CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14849|Reply: 129

[Jenayah] Nyaris Dirogol Dalam Tandas Stesen Minyak Di Rawang

[Copy link]
Post time 10-5-2016 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 11-5-2016 08:02 PM

Nyaris dirogol dalam tandas






Mazizul Dani
[email protected]

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 30 tahun nyaris dirogol seorang lelaki di tandas sebuah stesen minyak di Rawang, Selangor jam 10 malam semalam.

Menurut sumber, ketika kejadian, dia memasuki tandas berkenaan dan melihat ada dua wanita lain ada di dalam tandas berkenaan.

"Ketika di dalam tandas, dia terdengar ada orang masuk ke dalam tandas. Ketika mahu keluar, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

"Lelaki itu terus menolak dan menarik wanita itu masuk ke dalam tandas. Wanita itu terpaksa bergelut sehingga ditarik ke pintu utama tandas dan lelaki itu mengunci pintu berkenaan.

"Selepas menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka kunci pintu dan wanita itu berjaya lari keluar menyelamatkan diri," katanya.

Lelaki berkenaan kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah deretan kedai di Bandar Baru Rawang.

Wanita itu cedera ringan termasuk bengkak kaki dan badan akibat pergelutan itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Rawang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kes ini juga viral di Facebook (FB) apabila pengguna dengan nama Dhiya Srikandi Qalbu mendakwa, wanita berkenaan ialah adiknya dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.

"Sebagai peringatan untuk semua supaya lebih berhati-hati.Saya kongsikan 'screenshot' adik saya lari menyelamatkan diri selepas bergelut dengan suspek dalam tandas. Nasib baik adik tak jadi mangsa rogol," katanya menerusi status di FB.

Dia turut berkongsi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdurasi enam saat ketika adiknya cuba melarikan diri sebaik berjaya keluar dari tandas berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 3:14 PM

cadangan tt:
lain kali sarungkanlah legging gini...






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 03:53 PM | Show all posts
mana lg 2 wanita lain tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan klu g tndas awam tu kena brteman la,, sbolehnya jgn sskali g brsndirian
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 10-5-2016 03:53 PM
mana lg 2 wanita lain tu?

Mgkin 2 pompuan tu kluar n bla nmpk clear trus laki tu msuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:56 PM | Show all posts
tu yg selalu masuk toilet kat petrol station, aku lock pintu main sekali..
melainkan kalu ramai beratur panjang kat luar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur dapat selamatkan diri syukur alhamdulillah

seram wehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2016 03:57 PM | Show all posts
susukambingbest replied at 10-5-2016 03:55 PM
Mgkin 2 pompuan tu kluar n bla nmpk clear trus laki tu msuk

ish bahaya betul. da la kdg2 toilet tu kt blkg
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:59 PM | Show all posts
panik giler dia sampai terjatuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 03:59 PM | Show all posts
bangkem pernah tersalah masuk ke dalam tandas perempuan

pelik sebab takde toilet berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:00 PM | Show all posts
bahaya la kalau mlm sorg2 masuk tandas awam

mesti berteman lain kali
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:03 PM | Show all posts

byk sgt lelaki sangap nk memancut free..kuang ajar betul

yup better berteman la sbb kdg2 tandas kt belakang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:05 PM | Show all posts
Setiap hari ada je berita berkenaan perempuan Malaysia dirogol. Apa dah jadi dengan lelaki2 di Malaysia ni? Dah x ada rasa bertimbangrasa terhadap perempuan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:05 PM | Show all posts
Ya Allah..takutnya
nasib baik x menjd mangsa jntn durjana
sial betulll..
dlm kepala otak dia org ni x benda lain ker...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 10-5-2016 03:49 PM
Nyaris dirogol dalam tandas



Babi betul jantan sangap skang.thanx to porn!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by susukambingbest at 10-5-2016 04:13 PM
prettyuglybabe replied at 10-5-2016 03:56 PM
tu yg selalu masuk toilet kat petrol station, aku lock pintu main sekali..
melainkan kalu ramai ber ...


Sama la iol pun.. Klu xde org q, lock je,, blk solat pun iol lock gak klu sunyi or keblkng tmptnya.. Yg pnting, klu rsa xcnfiden sgt, suh je org yg dtg skli ngn kta tmankn. Klu snggah sorang tu, kna than la smpai jmpa tmpt yg slmat, baru bhenti hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 04:13 PM | Show all posts
susukambingbest replied at 10-5-2016 04:11 PM
Sama la iol pun.. Klu xde org q, lock je,, blk solat pun iol lock gak klu sunyi or keblkng tmptn ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 04:14 PM | Show all posts
apa kaitan teh cap 888 ni dengan kejadian rogol ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:14 PM | Show all posts
kat Rawang memang ada gangster hindu, takut2 Stesyen Petronas tu pun bersekongkol gak. Kena cek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 04:14 PM | Show all posts
ehh..cubaan rogol..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 04:15 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 10-5-2016 04:14 PM
apa kaitan teh cap 888 ni dengan kejadian rogol ni

bukak tered sambil hirup teh wangi ros 888 yg murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.160315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list