CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3594|Reply: 20

[Dunia] London paling ramai bilionair

[Copy link]
Post time 26-4-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – London mempunyai lebih ramai bilionair dalam mata wang pound sterling (£) berbanding mana-mana bandar raya di dunia, menurut senarai hartawan, Rich List 2016 terbitan akhbar The Sunday Times.

Sebilangan taikun paling kaya di Britain hilang banyak kekayaan mereka disebabkan kelembapan jualan runcit, penurunan harga minyak dan krisis industri besi, lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun, kekayaan keseluruhan 1,000 orang terkaya Britain adalah lebih tinggi tahun ini. Negara itu turut memiliki 120 bilionair pound sterling, angka yang hanya diatasi oleh Amerika Syarikat (378) dan China (193).

Menurut akhbar sama, terdapat lebih ramai bilionair pound sterling di London (77) berbanding bandar raya lain, mengatasi New York (61), San Francisco (57) dan Hong Kong (49).
Adik-beradik David dan Simon Ruben mengungguli senarai itu tahun ini dengan kekayaan £13.1 bilion (RM73.8 bilion), meningkat £3.4 bilion (RM19.1 bilion) pada tahun lalu.
Adik-beradik Reuben yang lahir dalam sebuah keluarga Yahudi bangsa Iraq di Mumbai, memiliki hartanah London dan pusat pengendalian data, Global Switch.

Mereka mengatasi adik-beradik taikun industri, Sri dan Gopi Hinduja yang memiliki kekayaan £13 bilion (RM32.2 bilion), angka yang tidak berubah sejak tahun lalu, sementara pelabur, Len Blavatnik dengan aset £11.6 bilion (RM65.3 bilion), merosot £1.6 bilion (RM9 bilion) menduduki tempat ketiga.

Taikun besi, Lakshmi Mittal yang mengungguli The Rich List 2008 dengan kekayaan £27.7 bilion (RM156.1 bilion) sekali gus rekod senarai tersebut pula jatuh ke tangga ke-11. Beliau kini memiliki harta berjumlah £7.1 bilion (RM40 bilion), susut £2.1 bilion (RM11.8 bilion) tahun lalu.

“Mereka yang berada di puncak senarai ini terjejas pada 2016 akibat keruntuhan pasaran saham, harga minyak rendah, krisis industri besi dang kadang- kala disebabkan oleh ketiga-tiga faktor tersebut,” kata penyusun senarai itu, Robert Watts.

1,000 orang terkaya dalam senarai itu mempunyai anggaran kekayaan mencecah £576 bilion (RM3.2 trilion), meningkat daripada £547 bilion (RM3.08 trilion) pada 2015.
Mereka yang berada dalam senarai tersebut pada tahun ini perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya £103 juta (RM580.4 juta), demikian menurut The Sunday Times . – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bt london tiada pm terkaya dunia...puih london
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Proud to be Jewish
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 26-4-2016 11:28 AM
Proud to be Jewish

Orang Yahudi ramai yang bijak dan kaya. Hihi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:20 PM | Show all posts
Yang billionaire tu pun kebanyakanya orang luar terutamanya dari Russia cina Arab . Bukan semua lokal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-4-2016 01:20 PM
Yang billionaire tu pun kebanyakanya orang luar terutamanya dari Russia cina Arab . Bukan semua loka ...

Central. London is an economy by itself. Ummah local bole di kira
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 11:40 AM
Yahudi memang banyak yang geliga otak nya, cuma sampai hari ni tak berani lagi lancar total war keat ...

Yg kaya skrg counterfeit jews
Rothschild n the gang, ano 11 families tu
Khazarians
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:34 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 05:24 AM
Yg kaya skrg counterfeit jews
Rothschild n the gang, ano 11 families tu
Khazarians

Rumah family Rothschild ni masih ada salah satunya di Buckinghamshire lebih kurang 30miles dari london. Open kepada public nak melawat. Pernah pergi beberapa kali. ..sebab tak jauh dari rumah adik atuk saya di blackthorn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 01:36 PM
Ukuran kaya dari mata super elite Europe ialah seberapa banyak tanah yang dimiliki mereka, tak kis ...

Tapi mereka punya land registry bole trace zaman dulu punya tanah pun who own it

Dan lease pun 125 yrs the norm
It is the beauty of owning property in UK
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:59 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 05:50 AM
Tapi mereka punya land registry bole trace zaman dulu punya tanah pun who own it

Dan lease pun  ...

Biasa lease 999 years.  Flat saya di London leasehold 999 years. Dari tahun 2010
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:01 PM | Show all posts
malaysia dapat derma biliyon2 tarak kecoh ponnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:03 PM | Show all posts
Kalau di mesia paling lama 99 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-4-2016 01:59 PM
Biasa lease 999 years.  Flat saya di London leasehold 999 years. Dari tahun 2010

It is almost like freehold
Skrg yg jual banyak jumpa yg 125yrs je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong now from kedah ada rumah kat central London. He bought it masa kali pertama jadi Agung in the 70s
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor ingatkan keluarga diraja london yg kaya raya.. taksub sgt org dengan depa2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-4-2016 02:03 PM
Kalau di mesia paling lama 99 tahun?

Yup
Then need to renew
Padahal we own 3 times more habitable land area than UK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 02:06 PM
ada ungkapan para nobility yang berbunyi "owns, not rules or reigns over" bila bercakap tanah si A a ...

Yr last para
Tak suka law sana yg kalau tak tinggal kat situ for certain no of years rasa nya property tu bole du challenge

Konsep sama kita hilang batu putih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:22 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 06:03 AM
It is almost like freehold
Skrg yg jual banyak jumpa yg 125yrs je

Biasanya properties yang lease dah tinggal 20-30 tahun tu dia orang renew lease tu..mengikut kemampuan pemilik. Ataupun jual murah murah..ada orang beli hanya untuk disewakan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:29 PM | Show all posts

Mak Aku Baru Land Kat Heathrow Jap Ni

Tapi kami bukan billionaire..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 02:09 PM
ada aku dengar citerr beberapa tanah prime area kat Singapore yang dimiliki Sultan Johor dalam diam, ...

Telok blangah masjid tu di bina semula dari istana. Duit sultan iskandar so dapatlah rumah dari Allah di syurga kelak. Org tahu kisah burok, kisah baik dan sedekah dia yg tak terkira depa tak tahu....biasa lah org suka cerita sensasi.

Masjid tu masih di guna. Org jbtn ugama or johor civil selalu dtg melawat. Tanah prime area ada yg di sewa dari SJ the same concept tanah dia yg di jual pd china komunis di johor. He retains share holdings.

Tyersall palace in the 60s ada lagi tapi fate sebenar tak tahu.  Ada botanical garden tu. Tanah seluas lebih 60 acre di tgh bandar. Wow....only kesultanan yg tahu tapi dengar gomen sana dah ambil. Tapi tengok tak berani pun nak naik kan apa2 so buat reclaimation je la supaya Spore tu luas kot hahaha.....TT je yg tahu

Woodneuk, sultan iskandar kasi tmj. Itu seluas 30 ekar

Undang2 Spore forbids own more than 30 acre gitu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.257100 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list