Walaupun banyak yang memilih untuk putihkan kulit, nampak cantik tetapi bagi mereka yang sememangnya dilahirkan putih, putih melepak sangat amatlah tidak cantik jika kelihatan pucat tanpa makeup.
Jika tahu panduan sebenar untuk nampak cantik, pastinya muka akan akan kelihatan 'bernyawa' dan segar
ELAKKAN GUNA BEDAK JENIS COMPACT POWDER
Oleh kerana kamu putih dan kelihatan seperti mayat bergerak, elakkan daripada menggunakan bedak jenis ini. Ia akan membuatkan tona kulit anda nampak lebih kering dan tak bermaya.
GUNAKAN PRODUK YANG ADA SPF
Pakai pelembab yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi. SPF juga sangat baik untuk melindungi kulit anda.
BELI LIPSTIK WARNA PINK ATAU OREN
Wajah yang segar akan tambah lebih berseri dengan lipstik dengan rona warna yang 'warm'.
FOKUS BAHAGIAN MATA
Ia sangat penting. Bahagian mata yang 'garang' dapat membantu menambah semangat kepada anda untuk kelihatan lebih seksi.