|
|
Tudung Ajaib Mampu Kurangkan Stress & Sakit Kepala Bakal Dipasarkan
Tak lama lagi tudung ajaib bakal dilancarkan, yang kononnya mampu mengurangkan stress dan sakit kepala! Wow, tudung jenama apa tu yang boleh mengurangkan sakit kepala dan stress tu?? Yela, nak tahu juga sebab ramai yang merungut kalau pakai tudung ni panas lah dan membuat sakit kepala.. Disebabkan tu juga lah ramai bagi alasan bangang macam tu tak nak pakai tudung..
So, nak kepastian, betul ke tudung ajaib tu mampu membuat si pemakai lebih selesa pakai tudung?? Jangan setakat sembang jer lebih, tapi bila pakai tudung tu biasa jer macam tudung yang sedia ada di pasaran noh..
Tudung ajaib yang dihebahkan tu adalah rekaan dari Qnergi, tampil dengan koleksi tudung Qnergi Scarves yang diilhamkan oleh Prof. Datuk Dr. Noordin Darus.. Apa yang istimewa sangat pasal tudung Qnergi tu, adalah mempunyai cas tenaga semula jadi yang kononnya dapat memberi pelbagai manfaat kepada pengguna..
Selain itu, setiap helai tudung rekaan jenama ni dikatakan mempunyai aura tenaga tersendiri melalui proses teknologi zero-poin, dan tudung pertama di dunia yang mempunyai cas tenaga secara semula jadi.. Setiap tudung juga dikatakan melalui proses fermentasi dan pengewapan.. Huh, melalui proses teknologi zero-poin bagai noh, kalau tak memberi kesan yang dikatakan memang sia-sia jer lah..
Antara kebaikan tudung ni adalah mengurangkan stress, melancarkan pengaliran darah ke otak, meransang pertumbuhan rambut, meningkatkan kecerdasan minda dan menghilangkan sakit kepala.. Jenis kain yang digunakan pulak, menggunakan fabrik sifon berkualiti yang selesa dan memberikan aliran udara yang baik.. Harga ditawarkan dari RM65 hingga RM95, dan akan mula berada di pasaran pada 2 April ini..
Apa-apa pun tunggu jer lah bila tudung ni dipasarkan, korang jangan lupa beli kalau nak tahu keberkesanannya yang dihebah-hebahkan tu.. Lagi satu, dengan adanya tudung ajaib ni, tak ada alasan lagi untuk kaum wanita tak nak pakai tudung yer?? - MissHana/Utaranews.com
|
|