|
Ucap Selamat Pd Perayaan Non-Muslims(merged: Syd, zulyusoff)
[Copy link]
|
|
4. Larangan menyerupai perbuatan mereka
Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah
لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك
و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الكتاب العلمية بيروت الطبعة الأولى 2000 م 1421 ه ص 148)
Mafhumnya : Tidak halal bagi muslimin menyerupai mereka dalam sesuatu pun yang khusus dalam perayaan mereka samada makanan , pakaian , mandian ,menyalakan api dan membatalkan perkara dan ibadat yang biasa dilakukan pada hari-hari biasa .
Tidak halal juga mengadakan kenduri , pemberian hadiah , berjual beli dengan sesuatu yang menolong mereka juga tidak dibenarkan membenarkan anak-anak bermain dengan permainan tertentu pada ahari kebesaran mereka juga tidak boleh menzahirkan perhiasan-hiasan . Secara kesimpulannya dilarang mnegkhususkan sesuatu pada hari kebesaran mereka bahkan hari perayaan mereka itu tidak ada keistimewaan di kalangan orang Islam malah seperti hari0hari yang lain juga.
4.2 Berkata Imam Az-Zahabi
فاذا كان للنصارى عيد و لليهود عيد كانوا مختصين به فلا يشركهم فيه مسلم كما لا يشركهم فى شرعتهم و قبلتهم
(تشبيه الخسيس بأهل الخميس مجلة الحكمة عدد (4) ص 193)
Mafhumnya : Apabila bagi Yahudi dan Nasrani ada bagi mereka peryaan mereka masing-masing maka Orang Islam dilarang menyertai mereka seperti mana larangan menyertai mereka dalam agama dan syariat mereka.
4.3 Ibnu Al-Turkumani Al-Hanafi telah menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan oleh orang-orang Islam bersempena dengan perayaan orang-orang nasrani seperti berbelanja lebih pada hari itu dan membawa keluar anak-anak dan memberi komentar berikut:-
قال بعض علماء الحنفية : من فعل ما تقدم ذكره ولم يتب فهو كافر مثلهم
Mafhumnya : Telah berkata ulama |
|
|
|
|
|
|
|
5. Larangan menaiki kenderaan yang digunakan untuk pergi ke tempat perayaan berkenaan.
5.1 Berkata Imam Malik
يكره الركوب معهم فى السفن التى يركبونها لأجل اعيادهم لنزول السخطة و اللعنة عليهم
(اللمع فى الحوادث و البدع)
Bermaksud : Ditegah menaiki kenderaan bersama-sama mereka yang menuju ke tempat perayaan mereka kerana laknat Allah sedang turun kepada mereka.
5.2 Dalam Kitab اقتضاء الصراط المستقيم ada menyebutkan
وسئل ابن القاسم عن الركوب فى السفن التى تركب فيها النصارى الى اعيادهم فكره ذلك مخافة نزول السخطة عليهم بشركهم الى اجتمعوا عليه .
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )
Mafhumnya : Ibnu Al Qasim telah ditanya hokum menaiki sampan yang juga dnaiki oleh orang Nasrani menuju ke tempat perayaan mereka , maka beliau menegah perbuatan itu kerana dikhuatiri ditimpa kemurkaan Allah SWT disebabkan kesyirikan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Tidak memberikan hadiah dan menjayakan perayaan mereka dengan membeli atau menjual sesuatu kepada mereka.
6.1 Berkata Abu Hafs Al Hanafi
من أهدى فيه بيضة الى مشرك تعظيما لليوم فقد كفر بالله
(فتح البارى بابن حجر العسقلانى )
Mafhumnya : barangsiapa yang menghadiahkan kepada musyrik sebiji telur kerana membesarkan hari peryaan mereka maka ia telah kufur terhadap Allah.
6.2 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah:-
وكره ابن القاسم للمسلم أن يهدى للنصارى شيئا فى عيدهم مكافأة لهم ورآه من تعظيم عيدهم وعونا لهم على مصلحة كفرهم ؛ الا ترى انه لا يحل للمسلمين ان يبيعوا من النصارى شيئا من مصلحة عيدهم لا لحما ولا اداما و لا ثوبا و لا يعارون دابة و لا يعاونون على شيء من عندهم ؛ لان ذلك من تعظيم شركهم ومن عونهم على كفرهم , و ينبغى للسلاطين ان ينهوا المسلمين عن ذلك , وهو قول مالك وغيره : لم اعلمه اختلف فيه .
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )
Mafhumnya : Ibnu Al Qasim menegah seorang muslim menghadiahkan sesuatu kepada orang Nasrani .Beliau melihat perbuatan itu sebagai membesarkan perayaan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada maslahat kekufuran mereka . Tidak halal bagi muslimin berjual beli dengan mereka khusunya dalam menjayakan maslahat perayaan mereka samada daging , pakaian dan tidak meminjamkan kenderaan kepada mereka dan tidak boleh menghulurkan pertolongan kepada menjayakan perayaan mereka .Semua perkara berkenaan adalah tanda membesarkan kesyirikan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada kekufuran mereka. Dan sepatutnya para Sultan menegah uslimin dari terlibat dalam hal-hal berkenaan.
6.3 Berkata Ibn Turkumani:-
فيأثم المسلم بمجالسته لهم و بإعانتهم لهم بذبح و طبخ و اعارة دابة يركبونها لمواسمهم واعيادهم
(اللمع فى الحوادث و البدع) |
|
|
|
|
|
|
|
7. Larangan menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan perayaan ini
7.1 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah :-
وكما لا يتشبه بهم فى الأعياد فلا يعان المسلم المتشبه بهم فى ذلك بل ينهى عن ذلك فمن صنع دعوة مخالفة للعادة فى اعيادهم لم تجب دعوته ومن اهدى من المسلمين هدية فى هذه الأعياد مخالفة للعادة فى سائر الأوقات غير هذا العيد لم تقبل هديته
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 204 )
Mafhumnya : Seperti mana dilarang tasyabbuh dengan mereka dalam perayaan mereka , dilarang juga menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan mereka contoh kalau ia dijemput atau dihadiahkan dengan sesuatu hadiah semata-mata kerana meraikan hari berkenaan (perayaan orang kafir )maka tidak wajib menerima jemputan atau hadiah berkenaan.
8 Larangan mengucapkan tahniah kepada orang kafir sempena perayaan mereka.
8.1 Berkata Ibn Al Qayyim
واما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل ان يهنئهم باعيادهم وصومهم فيقول : عيد مبارك عليك او تهنأ بهذا العيد ونحوه ؛ فهذا ان سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة ان يهنئه بسجوده للصليب ؛ بل ذلك اعظم اثما عند الله واشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام و نحوه وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع فى ذلك وهو لا يدرى قبح ما فعل . فمن هنأ عبدا بمعصية او بدعة او كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه وقد كان اهل الورع من اهل العلم يتجنبون تهنئة الظلمة بالولايات و تهنئة الجهال بمنصب القضاء والتدريس والافتاء تجنبا لمقت الله وسقوطهم من عينه .
ابن القيم الجوزية :المتوفى سنة 751 ه , احكام اهل الذمة ,دار العلم للملايين ,الطبعة الثالثة ,1983 القسم الأول ص 205 206 )
Mafhumnya : Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak diikutkan ucapan Good Morning! dan sebagainya juga tidak dibenarkan diucapkan kepada orang bukan Islam.
Tetapi apa nak buat, tempat kerja saya KEBANYAKKAN orang bukan Islam. Takkan nak boikotkan diri sendiri kot?
Saya ada bertanya seorang ustaz pasal perkara ini.
Dia menyuruh saya buat begini:
Ucapkan Good Morning seperti biasa tapi dalam hati niatkan dan berdoa semoga kamu ie orang yang dituju ucapan itu diberi
hidayah oleh Allah untuk terbuka hati memeluk ugama Islam.
Juga cuba sebaik mungkin untuk berdakwah kepada mereka dengan cara perbuatan, percakapan, amalan kerja kita yang bermutu
dan beretika.
Ramai orang di sini yang berkeras mengatakan dia amat menghargai/sayang rakan bukan Islamnya, tetapi jarang benar berdoa supaya
Allah membuka hati rakan mereka itu untuk memeluk agama Islam dan berdakwah kepada mereka. Dia sebenarnya rela membiarkan rakan
yang dihargainya itu agar mati dalam keadaan kufur - itu bukanlah sayang namanya.
Wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adapun tentang DeepaRaya itu, saya bersetuju dengan mufti Perak.
Tidak wajar kita meletakkan secara langsung atau tidak langsung taraf perayaan Aidil Fitri sama dengan perayaan Deepavali, yang
menyambut perkahwinan Lakshmi dengan Vishnu, atau kemenangan Rama mengalahkan Ravana, semua itu "deities" mereka.
samalah macam Nabi Muhammad sendiri yang tak pernah menghadiri perayaan menyambut perayaan perkahwinan Latta dan Uzza atau perayaan Yahudi
misalnya, atau menyatukan perayaan umat Islam dengan perayaan orang kafir secara langsung atau tidak langsung semata-mata hendak menjaga "ukhuwah" masyarakat Madinah, walaupun Madinah adalah sebuah negara multi-religious juga..
Kenalah cari alternatif lain nak satukan rakyat... Itu bagi sesiapa yang nak follow pendapat Mufti perak laa...! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau hari Gawai atau Tahun Baru Cina ok ker tak guys? sbb perayaan bangsa. yg deepavali tu mmg jelas ler tak boleh celebrate, sbb perayaan agama. |
|
|
|
|
|
|
yushar This user has been deleted
|
adakah kerajaan skrg ikut apa yg mufti perak tu cakap...
kat tv hari2 ada lagi kan iklan deeparaya?
ni yg buat rakyat punah ranah...
sampaikan kita x tau mana yg boleh, mana yg x boleh... |
|
|
|
|
|
|
riana_butterfly This user has been deleted
|
Originally posted by Muntz at 21-10-2005 07:15 PM
kalau hari Gawai atau Tahun Baru Cina ok ker tak guys? sbb perayaan bangsa. yg deepavali tu mmg jelas ler tak boleh celebrate, sbb perayaan agama.
pasal tahun baru cina tu saya pon biasa dengar benda tu ok je sbb tu perayaan bangsa dan bukan agama. yg tak bley mcm krismas & deepavali....err...valentine pon tak bley kan? kalo salah, minta maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa agaknya nanti yang akan buat kenyataan supaya masyarakat islam memulaukan perayaan depavali pada 1 november ini dan tahun tahun berikutnya. Kira boikot la.. |
|
|
|
|
|
|
riana_butterfly This user has been deleted
|
iskh...boikot? keras sangat perkataan tu kot? biarlah orang hindu sambut deepavali. memang perayaan dorg pon. orang islam sambut aidilfitri je cukuplah...... |
|
|
|
|
|
|
lazirsuy This user has been deleted
|
Originally posted by riana_butterfly at 27-10-2005 03:02 AM
iskh...boikot? keras sangat perkataan tu kot? biarlah orang hindu sambut deepavali. memang perayaan dorg pon. orang islam sambut aidilfitri je cukuplah......
:setuju: biaq pi kat depa lah... kita muslim raya posa raya haji sudahlah... kalau taktau ataupun naktau pilah mengaji... mana cukup setakat sekolah dulu-dulu saja, darjah nam tingkatan nam untuk bebudak... masuk la kelas orang tua pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sambutan raya deepavali tu bolehlah
sebab sama macam agama lain beraya
cuma raya puasa tu tak boleh
iaitu beraya sakan macam org melayu beraya
mengalahkan orang yg TERLEPAS DARI API NERAKA
atau dalam istilah yang senang sikit:
macam nikah kita beraya bila TUHAN janjikan PELEPASAN DR API NERAKA
jawablah....
tapi bukan sekarang
tapi bila dah TERBUJUR KAKU......... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak nak ikut ulamak Taliban sesat, aku nak pegi makan tosei dan kari kambing Deepavali. Happy Deepavali semua.
Berita Harian 31 Oct 2005 Isnin
PM ajak rakyat semua kaum bersatu majukan negara
Oleh Fazli Abdullah
PUTRAJAYA: Sempena sambutan Deepavali esok, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) mahu rakyat bersama-sama berkongsi menikmati kejayaan negara dan memastikan tidak ada mana-mana kumpulan ketinggalan di belakang.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak semua pihak berganding bahu meningkatkan usaha membangunkan negara tanpa mengira agama dan bangsa.
"Marilah kita bersama melipat ganda usaha menuju ke depan dengan satu matlamat tanpa mengira agama dan bangsa untuk membawa negara kesayangan kita ke arah kecemerlangan, gemilang dan terbilang," katanya dalam perutusan sempena perayaan Deepavali.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Deepavali, Perdana Menteri berharap penganut Hindu dapat merayakannya dan berkongsi saat-saat yang istimewa itu dengan keluarga dan rakan.
Beliau berkata, dalam usaha negara mencapai perpaduan, semua rakyat mesti ada tanggungjawab bersama untuk menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan sama-sama merayakan budaya kaum lain.
Seperti diketahui Deepavali ialah merayakan kejayaan baik terhadap kejahatan, Perdana Menteri berharap ia akan menjadi dorongan untuk menghadapi cabaran pada masa depan dengan keyakinan dan bersemangat.
"Jadi, kamu mungkin boleh mencapai apa juga matlamat yang dicita-citakan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Abdullah berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman di New Delhi, India yang mengakibatkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Sambil bersimpati dengan keluarga mangsa, Perdana Menteri menjelaskan beliau amat terkejut apabila mendengar berita pengeboman di beberapa tempat yang sesak di bandar raya itu.
"Saya amat sedih dengan kehilangan puluhan nyawa orang yang tidak bersalah dan ratusan cedera akibat serangan itu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapala nak pertikaikan apa yang ulama cakapkan...
Mmg Deepavali tu perayaan agama...tak boleh celebrate...
tapi kalau CNY, chinese mualaf pun sambut gak... tak de hal... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tom_tombak at 11-10-2005 04:43 PM
yup yup yup
skang dunia akhir zaman
banyak benda haram di halalkan
What tom_tombak says... ;) |
|
|
|
|
|
|
bebbeb This user has been deleted
|
pelik...pelik....setelah aku baca messege2 korang ni, aku pun terfikir.
1. kenapa mufti perak lebih layak dihentam lebih lebih daripada orang muslim yang ikut merayakan hari deepavali? adakah mereka mempunyai hujah daripada ayat quran dan hadith? mengatakan lebih baik ikut merayakan hari agama orang lain daripada tak ikut?
2. daripada apa yang saya baca.....lebih banyak dalil yang kesimpulannya lebih baik tak ikut merayakan daripada ikut. |
|
|
|
|
|
|
bebbeb This user has been deleted
|
pada aku, aku ambil jalan yang paling selamat. aku taknak ucap selamat hari deepavali. kalau aku diam lagi bagus. takde masalah. bukan maksudnya tak hormat. aku hormat sebab aku tak buat kacau kat perayaan diaorang.cuba tak ucap selamat je. kalau aku join sekali merayakan deepavali, maknanya aku ni pengikut ayah pin ler. hehehe. kan kita pun dah tau. ayah pin tu sesat. cubale pikir..ambik jalan shortcut. kan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengunjungi kawan2/colleagues bukan Islam pada hari perayaan agama adalah bergantung dgn niat. Ttp dr. my own experience, niat saya cuma utk mengunjungi mrk sebab mrk kawan2 saya. Bukan saya berziarah sebab utk memperbesarkan Hari Perayaan agama mrk atau dtg utk worship Tuhan mrk w/p rumah mrk ada bnyk patung2 ie. Tuhan mrk. Mungkin ada bnyk cara utk menjalinkan muhibbah antara kaum ttp bnyk masakah kita? Sebab kita kerja dr. jam 8AM sampai 5PM & kadang2 buat kerja lebih masa sampai pulang lewat mlm. Hujung minggu dah sibuk dgn spending time with our own family etc. Even kat pejabat kalau dah terlampau sibuk pun tak ada masa nak chatting dgn kawan2 sepejabat sebab masing2 sibuk siapkan kerja ikut datelines. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo seme buat ikut niat jek..takdok keseragaman, duna islam haru biru celaru pasal tu susah dunia islam..seme based niat..oang2 islam menderita alaaaaaaa kesiannya..kita niat jek haa campak seposen dua derma kendian wat hal sendirik..so tu antara punca dunia islam lemah..takdok uniformity..ada OIC cuma rajin tenguk menari gelek jek kut.
sultan2 sebagai ketua agama islam negeri memasing bz mengorat artis..bz sambut bes dei kasik datoship lagik dari pikir bab keseragaman undang2 islam semalaysia..kalo seme pakat pakai cuma satu buku(actually quran tu satu jek), seme2 undang2 tu tak jauh beza sesangat pun..mende2 cam ni mudah settle. but i faham dunia islam takut depa jadik cam dunia kristian yang cuma ikut telunjuk pope di vatican city kalo roman katolik tuh, so oang islam dan dunia islam depa membuat keje2 musuh islam tu tambah mudah pesal tak dak persatuan kecuali atas kertas jek.
majlis fatwa kebangsaan sewajarnya berfungsi memantau fatwa setiap negeri yang keluar, majlis ni gak wajar ada kuasa keluarkan fatwa bila ada kes di dalam masarakat so oang islam tak keliru, bertauliah macam apa majlis raja raja melayu buat, berkenaan agama islam, bercap mohor agung dan sultan2 melayu, takdak kene mengene agama lain so ianya sejajar dengan dasar perlembagaan negara dan ianya sejajar dengan agama islam. majlis ni kene bebas tadak politik, agung yang lantik atas nasihat pm dan kabinet dia. kuasa dia merangkumi bidang adat istiadat melayu dan agama islam. kemaskini setiap masa agar ****mporari, memecah kebuntuan ummah, membaik pulih akhlak ummah tanpa rasa takut pada selainNYA.
selagik takdok mende cam ni..toksah harapppp apa pun..jaga diri masing2 jek. ok? wsalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|