|
[Tempatan]
[UPDATE Pg 11-2/10/2019]Kematian CEO Cradle Fund adalah kes bunuh
[Copy link]
|
|
hanalisa replied at 8-8-2018 11:42 PM
tunggu je la siasatan polis dulu sebelum nak tuduh.
dah la haritu henpon huawei kena tuduh tak mem ...
Kesian huawei..
Apapun harap siasatan terperinci dilakukan dan no cover ups. |
|
|
|
|
|
|
|
Crime of passion ke uols?
Terketuk belakanb kepala sampai mati. Pastu konon2 hp shrapnel melayang.
Tgk gambar mayat terbaring atas lantai kat tepi cot, bukan atas katil pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 10-8-2018 10:56 AM
mana uols tgk?
Google. Ada satu gambar tu tunjuk mayat terbaring antara katil dan baby cot. Sedikit terlindung sebab ada perempuan mencangkung tepi mayat.. penyiasat kot |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Update terkini:
Jabatan Bomba dan Penyelamat menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kematian CEO Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan.
Seorang sumber yang merupakan pegawai kanan Bomba berkata hasil laporan telah diserahkan kepada polis yang kini menyiasat kes berkenaan.
Kenyataan sumber itu sebagai merespons dakwaan isteri mangsa, Samirah Muzaffar yang mendakwa dia dan keluarganya tidak dimaklumkan hasil perkembangan siasatan.
Samirah juga mendakwa permohonannya untuk mendapat salinan laporan yang dibuat Bomba ditolak.
Sumber yang bercakap kepada Malaysiakini itu menyatakan bahawa dia berasa hairan dengan dakwaan Samirah.
"(Sebelum ini) kami telah menulis surat kepada orang yang buat hebohan ini. Kita dah tulis secara rasmi menjawab soalan yang dikemukakannya. Saya fikir itu sudah cukup memadai untuk kita maklumkan kepadanya tindakan kita ketika ini.
"Dia tidak seharusnya mensensasikan isu ini," katanya kepada Malaysiakini.
Sumber itu berkata Bomba telah menjalankan siasatan teliti yang turut melibatkan pakar dari jabatan itu menggunakan kaedah saintifik dan unit anjing K9.
Bagaimanapun, katanya, Bomba tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
"Kita tunggu saja polis siasat perkara ini," katanya.
Pada 14 Jun lepas, Nazrin ditemukan maut setelah terperangkap dalam satu kebakaran di tingkat atas rumahnya di Mutiara Damansara dengan kesan kebakaran sebanyak 30 peratus di badannya.
Mesej dari adik ipar mangsa yang tersebar di media sosial mendakwa sebuah telefon yang dicas Nazrin meletup menyebabkan kecederaan di bahagian belakang kepala dan menjadi punca kematiannya.
Bagaimanapun, awal bulan ini polis mengesahkan kes kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh berikutan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Bomba sudah serah laporan. Harap perempuan tu refer kepada polis pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada skandal sudah. ... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kematian arwah terbela
menggelupor pembunuh tu skrg rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
seram kes bunuh camni.
tau tau je kang ahli keluarga sendiri yg buat...haisshh..dh mcm dlam filem plak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kalau dlm movie camtu lah...plot twist.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huh plot twist. Sian Charger tak pasal2 kena fitnah.
Time kejadian wife n 4 org anak ada kat bawah rumah kan. Rumah deyols pun mcm tak besar sgt. If arwah kena panah , mesti menjerit. Satu rumah vley dengar. Adakah arwah dipanah time tak sedarkan diri , ada makan ubat titon. Huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes nk claim insuran jutaa ringgit oleh isteri dia, Samirah Muzaffar. Dia claim 2 mggu slps arwah meninggal.
Tu sahaja motif dia. Duit la apa lg. |
|
|
|
|
|
|
|
any news pasal ni. update dr pakar2 csi kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri, 2 anak tiri arwah kena tahanan reman haritu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan direman bantu siasatan kes bunuh Nazrin
Oleh Sarah Zulkifli
[email protected]
Kongsi artikel
Share
Tweet
Share
PETALING JAYA : Adik ipar Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, dan suaminya ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh CEO pada 14 Jun lalu itu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak, membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 41 tahun.
Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.
Pada 4 September lalu, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya yang masing-masing berusia 43 tahun ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu.
Turut ditahan reman pada 9 September lalu, anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.
Bagaimanapun, semua suspek dibebaskan selepas tamat reman.
Terdahulu, mereka tiba di mahkamah pada jam 11 pagi kemudian diiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira jam 1.40 petang.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, Samirah pernah membidas badan penyiasat yang didakwa tidak telus dalam menjalankan siasatan dan menuduh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya.
Wanita itu turut dilaporkan berkata, biarpun sudah membuat permohonan kepada pihak JBPM, dia tidak menerima sebarang laporan mengenai perkembangan siasatan kerana ia diklasifikasi sebagai kes berprofil tinggi.
Namun, pihak JBPM menafikan dan berkata keputusan yang diumumkan adalah berdasarkan hasil siasatan terperinci oleh manusia selain pasukan K9 iaitu anjing terlatih untuk mencari bukti.
Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, telah mengklasifikasikan semula kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.
Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilapor meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku susulan telefon bimbitnya yang meletup semasa mengecas di bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, di sini.
Cradle Fund ialah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.
Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney. |
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Dua lagi ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pasangan suami isteri itu ditahan di Kiara View, Jalan Dato Suleiman di Taman Tun Dr Ismail kira-kira pukul 10.20 malam, Ahad.
"Lelaki berusia 41 tahun dan isterinya, 39, ditahan bagi membantu siasatan.
"Mereka direman sehingga Jumaat," katanya kepada The Star.
Beliau menambah, wanita tersebut merupakan adik ipar perempuan Nazrin.
Empat yang lain telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu setakat ini.
Isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya, ditahan dan direman pada 4 September lalu, disusuli penangkapan dua remaja pada 8 September.
Pada 14 Jun lepas, Nazrin dilapor meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku ekoran telefon bimbitnya yang meletup semasa mengecas di bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, di sini.
Namun pada 3 Ogos lalu, Fadzil telah mengklasifikasikan semula kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... dbG5QX8SZ9zmRytE.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Anak tiri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan direman tujuh hari
Astro Awani | Diterbitkan pada September 09, 2018 15:29 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Anak tiri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan direman tujuh hari
Dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan direman tujuh hari bermula hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran Jun lalu, ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah penahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, permohonan reman terhadap remaja berusia 17 dan 14 tahun itu dibuat pada Ahad.
"Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 September ini bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
–– ADVERTISEMENT ––
Terdahulu, kedua-dua remaja itu ditahan di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira 4 petang Sabtu.
Difahamkan, pihak polis juga akan memohon untuk menyambung tempoh tahanan reman ibu mereka, esok.
Pada 4 September lalu, polis menahan isteri Nazrin dan bekas suaminya, kedua-duanya berusia 43 tahun, bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 14 Jun itu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya.
Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|