|
|
Oleh : Dean BZ

Foto : maillOnline
Anak lelaki pasangan selebriti terkenal, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengalami kecederaan teruk di kaki ketika mereka sekeluarga bercuti di Thailand.
Pax,12, mengalami kecederaan teruk di kakinya namun tidak patah, menurut sumber kepada majalah People.

Foto : Foto : maillOnline
Keluarga itu bercuti seketika ketika mengunjungi Asia Tenggara, termasuk negara asal Pax di Vietnam, selain Kemboja dan Thailand. Brad dan Angelina turut membawa lima anak mereka yang lain, pasangan kembar Vivienne dan Knox, 7; Zahara, 9 dan Maddox, 14.
Angelina berada di Kemboja untuk mengarah filem memaparkan kekejaman Khmer Rouge, First They Killed My Father.
Anak lelaki Jolie, Maddox, yang berasal dari Kemboja akan berlakon dalam filem itu, selain membantu bahagian produksi. - AGENSI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|