View: 6287|Reply: 41
|
[Dunia]
Di China, wanita tersalah timing bunuh diri
[Copy link]
|
|
Shenzhen, China: Seorang ibu bertindak membunuh diri dengan harapan wang daripada bayaran insurans nyawanya boleh membantu merawat anak lelakinya yang sakit.
Bagaimanapun, tindakan wanita itu yang berusia 63 tahun sia-sia selepas perlindungan insuransnya sebenarnya sudah tamat tempoh.
Lebih malang lagi, insuran berkenaan juga tidak membayar perlindungan kepada pemegang polisi yang membunuh diri.
Kisah pengorbanan wanita itu bermula apabila anak tunggalnya yang dikenali sebagai Chor, 30, menghidap sejenis penyakit saraf.
Chor yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak mula dikesan menghidap penyakit itu pada 2005, tetapi dia merahsiakannya dari pengetahuan keluarga.
Selepas 10 tahun Chor akhirnya mendedahkan penyakit itu yang kini menyebabkan dia tidak boleh menggerakkan kepala dan pinggang.
Keadaan itu menyebabkan Chor diberhentikan kerja dan dia perlu menjalani pembedahan dengan kos yang tinggi bagi mengubati penyakit berkenaan.
Ibu Chor yang sangat sedih dengan keadaan anaknya itu teringat mengenai satu polisi insuran nyawa yang pernah dibelinya sebelum ini.
Kerana mahu membantu anaknya, wanita itu bertindak terjun dari kediaman anaknya di sebuah rumah flat di bandar ini pada 22 Mac lalu.
Dia turut meninggalkan nota yang tertulis: “Jangan sedih, ibu baik sahaja. Ibu akan bantu mendapatkan wang yang kamu perlukan.”
Tidak lama selepas itu, Chor cuba menuntut insuran ibunya sebanyak 30,000 yuan (RM18,176), tetapi ditolak kerana perlindungan itu sebenarnya sudah tamat pada November tahun lalu dan tidak diperbaharui.
|
|
|
|
|
|
|
|
pengorbanan seorang ibu yg sanggup menggadaikan nyawanya demi anak |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita grey's anatomy. seorang pesakit tu insuransnya tamat pada pukul 12 tgh malam. operation dibuat pukul 2.30 pagi (dh expired). tapi doktor pusing jam ubah jadi 11.58 mlm. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya... pengorbanan sorg emak... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sedih.blh buat crpen.X pasey2 merana. |
|
|
|
|
|
|
|
besarnya pengorbanan mak! tp, jd sia2.. lagi perit utk si anak hadapi.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran, lain kali check dulu polisi insurance masing-masing sebelum bertindak..
setau aku, insurance takkan cover kes bunuh diri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bertindak tampa usul periksa sia2 je nyawa melayang |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke ibunya bunuh diri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ader yang cover ler
Jangan ler bunuh diri nakkkk oii, berdosa besar tak tiom bau syorga horkeh! |
|
|
|
|
|
|
|
Lor xkn xtaw bunuh diri insuran xcover?
Brtambah peritla hdup anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 7-4-2016 11:07 AM
pengajaran, lain kali check dulu polisi insurance masing-masing sebelum bertindak..
setau aku, insu ...
Setau sy pun camtulah .. insurans x cover bunuh diri.
Pastu ada gak kes org amik life insurans atas nama spouse pastu pi bunuh spouse tu utk claim duit. Off topic sat. |
|
|
|
|
|
|
|
India pon ada bro
|
|
|
|
|
|
|
|
bole lagi merayu nak dapatkan duit kat syarikat insuran tu
dapatla kot dlm RM30 duit minyak |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni lg kejam....
|
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- replied at 7-4-2016 11:56 AM
India pon ada bro
Hihi bro, depa.negara ramai penduduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Opis aku punya insurans cover bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe... tp byk perkara2 pelik "only" in china dan india
|
|
|
|
|
|
|
| |
|