CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6251|Reply: 44

[Tempatan] Ipoh: Pelajar kolej maut lumba haram.

[Copy link]
Post time 1-11-2015 01:06 PM | Show all posts |Read mode


IPOH - Dua pelajar kolej dan seorang lagi penunggang motosikal dilapor maut ketika berlumba haram di Kilometer 283.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan berhampiran Simpang Pulai awal pagi tadi.

Mereka yang maut dalam kejadian jam 3.20 pagi itu dikenali sebagai Mohd Azwandi Riffen, 26, dari Sungai Siput manakala dua pelajar kolej berkenaan ialah Muhamad Nursyafiq Sham, 19, dari Malim Nawar dan Syed Muhammad Aiman Syed Hassandi, 18, dari Sungai Siput.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, difahamkan mereka serta kira-kira 100 penunggang yang lain sedang berlumba dari arah Tol Ipoh Selatan (Ampang) menghala ke Simpang Pulai.

"Mereka dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan dan meninggal di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata kesemua penunggang motosikal yang lain itu melarikan diri ketika pihak polis tiba ke tempat kejadian.

"Tiga motosikal mangsa turut tidak ditemui dan kami dipercayai ia telah dilarikan oleh rakan-rakan mangsa," kata Wan Jamil.

Pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terbabit dalam perlumbaan tersebut. - Bernama
__________________




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2015 01:09 PM | Show all posts
Semasa saya naik bukit tinggi bentong tadi ramai penunggang superbike layan corner. Dah jadi macam Kat sepang track. Memang bahaya dia orang tak fikir keselamat orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
2 3 ari dah berita ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:14 PM | Show all posts
Kesian mak bapak berjimat jimat nak bagi anak belajar
Masuk team rempit , sudah nya mati katak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
selayaknyalah
elok la mampus...hidup pun menyusahkn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:15 PM | Show all posts
bersangka baik...mungkin dikejar hantu atau dikejar syiah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2015 01:15 PM | Show all posts
Syukur...Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:18 PM | Show all posts
Bersangka baik, ini semua salah pontianak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 01:23 PM | Show all posts
ini yg dikatakan mati katak. mati dengan cara sia-sia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini smua salah hantu kopek sis.duk goyang kopek kiri kanan time diorang lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah yahudi ni:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pesal kwn2 dia larikan moto2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:34 PM | Show all posts
Allah lebih menyayanginya......
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:39 PM | Show all posts
Motosikal mungkin hilang kawalan akibat terkena tembakan senjata HAARP
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:48 PM | Show all posts
Arwah baik ke orangnye ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:54 PM | Show all posts
tulah yg merosakan imej pelajar kolej
mana ada majikan yg nak amik pekerja camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayah dah seronok bila anak berjaya masuk kolej sambung belajar tak sangka gini pulak akhirannya....kesian mak ayah korg dik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang x syg nyawa dikk. Zaman muda org kerja kuat cari duit. Korang gi belumba. Mmg xsyg makbpk
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:04 PM | Show all posts
Bersangka baik, ini semua salah pontianak.

Ini smua salah hantu kopek sis.duk goyang kopek kiri kanan time diorang lalu.

Ini semua salah yahudi ni.

tergelak baca komen forumer kat atas.. iols xtahu nk salahkan siapa  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hishh tak mungkin la keturunan syed berlumba haram. tipu ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.067373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list