CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 29-6-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-6-2019 09:33 AM
Aku dah agak dahhh.. Mesti si Fendi ni ada benda luar nak jadi saka dia.. Bukan dari keturunan sen ...

Nak keluar sekali pun takut..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperkara lagi, tuan memang terpilih. Sama ada jadi perawat atau sebab berdarah raja hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 29-6-2019 12:12 PM
Seperkara lagi, tuan memang terpilih. Sama ada jadi perawat atau sebab berdarah raja hehe..

Kan... Sebab tu sy  agak dah.. Fendi ada something luar biasa..

Yg luar nak masuk x boleh bukan saja tok imam dah pagar tapi benda luar tu tak berani mendekat sbb ada yg menjaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2019 04:06 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 10:11 PM

Sedang kami bersenang lenang di hadapan rumah Pak Mud, tiba2 kami dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki tua dan seorang budak kecil. Keadaan lelaki tua itu seperti orang yang nazak, nafasnya berbunyi2 seperti sukar untuk bernafas, kulit badannya dimakan ulat dan bajunya berlumuran darah.

“Mayat hidup dah sampai”, kata Pak Mud sambil menghisap rokoknya.
“Zaquan!”, jerit Fendi. Dia cuba hendak mendapatkan Zaquan, tetapi aku dan Ramli  menghalangnya.

“Kau manusia kurang ajar!”, tempik orang tua itu kepada Pak Mud. Tetapi Pak Mud tak memberikan apa2 respon pun…dia kelihatan bersahaja menghabiskan rokoknya.

“Apa kau fikir kau handal?”, orang tua itu menyambung lagi.

“Memang aku tidak handal…Allah lah yang handal, yang maha berkuasa”, jawap Pak Mud sambil menghembuskan asap rokoknya.

“Pak Mud, tak boleh settlekan diorang ni terus ke? Penat kami tahan budak Fendi ni menggelupur mintak lepas”, kata Ramli sambil mengunci tangan Fendi dari belakang.

Dari cerita Fendi dan Ramli, mereka melihat Pak Mud membacakan sesuatu sambil menarik nafasnya dan kemudian menghembuskan kepada 2 ekor makhluk itu. Dengan pantas api berwarna hitam menyambar kedua2nya dan mereka pun menjadi abu, hilang ditiup angin. Aku tidak dapat melihat apa yang terjadi masa itu kerana aku memegang Fendi dari hadapannya. Tapi Fendi dan Ramli kedua2nya pengsan setelah melihat api yang berwarna hitam itu. Dari cerita mereka, timbul perasaan takut di dalam diri mereka apabila melihat api itu.

“Eh? Selesai dah Pak Mud? Pengsan pula budak berdua ni”, aku bertanya kehairanan sambil melihat kepada Fendi dan Ramli yang terbaring di lantai.

“Hal kawan kamu selesai lah…hal kamu tu bila nak selesai?”, tanya Pak Mud kepadaku sambil tersengih.

“Hal aku? Apa pula halnya tu Pak Mud?”, sekali lagi aku kehairanan.

“Haryati…”, jawap Pak Mud ringkas sambil menyiapkan rokok daunnya yang baru. Darahku berderau apabila mendengarkan nama itu, bulu romaku meremang dan  terasa seperti darah tak sampai di mukaku. Baharu saja aku hendak melupakan hal Haryati itu.

“Hehehe…hal kamu dengan dia tu lambat laun selesai lah juga. Kamu berdepan dengan sesuatu yang agak lama di dalam dunia ni. Aku pun tak tahu masih ada atau tidak hayatku bila kamu berdepan dengannya nanti. Aku harap, bila tiba masanya kamu berdepan dengannya nanti…diri kamu tak kosong”, terang Pak Mud dengan panjang lebar sambil menyalakan rokoknya.

“Sudahlah…kamu ambilkan aku air di dapur, 2 gelas. Nanti sakit2 badan kawan kamu ni baring di lantai”, kata Pak Mud sambil menepuk belakangku.

Aku mengangguk dan menurutkan saja apa yang diminta oleh Pak Mud itu. Pak Mud membacakan ayat pada 2 gelas air itu dan meminta aku menyapukan pada muka Fendi dan Ramli, selebihnya untuk diminum mereka apabila sudah sedar. Kami tidur di ruang tamu rumah Pak Mud, tetapi aku tidak dapat tidur lena memikirkan apa yang dikatakan Pak Mud tadi.

Keesokannya kami berangkat pulang selepas sarapan pagi, Fendi pula merajuk sebab kami bunuh kawan baiknya, Zaquan. Puas juga kami pujuk2, tapi dia masih juga begitu.

“Biar je dia…lama2 nanti oklah tu”, kata Pak Mud kepada aku dan Ramli. Ketika kami meninggalkan laman rumah Pak Mud, aku terasa sayu…seperti itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Pak Mud.

Setelah hampir sejam kami meninggalkan rumah Pak Mud, keadaan di dalam kereta Myvi Ramli itu agak sunyi. Lalu aku cuba memecah kesunyian  dan cuba untuk mengalih perhatian Fendi dari terus mengenangkan Zaquan.

“Fendi, kau dah bagitau ke awek kau yang kau nak kenalkan dia kat kitorang?”, tanyaku kepadanya.

“Betul? Korang nak jumpa awek aku?”, tanya Fendi kepada kami. Matanya bersinar2 melihat ke arah kami, cepat betul habis merajuknya. Mungkin hanya kami berdua kawan baiknya yang ada ketika itu. Kawan2 lain tak tahan dengan kelakuan Fendi sewaktu penampakan. Secara tidak langsung aku dan Ramli berasa lega, walaupun kami terpaksa mendengar Fendi bergayut di dalam telefon bersayang2 dengan aweknya.

Dalam waktu tengahari kami pun tiba di sebuah restoran di seksyen 8 Shah Alam, kami bercadang untuk makan tengah hari sekali.

“Mana awek kau ni Fendi? Ke…dia muncul malam2 je?”, tanya Ramli dalam nada yang sinis. Dia sampai sekarang takde awek, Fendi yang dense pula ramai peminat.

“Hisshhh…kau ni, cuba bawak2 bersabor…kita ambil makanan dulu, duduk lepak2…nanti ade lah tu”, aku cuba mendamaikan mereka berdua.

Sedang kami duduk di meja, tiba2 terdengar suara perempuan, “sorry, I lambhat shikit”.

Perlahan2 aku mengangkat kepala melihat punca suara itu. Kelihatannya wanita mat saleh berambut perang, anak matanya biru, berpotongan badan ala2 model dan memakai baju kurung sedang memegang bahu Fendi.

Sekaligus membuatkan Ramli ternganga, sehingga terjatuh ayam dari mulutnya. Mereka bercengkerama di hadapan kami (mengelap mulut Fendi dengan tisu, suapkan makan) sehingga membuatkan kami tak boleh nak habiskan makanan, walaupun makanan di situ sedap tapi mata kami pula tak sedap. Aku pula terpaksa menenangkan Ramli yang tak habis2 menggigit tisunya. Patutlah asyik nak ajak kami jumpa aweknya, nak tayang awek rupa2nya. Ajer penat… Di dalam kereta, mata Ramli berair2 sambil mengatakan dia nak awek mat saleh juga. Aku hanya mampu menggeleng2kan kepala melihat gelagat Ramli.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 29-6-2019 04:06 PM
Sedang kami bersenang lenang di hadapan rumah Pak Mud, tiba2 kami dikejutkan dengan kemunculan seora ...

TT, pak mud ada lagi? Dia masih berubat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
"Di dalam kereta, mata Ramli berair2 sambil mengatakan dia nak awek mat saleh juga."

Kekeke kekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Awek mat salleh rupanya.. aiol dah bersangka buruk dgn fendi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 03:31 PM | Show all posts
makin menarik citer tt..tak sabar nak tau kisah selanjutnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Haryati menyamar jadi awek mat salleh ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku minta maaf tak dapat nak update apa2 buat masa ni sebab belum 100% sihatnya. Soalan2 korang tanya tu nanti akan terjawap juga dalam update yang akan datang
Nanti aku akan update panjang sikit untuk korang
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung fendi terus dpt awek mat saleh siap pakej cakap melayu ekekeeke
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 30-6-2019 08:53 PM
aku minta maaf tak dapat nak update apa2 buat masa ni sebab belum 100% sihatnya. Soalan2 korang tany ...

Kalau pak mud masih ada dan dia berubat lagi.. Nak minta contact number dia la TT.. Something dlm keturunan perlu dibuang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-7-2019 02:46 AM
Kalau pak mud masih ada dan dia berubat lagi.. Nak minta contact number dia la TT.. Something dlm  ...

ooo...cerita2 ni dah agak lama dah. Pak Mud nya pun dah tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 1-7-2019 06:02 AM
ooo...cerita2 ni dah agak lama dah. Pak Mud nya pun dah tak ada

Innalillah.. Tq tt.. Dan cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Awek mat saleh tu ada rupa mana2 artis x?
Dense2 pun awek lawa berkenan.. Sesuatubetul
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist, awek mat saleh kawan kepada Haryati

@sarah82 Kome pon terer bab naluri ketiga ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 1-7-2019 10:31 PM
Plot twist, awek mat saleh kawan kepada Haryati

@sarah82 Kome pon terer bab naluri ketiga ni

Uish.. Tak ada la kim.. Biasa saja
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you so much skeleton! Cerita ko memang best dengan penceritaan yg sangat bagus. I’m your fan! Keep on writing
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepuluh  bintang bagi..semoga cepat sihat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 06:22 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 10:24 PM

Baru sebulan lebih aku bekerja di Kuala Lumpur, tetapi aku telah ditawarkan untuk bekerja di Australia oleh bosku memandangkan ramai yang tak dapat pergi, kerana ada komitmen masing2. Jadi aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung untuk meluangkan masa dengan ibuku (merajuk sebab aku nak tinggalkan dia). Kali ni aku balik menaiki kereta Ramli sebab si Ramli merengek2 nak ikut aku pergi Australia. Tapi sebenarnya Ramli nak melarikan diri dari kawasan rumah kami disebabkan satu insiden.


Insiden Ramli di Wangsa Maju

Ramli: Aik? Bersiap2 ni nak pergi mana?
Aku: Nak pegi beli ayam KFC, nanti kat sana dah tak dapat makan dah.
Ramli: Aku nak ikut pergi Australia…nak awek mat saleh jugak (berguling2 atas lantai)
Aku: Hee…ajer getik aku nengoknye…kamu tu udah besor panjang…usah ler dibuat perangei tak semiok tu. (sambil menggeleng2kan kepala)
Ramli: Aku ikut kau pergi KFC ek? Aku lapar jugak ni
Aku: Nak tunggu kau bersiap lagi, jenuh lah aku. Lagipun aku tapau je…nak makan sambil tengok VCD.
Ramli: Alah…aku pakai macam ni je la. Aku bawak duit je, kau kan ade kunci?

Ramli menyimpan duitnya dalam gulung kain pelikatnya, puas sudah aku menyuruh dia pakai seluar tapi dia degil juga. Katanya dia lelaki melayu terakhir berkain pelikat pergi KFC. Nak dijadikan cerita sedang aku tunggu dia order KFC (aku punya dah siap), masa dia keluarkan duit dari gulung kain pelikat dia terus jatuh terlucut kain dia di depan awek2 KFC. Masa tu aku terus pusing belakang dan pulang ke rumah, ketika itu sayup2 kedengaran suara perempuan menjerit berjemaah.
Sedang aku sedap2 makan ayam KFC sambil layan VCD, Ramli pun tiba di rumah sewa kami.

Ramli: Kau kejam…kejam!
Aku: Aku dah pesan sebelum keluar rumah lagi. Dah la ikat kain pelikat pun macam style perempuan. Mengaku pulak lelaki melayu terakhir.
Ramli: Aku tak kira aku nak ikut kau balik kampung weekend ni. Dah lah awek hot rumah sebelah ni ada tadi.
Aku: …pftt (cuba menahan ketawa)
Ramli: Berani kau gelakkan aku? Aku nak ikut kau ke Perak jugak, aku tak kira. (ngentak2kan kaki)

Macam tu lah kisahnya yang takde kena mengena dengan seram pun, tapi aku rasa awek2 KFC tu rasa seram bila Ramli flash kat diorang dan tersangat2 lah misteri bila Ramli komando je keluar. Jadi weekend tu Ramli ikut lah aku ke kampung…nak kata jimat tambang tu takdelah tapi jimat masa. Waktu ni ayah aku dah pencen, jadi dia bawa mak aku tinggal di rumah opah. Bila aku sampai di kampung, ibuku tak banyak bercakap denganku. Masih merajuk lah tu…ayah pula cool saja berkata kepadaku, “rileks…nanti2 oklah tu. Mana boleh dia merajuk lama2 dengan anak kesayangan dia…hahaha”.

Petang itu sewaktu mak dan ayahku ke emporium membeli barang, aku mengajak Ramli ke warung Pak Itam. Saja nak bagi dia cuba makan nasi lemak di kampungku. Kelihatannya Leman sedang lepak2 sambil membaca surat kabar.

Aku: Assalamualaikum, Leman…aiii…takkan balik dari Singapore minum kopi o je?
Leman: Wa’alaikummusalam…kamu rupanya. Kopi o je ler...luar Perak takde kopi Che Nah ni. Kamu bile balik?
Aku: Tadi tengah hari sampai, ni kenalkan kawan aku...Ramli the flasher. Hahaha
Ramli: Woii…kenalkan tu elok2 la. (sambil menyiku rusuk aku)

Aminah datang mengambil pesanan kami, Ramli terpaku melihat keayuan Aminah yang berbaju kurung di sebalik apronnya.

Aku: Ramli, jangan diusya sangat…bini orang tu.
Ramli: Hah…melepas aku. Laki dia kerja apa?
Aku: Hishh…sebuk pulak nak tau laki dia kerja apa. Tu hah Pak Itam tu. (sambil menunjukkan ke arah Pak Itam yang sedang berposing, kakinya sebelah di atas kerusi)
Ramli: …… (melopong…dense dan orang tua ni lebih laku darinya)
Aminah: Udah la tu abangnye…hantorkan talam ni ke meja tu hah.

Aku: Kau sorang je Leman? Rashid mana?
Leman: Dia udah sangkut dengan awek Singapore.
Aku: Wah2…kira layan international je lah mamat tu sekarang.
Ramli: Cun ke?
Aku: Eh? Sebok pulak kau ni.
Leman: Biornye ler dia…cun la jugak, tapi ade tatu ler.
Ramli: Huiihhh…bukan main sedap lagi nasi lemak ni.
Aku: Hah…tu lah. Biasa nasi lemak area2 sini takde timun, kacang, ikan bilis goreng…letak telur dadar dan sambal tumis ikan bilis je.
Leman: Kau pernah dengar tak pasal orang beromen dengan pontianak?

Aduh Leman ni…orang tengah cakap pasal nasi lemak, dia nak bercerita pasal orang beromen dengan pontianak pulak.

Ramli: Sedap ke?
Aku: Woii…bukan sedap ke tak masalahnya. Kau main dengan makhluk apa tu? Necrophilia ke apa?
Leman: Tu kalau dengan mayat lah.
Aku: Macam takde beza je dengan mayat.
Ramli: Aku musykil...macam mana korang tau term necrophilia ni?


Beromen dengan Pontianak

Dari cerita Leman, kisah ni terjadi di kampung lain, bukanlah jadi kat kampung aku. Tapi si Leman ni at the scene lah waktu itu. Dia baru je balik dari Singapore, kawan2 sekampung ramai yang dah takde jadi melepak lah dia dengan kawannya di kampung sebelah. Aku gelarkan kawan dia ni Zul saja.

Leman: Aku boring lah pulak balik kampung kali ni, ramai yang takde. Kau takde ke projek yang best2 sikit?
Zul: Nak pergi mintak nombor lagi ke? Ke nak pergi tarik duit?
Leman: Malas lah aku…tak maunya mengena. Tarik duit tu lagi lah…torak je kuat. Sembangnye kemain kencang, pokok pun boleh tumbang.
Zul: Kalau macam tu kau ikut lah aku senja ni, aku rasa kau tak pernah tengok lagi mende ni.

Di waktu senja itu, pergi lah 2 budak tak semiok itu ke dalam hutan mencari pokok pisang yang tumbuh semulajadi di dalam hutan. Jadi bermula lah ritual yang dilakukan oleh Zul sebaik saja mereka tiba di kawasan pokok2 pisang itu. Ritual ni aku tak dapat lah nak ceritakan, nanti kalau korang pergi try kan ke naya aku nanti?

Hari mulai gelap, Zul membacakan mantra2 pada kertas yang dikeluarkan dari poketnya. Pada awalnya Leman tak tahu apa benda yang hendak dibuat oleh Zul kerana dia mengikutkan saja. Sambil menunggu Zul membacakan mantranya, Leman duduk di atas rumput sambil melihat kawasan sekelilingnya. Tiba2 saja keluar pontianak dari batang pokok pisang yang tak berapa nak besar itu.

Mata Leman terbeliak dan di dalam hatinya berkata, “dah kenapa Zul panggil makhluk ni keluar?”.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.439417 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list