CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7989|Reply: 79

[Tempatan] Beku jawatan dalam sektor awam mulai 1 Mac, CUEPACS bantah!

[Copy link]
Post time 7-3-2016 03:47 PM | Show all posts |Read mode

MIRI 7 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah tindakan kerajaan membekukan pengambilan penjawat awam dengan tidak membenarkan pewujudan jawatan baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, keputusan kerajaan yang diambil oleh Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk ‘Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan’ membawa implikasi sosial dan ekonomi yang negatif kepada negara.

“CUEPACS tidak bersetuju tindakan MOF dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta perkara ini dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Perkhidmatan Awam anjuran CUEPACS Sarawak oleh Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin di sini hari ini.

Azih berkata, CUEPACS kecewa tindakan MOF yang membuat keputusan itu tanpa sebarang perbincangan dilakukan memandangkan impak negatif arahan tersebut lebih kepada kebajikan kakitangan bawahan dan bukan kakitangan atasan.

Beliau berkata, impak sosial yang bakal dialami oleh negara ialah masalah pengangguran bakal meningkat terutama individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan sijil lain.

Azih berkata, dari sudut ekonomi, tindakan itu akan melambatkan lagi proses pemulihan ekonomi berikutan kekurangan kritikal kakitangan awam untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut jadual terutama jika ia melibatkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

“CUEPACS meminta pegawai MOF yang bertugas di Putrajaya turun padang melihat sendiri keadaan di kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara sebelum mengeluarkan garis panduan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ada sesetengah kawasan, terutama sekali di luar bandar dan pedalaman, memerlukan petugas yang ramai kerana keluasan dan kedudukan geografi kawasan tempat berkhidmat seperti Sarawak dan Sabah.

“Saya bagi contoh kalau pejabat hanya ada seorang pembantu tadbir iaitu seorang wanita yang sarat mengandung, selepas melahirkan anak cuti tiga bulan, siapa yang menggantikannya dalam tempoh tiga bulan kalau tiada jawatan yang sama dengannya,sebab itu dalam keadaan tertentu jawatan baharu tidak boleh dibekukan kerana faktor tersebut,” katanya.

Pekeliling Perbendaharaan setebal 11 muka surat itu, menggariskan 14 garis panduan, antaranya pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

Pekeliling itu juga mengarahkan pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara, dilaksanakan dengan kawalan ketat.

Bagi konsep pindah butiran, ia mesti diberi keutamaan bagi projek-projek baharu yang telah siap seperti sekolah, hospital/ klinik, balai polis dan sebagainya untuk memastikan agihan penempatan pegawai dibuat berdasarkan fungsi/ kepakaran dan permintaan pelanggan

Pekeliling itu mengarahkan jawatan kosong yang tidak diisikan melebihi dua tahun, dimansuhkan.

“Kami juga tidak setuju mengenai perkara Elaun Lebih Masa yang semakin diperketatkan prosedur dalam pekeliling ini, akan menyukarkan kelicinan perjalanan tugasan berikutan kerenah birokrasi,” katanya.

Azih berkata, CUEPACS baru mendapat tahu mengenai pekeliling itu semalam setelah ia dimuat naik dalam laman web MOF. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 03:58 PM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:03 PM | Show all posts

kupek ni paham x ekonomi dunia tgh gawat skrg...?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:05 PM | Show all posts
azih muda ni btoi2 bodoh ke pura2 bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang2 aku keje gomen..tgok diaorg keje lg teruk dr kami kat swasta ni..weekend kerap keje,outstation..yg tua2 xnak pencen asek pass keje2 kat dema je pdahal yg muda2 lg bz nak beri perhatian tuk anak2 yg sedang membesar pdahal yg patut pencen ni ujung mggu hanya perlu mikir kenduri anak sape kawen mana nak g..sungguh x adil..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:15 PM | Show all posts
situasi ekonomi negara semakin teruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 04:16 PM | Show all posts
apa yang kejutannya.. dri thn lepas lagi dh beku tp gigih la menipu spa tu duk panggil bdk intrvw beramai2, padahal xambik pon. kesian abg aku dh bertahun2 jadi calon simpanan. dia pon x berharap dh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nipu je la nk beku .

bkn da beku ke.. last2 ada je amik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ot tu ada yg betul..
Kekadang ada staff buat ot tp x npk output..
Time waktu kj biasa x buat kj..hujung2 time nak blik terhegeh2 semak2 dokumen..
Huhu..

Ikhlas dr hakak penyelia kewangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 04:22 PM | Show all posts
ekonomi kita kukuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:38 PM | Show all posts
dah lama kot dibekukan? pekeliling je baru kuar. motif sgt nak sentap? nak bayar pakai apa plak kalau ambik? yang ada ni pun nak dibuang dah kalau tak perform... lenkali umo pencen tak payah lanjut kan. tak pikir generasi akan datang ni la masalahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
beku apanya haritu baru mzz pass exam ptd..tapi x dpt sambung pac sebab tengah heavily pregnant

Maknanya still ada pengambilan mcm biasa lah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tak heran dan tak nak ambik tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:44 PM | Show all posts
hest replied at 7-3-2016 04:38 PM
dah lama kot dibekukan? pekeliling je baru kuar. motif sgt nak sentap? nak bayar pakai apa plak kala ...

Hak ni aku stuju.. Umur pencen tu patut kekal je 55 tahun... Ni sampai 60 tahun pon gigih nak keje lagi... produktif dah kurang, tapi gaji mencanak2 pasai siniority kononya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:44 PM | Show all posts
Lantaklah buat lar pape yang patut * i hangkat bahu *
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:47 PM | Show all posts
bkn dh lama ke? tmpt hakak ni yg pencen ke...yg meninggal ke..mmg xde pengganti...bertabah la masing2 kne tmbh workload...

ttg pencen tu hakak setuju...klu umo 45thn pencen lg hakak setuju....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 04:47 PM | Show all posts
teen_angelJB replied at 7-3-2016 04:19 PM
Bab ot tu ada yg betul..
Kekadang ada staff buat ot tp x npk output..
Time waktu kj biasa x buat k ...

agaknyer pej kita org yg pelik...bila bos suruh OT semua bagai nak lari x cukup tanah 2 hari tu je la nak rehat weh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah pencenkan yg tua2 gaji banyak tapi buat keje pon dah xberapa cekap tu..bg peluanglah kat org muda...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:53 PM | Show all posts
propa aje lebih, dari tahun lepas lagi dah dibekukan pengambilan penjawat awam ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:05 PM | Show all posts
pencenkan aje time umur dh 55 thn... biar le deme pandai nk manage duit dan hidup, pencen pun deme dpt gak duit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.098597 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list