CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16710|Reply: 114

Nora Di Persimpangan Dilema sampai terlepas Gegarvaganza2

[Copy link]
Post time 7-1-2016 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by hacks_oren at 7-1-2016 09:33 AM

Nora ingin sertai Gegar Vaganza

SELEPAS dua musim bersiaran, program realiti, Gegar Vaganza terus meninggalkan impaknya tersendiri.

Pada masa sama, program terbitan Astro itu menjadi platform terbaik buat artis-artis lama melepaskan rindu di atas pentas untuk menghiburkan penonton.

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah penyanyi terkenal era 90-an, Nora Ariffin.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini berpendapat Gegar Vaganza mampu mengembalikan zaman kegemilangan seseorang artis selepas sekian lama menyepi.

"rogram itu merupakan satu ruang terbaik apatah lagi barisan artis yang terlibat bukanlah calang-calang orangnya.

"Kebanyakan peserta yang menyertainya sudah pun ada nama cuma mungkin mereka menyepi seketika dan kini kembali beraksi.

"Secara peribadi, saya suka tengok program itu dilaksanakan," katanya kepada Zass.

Bahkan, jika berkesempatan, pemilik nama penuh Wan Norafizah Ariffin ini turut memasang impian untuk menyertainya suatu hari nanti.

"Sebenarnya, saya ada ditawarkan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kedua (GV2) oleh Astro.

"Ketika itu, saya diberitahu GV2 mahu dilaksanakan di Johor Bharu.

"Selepas memikirkan akan komitmen terhadap keluarga, saya terpaksa menolaknya," katanya.

Meskipun berlaku perubahan lokasi terhadap GV2 kemudiannya, penyanyi berusia 44 tahun itu bagaimanapun menganggap ia sebagai tiada rezeki,

"erbincangan mengenai perkara itu habis di situ saja dan pula tidak diberitahu yang lokasinya sudah ditukar kemudian.

"Mungkin ketika itu ada berlaku sedikit salah faham, tetapi, tidak mengapa.

"Jika saya mendapat tawaran lagi dan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Insya-ALLAH, saya akan sama-sama menjayakannya," katanya.

Dalam pada itu, Nora turut berpendapat industri muzik kini semakin berkembang apatah lagi dengan kemunculan artis-artis baharu yang berbakat besar menerusi kewujudan pelbagai program realiti seperti Bintang Mencari Bintang, Akademi Fantasia, Mentor, Bintang RTM dan banyak lagi.

Kembali aktif menyanyi

Dalam perkembangan lain, selepas lebih lima tahun menyepi, Nora kini tampil dengan single terbaharunya, Anugerah ciptaan tiga komposer muda iaitu Omar K, Audi Mok dan Ezra Kong.

Bahkan, sempena tahun baru 2016 juga, isteri Johan Nawawi ini akan mengadakan sebuah showcase khas buat peminatnya pada 15 hingga 17 Januari depan di Theater Lounge Cafe (TLC) di Sri Hartamas, Damansara.

"Jujurnya, saya gementar untuk kembali aktif dan membuat persembahan solo. Namun, perasaan rindu kepada peminat membuatkan saya mengambil langkah berani dan mengetepikan rasa takut.

"ersembahan itu dirancang bagi mengubati rindu peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan kerjaya saya.

"Saya menganggap showcase itu sebagai sesuatu yang peribadi buat diri saya. Ini kerana sudah lama saya mengimpikan untuk menghiburkan peminat," katanya.

Dalam showcase itu, Nora akan mendendangkan rangkaian lagu hitnya seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu dan Di Persimpangan Dilema.

Malah, Nora turut menjemput beberapa artis untuk memeriahkan persembahannya nanti.

Tiket showcase boleh dibeli secara online menerusi laman web http://www.theatreloungecafe.com untuk maklumat lanjut.


aku suka suara akak nora ni

kalau thread ni dah ada... momod boleh tutup...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 09:43 AM | Show all posts
meols pun suka sangat kak nora nih. cuma dulu-dulu sheols susah nak bersaing sebab CTDK always potong line sheols. hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 09:43 AM | Show all posts
maaf ckp laa..penyanyi level nora tak perlu la masuk GV.ngabehkan masa,nak hadap lagi benda remeh temeh ,kontroversi ntah hape2 game dari pertandingan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 09:50 AM | Show all posts
aaiihhh...

retis seleval norapon nak ikot GV...

macam dah sendu sangat dunia hiburan mesia ni

janganlah...

menjatohkan harga diri ko jer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hacks_oren at 7-1-2016 09:53 AM
Themilo replied at 7-1-2016 09:43 AM
meols pun suka sangat kak nora nih. cuma dulu-dulu sheols susah nak bersaing sebab CTDK always poton ...


Hanya dia je yg brani bersuara menentang kemenangan ctlijah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 09:52 AM | Show all posts
suka suara nora mmg awesome!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nora penyanyi bersuara emas sama level ngan kak aishah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 09:55 AM | Show all posts
suka suara nora
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 10:03 AM | Show all posts
tak yah la nora. You dah setaraf Kak Ecah & Frans gitu. I like ok lagu2 you & suara you yg gemersik itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:14 AM | Show all posts
dia ni outspoken skit...kalo kena bahan dgn nabil..jenis tak boleh terima mau dia sound direct atas stage...

dia kan ala2 muslimah....benda lagho cmni x payah join lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:17 AM | Show all posts
ni bukan pasal lejen tak lejen
ni pasal nk glamer semula & dapatkan byk job
kalo lejen tapi xdak job, sendu jua
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap kak Nora, kak ecah serra Fran join GV3 nxt year
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Best la suara dia ni. Lagu interlud tu best jgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:19 AM | Show all posts
nora ni dah mcm level penyanyi wan aisyah tu.. jgn lah msk gegar vaganza.. jd artis jemputan berduet dgn retis gegarvaganza x pe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:22 AM | Show all posts
ok laa akak nowa ariffin ni, dolu power tp skrg better xyh la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak seswai jek..sbb dia kan dah ala ala muslimah tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 10:26 AM | Show all posts
nora, liza hanim semua takyah la masuk GV neh..level korg dah tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:30 AM | Show all posts
lama gila dia menyepi....rindu nk tgk nora nyanyi live..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:37 AM | Show all posts
sejak bertudung ni aku tgk dia sesuai jd setazah...
x yah la nynyi2 lg...dh x relevan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:42 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 7-1-2016 10:37 AM
sejak bertudung ni aku tgk dia sesuai jd setazah...
x yah la nynyi2 lg...dh x relevan

betul tu. kang dibuatnya kena nyanyi hiphap ke dangdut ke.. rasa pelik la pulak dan tak sesuai dgn imej.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.320972 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list