View: 4494|Reply: 22
|
[Tempatan]
Terperanjat!Ingatkan Anak Kerak!Alternatif Baru!
[Copy link]
|
|
Zainun menunjukkan tembakau diperam dalam buluh yang dikatakan mempunyai rasa agak ‘keras’.
MARANG - Tembakau diperam dalam buluh selama enam bulan dan mempunyai rasa agak ‘keras’ berbanding tembakau biasa lain antara yang mendapat permintaan tinggi perokok selepas harga rokok naik bermula sejak Selasa lalu.
Malah, pendapatan pengusaha tembakau dari daerah ini yang dahulunya dikatakan sekadar cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi menanam semula tembakau dijangka meningkat selepas berlakunya kenaikan harga rokok di pasaran.
Seorang penjual tembakau dari Kampung Tasek di sini, Zainun Jusoh, 55, berkata, tembakau ditanam dan diproses sendiri oleh penanam tembakau itu mempunyai pelbagai jenis dan ia juga dikenali sebagai tembakau darat di Pantai Timur.
Menurutnya, harga tembakau pula berbeza, namun boleh dibeli pada harga serendah RM2 dalam kuantiti tertentu dan ada yang mencecah RM40 bagi setiap 40 gram tembakau, namun bergantung kepada jenis tembakau dipilih.
“Dahulu semasa rokok kotak murah, tembakau darat ini tetap mendapat sambutan, tetapi ketika ini permintaannya menjadi semakin meningkat. Permintaan meningkat apabila harga rokok naik sebanyak 40 peratus bermula Selasa lalu.
“Tetapi perokok tetap memilih tembakau yang terbaik. Antaranya tembakau yang diperam dalam buluh. Ia mendapat sambutan kerana rasanya agak ‘keras’ selepas tembakau itu diperam selama enam bulan sebelum dijual,” katanya.
Sementara itu, seorang penanam tembakau, Awang Muda, 65, berkata, sebelum ini cabaran utama menjadi penanam tembakau ialah terpaksa berdepan cuaca tidak menentu dengan tuaian tanaman dua kali setahun serta jualan tembakau yang terhad.
“Kini pendapatan penanam tembakau juga dijangka lebih baik berbanding dahulu,” katanya.
Menurutnya, walaupun bagi banyak pihak, penjualan tembakau hanya akan menjejaskan kesihatan semata-mata, tetapi sekurang-kurangnya aktiviti itu dapat mengelak perokok membeli rokok seludup atau menghisap vape yang lebih mahal.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tembakau-diperam-dalam-buluh-keras-1.448678
|
|
|
|
|
|
|
|
habih la buluh lepas nie, tak sempat nak tunggu raya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyangla makan asap...berebut2 dgn jin |
|
|
|
|
|
|
|
makcik
tak takut ke nanti kmm raid semua tu
tax takde tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. Dah macam wain ye. Pasnih try peram selama 60 tahun. Mesti boleh dapat harga yang lagi tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
hisap rokok rasa buluh..
passtu jatuh sakit
masuk majalah..nasihat 'jnagan ikut macam pakcik..bahaya nak' |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tak tahu jadi tahu lepas ni mesti makin ramai nak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
pastu try le letak santan...mana tau bole jd perasa lemang... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp tgk ghupe tembakau tu pun semacam jah..mcm batang balak |
|
|
|
|
|
|
|
Hisap rokok tembakau buloh
Keluar asap anak buloh betong
Rokok naik ramai mengeloh
Tak icapcok keghas cethong
|
|
|
|
|
|
|
|
bkn wine jek..
ginseng pun simpan tahun2 gak..
makin lama, makin mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
apa tu anak kerak kak ghost
in before, bukan salah ke jual dan tanam tembakau |
|
|
|
|
|
|
|
mende2 peram mmg 'kaw'
pagi tadi aku buat sup guna miso kacang kuda yg aku peram dah 8 bulan...and keep goingg...sedapppp..
|
|
|
|
|
|
|
|
tembakau pekasam
anyhoo bukan ada limit ke... kandungan nikotin, tar segala mak nenek dlm tembakau rokok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh mcm taik gajah je kakak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
yg tanam tembakau pun dikira subhat juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|