View: 4771|Reply: 49
|
[Tempatan]
Media sosial punca penceraian
[Copy link]
|
|
Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.
Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.
"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar yang kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun lalu.
Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercerai setiap hari.
Mariani berkata di zaman canggih ini, penggunaan WhatsApp juga boleh mendorong kepada perbuatan curang yang mana perkenalan biasa antara lelaki dan wanita menerusi aplikasi media sosial boleh membawa kepada perhubungan mesra hingga melupakan batas pergaulan.
"Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain," katanya.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi dan wajib menyedarkan semua pihak terutama bagi pasangan yang mahu berkahwin mengenai kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga.
Beliau berkata pasangan seharusnya tahu dan faham yang setiap perceraian akan memberi gangguan kepada sistem diri anak-anak dan keluarga mereka termasuk soal kerjaya masing-masing.
"Pasangan sebaiknya mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang komunikasi berkesan iaitu cara pengurusan konflik, pengendalian krisis, psikologi keluarga dan pengurusan persepsi yang berkesan," katanya.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani berkata kursus pra perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.
"Pengisian dan inti pati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga," katanya.
Beliau mencadangkan universiti turut menyediakan program pengajian berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan kepada pelajar. – Bernama, 14 Januari, 2016
|
|
|
|
|
|
|
|
sila panjangkn kursus kawen...(sarcasm) |
|
|
|
|
|
|
|
sila kenal pasti root cause ngan tepat..... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada gak dengar kursus kawen nak dipanjangkan sampai 3bulan bagai , tapi sampai lani xdak apa pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Marah sikit block suamidi fb wasap wechat dsbgnya.
Cer marah sikit tukar kunci rumah baru puas ati..biar dia tido luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mungkin betul jugak..
Sebab makin banyak insta the most beautifoo.. the most handsem.. tapi bukan yg versi melayu punya yee.. sebab dlm tu seko2 muka makan belachan & gigi sireh.. |
|
|
|
|
|
|
|
sila buat kursus perkahwinan di paris, seperti yapeim |
|
|
|
|
|
|
|
i think yg membimbangkan ialah trend sentiasa ngadap handphone. fb ke instagram ke youtube ke forum ke blog ke...
ni semua melalaikan dari membuat kerja2 sebenar. dan akhirnya terbengkalai dan boleh sebabkan gaduh or cerai |
|
|
|
|
|
|
|
well, ini berlaku dan tidak disedari di kiri kanan....yups. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sbb wassap
tp sebab suami xreti nk cover
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmmm......banyak buruk dari baik..apa pun.....guna teknologi untuk keperluan yang sesuai... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cabalero at 14-1-2016 11:06 AM
aku paling pantang bila member beria ajak jumpa nak bersembang end up dia main FB
aku bagitau dia next time kalau nak jumpa takyah susah2...inbox aje buang masa aku je datang
sengih2 member aku sambil simpan HP dalam poket
|
|
|
|
|
|
|
|
orang lebih mudah dan senang meluahkan perasaan di FB
sampai benda yg tak patut diluah pun boleh jadi tatapan ramai
marah dgn laki tapi luah kat FB buat apa
luah la kat laki kau
|
|
|
|
|
|
|
|
kursus kawen kena ada slot ttg media sosial n elektronik |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn mokcik....jangan...... sabor je le. Zaman dulu bila makpah gertak suruh anak pergi jgn balek2 atau pindah bawa tikar bantal (ke rumah kawan ke atau ke panggung wayang kerana tak reti nak balek2), anak2 takut. La ni, tak payah suruh pergi pun anak2 akan pergi sendiri dan tak balek2 lagi. Makayah pula yg kecut hati. Gitu juga dgn suami, asyik suruh tido luar, nanti terus pula dia tido di luar-luar. Sape susah? terus terbit berita di suratkaba merayu minta suami/anak pulang ke pangkuan koga. naye tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kekal kan jek kursus kawin yg ade skang ni dgn sedikit penambahbaik...
org yg cerai patut pi kursus cerai, post mortem balik ape kesilapan rumahtangga lepas... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah addict dgn hp tak boleh buat ape, bkn masalah kursus kawen...
diri seseorang tu. lelaki atau pompuan same je kalau dah 24 jam ngadap hp. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 14-1-2016 11:21 AM
Jgn mokcik....jangan...... sabor je le. Zaman dulu bila makpah gertak suruh anak pergi jgn bale ...
Hahaha...kelakar plak ko ni.dia nk nyimpang tido mana lantok ke dia.one nite stand katanya...seminggu x balik jd 1week stand... |
|
|
|
|
|
|
| |
|