CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5771|Reply: 35

Biarpun Kutipan Tinggi, Tapi Filem 'Batman Vs Superman' Terima Kritikan Teruk?

[Copy link]
Post time 29-3-2016 12:00 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




" Saya merupakan penggemar komik DC, tapi saya benci sungguh filem ini..."
" Walaupun watak utama adalah Batman dan Superman, tapi bagi saya watak yang betul-betul memberi kesan mendalam adalah Wonder Woman"
" Selama 3 tahun menunggu, tapi berbaloi ke penantian tersebut?"
" Wajarkah memburukkan watak Batman sehingga sebegitu rupa?"




Demikianlah suara hati para peminat filem blockbuster tahunan, [Batman vs Superman: Dawn Of Justice], yang difahamkan telah menerima komen yang amat teruk daripada kebanykan pengkritik filem antarabangsa.



sumber foto: http://www.cineymas.com.ar/



Filem [Batman vs Superman: Dawn Of Justice] telah ditayangkan di seluruh negara mulai Khamis lalu, sudahkah anda telah menontonnya. Apa pula komen anda?




Tidak kira apa respond pengkritik filem, filem tersebut telah menperolehi kutipan tiket melebihi 400 million seluruh dunia dalam tempoh tidak sampai seminggu tayangannya, mencapai rekod tertinggi dalam pencapaian filem adaptasi komik sebelum ini.




Berada pada kedudukan tangga selepas, filem Star Wars 7. Jurassic Park, Harry Potter and The Deathly Hallows dan The Avengers: Age Of Ultron.





sumber foto: http://cdn3-www.comingsoon.net/

Biarpun [Batman vs Superman: Dawn Of Justice] berdurasi 151 minit, namun ianya masih belum mampu memecah rekod durasi terpanjang filem berbentuk adiwira yang dipegang oleh filem [Batman: The Dark Knight Rises].




Walau bagaimana pun, apa yang tidak seiring dengan kutipan tiket yang tinggi adalah kritikan yang kebanyakan bersifat negatif daripada pengkritik filem yang tersohor di dunia perfileman.



sumber foto: http://www.rottentomatoes.com/
Laman kritikan filem yang terkenal iaitu 'Rottentomatoes' telah membuat penilaian menerusi 185 orang pengkritik yang memperlihatkan kesegaran tomatoes kian menurun. Setakat ini hanya memperolehi 28 % yang mana markah penuh adalah 100%.



Merujuk kepada persaing hebat DC komik iaitu Marvel Komik, Sebelum ini, filem The Avenger kesegarannya adalah 92%. The Avenger 2 pula 75%.


Sementara itu, dengan gabungan hampir 50 buah media, laman pengkritik media tersohor iaitu Metacritic turut mengadakan penilaian ke atas beberapa filem adiwira terbaru.


Hasil penilaian [Batman vs Superman: Dawn Of Justice] memperolehi 44 mata, The Avengers 69 dan The Avengers 2 pula 66.



sumber foto: http://www.imdb.com/



Namun demikian, penilaian di kalangan penonton pula macam mana? Menurut laman perfileman yang terkenal, IMDB mendapati sambutan peminat mengalami sedikit penurunan, iaitu dari 8.1 mata jatuh sehingga sekarang 7.4 mata.


Akan tetapi, setelah menonton [Batman vs Superman: Dawn Of Justice], rata-rata netizen menyambut baik dan memberi pujian yang tinggi ke atas filem [Batman vs Superman: Dawn Of Justice].


Mereka secara terus terang mempertahankan sokongan mereka terhadap filem tersebut tanpa memperdulikan kritikan pihak-pihak seperti pengkritik filem, media dan pengulas filem yang lain yang tidak professional.


Ada juga netizen memberi komen dengan mengatakan mereka yang mengutuk itu semuanya berkemungkinan diupah oleh Marvel Studio untuk sengaja memburukan filem hebat tahunan Batman Vs Superman.



sumber foto: http://blogs-images.forbes.com/



Ramai juga netizen yang berpendapat tertarik dengan filem tersebut adalah kerana kemunculan Wonder Woman lakonan Gal Gadot, Kalau nak bagi markah, salah satu markah pasti kerana Wonder Woman.




Apa sekali pun, bagi mereka yang masih belum menonton, jangan terlalu terpengaruh dengan kenyataan mana-mana pihak kerana citarasa terhadap sesebuah filem setiap orang adalah berbeza dan amat subjektif.


Jom tengok wayang!- CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla. Cuma tunggu civil war. Team ironman.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 01:02 PM | Show all posts
filem hebat speak for itself
tak perlu pun org buruk burukkan atau angkat angkat/puji
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 01:20 PM | Show all posts
best ke tak sbenarnya movie ni. aku igt nk book seat d-box kalau best.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 01:46 PM | Show all posts
aku fan filem batman tp filem ni mcm xgagah je nak pegi tgk
lama lagila nak tunggu cite batman lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 02:11 PM | Show all posts
Kurang menarik..hambar...terlalu slow...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2016 02:15 PM | Show all posts
deliciousnya iols tgk lengan superman
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 02:44 PM | Show all posts
Perjalanan cerita melankolik. terlalu original kerana kita sedia maklum, Superman adalah hero yang suka feeling2, batman pula adalah hero yang penuh dengan dendam. As expected dari watak2 hero ini kerana hero2 ini tidak lawak langsung seperti watak2 Stan Lee yang komersil. Tapi bagi aku peminat komik DC, ianya still mencapai piawaian kepuasan aku. Aku bagi 7.5 / 10.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 03:41 PM | Show all posts
oo yeah .. kemunculan wonder woman dalam mobie ni mmg memberi impak yang besau ... especially part battle ngan DD tue ...

suker meliat kemunculan tetiba wonder woman pada saat genting tue ...
dan tempikan sore wonder woman tyme berlawan tu mmg awesome ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..tgh sedap membaca, nmpak plk imbd..terus teringat 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 05:11 PM | Show all posts
ramai kutuk pun tapi ramai jer menonton.. so tetap mengungguli carta gittew..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 05:13 PM | Show all posts
Cerita slow skit..mungkin sebab pengenalan..and paling menarik baju yang kena conteng tu..ramai kata baju batman..ceh aku tertipu..tu baju robin kepunyaan jason todd..

tak tahu aku salah ke tak..sebab aku banyak layan kartun batman..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 10:17 PM | Show all posts
best je aku tgk...berbaloi2..rasa nk tgk sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 10:30 PM | Show all posts
Walaupun Spidey wakil Marvels, tapi Spidey tetap menyokong filem Batman V Superman.
Dah tengok pun, best jer. Mungkin ramai tak boleh terima Batman jadi Badman dalam filem ini. Tapi, memang itu pun character dia yang sebenar. Dan, juga mungkin mereka tak dapat menerima kematian salah sebuah watak ikonik dalam filem ini.

Spidey mengaku ada sesetengah parts dalam filem ini tidak perlu dan tak penting pun. Lepas tu ada beberapa babak dibuat  secara terburu-buru, tapi Spidey tetap bagi 7/10.
Tak lah seteruk yang dikritik, maybe juga sebab Spidey dah baca reviews yang sungguh menghampakan jadi masa pergi ke pawagam tanpa meletakkan jangkaan yang tinggi.



PS... dengan DC Comics 'membunuh' salah satu hero paling iconic mereka, macam mana studio tu akan menghidupkan semula watak itu pada mada depan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
P la tengok dulu baru condem.kalau dah tengok compem nanti jatuh cinta ngn batman.baguih ja filem ni.x da la sempurna tapi ni salah satu filem terbaik pernah aku tengok.esok pun nk p tengok lg sekali.batman tu so wowww hehe n wonder woman tu salah satu penarik.bole dikatekn x de satu pun babak borink dlm cite ni.bg aku cite ni perfect wlupun sbnrnye x la kan.batman tu nmpk gagah betul.superman ms die marah yg dekat ats bgunan ms lex suruh die bunuh batman fuyooo mremang bulu tgok superman.sp yg belom p tengok sile la pg.kalau beli cd pun mgkin x kan same feel tgok wayang
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Fun Fact : Gal Gadot yg memegang watak Wonder Women pernah mewakili Israel di pertandingan Miss Universe 2004. Namun tidak lepas Top 15.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2016 09:52 AM | Show all posts
maybe sebab high expectations sangat.. aku pun agak terkilan Superman aku diorang jadikan mamat emo gitu.. tak pe la.. aku anggap Clark belum jalani training daripada Jor-El kat ICe Fortress.. lepas training mungkin dia boleh release his inner Kal !

bring me bright Superman in his primary colours, under the yellow sun , then consider me sold
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 09:54 AM | Show all posts
kalau sesiapa nak pergi tengok, please go ahead..

tapi aku cadang beli tiket kul 11, masuk hall kul 12.

atau masuk hall kul 11, tapi tido je satu jam yg pertama... tak de korang rasa terseksa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai peminat Batman aku memang bagi 5 bintang untk cerita ni sebab Batman menang masa lawan superman huhu cuma bagi aku scene bruce wyne mimpi masa tertido masa nak encryp data tu patut tak payah ada. Patut digantikan dgn scene macamana Batman curi krypton dari lex luthor. Yg best DC ni dia tak terikat pada kanak2 sangat so ending dia tak la happy ending macam cerita marvel apabila superman 'dimatikan' tu memang epic.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 09:36 AM | Show all posts
Awl2 jln cerita slow skit, bila dh hjg2 bru best tgk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.459635 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list