|
|
Oleh Adib Za
Memang tak senonoh, seorang pemandu bas didapati sedang melakukan aktiviti seksual di dalam bas!
Kejadian di London itu, pemandu bas berkenaan dilihat sedang memuaskan dirinya di celahan kerusi penumpang sambil dalam keadaan separuh bogel.
Saksi yang sedang menghisap rokok di luar rumah, terkejut melihat situasi itu. Mohamud Mohamud, 38 dan adiknya Hazma, 26 dapat melihat keadaan itu dengan jelas melalui tingkap kaca bas itu.

Mohamud berkata, "saya berasa sangat terkejut. Melihat dia dalam keadaan hampir berbogel dan gerakan memuaskan diri (ke hadapan dan ke belakang).
" ada mulanya saya keliru dengan apa yang dilakukan, namun selepas pasti dia sedang melakukan sesuatu tak senonoh, saya terus merakam aksi itu.
" astinya ada sesuatu di tempat duduk yang berada di hadapannya, dan saya percaya ia merupakan telefon yang sedang memaparkan filem porno," terangnya memetik laporan Metro UK.
Selepas melihat adegan terlampau itu, kedua saksi terus menghubungi pihak bas dan akhirnya didapati pemandu itu digantung kerja ketika siasatan dilakukan.

(Sumber foto: Metro UK)
Nampaknya kegiatan mereka yang gila seks dilihat semakin tak terbendung, jika sebelum ini, di negara kita sendiri, ada mereka yang secara terang-terangan melakukan perbuatan tak senonoh di tempat awam.
Tindakan anda, jangan biarkan golongan ini bebas di luar sana. Ini kerana kita tidak tahu, adakah mereka ini waras atau tidak dan mungkin memberi masalah yang lebih teruk kepada masyarakat pada masa akan datang jika tidak dibendung.
Laporkan segera jika anda mendapati golongan gila seks ini di tempat-tempat awam. Semuanya bermula dari tindakan anda! - CARI Infonet
Video penuh di >> Metro UK
|
|