View: 11103|Reply: 95
|
[Tempatan]
Adenan Satem: Bahasa Inggris Akan Menjadi Bahasa Resmi Di Sarawak
[Copy link]
|
|
KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.
Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.
“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.
Selain itu mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris, Adenan berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.
“Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik.
“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya guna bahasa ereb, bahasa surga
inggeris ni bahasa penjajah kapir
denan satem ni islam ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.
bukan kt india bahssa rasmi dia english ke...? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak pakai bahasa dayak |
|
|
|
|
|
|
|
Adnan satem dh mengong kot.sibuk psl henglish walhal rakyat swak sendiri terpinggir. |
|
|
|
|
|
|
|
pembetulan...kerajaan negeri |
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi ada org bantai hujah, jepon korea tak perlu english untuk maju.. terus tertiarap pak denan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mainkan taktik perjanjian malaysia utk menang PRN akan datang? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat Denan satem lupa makan ubat nyanyok lagi. Mau guna bahasa inggeris macam mana sedangkan kakitangan kerajaan rata rata tak fasih ? Macam majoriti orang sarawak gak |
|
|
|
|
|
|
|
Way to go Denan! Kipidap! |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 kjaan pusat berkrisis dgn denan psl isu ni, baru meriah skit lol |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan memang sebelum sertai persekutuan memang borneo bahasa rasminya inggeris... Lepas sertai persekutuan pun diantara perkara 18 sarawak, bahasa inggeria sebagai bahasa rasmi, seperi mana dlm fasal 20 Sabah. Bagusla Tok Denan x sembah sangat dasar putrajaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols support je, biarlah melayu kat semenanjung ni mengamuk2, siapa yg terhegeh nakkan srwk, dlm pjanjian penubuhan msia dah terang tang tang yg english tu bhs rasmi srwk, melayu kalau nak sentap sile berambus dr srwk |
|
|
|
|
|
|
|
yup..
sebelum ini kerajaan negeri menggunakan BM atas dasar semangat bahasa kebangsaan..tetapi pada masa yg sama...kerajaan negeri msh lg mengekalkan penggunaan b inggeris....bnyk juga dokumen/surat Kerajaan Negeri yg ditulis dlm english....DUN pun menggunakan english n melayu..
Selepas ini, dngr perubahan dasar kerajaan negeri..secara beransur2 akan guna sepenuhnhya englih kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
I is jealous.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh, tapi Ahli Parlimen Sarawak lepas ni jangan pulak tergedik2 nak cakap BI kat parlimen hanya kerana tak fasih cakap Melayu seolah2 dewan parlimen tu macam bapak ko punyer! |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba 'test' bdk 'gamen S'wak',nt terkebil-kebil org speaking.....sapa malu.....kang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg buang masa belajar bm |
|
|
|
|
|
|
|
Wah bagusnya Sarawak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|