CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9221|Reply: 53

766 Web Lucah Disekat Termasuk ‘Hasil Tangan’ Anak Tempatan - SKMM

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Melayari laman sesawang lucah kini ibarat "hobi" sesetengah pelayar internet seluruh dunia, lebih membimbangkan lagi rakyat negara kita turut terlibat dalam kancah gejala tidak sihat ini.






Memetik dari laporan Metro Ahad baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 766 laman sesawang lucah termasuk 209 ‘hasil tangan’ anak tempatan sehingga minggu pertama November tahun ini.


Jumlah itu adalah lebih banyak berbanding dengan hanya 109 laman sesawang lucah yang disekat oleh pihak SKMM sepanjang tahun lalu. Tindakan sekatan terhadap laman sesawang lucah itu jelas meningkat, sekali gus membuktikan komitmen suruhanjaya itu dalam membanteras gejala laman sesawang lucah.


Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata, peningkatan tindakan sekatan itu adalah hasil penguatkuasaan berterusan pihaknya bagi mengekang kegiatan penyebaran gambar dan video lucah menerusi rangkaian Internet.



“Jumlah ini (209 laman sesawang lucah kendalian tempatan) yang disekat tahun ini agak besar berbanding empat kes diambil tindakan sama tahun lalu.

“Malah, peningkatan jumlah laman sesawang lucah luar negara sebanyak 557 yang diambil tindakan sejak Januari tahun ini jelas menunjukkan peningkatan berbanding 105 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Beliau berkata, pihaknya serius membendung kegiatan jenayah itu apabila enam individu yang menghasil dan mengendalikan laman sesawang lucah sudah diberkas sejak 2014 hingga Oktober tahun ini.






Penulis turut dimaklumkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, selain menawarkan video-video lucah dari pelbagai negara untuk tontonan pengguna, terdapat juga iklan-iklan jualan alat bantuan seks dan perkhidmatan pelacuran secara atas talian.


Lebih kejam, ada yang menggunakan laman sesawang lucah sebagai platform memuat naik video serta gambar lucah yang memaparkan wajah bekas kekasih atau individu yang dibenci. Tujuan utama adalah untuk mengaibkan individu tersebut. Ini amat membimbangkan dan akan merosakkan moral serta akhlak remaja jika laman sesawang lucah ini tidak dibendung hingga ke peringkat akar umbi.






Syabas buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas usaha membanteras web lucah. Pesanan penulis buat pembaca entri ini, janganlah sesekali kita terjebak menonton web lucah kerana kesannya amat besar hingga boleh mendorongkan diri ke arah seks bebas dan jenayah rogol. Mari hidup bebas tanpa web lucah! - CARI Infonet.








*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 04:58 PM | Show all posts
walaupun tak terdaya nak tutup semua ... tapi meols ucapkan tahniah atas segala usaha ....

yang lokal tu xde tindakan ke/
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 28-12-2015 04:58 PM
walaupun tak terdaya nak tutup semua ... tapi meols ucapkan tahniah atas segala usaha ....

yang l ...

Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:04 PM | Show all posts
Yang hasil tangan anak tempatan tu dia pi upload video Al Fadil Ostad Tuan Haji Mustafa '8xl' Ali, Setia Usaha Agong Parti Islam SeMalaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bknnya takleh bypass
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bknnya takleh bypass
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 05:09 PM | Show all posts
dino bypass nak tengok blue je ke? kasihan otak kuning
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:13 PM | Show all posts



bypass camne bro. pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 05:19 PM | Show all posts
Malayari

TT dulu grad dari sekolah malayalam ke?? huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:32 PM | Show all posts

tukar je la dns tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
takut budak2 hingusan yg dok melayan bnd2 gineh..bagus, teruskan usaha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 28-12-2015 05:32 PM
tukar je la dns tu...

Dns tu ape..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:50 PM | Show all posts

domain name system....
using google dns just enough utk bypass website kena block tu.... no need trick byk sgt pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:58 PM | Show all posts
Maideen. replied at 28-12-2015 05:04 PM
Yang hasil tangan anak tempatan tu dia pi upload video Al Fadil Ostad Tuan Haji Mustafa '8xl' Ali, S ...

benci maksiat wpun dlm hati....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:02 PM | Show all posts
nak bypass guna vpn pon boleh..slalu guna utk torrent...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:51 PM | Show all posts
Dulu aku sekolah menengah tiada la tahu bgimana benda2 gini...
bukan baik. Pasal memang takder jalan... ramai pun budak sekolah gitu...
Yg dapat tengok mesti ada cerita tambahan... bapak kantoi simpan video dlm almari...
ngam dgn tokeh video...dll dll...
Sekrang koh koh koh.... walaupun aku tak tahu...aku sure 100% budak2 share video blues
dlm phone bawak pegi sekolah.
Eleh, bukan nak kena bawak video VHS pun.
smartphone je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla rokok mahal....website blue pulak kena sekat.....

Kalau kena tax agak2 open balik tak....?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 07:05 PM | Show all posts
takda makna pun sekat2 ni suma kalau boleh bypass dgn senang, motif?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 07:08 PM | Show all posts
dino replied at 28-12-2015 05:58 PM
benci maksiat wpun dlm hati....

Hahaha..."Kita musti melawan kemungkaran. Tak dapat melawan dengan tangan kalu, kita lawan dengan kaki ka apa ka, tak dapat jugak kalu kita lawan dengan hati. Itulah selemah lemah iman!"

Hadirin yang mendengar merasa kagum dan bertakbir.


Last last kantoi mengesek dengan pasangan rambut kaler kaler sesambil pegang spender besar! Hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 07:31 PM | Show all posts

kannn .... sekat pi la mcm mana pun... tetap ado alternatip guna vpn pun voleyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056040 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list