CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 1

Anak Lebih Cepat Cakap Kalau Betul Caranya

[Copy link]
Post time 17-11-2015 05:03 PM | Show all posts |Read mode


Perkembangan setiap anak tak sama. Mak-mak tak perlu terburu-buru melabelkan anak dengan kata-kata yang tidak baik. Perlu anda tahu apakah kaedah terbaik  melayan percakapan anak-anak ikut peringkat usia mereka. Sebelum terlambat, ikuti saranan ini:

Tip melayan percakapan anak usia 0 – 1 tahun
1. Peruntukkan lebih masa bersama anak-anak.
2. Utamakan keperluan bayi berbanding keperluan sendiri misalnya makan-minum, keperluan asas dan juga perhatian.
3. Kena rajin bermain dan bercakap dengan anak-anak walau mereka belum tahu apa-apa. Ini adalah permulaan komunikasi yang baik.
4. Gunakan alatan permainan yang sesuai untuk melatih anak-anak pada peringkat awal.


Tip melayan percakapan anak 2-3 tahun

1. Pada usia ini anak perlu sepenuh perhatian daripada ibu bapa.
2. Ajar mereka sebutan yang betul dan elakkan bercakap dalam bahasa yang pelat dengan anak-anak.
3. Ajar anak bercakap ikut suku kata. Misalnya, sa-ya bersamaan saya; ma-kan iaitu makan. Ulang banyak kali agar mereka mengikut suku kata. Akhirnya mereka akan belajar suku kata yang penuh.
4. Ulang perkataan yang sama banyak kali. Agar mereka boleh mengingat perkataan itu dan fasih menyebutnya.
5. Ajar anak bercakap dengan alat bantuan yang mudah diperoleh. Gunakan kaedah ini iaitu ajar anak menunjukkan contoh atau menyentuh barang. Semasa menyebut lori pegang dan tunjukkan gambar lori. Dengan kaedah ini anak lebih cepat faham dan ingat kerana deria penglihatan, pendengaran dan sentuh diguna secara serentak.
6. Rendahkan badan, biar sama paras dengan anak semasa bercakap dengan mereka. Apabila anda mahu anak mendengar atau mahukan perhatian mereka, rendahkanlah badan agar pandangan mata berada di paras yang sama.
7. Angkat anak dan letakkan dipangku untuk mulakan komunikasi bersama mereka. Pandang tepat ke bola mata mereka dan bercakaplah dengan tenang, perlahan dan jelas tentang apa yang anda inginkan.
8. Elakkan penggunaan bahasa tinggi yang membuatkan mereka kurang faham dengan apa yang anda sampaikan.
9. Gunakan kosa kata yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Ketika ini mereka sedang belajar untuk meniru bercakapan ibu bapa mereka.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 01:07 PM | Show all posts
boleh cuba nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042727 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list