelajar-pelajar miskin.
Sememang itulah menjadi impian Sudirman semasa hayatnya. Dia ingin membantu pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi.
Hari ini 22 Februari, sempena 1 Muharam 1425 berlangsung tahlil mengenang pemergian Sudirman di rumah Dr. Roslan dan isterinya Fatimah Sidik.
Biarpun jasad telah dibatasi bumi, kasih dan sayang tetap basah ingatan. Seperti lirik lagu ghazal Musalmah Manis, ``Hati yang baik, mulut yang manis. Sampai mati dikenang orang.''
- Penulis adalah bekas Pengarang URTV. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm kete tadi aku bukak klasik fm
skali aku terdengar satu lagu joget yg aku yakin sgt tu sore sudirman...
lagu tu bunyik camni
"marilah berjoget...berjoget hai lagu melaka...."
banyaknye lagi lagu sudirman yg aku tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #200 iscol_klang's post
ada satu tape sudir selang seli dengan
lagu p ramlee -- best sangat
dua2 ni tak boleh dicari ganti,eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
:clap::clap:
Mekasih atas artikel2 yg disumbangkan oleh forumer2... walopun artikel lama, tapi semua tu mmg valuable utk disimpan & kita sebagai peminat2 arwah dpt treasure sama2 something yg maybe kita terlepas pandang selama ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|