CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11921|Reply: 119

Virus Zika Senjata Biologi Ciptaan Amerika?

[Copy link]
Post time 4-2-2016 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Virus Zika  yang dibawa oleh Nyamuk Aedes kian menular dan menimbulkan kebimbangan dunia. Virus Zika dikenalpasti di negara Uganda pada tahun 1947 semasa pemantauan demam kuning sylvatic di kalangan monyet Rhesus. Ianya kemudian dikenalpasti di dalam badan manusia pada tahun 1947 di Uganda dan juga Tanzania. Kini ianya telah merebak di Perancis, Polynesia, Asia dan Amerika Selatan.


Apa yang menarik ingin penulis kongsikan, terdapat sumber yang mengaitkan Virus Zika sebenarnya merupakan senjata biologi ciptaan USA.







Dikatakan, USA menggunakan senjata biologi virus Zika ini terhadap musuh negara yang tidak sebulu dengannya. USA telah membelanjakan $100 billion untuk penyelidikan senjata biologi sejak tahun 2001. Ia dikenali sebagai senjata biologi anti-terrorism art of 1989- menurut professor perundangan Antarabangsa Francis A.Boyle.


Menurut bekas Physician ketua Negeri Sanitery Russia Gennady Onishchenko. Wabak virus zika membawa maut ini adalah senjata peperangan biologi. Wabak ini boleh merebak dengan pantas membunuh hingga 4 juta orang dalam tempoh yang singkat.


Senjata biologi ini telah dicipta secara diam-diam sejak 1948 lagi. Senjata biologi ini di upgrade oleh USA beberapa tahun kebelakangan ini.
Virus zika dibawa nyamuk aedes ini boleh menyebabkan kecacatan bayi dan kanak-kanak serta membunuh orang dewasa.


Virus zika ini juga boleh berjangkit melalui hubungan seksual. Ini adalah salah satu ciri-ciri senjata kejuruteraan sentatik boleh berpindah melalui air liur.


Menurut wartawan penyiasatan Jerome Corsi WND.com, virus zika ini akan disebarkan ke Amerika Latin Brazil Argentina Eropah Afrika dan Timur Tengah tanah arab.


Apakah tujuan USA menyebarkan senjata biologi ini ?
1-Menghapuskan populasi manusia dengan mudah di sesebuah negara. Kurang manusia kurang penentangan dan bantahan untuk USA merompak hasil bumi minyak dan gas di sesebuah negara.
2- Tujuan untuk merosakkan ekonomi sesebuah negara yang tidak sebulu dengan USA. Contoh Brazil dan Argentina menyertai BRICS dan menolak tawaran TTIP atau TPPA. Ini menyakitkan hati USA. Akibat dari serangan virus zika ini orang ramai takut untuk datang ke negara mereka untuk berurus-niaga.
3- Business yang menguntungkan USA akan membekalkan vaksin virus zika dan ubat sintatik apabila semua negara bodoh menandatangani perjanjian TPPA atau TTIP jika di Eropah.


Virus Zika dikaitkan dengan penyusutan otak pada bayi yang belum lahir sehingga menyebabkan kerosakan parah pada otak dan juga menyebabkan kematian. Zika telah tersebar ke lebih 20 negara dan menimbulkan kebimbangan terutamanya rakyat Brazil.


Presiden Brazil, Dilma Rousseff, telah menyeru kepada para pemimpin negara Amerika Latin untuk bersatu dalam memerangi virus tersebut.


Persoalannya, adakah benar ia ciptaan USA? Mungkin tidak mustahil juga kerana USA memiliki kecanggihan teknologi melebihi negara-negara lain. Cuma pada pandangan penulis, jika hanya membuat spekulasi tanpa bukti ia sudah menjadi satu fitnah betul tak. - CARI Infonet.











*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 11:34 AM | Show all posts
another bullshit theory conspirashit, fucking shit....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:35 AM | Show all posts
Itu hari akak ada baca kat FB....
Durian belanda boleh sembuh cancer. America tahu tentang ini tapi mereka merahsiakan info. Sekarang orang melayu dah tahu. Sibarkan sibarkan....

Ya ampun....akak macam nak comment tapi takut nanti mereka kecik hati...so bior lah..asalkan keluarga akak tidak mempunyai mindset seperti ini udah.....



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak gelak ka nak nangis baca ni

Hanya mampu doa ahli keluarga mzz dijauhkan dari tahap kebodohan level expert mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:47 AM | Show all posts
tapi kenapa Brazil dan US sendiri yang isytihar darurat skrang sis? bodohkah mureka nk bunuh rakyat sendri? ..adakah betul dakwaan ummah bodoh yang kata mereka sanggup bunuh rakyat sendiri semata2 nak target tentera mahdi....pergi sembah berhala lagi baik sis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:48 AM | Show all posts
Bagaimana pula dengan West nile virus yang serang yisrael ? failed experiment juga kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 11:52 AM | Show all posts
Memanglah ciptaan US
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:52 AM | Show all posts
senang senang kita salahkan illuminati,freemason dan yahudi lah utk semua nih

sementara diorg dgn bijaksananya research utk maju ke hadapan

kita tunggu dan komen sajalah dgn fb, laman web, blog, computer ciptaan sapa tah ni

klu ade masa cari bisness MLM La Genius. Dh la boleh jimat api, dia kurangkan penyakit kronik ciptaan yahudi jugak.

sbb La Genius tu ciptaan genius Melayu @ Asia

eh bhenti lepak2 tepi jalan minum kopi main dam dulu lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 11:56 AM | Show all posts
amalan "blame others"ni mmg dah tertanam dalam setiap ummah muslim melayu agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hmmmmm kan aja...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:02 PM | Show all posts
farking sheet...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit-sikit Yahudi....sikit-sikit salah DAPig

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:10 PM | Show all posts
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zika tu blh di beli online je..kalo web tu tipu..maap la ye..

And who owns the patent on the virus? The Rockefeller Foundation!


pepun...betul la pepatah org dulu2....
maroh kan nyamuk..kelambu dibakor..
skrg ni..nyamuk yg cinonet mengamok sudah...
dari denggi..kepialu...Zika...sumer dr puak2 Nyamuk ni je haa..

sapa sangka..makhluk yg secinonet itu blh membawa penyakit yg berbahaya..



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 4-2-2016 12:10 PM
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zi ...

Husnuzon jela wlupun Rockefeller dan keturunannya sesuatu sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 4-2-2016 11:35 AM
Itu hari akak ada baca kat FB....
Durian belanda boleh sembuh cancer. America tahu tentang ini tapi ...

Sbb buah durian belanda tu sumber semulajadi jadi buah tsebut tak boleh di paten kan..ini salah satu sbb knp pkra ni tak d popularkn.
Cegah kanser dr awal..mkn kena balance,seminggu sekali try masukkan serai atau halia dlm mskn sbb ni sumber murah halang kanser.begitu juga dgn pucuk ubi kayu..dgn izin Allah..kun faya kun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:47 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 08:10 PM
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zi ...

ATCC, syurga membeli belah utk kami beli cells dan virus....Ingat beli virus for research mcm beli nasi lemak kat simpang empat ke? Kena ada byk procedure and red tapes to get through....dan pastikan your facilities comply dgn biosafety regulations... So what the depositor was a scientist yg bekerja di Rockefeller Foundation? Dah foundation tu banyak sponsor kajian sains, dari dulu hingga sekarang.... Untung siapa yg dapat grant atau scholarship under Rockefeller Foundation, bukan calang2 orang boleh dapat.... At least, Yahudi nak juga tolong kembangkan ilmu sains dan perubatan... Look at their contribution to science, not their race, if you want to go further

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 12:54 PM | Show all posts
It's the same ttg vaccination ...tapi ramai ummah dlm Cari ni query saya balik. Ini adalah ttg freemason dan rockfeller institute.Jgn nak pertikai sangatlah!. Dunia telah dipegang dan dikuasai oleh keluarga Firaun dan Dajjal. Ekonomi dan perubatan mutlak mereka pegang nanti cerita pasal bekam org ragu sedangkan itu sunnah Nabi bukan dtg dari manusia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 01:15 PM | Show all posts
Allah maha mengetahui.....tengoklah nanti bila Allah bayar cash...termasuk penyebar fitnah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 01:27 PM | Show all posts
wartawan bangsat apa ni , posting melayu mabuk todi kt FB psl konspicrapshit pon boleh buat bahan berita...

dumbass
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 01:35 PM | Show all posts
ini mesti cedok dari neil armsteen and the konco2. bodoh budak ni. tolak ilmu sains sebab tak faham lepas tu tuduh yahudi, murika, firaun dan dajjal punya kerja. dajjal mmg akan keluar pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 1.115356 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list