CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73510|Reply: 961

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 29-1-2016 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 4-2-2016 07:54 AM

KEMASKINI KRONOLOGI:

Kronologi krisis Menteri Besar KedahKohilah Sekaran, Astro Awani |                                                 Februari 03, 2016 12:04 MYT                    
                                




                                 Berikut adalah kronologi kemelutan politik Kedah dimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diseru untuk meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Berikut adalah kronologi sepanjang krisis Menteri Besar Kedah berlangsung sejak 20 Januari lalu.

JANUARI

20 Januari
- Sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri.


20 Januari- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat supaya menilai prestasinya sejak Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Serah kepada rakyat menilai keberkesanan pentadbiran saya,” katanya.





20 Januari- Hampir 1,000 orang berkumpul di pekarangan Bangunan UMNO Negeri Kedah pada malam 20 Januari sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu dikatakan untuk menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun.


21 Januari- Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.


21 Januari- Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.


21 Januari- Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan sokongan kepada Mukhriz. Menurut beliau, Mukhriz adalah seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat.


21 Januari- Penyokong bola sepak Kedah tidak mahu kehilangan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.


21 Januari- Mukhriz menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada UMNO dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.


21 Januari- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.


21 Januari- Mukhriz memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.


22 Januari- Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang terlibat dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  enggan berkongsi butiran mengenai apa yang dibincangkan.


23 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik Kedah.


23 Januari- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru agar krisis dalaman UMNO Kedah diselesaikan secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.


24 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah  menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya 'gila jawatan menteri besar'.


25 Januari- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang cuba menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah merupakan kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.


25 Januari- Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.


27 Januari- Mukhriz berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.


29 Januari- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.


29 Januari- Mukhriz diminta keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Arahan itu diberi oleh setiausaha agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


29 Januari- Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak beberapa cadangan nama sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz.


30 Januari- Ketidakhadiran enam anggota Exco kerajaan negeri Kedah ke mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu mencetuskan kemurkaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, kata Mukhriz.


31 Januari- Mukhriz mengesahkan beliau tidak akan menghadiri pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

FEBRUARI

1 Februari- Susulan krisis politik yang melanda negeri Kedah, 20 daripada 21 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.


1 Februari- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri enggan mengulas kenyataan Mukhriz mendesak supaya pemimpin UMNO terlibat memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


2 Februari- Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah berkumpul di sebuah hotel di Alor Setar bagi membincangkan krisis UMNO negeri.


2 Februari-  Seramai 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri Kedah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung isu kedudukan menteri besar.


2 Februari- Kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.

Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

3 Februari- Mukhriz umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

3 Februari- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.  



s



Tukar MB: Najib dijangka menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi ini, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto TRP



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 29 Januari:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi ini, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
BH Online melaporkan pertemuan tersebut dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Bakar Din.
Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut.
Walaupun tiada pengesahan rasmi, namun sumber terdekat dengan pentadbiran negeri memaklumkan pertemuan dijadual berlangsung 8.30 pagi ini.
Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada sebelah petang.
Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila kepimpinan Mukhriz ditolak sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah serta kepimpinan Umno bahagian negeri itu.

Ada antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong pertukaran pucuk kepimpinan negeri, turut tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu lalu.
Selain itu, sebahagian besar ADUN Barisan Nasional (BN) daripada Umno juga dikatakan sudah menandatangani Akuan Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang baharu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 08:35 AM | Show all posts
apa perubahan besar yg positif yg UMNO akan dapat kalau MB Kedah ditukar  baharu ?





Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:40 AM | Show all posts
yes! long life umno! tunjuk lah perangai tak matang ni, biar smua rakyat malaysia tau true colors korang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:48 AM | Show all posts
'Selamat' maju jaya UMNO & BN for next PRU...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 09:44 AM | Show all posts
Kereta rasmi PM dilihat masuk ke istana Kedah di KL

http://www.malaysiakini.com/news/328665
Hafiz Yatim      Hari ini, 9:10 pagi      Hari ini, 9:39 pagi



Kenderaan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilihat memasuki Istana Kedah di Kuala Lumpur pagi ini, dan ia menguatkan spekulasi mengenai perubahan menteri besar Kedah tidak lama lagi.

Kereta Najib, dengan nombor plat W 11 N, dilihat memasuki Istana Darul Aman pada kira-kira jam 8.18 pagi ini.

Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat petang ini di mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijadual menghadirinya.

Mukhriz sedang berdepan krisis keyakinan di negeri itu selepas timbalannya dalam kepimpinan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, mengisytiharkan bahawa ADUN BN tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada akhirnya nt....sumernyer terpulang kpd rakyat Kedah juga dalam 'membuat keputusan terakhir'.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2016 10:22 AM | Show all posts
Krisis MB: Najib selesai mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Aedi Asri
| January 29, 2016

Perdana Menteri dilihat keluar dengan kenderaan rasminya pada jam 9.15 pagi tadi dari Istana Darul Aman.



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Istana Darul Aman pada jam 9.15 pagi, hari ini selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai berhubung kemelut Menteri Besar Kedah.
Turut dilihat bersama beliau ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
  
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Istana Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya, Proton Perdana berwarna hitam bernombor plat W11N kira-kira jam 8.15 pagi.
Pintu masuk Istana Darul Aman dipenuhi polis trafik serta sekumpulan wartawan dan jurukamera yang sudah menunggu sejak awal pagi tadi.
Pertemuan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Menteri Besar Kedah bakal bertukar tidak lama lagi, walaupun pegawai Istana Anak Bukit di Kedah memberitahu FMT semalam, bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.
Utusan Malaysia pernah melaporkan, istiadat pelantikan Menteri Besar baharu kemungkinan besar akan berlangsung hari ini atau selewat-lewatnya esok.FMT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:24 AM | Show all posts
Skuau replied at 29-1-2016 02:15 AM
Pada akhirnya nt....sumernyer terpulang kpd rakyat Kedah juga dalam 'membuat keputusan terakhir'.

nampak gaya macam tak jerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 10:30 AM | Show all posts
berape byk dah bayar kt org atas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:38 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-1-2016 10:24 AM
nampak gaya macam tak jerrr

Mmg akan sangat bagi impact sbb kali ni tak seperti di selangor dulu...siap ada pungutuan suara dari rakyat kedah yg more than 95%  nak mukriz terus jd mb.. jugak mukriz ni rajin jumpa orang ramai...sentiasa ada rakyat kedah dok post gambaq depa dgn mukriz kat mana mana...hatta pi makan tepi jalan...dok bersila makan sama sama..kopek durian sama sama..pi kenduri...function... merata rata dia jumpa orang kedah.... ni tentu bagi lebih kesan sbb jarang jumpa mb mcm dia... kalau umno menang pru 14 ni mmg i akan derma darah 10 pint lah...





Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:42 AM | Show all posts
HIDUP DSMM
hidup dsmm

my future pm
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo dh kata 95% rakyat Kedah nkkn Mukriz kekal,itu dh cukup sbg 1 'peringatan' kpd mereka yg nk menukar MB ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:51 AM | Show all posts
Tukar ke tak ni... Macam tak je.. keluar dari Istana Kedah pukul 9:15, sekrg nak pukul 11 belum buat pengumuman. Style Najib, kalau memihak belah dia,cepar je nak press conference.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:52 AM | Show all posts
UMNO dengan UMNO gaduh siapa nak tepuk tangan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:54 AM | Show all posts
Skuau replied at 29-1-2016 02:48 AM
Klo dh kata 95% rakyat Kedah nkkn Mukriz kekal,itu dh cukup sbg 1 'peringatan' kpd mereka yg nk menu ...

Ada Bijan lahanat tuh kesah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:56 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-1-2016 02:38 AM
Mmg akan sangat bagi impact sbb kali ni tak seperti di selangor dulu...siap ada pungutuan suara da ...

tu belum campuq lagi dengan orang kedah yang dok luaq kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2016 10:58 AM | Show all posts
Najib expected to present endorsement letter for new Kedah MB today            
























         



























      
      
                     

     

         PETALING JAYA: The Kedah mentri besar crisis is about to come to an end with Datuk Seri Najib Tun Razak expected to meet the Regency Council today.

The Prime Minister has been granted an audience to present the official documents that will usher in a new mentri besar for Kedah.

The audience will take place at Istana Negara in Kuala Lumpur at 8.30am.

Najib is expected to hand over the watikah or letter of endorsement naming the person to take over from outgoing Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

  


It is understood that the Prime Minister has obtained the blessings for the change from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah during an audience on Wednesday morning.

But the appointment of the new mentri besar is not a done deal as yet.

The Regency Council, which comprises the King’s two younger brothers and his only daughter, is believed to have reservations over the Prime Minister’s proposed candidate as the new mentri besar.

Given that, a decision on who will be the next mentri besar may not necessarily be known by today.

Najib is believed to favour Bakar Bata assemblyman Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, 65, who is the deputy Kedah Umno chief.

Ahmad Bashah is currently a Senator and the Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister.

State executive council member Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63, is said to be a possible alternative candidate. Dr Ku Rahman, who is Guar Chempe dak assemblyman, has a PhD in rubber science from Loughborough University, Britain.

If everything goes well, the swearing-in of the new mentri besar is likely to be on Monday.

Palace procedures suggest that Mukhriz will also be called to the Palace to be informed of the royal consent for the change.

Meanwhile, Kedah-based sources said that Mukhriz’s officers had started packing things in his office as well as the mentri besar’s official residence in Mentaloon.

The latest development comes more than a week after a dramatic mutiny by the state Umno division chiefs against Mukhriz’s leadership.

The Umno division leaders as well as the state chiefs of the Wanita, Youth and Puteri wings held a press conference on Jan 20 to declare they had lost confidence in the leadership of Mukhriz and they urged the Umno president to take necessary action.

Events moved rapidly after that with 19 of the 21 Barisan Nasional assemblymen signing statutory declaration to endorse the change amid Mukhriz’s refusal to step down.

Mukhriz had come into the job on a wave of popular support after the 2013 general election.

However, he failed to consolidate his support among the state Umno leaders and fell out of grace with the Prime Minister over the 1MDB issue.

The Regency Council consists of Tunku Temenggong Tunku Sal lehud  din ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah and Tunku Panglima Besar Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/29/pm-to-meet-regency-council-najib-expected-to-present-endorsement-letter-for-new-kedah-mb-today/


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 29-1-2016 10:52 AM
UMNO dengan UMNO gaduh siapa nak tepuk tangan?

Depa yg x suka Umno.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 29-1-2016 10:54 AM
Ada Bijan lahanat tuh kesah??

PRU-14 nt sumernyer akn 'terserlah'.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:07 AM | Show all posts
Mukhriz dah packed up office dgn kediaman rasmi. Ready to move out. Biar betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.084489 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list