|
Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan hasrat berkempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
"Saya serius," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada beliau bergurau.
Ditanya alasannya mahu berkempen untuk Anwar, Nazri berkata ia adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.
"Saya tidak jangka Umno akan jadi kerajaan dalam masa terdekat, tapi terdapat pendapat di kalangan anggota parlimen Umno bahawa kita perlu kembali menjadi kerajaan secepat mungkin.
"Satu-satunya cara untuk melakukan perkara itu adalah dengan bekerjasama dengan PKR... Jadi kita perlu tunjuk niat baik jika kita, jika kita ingin jadi kerajaan, biarkan Anwar menang," katanya.
Nazri turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata bahawa Umno akan "berlawan mati-matian" dengan Anwar di Port Dickson.
Bekas menteri pelancongan itu berpendapat bahawa ia bukan keputusan Umno, dan Mohamad "bukan seorang anggota parlimen dan tidak tahu apa yang dirancang anggota parlimen".
Beliau juga berkata Umno tidak dapat memenangi kerusi itu, maka mereka perlu membiarkan PKR menukar anggota parlimen.
Kata Nazri lagi, beliau akan tetap berkempen untuk Anwar meski Umno akan mencabar pemimpin PKR itu di Port Dickson.
Ini kerana, jelasnya, beliau mahu "yang terbaik untuk Umno, dan bukannya kepentingan individu.
"Saya tetap akan berkempen untuk Anwar, tapi ini cuma spekulasi (yang Umno akan bertanding)," katanya.
Nazri juga menyatakan kesediaan berdepan tindakan disiplin atas pendiriannya itu.
Mengulas lanjut, Nazri berkata PKR merupakan parti yang dipilih rakyat untuk berkuasa dan ia jelas ditunjukkan dalam tiga PRK sebelum ini.
"Ada tiga PRK sebelum ini. MCA, PAS dan Umno kalah teruk, rakyat tetap menolak lawan PKR (dan Pakatan Harapan).
"Jadi anda perlu dekat dengan rakyat, dan mereka mahu memberi PKR peluang," katanya.
Mengulas berhubung kemungkinan menubuhkan gabungan, Nazri berkata ia tidak pelik.
Malah, katanya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein melakukan perkara itu apabila menukar Perikatan menjadi BN serta menawarkan untuk semua parti pembangkang bergabung dalam satu gabungan.
"Razak seorang pemimpin yang bijak dan berani, kita perlu jadi seperti beliau," katanya.
Pulak dah.... ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Betul la rupanya lepas PRU ari tu najib lambat nak surrender sebab buying time bernego dgn Anwar , UMNO n PKR to form the government...
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah mereka bergabung. Biar senang rakyat buat pilihan di PRU nanti.
Tanpa pertolongan Nuar mmg mati kelaparan ler Nazri botak, Najib lanun dll orang UMNGOK. Al maklumlah dgn Tun M dia orang tak berani.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazri ni bilaaa laaa nk berubah jd manusia yg ada prinsip sikit...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 13-9-2018 01:28 PM
Nakal tau KJ ni..
Puncak kasih kita............ rendangnya ohhhh seketikaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Semua melingkup..hahaha
Aku prminat asyraf wajdi..tp dlm mimpi jela dia akn jd pm 1 Ari nnti.babba |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 16-9-2018 09:46 AM
meteorspeed replied at 12-9-2018 04:28 PM
Aku sokong chedet ..dia nie aku tak sokong langsung so how..
bagi peluang kat abang non plk.dh lama berkurun dia menunggu.cek det elok duduk bertafakur kat tikar sembahyang je.mintak ampun byk byk ( sementara sempat) atas dosa dosa yg mengunung selama dia bermaharajalela berkuasa.tak ngituw?? |
|
|
|
|
|
|
|
U have to read in between the linesla, Dar.
Nazri ni otai politik, dia tahu sepak terajang politik macam dia kenal SIAPA
Anwar Ibrahim. They have been together since 1982-98.
I don't believe Nazri is that stupid and that desprate.
For more than 30 years in umno sebagai Ahli Parlimen biasa and later on
menteri, mesti dia dah kumpul banyak asset yang boleh dimakan at least
3 keturunan, termasu anak Nora Danis..........![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Tak fikir tawarannya hanya kerana dia dah tertekan in terms of money.
For all we know, he got deeper motive.
Be positif and think outside the box.
Mungkin dia dah sedar, dia sudah tersilap langkah dan banyak buat dosa
kepada negara, bangsa dan Tun Mahadir.
Jadi, inilah caranya untuk membalas balik kesilapannya dengan menawarkan
diri berkempen untuk Anwar.
Kalau Anwar terima - habislah ANWAR!!!
Maybe, this is why he is doing it........![](static/image/smiley/default/titter.gif)
He is testing the water.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dengan pakatan harapan...but Anwar is too hungry for power.
Kalau che det steps down, cari la calon lain dri PH untuk take over, anyone but Anwar.
Hope BN wins in port dickson. |
|
|
|
|
|
|
|
politik malaysia ni dari aku kecik sampai beso hanya ada dua figura yang dicanang2... walaupun dan berlaku 3,4 pilihan raya seumur hidup aku... obersea mcm ni juga ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak suke ph, akak suke pkr tp akak xsuke anwart, muka dia mcm kuat sex, gilekuase and gelojoh, akak xsuke and geli! |
|
|
|
|
|
|
| |
|