|
|

Seorang pemilik kedai warga Malaysia yang kemudiannya menjadi pembuat bom dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dipercayai merupakan antara 13 lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera Filipina di pulau Basilan.
Laporan awal mendakwa rakyat Malaysia itu merupakan Mohd Najib Hussein, 38, atau Abu Anas yang merupakan individu utama bersama-sama pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mahmud Ahmad atau Abu Handzalah yang bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Najib yang memiliki kedai fotostat dan alat tulis di UM, Petaling Jaya melarikan diri bersama Dr Mahmud, 36, kakitangan Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee, 39, dan beberapa lagi suspek pengganas IS pada Julai tahun lalu. |
|