View: 10611|Reply: 96
|
[Tempatan]
Sanggup Jual Burger Untuk Jadi SADTAK
[Copy link]
|
|
Bersusah payah bergelar abang 'sado'
Melaka: Dalam usaha bergelar abang ‘sado’, seorang remaja melakukan kerja sampingan termasuk membantu rakan menjual burger pada sebelah malam bagi mengumpul wang membeli makanan tambahan dan membayar yuran latihan di gimnasium.
Kegigihannya berbaloi apabila dia mencapai keputusan membanggakan dalam pertandingan seperti Mr IOI 2015 di Johor baru-baru ini, Mr KL 2015 (tempat kedua bagi kategori junior dan ketiga untuk acara terbuka), Mr Johor (tempat kedua junior), Body Smart MBMB (tempat kedua), Ayer Molek Smart Body (tempat ketiga), Mr Gym 1Malaysia (tempat kelima junior) dan Mahkota Parade Smart Body (tempat keempat).
Muhammad Adil Roslan, 18, dari Kampung Pengkalan Batu, di sini, berkata, dia bangga meraih pelbagai kejayaan walaupun baru setahun aktif dalam sukan bina badan.
Katanya, dia mula menyimpan hasrat memiliki badan tegap dan berotot selepas melihat seorang lelaki bertubuh sasa ketika menemani rakannya menghadiri latihan di sebuah gimnasium di Bukit Baru.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kejayaan yang dicapai atas dorongan rakan, selain mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih, Mazlan Yaakub, 36.
“Dia (Mazlan) banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya kaedah membina otot dan mengekalkan bentuk badan ideal.
“Saya bertuah berlatih dengan jurulatih sepertinya kerana dia membentuk disiplin diri, mengatur pemakanan dan jadual latihan,” katanya.
Remaja itu berkata, individu yang mahu bergelar atlet bina badan harus memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi kerana perlu mengangkat bebanan sehingga 80 kilogram (kg) secara berulang dalam tempoh dua jam untuk satu sesi latihan setiap hari.
Dia juga perlu mengikuti diet pemakanan yang disediakan jurulatih dan berpantang dengan tidak menyentuh makanan tertentu untuk menjaga bentuk tubuh dalam tempoh empat hari sebelum menyertai pertandingan.
Menurutnya, sukan itu membentuk disiplin dalam dirinya, sekali gus menghindarnya daripada aktiviti tidak berfaedah.
“Saya menyimpan hasrat mewakili negara pada pertandingan Mr Asia 2016.
“Berikutan itu, saya perlu menjuarai pertandingan bagi kategori junior di peringkat kebangsaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 12:42 PM
« »
MAZLAN (kiri) menunjukkan teknik angkatan yang betul. Gambar kecil, Muhammad Adil (depan) melakukan latihan sambil dipantau Mazlan.
http://www.hmetro.com.my/node/91145
p/s:Sebulan berapa agaknya belanja nak dapat badan macam ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
abang @pestol ke tu?? tapi tak mungkin. abang pestol tak semuda tu. eh tapi nampak gaya tak macam budak umur 18 je pun. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm ghairah menyadokan badan mereka lupa menyadokan akal pikiran.."aristoleketak |
|
|
|
|
|
|
|
Rembessssss |
|
|
|
|
|
|
|
'sadtak' tu 'sado' ke kaka hantu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedia laa paling kurang rm300...protien whey to mahal.... |
|
|
|
|
|
|
|
dgr yg sazali jaguh bina badan, makanan die dkt rm1 ribu lebih. ke lebih kot. tpi msn sponsor. |
|
|
|
|
|
|
|
klo nak dpt badan slim dn cntik kene pi berenang, tgk.atlit renang.suma badan sedap3. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketiak dia terlebih bubuh bedak atau teknik kamera? Semua sado2 kat dalam gambar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuta kali bagus dr meragut nk beli dadah... |
|
|
|
|
|
|
|
di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan.. 1 case of 'determination' and 'hard work pays off'. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ayam dengan telur sapa dulu..
1-nak jual burger , kena ada badan sado baru laris..cth pirate coffee.
2-Nak dapatkan badan sado, kena jual burger dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
anak sedara aku umur 14 tahun pun gigih. nak sado. we all support him.
lgpon sedap sikit mata memandang... dr tengok mamat boyak duduk terkangkang melantak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca juga, orang sado angkat besi kat gym ini sebenarnya tidak segagah manapun. Harap sahaja badan besar tapi lemah sebenarnya. Lain pula jika berbadan sado kerana dia seorang athlit, yang ini katanya gagah perkasa.
Tapi kalau badan sahaja sado, akal sejemput tak guna juga. |
|
|
|
|
|
|
|
nak sado
tp mls nk workout
aduiiii |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kpop la nmpk je kurus tapi sado...
my son n geng yg baru abes PT3 sebok ke padang petang2 nak mensadokan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
sadtak tu ala2 sendu katak ker |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sado pun jgn le besar sgt
Mcm cacat je aku tgk
Mcm body swimmer tu dah sedang elok dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ultraman_nexus at 6-11-2015 03:42 PM
sadtak = besar+ bodo + KETAK
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sado pun yang bawah tu jangan lupa take care jugak
kang tenggelam tak timbul2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|